Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Edition ( Part 2 )

Berguling - guling Aura jadinya di atas katil dah macam tenggiling ! Arghhh geramnya ! Bantal yang berwajahkan Adwan dipulas - pulasnya. Geram tahap dewa dah ni..

Aura tidak tenang jadinya apabila memikirkan setiap apa informasi yang disampaikan oleh Iftinan daripada Singapura. Dah lah dapat call tadi pun masa pagi - pagi tengah check pesakit. Tak pasal - pasal aku tercucuk pesakit dekat pipi sedangkan sepatutnya dekat bahu hmmm semua disebabkan hilang fokus ! Dah tu kena marah dengan pihak atasan lah jawabnya. Hahaha gila lah Aura ni.

Seketika Aura mula mengubah posisinya ke duduk. Bantal wajah Adwan diusap - usap pula. Kesian muka laki aku dah berkedut aku pulas tadi. Hahah gila dia ni mood boleh berubah anytime !

" Hmmm Rania..Juelia.." nama - nama asing itu mula meniti dibibir merah Aura saat itu. Aura mula memikirkan sesuatu.

Aku kena buat sesuatu ni...sebelum manusia - manusia yang aku sebutkan tadi bertindak nak rosakkan rumah tangga aku !

Tiba - tiba kedengaran telefon bimbit Aura berbunyi. Aura memandang sinis pada panggilan tersebut. Hahahah kenapa sinis ?

Hmm Adwan call ! Malas aku nak angkat. Aku merajuk.

Panggilan direject Aura jadinya. Namun Adwan tidak mudah berputus asa. Dia mula buat panggilan video pulak. Kali ni Aura mula gelabah. Nak angkat ke tak eh ? Kalau angkat aku nak merajuk lagi. Kalau tak angkat aku yang rugi ! Aku sebenarnya rindu juga nak tengok muka Adwan 😭💔

" Hello Assalamulaikum bunga..." sapa Adwan apabila Aura tak sengaja terswipe accept pulak dah ! Bongok lah kau Aura. Kata nak merajuk.

" Hmmm erkk...walaikumusalam..." jawab Aura acuh tak acuh. Wajahnya dikalihkan ke arah lain. Langsung tak pandang Adwan yang handsome lagi bergaya dengan pakai doktornya di dalam panggil video itu.

Adwan sedikit berkerut dahinya melihat tingkah laku Aura itu. Seketika pandangannya terarah pada bantal yang berwajahkan wajahnya sudah berkedut - kedut dipelukkan Aura. Ehhh Aura mengamuk ke hape ni ?

" Kenapa ni ? Kenapa tadi orang call tak jawab ? " soal Adwan mendatar.

" Ermmm...errkkk...malas ! " masih sama wajah Adwan tak dipandangnya. Elehhh jual mahal pulak Aura ni. Padahal hati dan jiwa dah meronta - ronta nak tatap wajah Adwan.

" Malas ? Heyy...kenapa ni ? Cakap pun tak pandang muka saya ? Bunga look at me now ! " gertak Adwan mula geram dengan telatah Aura saat ini. Kecik besar, kecik besar aje aku tengok. Ni kalau dekat aku dah gomoi pipi Aura tu hah.

Lambat - lambat Aura memandang ke arah Adwan. Wajahnya sedikit mencuka. Masih nak berlakon merajuk katanya.

" Saya ada buat salah apa - apa ke ? Kenapa bad mood ni ? Tak rindu saya ke ? " soal Adwan mula lembut percakapannya. Hakikatnya dia merindui Aura. Ingin saja dia memeluk Aura kalau ada di hadapannya saat ini.

" Hmm entah fikir lah sendiri ! " hambur Aura.

" Saya tak nak fikir..saya nak awak sendiri yang cakap apa yang ada dekat hati awak tu...jangan sembunyikan lagi..." kata Adwan tenang aje. Dia tak nak gaduh - gaduh dengan Aura. Semua tu takkan selesaikan masalah pun.

Aura mula memandang tajam ke wajah Adwan saat itu..

" Sibuk dengan kerja atau sibuk dengan perempuan lain ? " straight to the point terus Aura bertanya. Tidak berkias - kias lagi.

Adwan terdiam buat seketika sebelum dia mula menghembus nafas lega.

" Ohhh betul lah..awak pasang spy eh ? Hmm ? Siapa ? Ifti ? " soalan di balas soalan. Ya, Adwan dah lama rasa curiga dengan tingkah laku Aura sejak dua menjak ni. Dia tahu Aura ada buat sesuatu di belakangnya..

Glurp !

Aura tertelan liur sendiri. Aduhhh buat kerja tak clean siot hahahaha.

" Ma..mana ada la ! Hah jangan nak tukar topik ehh....dah la saya nak tidur..." kata Aura cover malu buat kerja tak clean. Mula gelabah nak cari end call pun dah tak jumpa.

" Tu mama pesakit saya lah....tak ada apa pun...saya just rawat anak perempuan dia...ada penyakit jantung...tu aje...please sayang...trust me.." jelas Adwan soft spoken mula memintas sebelum Aura end call.

Aura akhirnya cair. Hahahaha tak jadi nak end call.

" Hmm saya sayang awak sorang aje Aura...."

Aura hanya terdiam dan memandang wajah Adwan yang tadi tak lepas langsung memandang wajahnya yang hanya mencuka sejak dari tadi...

" Ehem..." Adwan sedikit berdehem seperti ingin menyanyi saja.

Aura sedikit terpinga.

" Beta janji, beta jaga. Aura untuk selamanya...Beta janji akan setia...Hanya untuk satu cinta..Ini cinta beta punya....Dari relung hati jiwa...Cuma par Aura sajalah......Cinta ni abadi selamanya..." nyanyi Adwan perlahan tanpa sebarang muzik itu mula menawan hati Aura. Aura terharu jadinya..Sweetnya Adwan waktu tu !

" I....miss you..." rengek Aura tiba - tiba. Mula dah perangai asli dia mai dah !

Adwan menguntum senyuman. Alhamdulillah dia dah berjaya ambil hati Aura kembali.

" I miss you too dear..." balas Adwan seraya mula mengeluarkan sebuah bantal yang berwajahkan Aura di situ. Ya Aura dah sediakan satu juga untuk Adwan. So masing - masing pegang muka masing - masing lah ! Hahaha cute. Ni semua akal si Aura lah. Adwan hanya menurut saja.

Aura tersenyum bahagia. Buat seketika Aura mula mencium bantalnya begitu juga Adwan. Hahahha sampai ke hospital juga tau Adwan usung bantal muka Aura ni. Sayang punya pasal malu pun tolak tepi wehh.

***********

Buat pertama kalinya Aura menjejakkan kakinya di tanah Singapura ! I ' m here Singapore ! What ? Aura dah ada dekat Singapura ? Bila masanya dia plan ke sini ? Lebih mengejutkan lagi seorang diri wehhhh....Ingatkan dah settle lepas Adwan pujuk malam tu ?

Hahahah no way ! Ni Aura lah...cair - cair juga tapi misi tetap diteruskan. By the way takkan family dekat Malaysia tak tahu dia ke Singapura ? Hmmm Aura dah plan baik punya. Dia kelentong habis - habisan.. Dah tu kerja sebagai nurse pun dia minta cuti sampai 1 bulan hahahhaa punya nak datang Singapura lah. Nak jumpa Adwan. Nak buat surprise dekat dia nanti sebab Adwan sendiri pun tak tahu yang isterinya ini datang Singapura..

Aura mula menantikan seseorang untuk menjemputnya. Tak ada la dia sebatang kara dekat sini. Masih ada seseorang yang sedia membantu dirinya.

" Kak Aura ! " teriak Iftinan yang baru muncul. Dia mula berlari kecil ke arah Aura.

" Ifti ! " balas Aura.

Seketika mereka mula berpelukan. Melepaskan rindu yang terbuku selama hampir beberapa tahun hanya contact di alam maya saja.

" Kak Aura okay ke flight ? " soal Ifitinan.

" Okay aje ! Best naik kapal terbang...rasa macam tak mau turun aje hahaha..." kata Aura sempat berseloroh.

Iftinan ketawa kecil. Seketika baru dia perasan yang Aura hanya bersendirian tanpa Aaraa. Siapa yang jaga Aaraa dekat Malaysia ?

" Aaraa tak ikut sekali ke kak Aura ? " soal Iftinan.

Aura berfikir sejenak sambil diusap - usap kecil dagunya. Seketika bayangan di mana dia menitipkan sepucuk surat di atas meja belajar anaknya mula menjelma.

Pagi itu Aura mula melangkah masuk ke dalam bilik putrinya, Aaraa. Aaraa masih tidur lagi waktu memandangkan baru pukul 5 pagi. Ya kali ni, Aura menjalankan misinya seawal 5 pagi ! Time tu semua orang masih tidur.

Aura mula mendekati putrinya. Dia mula mengusap perlahan kepala Aaraa yang kelihatan sedang tidur nyenyak waktu tu.

" Aaraa sayang...bonda minta izin pergi sekejap aje ya..Bonda nak pergi jumpa ayahnda...bonda nak selamatkan ayahnda dari dua orang asing dari planet mana entah..." bisik Aura takut - takut Aaraa terjaga pula nanti. Kang pasal - pasal plan tak jadi.

Selepas itu, dia mula meletakkan sepucuk surat sebagai pesanan yang lebih mendalam di atas meja belajar Aaraa dan akhirnya dia berlalu pergi tanpa satu orang pun tahu termasuk lah bodyguard yang Adwan amanahkan iaitu Azzim..

Iftinan menggeleng kecil.

" Kak Aura ni berani betul buat hal eh ? " kata Iftinan mulai risau dengan perangai gila Aura ni. Dah la dia pun ikut sama terlibat.

" Hahaha alaaa bukan selalu...dah la jom...akak lapar lah...makan jom ? " ajak Aura mula menukar topik.

" Hah jom ! " sambut Iftinan sambil memaut tangan Aura. Rapat betul diaorang sekarang ya.

************
Uncle Azzim a.k.a bodyguard ayahnda hanya mundar mandir saja tadi bersama surat yang ditinggalkan bonda yang ada di tangannya kini.

" Habis lah ! Mati lah nak ! Apa yang uncle nak jawab dengan ayahnda kamu ni ? Haduihhh..." ngomel Azzim.

Aaraa hanya beriak biasa. Langsung tidak terkejut dengan kepergian bondanya itu...

" Alaa..rileks arr uncle..." kata Aaraa selamba.

Azzim pantas menoleh ke arah Aaraa.

" Rileks kamu cakap ? Huishhh kena pancung kepala uncle nanti Aaraa oii..." kata Azzim.

Aaraa hanya mencebik.

" Uncle rileks biar...Aaraa yang settle kan benda ni eh..." kata Aaraa selamba. Baru 12 tahun tapi cakap macam 21 tahun !

" Hmmmm...." sahut Azzim macam tak berapa percaya.

By the way asal Aaraa tenang aje ? Macam dia dah tahu lama plan bondanya ini ?

Hmmm yes dah lama pun tahu plan bonda ni. Even waktu dia lari pagi tu masa dia bisik dekat telinga aku pun aku dah tahu lah. Aku tak tidur pun masa tu..saja buat - buat tidur.

Kalau dah tahu kenapa Aaraa tak halang langsung tindakan gila bondanya ini ?

Hmmm nak halang ? Macam la bondanya itu senang nak dihalang. Tak jalan punya lah. So hmm biar kan aje apa yang dia nak buat, yang pasti Aaraa dah contact dan suruh ayahndanya standby siap - siap di sana. Bila - bila saja bondanya akan berada di sana juga.





#Nahhhh SE yang kedua ! Tak sangka ramai yg excited juga ehh dgn SE MSTAP S2 ni . Ingatkan tak ada sambutan. So ramai yg minta tak nak cornflakes eh ? Hmmmm sis tak leh jamin la sebab cornflakes tu la yang buat cerita lagi menarik hahahahha *gelak jahat bebenor 🙊 Tq support. Keep vote and comment ya ! 🥰😚❤



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro