
Teaser 3
"Maaf, Zah! Waheeda tak nak. Dia tak boleh katanya!" Kedengaran suara Puan Norma di balik talian mengadu hal.
"Kenapa Nor? Ada masalah ke? Dhani buat hal?" Berkerut seribu dahi Puan Amizah mendengar omelan Puan Norma.
"Dah ditakdirkan anak kita takde jodoh Zah! Nor suka je kalau Dhani tu jadi menantu Nor, Zah! Tapi kalau yang empunya badan tak mahu, Nor tak boleh nak kata apa. Waheeda kata dia tak boleh!"
Puan Amizah ketap bibir. Dia tahu Dhani buat hal. Sudah semestinya dengan segala sikap cerewetnya itu. Dia sudah masak sangat. Dia sangat-sangat mengerti.
"Waheeda cakap apa, Nor? Dhani memang tak macam lelaki lain. Tak pakai kereta. Cuma kerja biasa-biasa kat pejabat tu, Nor. Tapi duit simpanan tu adalah juga untuk menampung kalau dia kahwin dengan Waheeda, Nor. Zah sendiri yang tengok buku bank Dhani. Berkepok duitnya dalam bank, Nor..." Puan Amizah berjeda seketika. Sesak dadanya.
"Cuma Dhani tu suka cara hidup sederhana macam tu. Pergi kerja naik motosikal. Jimat petrol katanya. Tak payah tempuh jammed. Lagi satu memang pergi kerja suka bawa bekal. Nak jimat belanja katanya!"
"Zah! Itu semua tak jadi masalah pada kami, Zah! Tapi pandangan Waheeda tu lain sikit. Katanya ada sesuatu yang pelik pada Dhani. Berjimat boleh Zah, tapi tak perlulah berlebihan sangat. Ini kata Waheeda, makan kat warung semalam pun cuma order air suam. Tu bukan jimat Zah, tu kedekut namanya."
Terpempan Puan Amizah dengan kata-kata Puan Norma. Geram pula rasanya dengan Dhani ini memalukan dirinya sebegitu rupa.
"Tu belum kahwin, Zah. Dah kahwin nanti jenuh Waheeda ikat perut nanti, Zah. Macam nilah Zah... daripada kita bermasam muka pula, baik Waheeda berterus-terang. Itu lebih baik."
Tekan link yang tertera dibawah. www.wasap.my/60175816031/saatharusmemilih/penerbitanilhamsantai
Yang berminat blh pm di no wasap tu ya.
arenayidin
11 Jun 2020
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro