Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 28

Aisya memegang perutnya kemudian pelipisnya pula. Loyanya datang kembali. Melihat Aisya seperti hendak muntah, Dhani mulai panik.

"Sya? Kenapa ni?"

"Abang Dhani! Sya ni mesti ada penyakit. Meera tengok muka dia pucat. Mesti tak tahan dengan kerenah abang kan? Meera boleh je jadi pengganti kalau Sya tak sanggup..."

Terbuntang mata Aisya dengan kata-kata gadis yang membahasakan diri sebagai Meera itu. Apa maksudnya?

"Apa kau cakap ni Meera? Pergi balik. Jangan kacau aku. Dulu kau dah tolak aku kan? So antara kita dah selesai. Pergi bagitahu mak kau tu jangan nak cari pasal dengan aku lagi!" marah Dhani seraya memapah Aisya yang seperti mahu tumbang.

"Apa semua ni, abang?" Aisya semakin keliru.

"Sya, kita balik. Jangan pedulikan semua ni. Mengarut je!"

"Abang Dhani! Meera belum habis cakap lagi!"

Belum sempat Dhani meraih tangan Aisya untuk pergi, wanita itu berpaling ke belakang seraya meluru ke arah gadis yang sedang memanggil nama Dhani.

Pang!

Satu tamparan singgah di pipi gadis itu.

"Kau kacau Abang Dhani lagi, lebih dari ni yang kau dapat!"

"Sya?" Terkedu Dhani dengan tindakan Aisya. Begitu juga dengan gadis itu.

Aisya berlari anak meninggalkan tempat itu. Tempat parking kereta dituju dengan linangan air mata yang mula mencurah.

"Sya tunggu!"

"Abang Dhani!!" jerit gadis itu pula.

"Diam kau, bodoh!" raung Dhani seraya mengejar Aisya.

Aisya yang masih pening tidak tahan lagi. Matanya terasa berpinar. Tubuhnya melorot jatuh di atas lantai simen hingga dahinya tersungkur di situ. Dhani di belakang menjerit nyaring dengan penuh terkejut.

Dhani mengangkat muka. Sakit pula hatinya mengingati peristiwa itu. Walaupun setelah dibawa ke hospital dan Aisya selamat, Dhani merasa bersalah kerana tidak dapat melindungi Aisya dari jatuh.

Mujur saja kandungannya tidak apa-apa.


arenayidin

21 Ogos 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro