Special Edition ( Part 6 )
Pejam celik pejam celik sekejap aje rasa setahun Adwan berkerja di Singapore. Kini, sudah tiba saatnya Adwan untuk kembali ke Malaysia semula. Tidak sabar rasanya dia ingin bersama - sama keluarganya semula lebih - lebih lagi berjumpa dengan isteri dan anak tersayang !
Malam sehari sebelum Adwan bertolak ke Malaysia. Sebelum tidur, dia sempat membuat panggilan video dengan Aura dan Aaraa..
" Ayahnda ! Jangan lupa bawa balik hadiah dari Singapore ya...upah untuk Aaraa sebab jaga bonda dekat sini..." kata Aaraa bersemangat.
Aura mencebik. Eeee kacau aje lah anak aku ni. Orang nak cakap dengan ayah dia pun tak senang. Ada aje nak menyempit. Orang nak lah sweet - sweet juga.
" Iyaa nanti ayahnda bawa balik hadiah ya..." kata Adwan hanya melayan kerenah Aaraa.
" Ermmm Aaraa pergi tidur sekarang...dah pukul berapa dah ni...."celah Aura. Ada nada cemburu di situ. Mana tak nya dah nak dekat setengah jam diaorang berborak berdua macam aku tak wujud aje dekat sini.
Aaraa mula memandang Aura begitu juga Adwan yang di dalam panggilan video.
" Alaaa bonda ni kacau lah...."ngomel Aaraa. Muka masam dihadiahkannya sekali.
Adwan sudah tersenyum tipis. Hahaha dia perasan yang Aura dari tadi macam tak puas hati aje yang dia hanya berbicara dengan Aaraa sejak dari tadi dan tidak mengendahkan Aura langsung.
" Aaraa sayang...betul lah tu cakap bonda....Aaraa pergi masuk tidur sekarang ya....esok kita jumpa ea..."pujuk Adwan juga akhirnya.
Pandangan Aaraa mula dialihkan semula kepada Adwan.
" Okay ayahnda...Aaraa masuk tidur dulu ehh...hmm ada orang tu jelous pulak kita dapat attention daripada ayahnda kita..."kata Aaraa sempat lagi dia memerli si bondanya. Kaki diatur melangkah turun daripada katil Aura.
Aura hanya memandang tajam ke arah putrinya itu. Ishh budak kecil ni kalau bercakap kalah orang dewasa. Aaraa melambaikan tangan kepada Adwan seraya flying kiss dihadiahkan sekali. Sengaja nak jelouskan bondanya lagi. Adwan hanya menahan tawa daripada tadi. Seronok betul bila dia dengan Aaraa mengusik Aura sebegini.
Lama kelamaan hanya tinggal Aura dan Adwan berdua di situ. Aura memasamkan wajahnya.
" Hah tu muka kenapa pulak ? "tegur Adwan.
Aura memandang ke arah lain. Sengaja tidak mahu menjawab.
" Aura sayang...intan payung...jangan la macam ni...dengan anak sendiri pun nak jelous ke ?"kata Adwan meleret. Ingin memujuk Aura.
" Hmm yelah...buat macam kita ni tak wujud eh daripada tadi...."balas Aura akhirnya. Dia menjeling Adwan.
Adwan tergeleng kecil.
" Sorry lah sayang...tak sengaja...okay sekarang saya bagi attention sepenuhnya sekarang dekat awak eh..."kata Adwan seraya menongkat dagunya sambil didekatkan wajahnya pada camera phone.
Aura sedikit cair bila Adwan bertindak sebegitu. Eeee kenapa comel sangat ni Mr. Sweet ? Hmm macam mana lah nak merajuk lama - lama macam ni.
" Yelah - yelah...hmmm so esok flight pukul berapa ?"soal Aura mula menukar topik.
" Pukul dua petang..."
" Hmm lambatnya.."balas Aura tidak sabar - sabar nak Adwan sampai cepat ke Malaysia.
" Ticket pagi dah full lah....so pukul dua aje yang ada...tak pun esok baru ada yang lain.."kata Adwan. Tangannya duk usap - usap screen sepanjang bercakap dengan Aura.
" Eh tak apa lah...pukul dua pun dua lah....jangan esoknya pulak...lagi lambat...ehh awak ni daripada tadi duk usap - usap screen tu kenapa ?"kata Aura sedikit terganggu dengan tindakan Adwan itu.
Adwan menguntum senyuman kecil.
" Tengah berlatih usap pipi sayang lah sebelum kita jumpa esok...." jelas Adwan.
Auchh ! Apa kena dengan Adwan malam ni ? Hahaha sweet tak menentu. Kang kejap lagi aku sampai Singapore juga malam ni kang...
" Ish awak ni...jangan sweet sangat boleh tak..."
" Kenapa pulak tak boleh sweet ? Saya memang Mr. Sweet awak pun kan ?"
" Tak boleh ! Tak boleh ! Nanti saya kena kencing manis macam mana ?" melalut Aura entah ke mana hahaha.
Adwan tergelak kecil jadinya. Apa kena lah dengan isteri aku ni ? HAHAHAH. Lama kelamaan Aura turut sama ketawa jadinya apabila dia melihat Adwan ketawa.
" See you when i see you dear...." ucap Adwan buat seketika.
*********
Tergopoh gapah jadinya Aura yang baru bersiap nak jemput Adwan di KLIA bersama Aaraa dan Azzim. Tu lah tadi duk leka sangat kan main phone...sekarang bila Adwan dah nak dekat sampai dah, baru nak terhegeh - hegeh ya !
" Bonda ni kan daripada tadi leka sangat tengok phone kan ? Sekarang dah lambat dah kita nak pergi jemput ayahnda..." ngomel Aaraa. Dia dah bersiap awal sejak dari tadi lagi. Ya tak sabar nak jumpa ayahndanya.
Pipi Aaraa dipicitnya Aura tiba - tiba.
" Jangan membebel boleh tak ? Sakit telinga bonda tahu tak ?"kata Aura sambil dipicit - picit kedua pipi anaknya itu.
Aaraa mendengus kecil. Tidak senang dengan tindakan Aura yang memicit kedua belah pipi gebunya.
Pada mulanya perjalanan Aura menuju ke KLIA agak lancar. Namun siapa sangka memandangkan langit tak selalunya cerah apabila tiba - tiba jalan menuju ke arah KLIA mula menjadi sesak apabila terjadi satu kemalangan yang agak teruk di situ.
" Hmm macam mana ni ? Nanti Adwan tunggu lama pulak ? Ada apa dekat depan tu ?" soal Aura.
" Excident Puan Muda..."beritahu Azzim sambil kepalanya dijenguk - jenguk keluar.
Kereta mereka hanya bergerak sedikit demi sedikit saja daripada tadi. Aaraa dan Aura sedikit mengeluh. Hmm time - time macam mana lah nak excident bagai.
Seketika Aura mula menurunkan sedikit tingkap keretanya. Dia juga ingin menjenguk ke luar untuk mengetahui keadaan jalan raya waktu tu. Kedengaran suara seseorang yang sepertinya sedang memerlukan pertolongan mula menyingah di pendengaran Aura.
" Ada sesiapa yang volunteer atau kerja di bahagian medical tak ? Kitaorang perlukan pertolongan sekarang ni !"
" Saya ! " balas Aura serta merta tanpa berfikir panjang saat ini.
Tersentak Azzim dan Aaraa dibuatnya. Apa yang Aura cuba lakukan ni ?
" Boleh tolong kitaorang tak ?" soal orang itu diluar tingkap.
Aura mengangguk. Dia menoleh seketika ke arah Aaraa dan Azzim silih berganti.
" Aaraa pergi dengan uncle Azzim dulu ehh jemput ayahnda...nanti bonda menyusul ya....."kata Aura seraya mula beria - ria turun daripada kereta.
" Tapi Puan Muda....Puan Muda tak boleh....."
Aura tidak mengendahkan kata - kata Azzim saat itu. Dia juga terlupa akan status sebenarnya yang merupakan isteri kerabat diraja. Mana boleh bertindak sesuka hati. Namun difikirannya saat ini dia hanya mahu membantu dan dia ingin menggunakan kepakarannya sebagai seorang nurse.
" Hmm macam mana ni Aaraa ? Takkan kita nak tinggalkan bonda macam tu aje ?" soal Azzim tidak senang duduk. Aura sudah hilang entah ke mana bersama orang tadi ke hadapan.
" Hmmm tak apa la...Aaraa yakin bonda okay...Aaraa percayakan dia....jom kita pergi jemput ayahnda dulu..."putus Aaraa akhirnya.
*************
Tercari - cari Adwan jadinya apabila hanya figura Aaraa dan Azzim saja yang sampai di KLIA ketika itu. Mana perginya Aura ? Takkan lah dia tak ikut kot ?
" Ayahnda ! " teriak Aaraa seraya mula memeluk tubuh Adwan apabila Adwan mula menunduk sedikit.
" Rindunya ayahnda dekat Aaraa..."
" Haah....Aaraa pun...."kata Aaraa. Dia hampir terlupa tentang bondanya saat itu.
Seketika pelukan dilepaskan. Azzim juga hanya setia menjadi pemerhati dari tadi.
" Aaraa...bonda mana ?" soal Adwan mulai risau.
" Bonda ? Errrr bonda...."gugup Aaraa jadinya.
Adwan mula dirundung rasa risau.
Part of Aura.
Aura melangkah keluar akhirnya daripada salah satu hospital kerajaan. Fuhhh lega settle juga tolong mangsa - mangsa excident tadi . Bajunya juga sudah kotor terkena darah - darah mangsa. Eh kenapa Aura tolong sampai ke hospital ni ?
Hahaha tak begini ceritanya. Memang Aura tolong tadi beberapa mangsa excident yang terdiri daripada tiga buah kereta dengan satu lori. Memang ramai mangsa yang terlibat tadi sebab tu tadi pihak berkuasa yang datang tak cukup orang nak handle.
Lepastu tiba - tiba dekat salah satu mangsa yang hendak dibawa naik ke dalam ambulans , para petugas menyuruh Aura untuk turut serta sama naik sekali. Tak sempat Aura hendak berkata apa - apa tubuhnya pantas ditolak masuk ke dalam ambulans juga. Hahaha terpaksa.
" Ehhh Ya Allah...aku lupa jemput Adwan lah...." teringat Aura seraya ingin melangkah segera untuk ke KLIA semula.
Namun tiba - tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan masuk. Sebenarnya dah berapa banyak miss call daripada Adwan tapi tak diangkat langsung tadi sebab sibuk tolong orang.
" Hello....awak sorry saya...."
" Awak dekat mana ? Hospital lagi ?" soal Adwan kedengaran cemas di hujung talian. Kedengaran juga bunyi Adwan seperti sedang berlari ke suatu tempat.
" Haah tapi saya dah nak gerak ni pergi KLIA..."kata Aura seraya mula melangkah semula.
Zapppp !
Tiba - tiba tangannya ditarik oleh seseorang. Serta merta Aura di dalam pelukan seseorang. Aura tersentak hebat. Telefon ditelinga masih tidak dilepaskan.
" Finally i get you..." ucap Adwan masih sama di telefonnya.
Terkebil - kebil Aura jadinya. Agak terkejut dengan kehadiran Adwan yang entah daripada mana tu. Macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini ?
#Heeee nah chapter baru ! Ramai yang tunggu sis update ke tu ? Hahaha sorry sis busy sikit and tak sempat nak taip...Keep vote and comment ya tq 😍✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro