Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Edition Raya ( 07 )


Aura mula berjalan perlahan di sekitar tingkat biliknya itu. Alhamdulillah, kian hari dia kian sembuh dan sudah boleh  bergerak sedikit bebas. Hm Aura terasa bosan apabila ditinggalkan bersendirian di biliknya. Adwan juga sudah keluar entah ke mana. Sibuk sungguh dengan urusan di luar sana. Buat apa pun tak tahu lah.

Langkah di bawa masuk ke dalam bilik bacaan yang ada di rumah itu. Aura sedikit terpegun dan tidak meyangka yang di dalam rumah ni ada bilik bacaan. Boleh lah dia usya - usya buku ke apa.

Seketika Aura yang agak teruja itu mula membelek - belek kecil buku di rak yang tersedia. Namun tiba - tiba kedengaran seseorang mula menapak masuk ke bilik itu juga. Aura pantas menoleh.

" Ehh bonda ada sini juga ?"kata Arwa.

" Ermm kau  buat apa dekat sini budak kecik ? " soal Aura.

Arwa sedikit terkebil - kebil jadinya. Dia mula memintal kecil hujung bajunya. Otak cuba memikirkan apa yang patut dibalas kepada bondanya itu.

" Errr..Arwa..err nak baca buku lah.."jawabnya tergagap - gagap.Dia mula mengatur langkah.

" Ohh hmm baca lah...Jangan kacau aku sudah..."balas Aura mula menyambung melihat buku - buku di situ.

Arwa menghembus nafas lega. Ingatkan bonda nak marahkan dia dan tak bagi duduk sini. Seketika si kecil Arwa mula mengorak langkah mendekati satu bahagian di rak. Kaki sedikit dijengketnya lalu dia  mulai mencapai satu album yang terselit di rak buku.

Setelah dapat dicapai album tersebut, dia mula membawa ke dalam pelukannya. Kaki mula diatur ke meja untuk mengambil tempat duduk. Dalam diam, Aura mencuri - curi lihat gelagat anak kecil itu.Eeee comel pula aku tengok budak ni.Kecik - kecik dah pandai minat nak baca buku. Seketika Aura mula mencapai satu buku lalu dia juga turut mengambil tempat di hadapan Arwa.

Pada mulanya, Aura acah - acah membaca buku yang diambilnya itu namun lama kelamaan dia mula tertarik dengan apa yang dilihat Arwa. Eh budak kecik ni tak baca buku tapi dia tengok album gambar lah.

Tanpa disangka - sangka Arwa mula menyedari akan tingkah laku bondanya yang asyik mencuri - curi lihat dirinya.

" Bonda nak tengok juga ke ?"soal Arwa tiba - tiba.

" Hah ? Ermm tak nak lah...."nafi Aura. Hakikatnya malu sebab kantoi.

Arwa tersenyum senget. Dia tahu bondanya nak tengok juga. Tak kisah dengan nafian Aura,Arwa pantas menolak sedikit album tersebut ke hadapan Aura.

" Tak payah lah...aku ma...."

Satu helain dibuka Arwa tanpa mempedulikan kata - kata Aura.

Helain yang dibuka mula terpampang gambar majlis kahwin Aura dengan Adwan.

" Ni bonda dengan ayahnda..."beritahu Arwa teruja.

Terkebil - kebil mata Aura. Tidak menyangka dia akan melihat gambar perkahwinannya dengan Adwan. Ini salah satu bukti yang dirinya memang isteri Adwan walaupun ingatannya belum pulih.

Satu demi satu helaian lagi dibuka oleh Arwa sambil mulut kecilnya berceloteh menjelaskan apa situasi setiap gambar - gambar tersebut. Macam mana Arwa boleh tahu sedangkan dia masih kecil ?

Hmm dulu masa bondanya itu masih sihat, bonda selalu tunjuk dan jelaskan setiap helaian dalam album ni sampai Arwa dah hafal. Walaupun masih kecil, Arwa juga pandai berharap yang Aura bondanya akan dapat mengingatnya semula dengan dia yang menunjukkan setiap isi album gambar ini.

*********

Adwan mula kembali ke rumahnya. Setiap langkahnya ke dalam rumah, dia sedikit hairan. Hmm sunyi aje ? Mana pergi semua orang ? Baru saja Adwan hendak melangkah naik ke atas, dia terserempak dengan Aaraa putrinya.

" Eh Aaraa ? Sunyi aje ? Mana adik ? Bonda ? "

" Adik... Bonda... Ermm hah ada dekat bilik bacaan ayahnda.. " beritahu Aaraa.

" Berdua ? "

Aaraa mengangguk.

" Kenapa ayahnda ? "

" Tak...tak ada apa...ayahnda naik dulu.. "kata Adwan mula meneruskan langkahnya.

Aaraa hanya membiarkan itu.

Dengan penuh debaran Adwan mula menolak pintu bilik bacaan. Kedengaran sunyi saja sepanjang Adwan  di hadapan pintu bilik bacaan tadi.

Adwan sedikit tersentak apabila dia sudah masuk ke dalam.

Hah ? Diaorang  berdua tertidur ?

Ya. Kelihatan Aura dan Arwa masing - masing tertidur sambil kepala mereka dilentokkan di atas meja. Adwan menggeleng kecil. Haish comel aje dua beranak ni tidur macam tu. Adwan mula mendekati meja yang sedang didiami oleh Aura dan Arwa itu. Bila makin dekat baru dia perasan, album keluarganya di situ. Oh diaorang tengah tengok gambar - gambar family tadi ?

" Hmm Ya Allah harap sangat Aura dapat ingat balik semuanya sebelum seminggu..."desis hati Adwan sedikit sedih.

Seketika Adwan mula mengangkat tubuh kecil Arwa untuk dibawa ke bilik tidur. Takkan dia nak biarkan Arwa tidur sini kan ? Nak dikejut tak sampai hati pula. Setelah berjaya didukung Arwa, Adwan mula membawa putranya itu ke bilik. Selepas itu dia mula kembali ke ruang bacaan. Kelihatan Aura juga agak nyenyak tidur di situ.

" Haish tadi dah angkat budak, sekarang nak kena angkat mak budak pulak ?"gumam Adwan sendiri. Dia menguntum senyuman.

Adwan mula menyimpan album dan buku yang diambil Aura dan Arwa tadi terlebih dulu. Setelah itu dia mendekati Aura. Dia sedikit menunduk agar sama tinggi dengan kedudukan Aura. Wajah tidur Aura yang kelihatan polos itu ditatap tidak lepas oleh Adwan.

" Sayang bangun...masuk tidur dalam bilik..."Adwan cuba kejut perlahan.

Namun Aura tiada respon dan masih saja tidur nyenyak. Adwan menggeleng kecil. Mahu tidak mahu, nampaknya dia terpaksa angkat Aura juga lah ke bilik. Perlahan Adwan mula mencempung tubuh kecil Aura pula. Aura kelihatannya tidak terusik langsung dan makin tidur nyenyak ada lah. Siap digomoi kecil lagi dada Adwan sepanjang ke bilik. Hahah ingat bantal peluk kot ?

Setelah tiba di hadapan katil, Adwan mula meletakkan perlahan tubuh Aura. Aura langsung tak terjaga dari tadi. Seketika selimut di tarik menutupi tubuh Aura. Adwan menyentuh kecil kepala Aura. Suka benar dia tengok Aura time tidur ni. Nampak tenang aje. Perlahan - lahan tanpa Aura sedar, Adwan mula mengucup dahinya.

" Cepat sembuh ya bunga sayang..."ucap Adwan perlahan.

**********

Hanya tinggal tiga hari saja tempoh yang diberikan oleh Aura. Semakin lama, Adwan dirundung rasa risau dan hampir saja berputus asa. Aura masih sama. Tiada satu pun ingatannya yang kembali. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan lagi ? Aku benar - benar buntu.

Setelah kembalinya daripada masjid tadi, Adwan hanya termenung sendirian di halaman rumahnya. Dia duduk sambil dihanyun - hayunkan buaiannya. Dia cuba menenangkan dirinya malam itu. Pada masa yang sama dia sedang memikirkan sesuatu agar dapat dia kembalikan semula ingatan Aura.

" Ehem..."seseorang tiba - tiba mula berdehem.

Adwan sedikit terkejut pantas menoleh.

" Eh awak...errr buat apa dekat sini ? Tak tidur lagi ? "

" Belum....aku tak ngantuk lagi...Dah lama aku tengok kau suka duduk dekat halaman ni malam - malam...aku curious jadi aku pun nak try lah juga..."kata Aura.

" Oh hah...ermm saja suka ambil angin dekat sini...."kata Adwan cuba menutupi kegusaran di hatinya yang bertandang.

Aura pantas mendekati Adwan dan tanpa dipinta dia mengambil tempat duduk di sebelah Adwan. Adwan sedikit tersentak dengan tindakan itu.

" Hmm best juga duduk sini...Boleh tengok bulan.... tengok bintang..."kata Aura seraya memandang ke arah Adwan.

Adwan yang waktu itu tengah pandang Aura juga sedikit tersentak apabila mata mereka bertembung antara satu sama lain. Dia mula - mula cepat memandang ke langit semula.

Aura menahan senyumnya. Suka pula dia tengok tingkah  laku gelabah Adwan ni. Comel.Seketika Aura turut sama memandang langit.

Suasana agak sunyi buat beberapa detik.

" Hmm Aura..."

" Ya..."

" Awak memang betul - betul tak ingat saya langsung ke ?"

" Hmm ya..."

" Jadi...awak memang nak saya ceraikan awak lah bila tamat tempoh seminggu yang awak beri tu ? Andai kata kalau awak masih tak ingat saya dengan anak - anak ?" soal Adwan mula sedih.

" Hmmm yes..."balas Aura acuh tak acuh. Hmm entah lah dia sendiri juga masih keliru dengan semua ni.

Adwan terdiam.

" I'm sorry Adwan...aku betul - betul tak boleh ingat kau...even budak - budak tu pun..."kata Aura lagi. Dia masih memandang ke langit. Entah kenapa Aura tidak kuat untuk menatap wajah Adwan di sisi.

Dalam diam air mata Adwan mula bertakung. Dadanya sedikit terasa sesak dengan jawapan Aura itu. Namun dia masih cuba pura - pura kuat.

" Hmm and one more thing...aku pun tak nak ada dalam cengkaman kau andai aku masih tak boleh ingatkan kau...aku nak bebas Adwan...aku harap kau faham.."kata Aura seraya bangun dari duduknya.

Sebelum melangkah pergi, Aura sempat menoleh ke arah Adwan.

" Kau masih tinggal lagi tiga hari untuk buat aku ingat kau....but if dalam tiga hari tu pun aku masih tak ingat apa - apa....ceraikan aku Adwan...leave me....dan pasal budak - budak tu...aku serahkan semuanya dekat kau....memandangkan diaorang pun aku tak ingat siapa..."kata Aura seraya mula berlalu.

Melangkah pergi saja Aura, Adwan mula tertunduk sambil menangis tersedu sedan jadinya. Air matanya mula mengalir tanpa dapat ditahan - tahan lagi. Sumpah dia memang agak lemah kini.



Keesokan paginya, setelah selesai bersahur dan solat subuh, Adwan mula terlelap semula. Dia agak keletihan pula hari ni. Mungkin sebab semalam banyak menangis sangat kot ? Melihatkan Adwan yang tertidur itu, Aura langsung tak ganggu Adwan. Dibiarkan saja Adwan tidur di atas katil. Aura pula hanya bersiar - siar seorang diri di sekitar kawasan rumah besar Adwan itu. Dia masih belum habis tawaf lagi rumah Adwan ni.

Dalam masa dia berjalan - jalan di sekitar kawasan itu, hatinya mula terdetik sesuatu.

" Hmm kejam sangat ke ayat aku semalam dekat Adwan ?" gumam Aura sendiri.

Dalam Aura duk leka memikirkan ayatnya semalam tiba - tiba...

Bukkk !

Kepalanya terkena lantunan bola.

" Aduhh.."mengaduh Aura sambil digosok perlahan kepalanya.

" Bonda sorry ! " si kecil Arwa mula berlari anak kepada Aura. Bola yang bergolek dicapainya.

" Ish Arwa ! Sakit kepala aunty tau !"ngomel Aura. Dia masih tidak membahasakan dirinya dengan panggilan bonda.

" Hmm sorry la bonda....Arwa tak sengaja..." kata Arwa sambil wajahnya dibuat kesian.

Aura yang pada mulanya ingin marah namun terus terasa cair melihat wajah comel Arwa saat itu.

" Yelah - yelah....Dah main sorang - sorang aje ke ?"

" Haah...hmm kak Aaraa pergi sekolah...."

" Oh dah jom main sama - sama..." ajak Aura jadinya.

Part of Adwan.

Adwan tiba - tiba terjaga daripada tidurnya apabila dia mula merasa loya. Dia pantas berlari ke toilet dengan segera. Masuk - masuk saja ke dalam toilet dan berada di hadapan singki, dia pantas memuntahkan isi perutnya.

Kepalanya juga sedikit berdenyut. Setelah dia muntah beberapa kali, dia mula berkumur sedikit. Baru saja tekaknya rasa lega, tiba - tiba kelihatan cecair merah pula mula menitik ke dalam singki.

Adwan tersentak hebat. Jantungnya berdegup kencang.Dia pantas mengangkat wajah dan memandang cermin di hadapannya. Adwan kehilangan kata - kata, apabila dia melihat titisan darah yang mula mengalir daripada hidungnya ketika itu. Dia menghapus kasar.

" Ya Allah apa ni...takkan lah penyakit...aku....datang balik..."

Sesuatu yang tak pernah Adwan jangka akan kembali....

#Hmmm dugaan apa pulak yang Adwan kena tanggung ni ? Penyakit lama menyerang kembali ?  Kalau betul lah dia sakit balik, macam mana dia nak handle penyakit dia dengan Aura dalam satu masa ? Makin complicated ya ? Stay tuned guys ! Keep vote and comment  🥺🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro