
Bab 29
"Sya rehat, ya? Sekarang Sya tak boleh lasak-lasak macam dulu dah. Ingat, dalam perut ni ada nyawa baru. Sya jaga elok-elok ya, sayang!" Perut Aisya diusap Dhani penuh cinta.
Aisya menahan rasa hiba dengan perhatian Dhani terhadapnya. Sedaya mungkin dia berusaha untuk tidak menitiskan air mata. Namun bayangan wanita yang bernama Meera itu tidak lepas dari ingatannya. Ia datang berkali-kali mengusik tangkai hatinya. Mengapa harus ada dia?
"Sya? Kenapa ni? Diam je? Ada yang tak kena?" Dhani aju soalan, baru dia perasan Aisya tidak ceria.
Aisya cuma menggeleng. Mulutnya terkunci rapat tidak bersuara. Dhani mulai gelisah. Kali ini dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan Aisya, tetapi apa?
Dhani raih tangan lembut Aisya seraya mengelusnya. Mata yang redup itu ditatap sunguh-sunguh. Ada raup kekecewaan di situ. Tidak ada rona bahagia seperti selalu. Dhani mengakuinya.
"Sya ada nak bagitahu abang apa-apa, ke?" Dhani cuba mencari informasi, memecahkan teka-teki.
Aisya tertunduk. Tatapan Dhani diputuskan. Hairan Dhani dengan tingkah isterinya itu. Di hospital dia kelihatan ramah di depan ibu mertuanya. Ada apa sebenarnya yang terjadi kepada Aisya, Dhani tidak mengerti.
"Sya! Sya kata nak balik rumah. Sekarang kan dah sampai rumah kita. Dah ada kat bilik kita sendiri. Sya tak gembira pun? Abang ada buat salah ke?" Dhani memerhatikan dirinya. Kocek seluarnya diraba. Botol kecil dikeluarkan. "Alamak... lupa simpan, kejap ya, Sya."
Dhani bingkas bangun ingin menyimpan botol kecil miliknya itu, namun dengan pantas tangannya diraih Aisya. Terkedu Dhani dibuatnya.
"Sya?" Dhani duduk semula. Wajah sayu Aisya dipandang Dhani dengan hiba. "Kenapa?"
Aisya meluru masuk ke dalam pelukan Dhani. Terhambur keluar semua kesedihannya. Tangisan yang ditahan sedari tadi pecah semua. Terhinjut-hinjut bahu Aisya menahan rasa. Dhani mengeratkan pelukan.
Semakin bingung jadinya. Entah apa yang berlaku kepada isterinya. Adakah dia kurang peka? Kurang memperhatikan isterinya?
Belakang tubuh Aisya Dhani usap. Dahi isterinya itu dikucup. Entah kenapa Aisya seperti anak kecil yang ingin dibelai sang ibu. Dia kelihatan manja dan ingin diperhatikan. Apakah kerana dia sedang hamil dengan mempamirkan aura sensitifnya?
Lima minit Dhani membiarkan Aisya dengan tangisnya. Jemarinya tidak lepas mengusap butiran kristal yang turun di pipi Aisya. Luluh hatinya yang keras itu saat melihat wanita tercinta sedang berduka.
"Dah?" tanya Dhani setelah tangis Aisya mulai surut.
Aisya mengangguk.
"Kenapa?" Satu soalan yang sangat diperlukan jawapannya dari Aisya, Dhani aju.
"Meera. Meera tu Waheeda calon kelima yang tolak abang, kan? Memang dia kan, abang? Memang Sya tak kenal dia, Sya baru lagi kat Taman Selasih rumah ibu tu, tapi Sya tahu itu Waheeda kan abang?"
Dhani terpempan. Jadi selama di hospital hingga sampai di rumah, fikiran Aisya terganggu kerana Meera? Kerana perempuan yang bernama Ameera Waheeda itu? Dhani melepas nafas berat. Ternyata ini puncanya...
😮😮😮
arenayidin
23 Ogos 2020
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro