Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Edition Raya ( 09 )

Sesampai saja mereka di rumah Haji Ismail, mereka tidak langsung berehat malah mula mengemas setiap ruang rumah. Banyak benda nak kena uruskan. Nak kena sapu , nak kena lap semua barang - barang.

" Barang yang berat - berat awak jangan angkat ehh...tangan awak masih belum pulih sepenuhnya lagi..." pesan Adwan sebelum memulai kerja masing - masing.

Aura mengangguk tanda faham. Seketika dia mula melakukan tugas - tugas kecil. Hmm rindu juga dia dengan rumah tokwan. Tak sabar pula rasanya nak pergi melawat kubur tokwan esok pagi.

Seketika Adwan, Azzam dan Aura mula melakukan tugas masing - masing. Keadaan rumah ketika itu agak sunyi apabila masing - masing mula fokus terhadap aktiviti mengemas ini. Hampir satu jam macam tu, akhirnya ruang di dalam rumah sudah bersih dan kemas.

" Saya keluar sekejap cari barang ya Tengku..."kata Azzam meminta diri.

Adwan mengangguk. Memandangkan rumah tokwan ditinggalkan agak lama, maka barang - barang rumah juga sudah habis. Baru beberapa saat kepergian Azzam tiba - tiba kedengaran bunyi kuat kaca jatuh daripada arah dapur.

Adwan tersentak kecil seraya tergesa - gesa berlari menuju ke dapur.Sesampai saja dia di dapur, kelihatan Aura sedang tertunduk - tunduk di sekitar singki rumah tokwan hendak mengutip serpihan kaca yang sudah pecah.

" Aura ! "

Adwan menahan tangan Aura daripada menyentuh kaca - kaca tersebut. Aura sedikit terkejut dengan kehadiran Adwan yang tiba - tiba itu.

" Jangan kutip...nanti jari awak terluka...biar saya aje yang buat...hmm macam mana boleh jatuh ni ?" kata Adwan risau seraya mula membangunkan Aura.

" Eh tak apa lah...sikit aje ni...aku boleh buat lah..." tolak Aura masih berkeras hendak mengutip kaca tersebut. Degil betul lah perempuan ni.

" Aura dengar cakap saya please...."Adwan juga masih berkeras menahan tangan Aura daripada menyentuh kaca - kaca tersebut.

" Ish kau ni sibuk lah ! "tempik Aura dan seraya menepis tangan Adwan kuat.Dia rimas bila Adwan terlampau tunjuk care pasal dirinya.

" Aduhh..."Adwan mengaduh kecil apabila tangannya yang ditepis oleh Aura itu tertusuk pada serpihan yang berdekatan.

Aura tersentak.

" Adwan...sorry aku...err...aku...tak sengaja..."

Wajah Adwan sedikit berkerut menahan rasa serpihan yang tercucuk itu. Setelah itu dia pantas mencabut perlahan - lahan. Pedih namun terpaksa ditahan juga.

" Dah lah...biar saya aje yang uruskan semuanya...awak pergi duduk depan..."kata Adwan mendatar.

" Tapi tangan kau..."

Adwan menggeleng..

" Dah jangan banyak cakap lagi...pergi depan..."suara Adwan mula tegas jadinya.

Aura pantas bangun dan berlalu dengan perasaan yang sedikit bersalah. Sempat juga dia toleh ke belakang melihat Adwan yang terbongkok - bongkok mengutip serpihan kaca dengan tangannya yang terluka. Hmm aku minta maaf. Aku dah banyak menyusahkan kau...Hmm tapi tak apa lah...lepas ni kau takkan rasa semua tu lagi lepas kita dah berpisah.

********

Setelah menyelesaikan serpihan kaca tadi, Adwan mula kedepan semula. Kelihatan ruang tamu sunyi saja. Aura dalam bilik kot ? Seketika mata Adwan mula jatuh pada tangannya yang masih terluka. Hmm tak ada ubat pula nak letak. Dalam rumah tokwan mesti tak ada kan ?

Seketika Adwan mula masuk ke dalam bilik. Kelihatan Aura sedang kusyuk melihat keindahan pemandangan halaman tokwan di tingkap bilik. Adwan hanya masuk tanpa bersuara. Namun langkah Adwan mungkin mula menarik perhatian Aura.

" Tangan kau macam mana ?" soal Aura kedengaran risau.

Adwan memandang Aura sekilas.

" Ermm okay aje.."balasnya ringkas.

" Dah letak ubat ?"

" Ermm dah..."bohong Adwan.

Aura sedikit terdiam namun dia mula mencuri - curi pandang pada tangan Adwan yang terluka. Hmmm bohong lah dia ni.

" Tengku saya dah balik !" laung Azzam daripada ruang tamu.

Mendengarkan saja laungan Azzam itu, Aura pantas melangkah keluar. Adwan sedikit terpinga akan tingkah laku Aura itu. Hmm nak pergi mana pula tu ?

Tak sampai beberapa saat, Aura mula muncul semula dengan sebuah kotak first aid.

" Sini aku letak ubat..."

" Hah ? Mana awak dapat kotak first aid tu ?" soal Adwan pelik.

" Hmm aku bawa daripada KL...letak dalam kereta tadi.."

" Bila masa pulak awak letak ?"

" Ish tak payah banyak tanya lah..." Aura mula menolak - nolak tubuh Adwan sehingga Adwan terduduk di birai katil jadinya.

" Tak apa lah...sini saya yang letak ubat sendiri..."

" Shhhh ! Jangan degil boleh tak ? Tadi kau mengarah aku sangat kan ? Sekarang turn aku pula...kau duduk diam - diam..."bebel Aura seraya mula menarik tangan Adwan yang terluka tadi lalu mula mengubatinya.

Adwan terkelu jadinya. Maka dia hanya menjadi pemerhati saja akan setiap tingkah laku Aura mengubatinya.

" Hmm risau juga dia dekat aku kan ?"desis hati Adwan. Hati Adwan sedikit tersentuh.

" Hmm aku minta maaf..." tiba - tiba Aura bersuara sayu sambil tangannya ligat mengubati tangan Adwan.

Adwan hanya mendiamkan diri saja. Dia kusyuk tengok Aura duk letak ubat aje dari tadi. Jarak mereka juga agak dekat. Hmm teringat pula tiba - tiba masa dulu yang Aura duk picit tangan dia sebab lenguh. Lepas tu tetiba Adwan bertindak gila nak cium Aura....tapi arwah tokwan potong line betul lah.

" Kau dengar tak aku cakap apa ni ?"soal Aura seraya mula mengangkat mukanya dan memandang tepat ke arah wajah Adwan.

Adwan tersentak. Begitu juga Aura.

Kenapa ?

Ya lah tak sangka pula bila Aura angkat muka dia pandang Adwan, muka diaorang hampir berlaga. Mereka statik berposisi sebegitu. Tak tahu nak buat apa. Masing - masing terkelu.

" Hmm saya maafkan awak kalau awak tukar panggilan aku kau dengan saya ? "kata Adwan tiba - tiba.

" Habis tu aku nak panggil kau apa ?"soal Aura tidak mengerti.

" Panggil saya awak...atau panggilan kita kumbang bunga...."kata Adwan lagi.

" Hah ? Kumbang bunga ?"soal Aura sedikit terasa tidak asing dengan panggilan tersebut.

Tiba - tiba kepalanya sedikit berdenyut. Terasa seperti beberapa suara berulang - ulang di tepi telinganya.

" Jadi...awak lah kumbang selama ni ? "

" Ya bunga...saya kumbang awak selama ni.."

" Aura ? Awak okay tak ni ?" soal Adwan apabila Aura kelihatan seperti terhuyung hayang..

Adwan mula mengoncang perlahan tubuh Aura.

" Kepala aku sakit tiba - tiba..."kata Aura.

" Hah ? Tak apa lah....awak rehat lah...biar saya yang habiskan letak ubat ni..."kata Adwan sedikit risau.

Aura mengangguk.

*******

Aura dan Adwan berserta Azzam mula bersiap untuk melawat pusara arwah tokwan dan tok pagi ini. Masing - masing berbaju kurung dan melayu. Saja bersiap cantik sikit, sebab nak jumpa tokwan kan ? Aura lah yang paling excited sebab dah lama dia tak melawat pusara tokwan kan ?

Perjalanan ke tanah perkuburan yang terletak berdekatan kampung Aura hanya memakan masa 10 minit saja. Setelah sampai mereka di tanah perkuburan di mana terletaknya pusara tokwan dan tok Aura, mereka mula membersihkan kawasan pusara tersebut.

Selepas itu bacaan yassin mula meniti dibibir masing - masing. Surah Al-fatihah juga tidak dilupakan berserta sedikit doa. Seketika mereka mula ingin beransur balik namun Adwan menyuruh Azzam dan Aura pergi ke kereta terlebih dahulu. Adwan masih tidak puas berhadapan dengan pusara tokwan dan tok.Bila sudah dipastikan Aura dan Azzam berlalu, Adwan mula memandang pusara tokwan dan tok. Batu nissan kedua - duanya diusap perlahan.

" Tok...tokwan...doakan Adwan supaya dapat bertahan dapatkan ingatan Aura...Hmm kalau ada rezeki kita jumpa lagi....mungkin dekat sini atau dekat sana...."gumam Adwan sebak.






Dalam perjalanan balik ke rumah, mereka lalu di hadapan bendang yang selalu tokwan bawa Adwan lepak dulu. Pangkin yang sama masih ada di situ. Adwan tiba - tiba teringin nak ambil angin dekat situ pula.

" Azzam berhenti sekejap dekat sini.."arah Adwan.

" Awak nak buat apa ni Adwan ? Kenapa berhenti sini ?" kata Aura. Panggilannya juga sudah bertukar akibat mahukan kemaafan daripada Adwan.

" Jom kita turun kejap ambil angin..."ajak Adwan.

Seketika Aura mula keluar daripada kereta bersama Adwan. Setelah itu mereka mula mengambil tempat duduk di pangkin yang menghadap bendang. Kelihatan tenang saja bendang waktu itu. Hanya ada beberapa pekerja yang melakukan tugas mereka. Dalam diam, Aura sedikit memerhati sekeliling tempat yang agak familiar ini. Hmm kenapa aku rasa macam pernah sampai sini dengan someone eh ?

" Hmm kalau awak nak tahu Aura...dekat sini lah tempat saya tahu segala - galanya pasal perasaan awak dan saya...masa kita awal - awal kahwin dulu..." luah Adwan tiba - tiba.

" Maksud awak ?"

Adwan mula memandang Aura di sisinya. Aura juga turut sama melakukan hal yang sama.

" Saya dan awak masing - masing salah faham masa tu...tapi arwah tokwan yang dah banyak bantu kita dan selesaikan semua salah faham tu..."

Aura hanya terdiam mendengarkan semua itu. Seketika tangannya diraih oleh Adwan.

" Saya sayangkan awak sangat - sangat Aura...Dah macam - macam cara saya cuba dapatkan ingatan awak....ini jalan terakhir yang dapat saya buat..."ucap Adwan perlahan.

Aura sedikit terpinga. Tidak mengerti akan kata - kata Adwan yang memaksudkan jalan terakhir itu.

Namun tidak semena - mena Adwan mula mendekatkan wajahnya dengan wajah Aura. Aura tersentak hebat ! Apa yang Adwan cuba buat ni ? Jangan cakap yang dia cuba nak...

Chupp...

Tidak semena - mena bibir Aura menjadi sasaran. Aura kaku. Tangannya masih utuh diraih Adwan. Bibir mereka bertaut antara satu sama lain. Sepanjang ciuman itu, mata Adwan terpejam dan air mata Adwan menitis tidak henti.

Tiba - tiba bayangan di mana Adwan pernah mencium Aura di situ mula menerjah ke ingatan Aura satu persatu. Segala kata - kata dan tindakan Adwan dan Aura waktu itu mula terlayar semula di hadapan Aura. Aura benar - benar tersentak hebat.

" I love you so much bunga...." bisik Adwan.

" I love you too kumbang..." balas Aura.

" Done ! Saya ambik balik first kiss saya yang awak curi..."

Hal - hal lain juga mula terlayar kembali.

Di mana waktu Aura terkejar - kejarkan Adwan di sekolah....

Macam mana Adwan dan Aura boleh berkahwin....

Adwan pernah diserang penyakit yang kronik....

Raymond pernah mencederakan dirinya sehinggakan dia tidak sedarkan diri di hospital selama tiga bulan....

dan....banyak lagi.

Tubuh Adwan mula ditolak kuat dan secara langsungnya ciuman mereka terlerai.

Pang !

Pipi Adwan mula ditampar kuat oleh Aura. Terteleng kepala Adwan ke kanan jadinya.

" Apa awak buat ni Adwan ? Awak dah gila ke ? Siapa bagi izin awak cium saya ? Lagi pun sekarang bulan puasa ! Awak tak puasa ke hah ? "marah Aura.

Adwan mula memandang Aura semula. Dia tersedar akan tindakannya yang terlalu melulu itu. Dia hampir terlupa juga akan dirinya yang sedang berpuasa. Astagfiruallahalazim...ampunkan aku Ya Allah...aku hampir terpesong.

" Saya...errr minta maaf saya cuma..."

" Dah lah saya nak balik..."kata Aura mula bangun dari duduknya.

*********
*Disuggestkan baca part ini dgn lagu yg disediakan di atas*

Sejak balik daripada bendang tadi, Adwan dan Aura tidak banyak bicara. Masing - masing membuat hal sendiri. Hmm mungkin masih terkejut dan rasa awkward dengan apa yang terjadi di bendang tadi kot ?

Namun dalam diam, Aura tidak lagi dapat membohongi perasaannya dan ingatan yang sudah mula pulih itu dan kalau ikutkan esok dah tiba masanya untuk Adwan lafazkan cerai ke atasnya.

" Hmm patut ke aku cakap dengan Adwan...yang aku dah dapat ingatan aku balik ?" desis hati Aura.

Seketika Aura mulai ada keputusan sendiri. Ya dia kena cakap dengan Adwan. Dia kena selesaikan semua ni. Dia kena minta maaf dengan Adwan. Dah terlampau banyak kesalahan yang dia buat pada Adwan. Dia dah jadi isteri derhaka dekat Adwan sepanjang ingatan dia hilang.

Aura mula menuju ke ruang tamu. Tadi tak silap Adwan ada dekat ruang tamu, masa dia pergi dapur. Namun sesampainya di ruang tamu, hanya ada Azzam di situ.

" Azzam mana Tengku ?" soal Aura.

" Hah ? Tengku ? Oh dia masuk dalam...tadi dia cakap dia ngantuk nak rehat sekejap..."kata Azzam.

Aura pantas masuk ke dalam bilik jadinya. Masuk saja ke dalam, kelihatan Adwan sedang tertidur lelah di atas katil. Aura mendekati Adwan lalu dia mula melabuhkan punggungnya di ruang kosong sebelah Adwan. Aura mula mengamati wajah Adwan waktu itu. Baru Aura perasan...yang Adwan nampak pucat sangat...Letih puasa mungkin ?

Tiba - tiba telefon bimbit Adwan berbunyi. Aura pantas mengambil telefon bimbit Adwan lalu dilihat nama Raissa yang tertera.Belum sempat Aura nak angkat dah dimatikan call tersebut. Namun Aura sedikit pelik melihat miss call yang terlampau banyak daripada Raissa means daripada tadi lah Raissa call tapi Adwan tak angkat. Nyenyak sungguh Adwan tidur eh ?

Seketika call daripada Raissa mula berkumandang lagi. Kali ni Aura cepat - cepat mengangkatnya.

" Hello Achaa ? Ada apa ni ?"

" Bonda su ?"

" Ya ni bonda su..."

" Bonda su dah dapat ingatan bonda su balik ?"soal Raissa.

" Hmm haah...baru aje...."

" Alhamdulillah Ya Allah..."bersyukur Raissa di hujung talian.

Aura sedikit pelik dengan reaksi Raissa ketika itu.

" Hmm kenapa Achaa call ayahnda su banyak kali ni ?"

" Hah terlupa pula...ayahnda su mana ?"

Aura mula mengalihkan pandangannya ke arah Adwan yang masih nyenyak tidur itu.

" Dia tengah tidur...kenapa ea ?"

" Hmm memandangkan bonda su dah dapat ingatan bonda su balik...Achaa rasa bonda su patut tahu pasal ni...."kata Raissa.

" Apa maksud Achaa ni ?"

" Kejutkan ayahnda su...suruh dia balik KL...jalani operasi penyakit dia semula..."

Aura tersentak hebat apabila penyakit Adwan diucapkan semula. Jantungnya berdegup kencang. Peluh dingin mula mengalir di dahi Aura.

" Penyakit ayahnda su menyerang balik.....Sepatutnya dia kena dioperasi dua hari lepas tapi dia tak nak sebab dia kata dia nak pulihkan ingatan bonda su terlebih dulu...dia cakap Aaraa dengan Arwa perlukan bonda su...dia cakap...dia tak nak hilang bonda su..."jelas Raissa lagi.

Menitis air mata Aura jadinya apabila mendengarkan penjelasan itu semua. Ya Allah apa yang Adwan cuba buat ni ?

" Tolong eh kejutkan dia dan datang buat operasi...."

Seketika panggilan dimatikan. Aura mula melihat Adwan yang masih tertidur tenang itu.

" Adwan bangun..."kejut Aura sedikit kuat. Dia mula menggoyangkan tubuh Adwan.

Adwan masih sama. Tiada respon. Masih tertidur tenang.

" Adwan bangun lah....awak bangun sekarang Adwan....jom balik KL...awak kena operasi...."bebel Aura sambil digoyangkan tubuh Adwan.

Namun masih sama. Aura mula berasa aneh. Kenapa Adwan tidur nyenyak sangat ni ?

" Adwan ? Bangun lah..."kata Aura seraya menyentuh pergelangan tangan Adwan akhirnya.

Aura tersentak hebat ! Dia mula menggigil. Kenapa ? Kenapa dia tak rasa langsung denyutan nadi pada pergelangan tangan Adwan ? Aura tergeleng - geleng kecil. Dia mula mencari hembusan nafas pada hidung Adwan pula. Sama tiada deruan nafas lagi.

" Adwan ! Bangun lah ! Jangan lah main - main lagi...Saya dah ingat tentang awak Adwan ! Saya dah ingat semuanya ! "teriak Aura ketakutan jadinya. Air matanya mula merembes keluar laju. Dia tidak boleh terima kalau Adwan meninggalkan dirinya seperti ini.

Namun masih sama. Adwan hanya kaku di situ. Tiada lagi balasan sentuhan mahupun sahutan kepada Aura. Dalam erti kata lain, tiada lagi Adwan di sisi Aura saat itu buat selama - lamanya...




#Bahagia tak selalunya berakhir bahagia bukan ? SER MSTAP S2 sudah hampir ke penghujungnya. Just tinggal 1 lagi chapter aje. Mungkin di last chapter nanti hanya akan dipenuhi dengan penyesalan Aura saja. Mohon bersabar dan tabah para readers kesayangan author ! Keep vote and comment 😍❤

#P/S: Chapter seterusnya mungkin mengambil masa sikit untuk sis update ya. Diharap dapat bersabar menantikan next chapter tq ! 😭❤















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro