Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25(2)


Di dapur, Aisya mencuba untuk kuat. Namun rasa ingin menangis tidak dapat ditahan. Sayur yang sedang dipotong diketuk kuat. Hancur potongannya. Marah dan cemburunya bergumpal menjadi satu.

Tanpa dia sedari, tingkahnya diperhatikan Dhani dari belakang. Lelaki itu meluru masuk ke dapur seraya memeluk pinggang Aisya dari belakang. Dagunya disandar di bahu Aisya.

"Sayur tu tak salah, sayang. Tak baik buat macam tu. Tu rezeki kita."

"Abang suka la. Ada orang nakkan abang. Sya sakit hati tahu."

Dhani tersenyum meleret. Geli hatinya melihat tingkah isteri yang manja sedang marah.

"Sya cemburu, ya?"

"Mana ada? Jangan perasan!"

"Tu cemburu la tu." Sengih Dhani.

"Abang cakap lagi, Sya tumbuk muka abang."

Dhani melepaskan lingkaran tangannya di pinggang Aisya. Tubuh Aisya dipusingkan mengadapnya pula."Sya garang ya? Dengar sini, sayang. Bagus la tu Sya cemburu. Itu tandanya Sya sayang abang."

Mata Aisya yang berkaca Dhani tatap. Pipi itu disentuh sekilas.
"Dah la tu. Masak cepat. Abang lapar ni."

"Nak masak pun tak boleh ni! Sya sakit hati. Sya nak jumpa Waheeda."

"Hei... Sya jangan buat macam tu. Nanti lain jadinya. Dengar sini. Sya tak perlu buat semua tu. Sya tahu siapa yang abang sayang. Jawapannya ada pada Sya sendiri. Dah ya? Abang tolong Sya masak. Jangan fikir pasal orang lain. Fikir pasal kita je, ya?" pujuk Dhani.

"Macam mana nak dah, Sya geram ni..."

Dhani menghampiri Aisya. Satu bisikan diberi di telinga Aisya.
"Kalau Sya masih nak teruskan geram-geram ni, abang pergi serang Mak Cik Norma tu bawa parang. Sya nak?"

Terbeliak mata Aisya memandang Dhani. Cepat-cepat dia menggeleng. Sayur di tangan dibawa ke sinki lalu dibersihkan.

Dhani cuma mampu tersenyum namun dalam hati tertanya sendiri.

'Biar betul Waheeda ni?'



arenayidin

11 Ogos 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro