Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Edition Raya Final ( 10 )


Kemangkatan Tengku Adwan Haider benar - benar tidak diduga sama sekali. Satu pengkhabaran  yang amat memeritkan buat ahli kerabatnya. Kali ni penyakitnya benar - benar menyerang pantas hingga belum sempat dia tertolong dengan apa - apa sekalipun rawatan.

Yang paling terluka dan terkilan saat ini sudah semestinya Aura Qismina. Diletakkan segala kesalahan akan keterlambatan rawatan penyakit Adwan ke atas dirinya. Dia benar - benar tidak dapat memaafkan dirinya sendiri.

Setelah selesainya permakaman jenazah Tengku Adwan Haider, semua mula beransur pulang ke rumah besar Permaisuri Laila. Tengku Ilham Huzairie dan Aliya Sofrina sudah mula naik ke bilik. Adik beradik Adwan yang lain juga sudah naik ke atas. Hanya tinggal Humaiera,Nadine dan Damia di situ menemani Aura yang hanya duduk termenung sendiri saat itu.

Anak masing - masing turut sama di atas. Tidak mahu menganggu para ibu berbicara.

" Aura...jangan lah terus macam ni..."pujuk Humaiera.

Aura hanya tertunduk lemah tidak bermaya. Sumpah dia masih belum kuat nak terima semua kenyataan ini.

" Aura...memang isteri yang tak berguna..."gumam Aura perlahan.

" Jangan lah cakap macam tu. Semua yang berlaku mesti ada hikmahnya..."kata pula Nadine.

" Aura sepatutnya bersyukur yang Aura dah boleh ingat semula....Aura kena tetap kuat demi anak - anak yang Adwan tinggalkan..."kata pula si Damia.

" Tapi...Aura tak mampu nak jaga diaorang sorang - sorang...Aura tak kuat kak..."luah Aura sambil air matanya mula bergenang semula.

Humaiera disebelah mula memaut bahu Aura jadinya. Belakang Aura diusap perlahan.

" Tak apa...kitaorang ada...kitaorang sebagai kakak ipar dan biras Aura...akan selalu ada untuk Aura jaga Aaraa dan Arwa lepas ni...Diaorang pun anak saudara kitaorang dan kitaorang pun dah anggap macam anak sendiri..."kata Humaiera.

Air mata Aura akhirnya diseka. Dia mula menatap kakak ipar dan birasnya silih berganti.

" Terima kasih kak Maiera, kak Mia, Kak Nad..."ucap Aura.

Kakak ipar dan birasnya itu mula mengangguk.







Aura mula mengatur langkah menuju ke bilik anak - anaknya. Dia ingin memanggil mereka untuk berbuka puasa. Hmm hampir terlupa juga dia yang mereka sekarang masih di bulan puasa. Adwan pergi di bulan yang mulia.Lagi dua hari aje diaorang dah nak menyambut hari raya. Namun kali ni amat berbeza buat Aura dan ahli keluarga yang lain. Beraya tanpa Adwan di sisi mereka.

Tok...Tok..

Pintu bilik Aaraa diketuk perlahan. Tak sampai beberapa saat, wajah Aaraa mula terjengul disebalik pintu bilik.

" Buka puasa jom..."ajak Aura.

Aaraa mengangguk kecil. Seketika Aaraa mula keluar daripada biliknya dan berlalu turun ke bawah. Aura mula beransur menuju ke bilik putranya pula. Si kecil itu juga harus diajak.

Tok...Tok...

Tiada sahutan. Aura sedikit pelik.

" Arwa...bonda masuk ya..." beritahu Aura seraya mula memulas tombol pintu.

Masuk - masuk saja ke dalam bilik, kelihatan Arwa sedang tertidur di atas katil sambil tangannya erat memeluk sebingkai gambar. Di mana ada figura Adwan di situ.

Aura sedikit terpaku melihat posisi tidur putranya itu. Dia mula jadi sebak...

" Ayah..nda..."tanpa sedar Arwa mengigau.

Air mata Aura mula bergenang di kelopak mata. Ya Allah...mesti Arwa rindukan Adwan, ayahndanya. Aura menggeleng kecil seraya menyeka air matanya yang hampir tumpah. Dia kena kuat. Takkan nak manja macam ni depan anak - anaknya ? Dulu boleh lah Adwan nak layankan tapi sekarang ? Hmmm.

" Arwa bangun sayang....dah nak berbuka..."kejut Aura.

Sekali saja dipanggil,Arwa pantas terjaga. Dia mula tergosok - gosok matanya. Selepas itu dia mula mencelik matanya.

" Hm dah nak berbuka ke bonda ? "soal Arwa.

Aura mengangguk.

" Jom turun..." Tangan dihulurkan kepada Arwa.

Arwa meletakkan semula bingkai gambar di meja sebelah dahulu sebelum menyambut huluran tangan Aura.

********

Malam itu Aura terduduk sendirian di tempat yang selalu Adwan duduk hampir tiap malam. Hmm tempat kesukaan Adwan bila mana dia sedih bila Aura tak ingat akan dirinya dulu.

Aura memandang langit yang gelap namun masih dihiasi oleh bulan dan bintang.

Seketika Aura mula melirih ke sisinya yang kosong. Dapat dia melihat bayangan Adwan yang sering juga duduk di sebelahnya dulu. Air mata Aura mula bertakung semula.

" Saya rindukan awak Adwan..."gumam Aura sebak.

" Bonda..."seseorang mula menyapa.

Aura menoleh seraya menyeka air matanya serta merta.

" Aaraa ? Buat apa dekat sini ? "soal Aura sedikit terkejut dengan kehadiran putrinya itu.

" Boleh Aaraa duduk sebelah bonda ? "

" Boleh..boleh...sini lah..."kata Aura sambil menepuk - nepuk tempat di sebelahnya.

Aaraa mula mengambil tempat.

" Ermm Aaraa ada sesuatu sikit nak bagi dekat bonda..."

" Sesuatu ? Apa ? "

Seketika sepucuk surat dihulurkan Aaraa kepada Aura.

" Surat apa ni ? "

" Surat terakhir untuk bonda daripada ayahnda..."kata Aaraa sedikit sebak. Berat baginya menyampaikan amanat yang terakhir daripada ayahndanya ini sebelum ayahnda berangkat balik ke Alor Setar hari itu.

" Aaraa ayahnda nak titipkan surat ni dekat Aaraa untuk Aaraa sampaikan pada  bonda...andai kata terjadi apa - apa yang tidak diingini dekat ayahnda...tolong ya...jaga adik...jaga bonda...ayahnda sayang Aaraa..." itulah  kata - kata terakhir Adwan yang masih dan akan selamanya tersemat di ingatan Aaraa.

Dek kerana tidak tertahan berada di situ lama - lama sebab Aaraa takut dia ternangis pula. Dia meminta diri dengan Aura untuk masuk ke dalam terlebih dahulu.

Tinggallah Aura sendirian di situ. Dengan penuh debaran Aura mula membuka perlahan surat tersebut. Aura agak menggigil dan seperti tidak sanggup saja hendak membaca setiap tulisan yang terukir di dalam surat tersebut.

Assalamualaikum bungaku, Aura Qismina. Saya berharap di saat surat ini dibaca oleh awak, awak dah dapat ingatan awak semula. Saya harap semua tentang saya dan anak - anak takkan hilang lagi daripada ingatan awak. Cukup sekali, jangan lagi. Terlalu perit sebenarnya, bila awak hilang semua kenangan manis dan pahit kita bersama.

Air mata Aura mula mengalir.

Tapi siapa saya hendak menidakkan semua itu. Itu aturan Allah dan kita sebagai hambanya hanya mampu menjalani semua ujian itu. Hmm sayang, andai kata saya dah tak dapat nak bersama - sama dengan awak lagi...bersama dengan anak - anak lagi...saya minta maaf...dan saya harap awak jangan salahkan diri awak ya...ini semua keputusan saya...saya yang lebih memilih sembuhkan ingatan awak berbanding memilih untuk menyembuhkan penyakit saya...saya tak nak hilang awak Aura. Biar saya yang hilang tapi yang penting saya yakin saya akan selalu ada di hati dan ingatan awak...

Tergeleng - geleng kepala Aura bersama deraian air matanya. Begitu perit dia menerima semua kenyataan ini. Kenapa Adwan sanggup buat semua ni untuknya ? Apa artinya dia mendapat segala ingatannya semula tapi Adwan tiada di sisinya lagi ?

Hmmm saya lega sangat....bila saya tak perlu berpisah dengan awak dengan cara bercerai....tapi saya lebih lega kita berpisah dengan cara macam ni...mungkin perit bagi awak tapi awak kena percaya yang semuanya pasti  ada hikmah...Saya dah maafkan segala kesalahan awak yang awak buat dekat saya sepanjang awak hilang ingatan hari itu.

Bunga...saya harap awak dapat jaga anak - anak kita...besarkan diaorang baik - baik..saya tahu awak mampu...

Maaf tak dapat kita nak beraya bersama - sama tahun ni...moga kita akan berjumpa lagi di syurga Allah nanti...In shaa Allah....satu lagi yang saya nak awak tahu...sampai bila - bila  saya cuma sayang dan cintakan awak Aura..awak bunga saya satu - satunya....dan awak cinta pertama dan terakhir saya...terima kasih untuk segalanya ya....

Yang benar, Kumbangmu/TAH.

Tersedu sedan Aura menghabiskan segala tulisan Adwan yang terukir itu. Aura mula memeluk erat surat tersebut ke dadanya. Sakit,perit,terkilan itu yang dapat dia gambarkan saat ini.

" Saya pun sayangkan awak Adwan...maafkan saya sebab saya terlambat untuk ingat awak semula...saya janji saya akan jaga anak - anak kita dengan baik...saya akan kuat demi awak kumbang..."

*********
Memandang kan esok dah nak raya, Aura baru sempat nak bawa anak - anaknya pergi shopping baju raya dekat mall. Hari ni awal - awal pagi dia dah bawa Aaraa dan Arwa keluar..Ditemani Azzam sebagai driver diaorang. Adwan ada titipkan amanat juga supaya Azzam yang akan driver untuk Aura dan anak - anak mereka.

Hampir 1 jam juga mereka berpusing satu mall. Akhirnya dapat lah juga baju raya sedondon mereka bertiga. Tema tahun ni warna putih. Kenapa putih ? Hmm itu pilihan Adwan.

Aura tiba - tiba teringat yang Adwan pernah bagitahu di awal tahun dulu, yang dia nak sangat tahun ni pakai baju raya warna putih. Hmm maybe itu petanda yang dia nak pergi tinggalkan kami. Jadi Aura putuskan untuk makbulkan permintaan Adwan itu walaupun Adwan dah tak dapat nak bersama dengan kami lagi.

Aura cuba redho.

Setelah selesai membeli semua, mereka akhirnya mula beransur pulang. Semasa dalam perjalanan, Aaraa dan Arwa tertidur keletihan.Maklumlah cari baju raya dalam keadaan berpuasa. Semua terlentok tidur di atas  bahu antara satu sama lain. Aura hanya tersenyum tipis melihat anak - anaknya itu. Mereka saja lah yang Aura ada sekarang. Mereka berdua lah penguat hati Aura sekarang.

Sedang leka Aura memerhati anak - anaknya tiba - tiba satu bunyi hon yang agak kuat mula mengalihkan perhatiannya.

" Ya Allah ! "

Pelanggaran kuat telah berlaku secara berhadapan dengan kereta Aura. Akibat pelanggaran kuat itu, kereta yang dinaikki mereka berpusing  sebanyak 3 kali dan akhirnya terbalik.

Terasa perit dan sakit diseluruh tubuh Aura saat itu. Namun dia masih mampu mencelikkan matanya. Celik saja matanya, dia menangis perlahan. Kenapa ? Aura melihat anak - anaknya semua tercedera parah. Darah mula mengalir banyak di tubuh mereka. Dengan keadaan yang terbalik pula menyukarkan pergerakkan mereka.

" Aa...raa....Ar..wa..."panggil Aura tersekat - sekat akibat menahan sakit yang menjalar diseluruh tubuhnya.

Aaraa dan Arwa sama sekali tidak menyahut. Mereka langsung tidak bergerak walaupun seinci.

Ya Allah kenapa aku harus diuji sebegini rupa?Adakah ini semua balasan daripada kekhilafan Aura terhadap Adwan selama ini ? Aura hanya menangis sehingga dirinya juga tidak terdaya. Akhirnya mata Aura semakin memberat dan tertutup rapat.....





Alunan bacaan yassin mula berkumandang di tepi telinga Aura. Aura dapat mendengarnya dengan sangat teliti. Ya Allah aku dah nak mati ke ? Aku dalam keadaan kritikal ke ? Macam mana keadaan anak - anak aku ? Macam mana dengan keadaan Azzam ?

Lama kelamaan mata Aura mula dibuka perlahan - lahan. Silauan cahaya lampu sedikit sebanyak mengganggu pandangannya. Dia memejamkan semula matanya.

" Aura...Aura dah sedar ?" sapa satu suara membuatkan Aura segera membuka matanya semula.

Jantung Aura seakan - akan berhenti berdetak. Dia memandang kaku akan wajah yang menyapa di hadapan matanya. Ya Allah mimpikah aku ? Atau aku memang benar - benar dah mati ?

" Aura...dengar tak saya panggil ni...kalau awak dengar...awak kelipkan mata awak..."

" Ad...wan..."gumam Aura perlahan.

" Alhamdulillah...Ya Allah....awak dah bangun juga akhirnya Aura..." kata Adwan sebak seraya mula mencium tepat di dahi Aura.

Perlahan - lahan air mata Aura turut sama mengalir.

Apa jadi Adwan tak mati ? Dia masih hidup ? Habis apa yang berlaku selama ini hanyalah bayangan Aura semata - mata ketika dia masih koma ?

Hm ya. Itu semua hanyalah bayangan. Aura dah koma hampir sebulan. Tepat - tepat hari ni pula adalah Syawal pertama untuk tahun itu Aura sedar. Namun Adwan masih setia menanti dan tidak terlalu teruja menyambut Raya pertama hari itu. Dia masih tidak jemu - jemu menantikan Aura untuk sedar semula. Alunan bacaan yassin tidak pernah terputus daripada bibir Adwan setiap kali dia menjaga Aura. Dia nak Aura kembali.

Seketika Adwan memanggil doktor yang bertugas untuk memeriksa Aura dengan lebih lanjut.

********

Alhamdulillah doktor cakap Aura dah melepasi masa - masa kritikalnya. Aura akan kembali sembuh bila dia mengikut setiap rawatan susulan nanti. Ini lah hari raya yang paling bermakna buat Adwan.

Seketika Adwan mula mengelap kecil tangan Aura dengan kain kecil basah. Aura pula hanya diam tidak berkutik dan hanya tidak lepas memandang Adwan. Dia seakan - akan tidak percaya yang Adwan masih hidup. Dia juga tidak menyangka yang dia hilang ingatan itu hanyalah mimpi semata - mata.

" Adwan..." panggil Aura.

" Hmm ya..."mata masih fokus mengelap - ngelap Aura.

" Azzim macam mana ? "soalan itu yang terpancul. Setahu Aura dalam mimpinya, Azzim tak dapat diselamatkan.

" Azzim ? " Adwan memandang Aura jadinya dengan wajah serious.

Aura terdiam. Dia berdebar - debar jadinya.

" Alhamdulillah Azzim selamat dalam kemalangan tu...cuma tangan kanan dia patah aje...dia pun dalam proses penyembuhan sekarang..."kata Adwan.

Alhamdulillah Ya Allah....

" Adwan..."panggil Aura lagi.

" Iya sayang..."sahut Adwan. Matanya mula memandang tepat ke wajah Aura yang masih pucat itu.

" Terima kasih...sebab masih hidup..."luah Aura.

" Hah ? " Adwan tercengang.

" Saya minta maaf kalau saya jadi isteri yang derhaka pada awak...saya minta maaf Adwan..."kata Aura lagi sambil mula teresak - esak.

" Heyy sayang apa awak cakap ni ? Kenapa nangis ni...."Adwan jadi tidak mengerti dengan setiap kata - kata Aura. Apa yang jadi sebenarnya.

Akhirnya Adwan mula menarik Aura ke dalam pelukannya. Membiarkan Aura melepaskan setiap tangisan dalam pelukannya.

" Saya tak nak hilang awak Adwan...saya tak nak awak sembunyikan apa - apa pasal penyakit awak lagi...saya tak nak awak lambatkan rawatan awak andai kata penyakit awak serang balik...tolong Adwan....tolong...utamakan itu semua dulu...."teresak - esak Aura jadinya.

" Shhhh....iya sayang...iya..." Adwan hanya mampu mengiyakan meskipun dia sama sekali tidak mengerti. Belakang tubuh Aura diusapnya.

Lama kelamaan tangisan Aura mula reda. Pelukan dileraikan. Adwan mula memaut kedua belah bahu Aura selepas air mata Aura diseka olehnya.

" Saya tak faham apa yang awak cakap sebenarnya...tapi yang pasti saya janji dengan awak...saya takkan tinggalkan awak Aura...saya sayangkan awak sangat - sangat..."kata Adwan seraya mula mencium dahi Aura.

Aura hanya memejam matanya sambil menerima kucupan hangat Adwan itu.

" Bonda ! "

Adwan dan Aura mula menoleh. Kelihatan kedua anak mereka sudah pun tiba. Mereka mula berlari kecil mendapatkan ayahnda dan bonda mereka. Si kecil Arwa mula diangkat Adwan agar dia lebih dekat dengan Aura. Seketika mereka berempat mula  berpelukan antara satu sama lain. Cuma melepaskan rindu yang terbuku selama ini.

" Ya Allah berkatilah keluarga kecilku ini..." doa Adwan di dalam hatinya.

Berakhirlah sudah kisah putra bongsu Tengku Ilham Huzairie ini. Setiap kisah dukanya pasti saja terselit bahagia. Ini akan lebih mendewasakan Tengku Adwan Haider dan Aura Qismina dalam menempuh dugaan rumah tangga mereka.Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar. In shaa Allah besar pulangannya nanti.




#Finally habis juga chapter yang terakhir. Hahahaha gigih author taip lepas aje dah rasa sihat sikit walaupun tak sepenuhnya lagi. Demi pembaca yang author sayangi, sanggup juga taip tau. Okay harap ending kali ni memuaskan anda semuanya ya. Jangan marah2 ya kalau plot twist kali ni buat emosi korang turun naik. Mianhae ! 🤣🤣🤣 Thankyouuu pembaca2 yang support,comment and vote story MSTAP S2 ni dari mula sampai lah sekarang. Korang mmg terbaik lah ! Last but not least jangan lupa keep vote and comment ya. Bagi feedback yang gempak2 punya boleh ? 😆💗

# Lepas ni kita jumpa dekat story latest sis yg tajuk MY SWEET MR. SHORT boleh ? Krik2 aje dkt sana 😌 hahahaha kbye ! 💗🥰
















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro