Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Edition Raya ( 02 )

Alhamdulillah operasi menyelamatkan Aura berjaya dilakukan. Adwan lah orang yang paling berasa lega saat ini. Dia tidak henti - henti berdoa agar Aura tetap kuat dalam operasi tersebut. Adwan juga tidak henti - henti berterima kasih pada rakan sekerjanya iaitu doktor Jasmine kerana berjaya handle kes Aura ni.

Setakat ini Aura masih tak sedarkan diri dan memerlukan rehat yang banyak. Kakinya dalam keadaan baik cuma ada beberapa kesan luka. Namun tangan kanannya  mengalami kecederaan sehingga patah.Adwan tidak lelah menantikan Aura untuk sedar. Hmm ujian buat Adwan di bulan Ramadan untuk tahun ni. Ya Allah bantu Aura sepanjang tempoh untuk dia sembuh. Anak - anaknya dikirim sebentar kepada mama dan papa Aura.

Adwan mula mengusap perlahan tangan Aura yang patah. Sungguh hatinya agak pilu melihatkan keadaan Aura kini. Pejam celik pejam celik, sudah hampir seminggu dia tidak mendengar suara riang Aura bahkan sentuhan tangan Aura sekali pun. Sungguh dia amat merindui isterinya itu.

" Bunga...bila nak bangun ni ? Kumbang rindukan bunga kumbang...."perkataan itu yang sering diucapkan oleh Adwan hampir tiap hari. Dia kesunyian tanpa adanya suara dan kehadiran Aura seperti selalu.

Seketika Adwan mula melakukan tugasnya ke atas Aura iaitu membersihkan sedikit tubuh Aura dengan tuala kecil. Mulai hari Aura dioperasi, Adwan mula mengambil cuti sementara daripada tugasnya sebagai seorang doktor di hospital. Hal ini kerana dia ingin menjaga Aura sehingga sembuh. Dia takkan lepas tangan atau memberikan tugas ini kepada sesiapa pun. Dia akan bertanggungjawab sepenuhnya menjaga  Aura.

Sedang leka Adwan menguruskan Aura, namun tiba - tiba entah kenapa denyutan nadi Aura berubah rentak tidak tentu arah. Adwan sedikit tersentak. Dia mula sedikit gelabah. Selepas itu, dengan kadar segera dia mula memanggil doktor yang bertugas merawat Aura iaitu doktor Jasmine.

Adwan di minta tunggu di luar sementara doktor Jasmine memeriksa keadaan Aura. Adwan dirundung rasa risau yang menggunung. Harap Aura tak jadi apa - apa. Aku belum bersiap nak hadap sebarang kemungkinan. Hampir setengah jam juga Adwan menunggu. Mundar mandir dibuatnya Adwan di hadapan bilik rawatan Aura.

Buat seketika, doktor Jasmine mula keluar. Adwan terus datang menerpa.

" Macam mana dengan keadaan isteri I doktor ?"soal Adwan tidak sabar.

Doktor Jasmine mula menepuk kecil bahu Adwan.

" Wife you dah sedar doktor Adwan..."ucap doktor Jasmine sambil tersenyum tipis.

Berkaca mata Adwan dibuatnya. Satu berita yang amat ditunggu - tunggu Adwan...Tanpa menunggu apa - apa lagi, Adwan mula masuk ke dalam semula.

" Errr tapi...." kata - kata doktor Jasmine masih tidak habis. Dia mengetap bibirnya sendiri. Hmm macam mana dirinya hendak menjelaskan hal yang satu lagi ? Dia mula mengekori Adwan ke dalam daripada belakang.

" Sayang ? Sayang okay ? Sayang dah sedar....alhamdulillah..."kata Adwan sambil mengusap  lembut pipi Aura saat itu.

Wajah Aura kelihatan sedikit keliru apabila dia memandang akan reaksi Adwan. Dahinya sedikit berkerut. Perlahan - lahan dia mula menyoal.

" Sia..pa...kau ?"

Tindakan Adwan serta merta terhenti. Dia memandang Aura seakan - akan tidak percaya. Siapa aku ? Kenapa soalan begitu yang terpancul daripada mulut Aura ? Takkan lah...Aura tak ingat aku ?

" Saya suami awak Aura. Takkan awak tak ingat saya ?"balas Adwan seakan - akan tidak dapat menerima kenyataan.

Aura menggeleng kecil. Wajahnya kelihatan agak keliru saat ini. Dia betul - betul tidak mengenali akan lelaki dihadapannya kini. Hmm suami aku ? Sejak bila aku kahwin ? Aku tak kenal langsung lelaki ni pun.

" Doktor Adwan..."panggil doktor Jasmine.

Adwan pantas  menoleh.

" We need to talk.."kata doktor Jasmine.

***

Tidak semudah yang disangka. Lepas satu, satu yang Adwan kena hadap. Bertubi - tubi dugaan yang mendatang. Ya Allah, begitu berat ujian yang engkau berikan untukku kali ni. Adwan meraup wajahnya kasar. Dia tersandar lemah seketika di tempat duduk yang berhadapan dengan bilik rawatan Aura. Adwan mula teringatkan kembali perbualannya bersama doktor Jasmine sebentar tadi.

" Hmm kenapa dia tak ingat I ?"

" Hm macam ni lah doktor  Adwan....dalam hasil pemeriksaan I...isteri you mengalami  gegaran kuat di bahagian kepalanya sewaktu kemalangan tu berlaku. Mungkin ni kesan yang dia akan hadapi...dia mengalami amnesia...akan ada beberapa part dalam memorinya yang hilang...dan seperti yang kita boleh nampak....dia tak kenal you...macam tadi...."

" But...I ni suami dia...takkan dia tak  ingat I !"nafi Adwan tidak menerima kenyataan.

" Macam ni lah...you  jangan  risau...penyakit wife you ni masih boleh sembuh....mungkin perlahan - lahan ingatan dia akan back to normal...cuma you perlu bersabar dan bantu dia ingat dan dapatkan semula ingatan dia...you boleh kan support dia ?"jelas doktor Jasmine.

Adwan menggenggam erat penumbuknya. Cuba melampiaskan rasa geram dan tidak puas hati dalam hatinya. Perlahan - lahan dia mula mengangguk.

" Ayahnda !"suara kecil Arwa mula menyapa.

Terhapus lamunan Adwan jadinya. Dia mula menoleh ke sisi. Kelihatan anak kecil lelaki mula berlari - lari anak mendekatinya. Putranya sudah sampai ke sini bersama putrinya. Mereka datang bersama papa dan mama Aura.

" Arwa.."gumam Adwan seraya mula memeluk Arwa.

Aaraa hanya memandang tenang akan ayahndanya dan adik lelakinya itu. Macam biasa itu perangai anak sulung Adwan dan Aura.

Adwan memeluk anak kecilnya itu.Agak rindu juga setelah hampir seminggu dia tidak bersua dengan anak - anaknya. Dia juga memerlukan sedikit semangat. Hanya anak - anaknya saja yang dapat membuat dia bertahan saat ini. Seketika pelukan dileraikan. Adwan mula memandang Kuzaimie dan Putri silih berganti.

" Papa dengan mama masuk la melawat Aura dulu...Arwa dengan Aaraa biar diaorang dengan Adwan..."kata Adwan.

Semasa mengkhabarkan keadaan Aura yang telah sedar tadi, Adwan juga telah menjelaskan tentang penyakit yang dialami Aura saat ini kepada Kuzaimie dan Putri. Mereka turut merasa sedih bagi pihak menantu mereka itu. Seketika Kuzaimie dan Putri mula masuk ke dalam. Tinggallah Adwan bertiga dengan anak - anaknya itu. Seketika Aaraa mula ditarik Adwan untuk duduk disebelahnya. Aaraa kini sudah berusia 17 tahun usianya. Dah nak Spm tahun ni. Kejap aje masa berlalu kan ?

" Ayahnda...."panggil si kecil Arwa tiba - tiba.

" Ya sayang..."sahut Adwan. Dia mula memandang wajah comel Arwa yang ada iras - iras Aura itu.

" Mana bonda ? Arwa nak jumpa bonda...Arwa rindu bonda..."petah putra Adwan iaitu Tengku Arwa Adnan berkata - kata.

Adwan sedikit terdiam.Wajahnya juga turut muram. Entah bagaimana caranya dia menjelaskan kepada anak - anaknya ini. Kalau Aaraa dia tahu pasti saja akan memahami situasi yang melanda tapi kalau Arwa ? Dia masih kecil dan tak berapa nak faham lagi.

" Arwa...Aaraa sayang...dengar apa yang ayahnda nak cakap ni...."kata Adwan sambil dipaut kedua - dua anaknya itu.

Masing - masing mula fokus pada Adwan.

" Bonda tak sihat sekarang ni...mungkin dia tak ingat dekat kita...tapi kita akan sama - sama tolong bonda ya ? Kita akan jaga bonda sampai bonda sihat...boleh janji dengan ayahnda ? Janji yang Aaraa dengan Arwa akan sama - sama tolong ayahnda untuk jaga bonda ?"

Aaraa mengangguk. Arwa kelihatan mempamerkan wajah terpinga comelnya.

" Faham tak ni hmmm Arwa ?"soal Adwan sekali lagi pada anak lelakinya.

" Ermmm tak...tapi Arwa janji jeee...."kata Arwa sambil tersenyum lebar.

Adwan tersenyum tipis melihatkan telatah Arwa itu. Seketika Adwan memeluk kedua - dua anaknya itu. Ya Allah kuatkan aku...

*******

Perasaan Aura sedikit bercampur aduk dibuatnya setelah mendengarkan penjelasan mama dan papanya. Dirinya dah berkahwin dengan lelaki yang pertama kali dia nampak masa dia sedar tadi ?  Hahaha benar - benar tak masuk akal ! Aku tak kenal langsung lelaki tu lah. Susah untuk Aura menerima kenyataan ini. Seketika Aura mula rasa sedikit haus. Dia mula melirih botol air mineral yang ada di atas meja bersebelahan katilnya. Dia mula ingin mencapainya dengan tangan kirinya namun agak terkial - kial.

" Awak nak minum ke ?" suara Adwan mula menyapa. Aura menoleh.

Kelihatan Adwan mula menapak untuk menolong Aura mengambil minuman itu. Seketika dia mula membukanya untuk Aura. Adwan mula menyuakannya pada Aura dan ingin menyuapnya.

" Aku boleh minum sendiri lah...."kata Aura kasar seraya merampas botol tersebut daripada Adwan.

Adwan sedikit tersentak dengan tindakan Aura. Aura memang betul - betul berubah. Sejak dia kenal Aura, tak pernah lagi dia melihat sikap Aura yang kasar seperti ini. Seketika Aura mula meneguk rakus. Adwan cuba untuk bersabar.

" Ermm Aura...saya tahu awak memang tak ingat saya langsung kan...tak apa...saya akan tolong awak ingat semuanya balik...In shaa allah kalau kita usaha...awak mesti boleh...."

Zappp !

Botol air yang diminum Aura tadi disimbahnya ke wajah Adwan.

Adwan tersentak hebat jadinya.

" Bising lah kau ni ! Kau tak payah nak tolong aku bagai untuk ingat kau ! Aku tak nak lah ! Aku tak kenal kau ! Jangan sibuk pasal aku lah..." hambur Aura.

Adwan terkelu dengan ucapan kasar Aura itu. Hati lelakinya sedikit terusik. Perlahan - lahan dia menyapu wajahnya yang basah disimbah air Aura tadi.

" Aura...jangan lah macam ni sayang....Please... saya tahu....awak akan ingat saya balik nanti...akan ingat anak - anak kita..."kata Adwan lembut masih cuba memujuk.

" Dah lah aku tak nak dengar ! Kau keluar sekarang ! Keluar ! "jerkah  Aura menghalau Adwan. Entah mengapa saat ini dia begitu bencikan Adwan yang bagi dirinya hanyalah orang asing semata - mata.

Adwan mengetap bibirnya menahan rasa. Seketika langkahnya sedikit terundur ke belakang dan dia mula berlalu keluar. Dia tidak mahu terus menerus memaksa Aura buat sementara waktu ini. Biarlah Aura tenangkan dirinya dulu.

Tertutup saja pintu bilik rawatan Aura, Adwan mula tersandar dan terduduk perlahan di belakang pintu bilik rawatan Aura. Matanya berkaca. Dia menahan sebak di dada.  Ya Allah...sumpah aku tak kuat....aku tak sanggup bila Aura tak ingat aku macam ni....Aku tak kuat bila dia bencikan aku macam ni....Benar - benar terasa kehilangan walaupun hakikatnya jasad Aura masih ada di sini.

#Hmmm kesian Adwan. Baru chapter 2 dah memeritkan. Akankah dia terus kuat demi dapatkan ingatan Aura semula ? Sorry for late night update hee takpa boleh baca sahur nanti kan ?  Keep vote and comment ya 😚❤



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro