Special Edition ( Part 14 )
Perasaan sakit hati mula menjalar di hati Raymond. Lain yang dia harapkan,lain pula yang jadi. Hmm kenapa rancangannya selalu saja tidak berjalan dengan lancar ? Apa yang dia inginkan adalah Aura dan Adwan berpisah ! Bukannya makin bertambah bahagia.
" Kenapa di saat - saat macam ni, Aura boleh mengandung pulak ? Arghhh sial ! " bentak Raymond.
Eh ? Raymond tahu Aura mengandung ? Macam mana dia tahu ?
*Flashback*
Raymond sudah melangkah ingin beredar dari situ namun tiba - tiba dia tergerak hati untuk melihat semula Aura dari jauh. Nak tengok jugak dia buat apa dengan bunga rose yang aku bagi tadi. Namun apabila dia melihat semula, hatinya terasa sakit bukan main lagi. Mana taknya bunga rose yang cantik dan mahal dia beli dibuang macam tu aje dalam tong sampah ? Tak guna betul !
" Kau buang bunga rose aku macam tu aje ?"Terasa seperti hati dan perasaannya pula yang dibuang ke dalam tong sampah itu.
Seketika Raymond beria - ria hendak mendekati Aura semula, namun baru Raymond perasan akan kehadiran Adwan juga di situ nampaknya. Maka terbantut lah dia hendak mendekati Aura. Dia mula memasang telinga mendengarkan segala perbualan Adwan dan Aura itu.
Bertambah sakit hatinya Raymond lah nampaknya, bila dia dengarkan segala luahan hati Aura. Dia tidak boleh menerima itu semua. Lepas tu tiba - tiba Aura jatuh pengsan pula. Ikutkan hati memang dia yang nak pergi selamatkan Aura, namun Adwan lebih pantas darinya. Maka, Raymond hanya mengikuti perkembangan Aura secara diam.
Dan....
Akhirnya dia mendapat berita akan Aura yang pengsan disebabkan simptom - simptom ibu mengandung. Raymond betul - betul jadi tak keruan dan tidak menerima kenyataan itu semua !
*End Flashback*
" Kalau dengan cara halus pun aku tak boleh nak dapatkan kau Aura...maaf...aku kena guna cara kasar pula lepas ni..." gumam Raymond serious.
*********
Tidak lepas - lepas Adwan mengusap - usap kecil perut Aura yang masih tidak menampakkan sangat apa - apa pun. Teruja benar ya Adwan dengan anak kedua ni. Hahaha jangan sampai si Aaraa jelous sudah.
" Nanti kita nak namakan anak kita apa pula eh ?" soal Adwan benar - benar tidak sabar.
Aura tersenyum kecil. Alahaii laki aku ni tak sabar - sabar betul ea ?
" Saya tak terfikirkan lagi pun pasal nama..."
" Ohh ermm..tak apa lah...nanti kita cari eh.."
Aura mengangguk kecil.
Tok ! Tok !
Tiba - tiba kedengaran bunyi ketukan pada pintu bilik Adwan dan Aura.
" Masuk.."Adwan memberikan izin.
Seketika pintu bilik ditolak perlahan lalu figura Aaraa mula menghiasi ruang mata Adwan dan Aura.
" Ayahnda panggil Aaraa ke ?"
Adwan mengangguk sambil menggamit tangan kepada Aaraa. Aaraa mula menapak penuh debaran ke arah ayahndanya itu. Hmm ada apa ? Apa yang penting sangat ayahnda nak bagitahu ?
Hampir saja dekat Adwan, tubuh Aaraa mula diangkatnya. Aaraa diletakkan di antara Adwan dan Aura.
" Ada apa ayahnda ? Bonda tak sihat ke ?" soal Aaraa cuba bertenang.
Adwan menguntum senyuman kecil.
" Tak..ayahnda cuma nak bagitahu yang lepas ni....Aaraa...dah nak jadi kakak tau.."
Aaraa sedikit berkerut. Hah ? Jadi kakak ? Maksudnya.....
" Bonda pregnant sayang..."kata Aura pula.
Aaraa sedikit terkejut namun pada masa yang sama dia agak teruja.
" Betul ke bonda,ayahnda ?"
Adwan dan Aura mengangguk serentak.
" Wahhh Aaraa jadi kakak ! Aaraa nak dapat adik ! "teriak Aaraa teruja seraya memeluk Aura jadinya. Alhamdulillah, Aaraa tidak keberatan nampaknya jika Aura mengandung lagi.
Seketika Adwan, Aura dan Aaraa mula berpelukan antara satu sama lain. Alahaiii bahagiannya diaorang masa tu. Hmm tapi apa bahagia selamanya milik diaorang ?
*********
Tidak henti - henti Aura mendapat chatt daripada Adwan dari tadi. Hahaha risau sungguh ya Adwan dengan Aura ? Macam ni lah perangai Adwan bila aku dah start mengandung. Mula lah nak PARANOID gila! Semuanya dia nak suruh berjaga - jaga.
" Amboi mommy to be kita...tak henti - henti main phone ye hari ni ?" tegur
Aura tayang sengehannya.
" Risau sungguh ye doktor Adwan tu dekat kau..."
Wajah bangga ditayangnya pula si Aura ni.
" Untung lah...huwaaa..."keluh Nisa jadinya.
" Cepat - cepat lah ajak Dr. Farid tu kahwin...ni tak asyik lunch date aje memanjang...."
Nisa mencebik sambil menjeling Aura jadinya.
" Hmm yelah - yelah...sabar lah jap...oh by the way lupa pulak..aku nak bagi kau ni sebenarnya..." kata Nisa tiba - tiba menghulurkan sebuah kotak.
" Benda apa pula ni ?"
" Entah lah...tadi ada mamat mana entah...dia suruh pas kan ni dekat kau..."
" Mamat ? Dia tak bagitahu nama dia dekat kau ke ?" soal Aura mula curiga.
Nisa menggeleng pantas.
"Okay lah aku pergi dulu eh..ada hal pulak...bye babe ! " Nisa mula beredar.
Aura hanya membiarkan Nisa berlalu. Seketika pandangan mula diarahkan ke kotak yang diterimanya itu. Hmmm siapa yang bagi ni ?
Penuh debaran, Aura mula membuka kotak tersebut. Buka - buka saja, terlepas terus kotak itu dari pegangan tangan Aura. Dia mula ketakutan.
Kenapa ? Ada apa dalam kotak tu ?
Kelihatan ada beberapa keping gambar Adwan dan Aaraa di dalam kotak tersebut dan yang mampu menakutkan Aura adalah kerana setiap kepingan gambar tersebut penuh dengan kesan - kesan darah. Ya Allah apa semua ni ? Siapa yang hantar ? Kenapa diaorang hantar ni dekat aku ?
Seketika Aura terpandang akan sepucuk surat di dalam kotak itu. Aura pantas mengambil surat tersebut lalu dibaca isi kandungannya.
Hi dear, how your feeling ? Hmm....kalau aku tak boleh nak memiliki kau...manusia - manusia dalam gambar tu pun akan rasa benda yang sama lepas ni....
Tergeleng - geleng kepala Aura jadinya. Sah surat ni mesti daripada Raymond. Tak ! Aku takkan biarkan Raymond apa - apa kan keluarga aku.
Aura pantas menyimpan surat tersebut ke dalam kotak yang jatuh di atas lantai tadi. Dia mula berlalu pergi dari situ bersama kotak tersebut. Dia harus memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan semua ni....
************
Aura hanya mundar mandir di dalam biliknya malam itu. Dia susah hati, dia agak rungsing kadang - kadang tu hmmmm. Kenapa Raymond tiba - tiba bertindak macam ni ? Apa masalah dia sebenarnya ? Memang susah nak terima keadaan ke ? Hmmm dah tu aku sekarang tengah pregnant anak Adwan lagi. Haish serabutnya.
Adwan yang baru masuk ke dalam bilik, mula memandang aneh dengan tindak tanduk Aura itu. Dah kenapa pula dengan Aura ni ?
" Sayang kenapa ? Jalan sana jalan sini ?"
Aura menoleh. Hmm patut ke aku bagitahu Adwan pasal ni ? Tiba - tiba Aura menggeleng kecil. Tak Adwan tak boleh tahu pasal ni...kalau tak nanti kitaorang mesti akan bergaduh lagi. Nanti Adwan mesti susah hati lagi. Aku tak nak susahkan dia lagi kali ni. Hal ni biar aku yang uruskan pulak kali ni.
" Heyy Aura, saya tanya ni...awak kenapa?" Adwan mula mendekati Aura dengan lebih dekat.
" Hah ? Oh tak ada apa - apa lah..." senyuman lebar diberikan untuk menutupi segala kegusaran.
" Betul ni ?"Pipi Aura dicubit kecil Adwan.
Aura mengangguk sambil tersengeh kecil. Adwan mula menyentuh kepala Aura.
" Yelah...kalau ada apa - apa bagitahu saya ya..."
Aura mengangguk kecil. Hmm maafkan saya Adwan...saya tak nak awak risau lagi...
Beberapa hari telah berlalu, Aura tidak mendapat lagi ugutan seperti itu. Hmm kelibat Raymond juga sama sekali tidak kelihatan. Aura menghapus segala masalahnya buat seketika. Mungkin Raymond hanya ingin bermain - main saja kot.
Malam mula menjelma dan sudah waktunya untuk Aura balik. Dia masuk shift pagi tadi. Hmmm malam ni tak boleh nak balik sama - sama dengan Adwan lah...sebab dia shift malam. Sekarang dia tengah tunggu Adwan sampai di hadapan pintu masuk utama hospital dan dia pula yang akan balik dengan Azzam nanti setelah Adwan di hantar ke sini. Aura melirih seketika ke pergelangan tangannya. Melihat akan jam yang sudah menginjak ke pukul 8.10 pm.
" Lambat pulak Adwan ni ?" Aura dirundung rasa risau. Seketika dia mula mengeluarkan phonenya lalu contact name Adwan dibuat panggilan.
Tak sampai beberapa saat, Adwan pantas menjawab.
" Awak dekat mana ? Kenapa tak sampai lagi ?"
" Ya saya dah nak sampai...tunggu sekejap ya...jalan jem sikit malam ni.."
" Hah yelah...yelah...take care..."
" Ya awak pun take care sayang...jangan pergi mana - mana..."
Seketika panggilan dimatikan. Aura menantikan kehadiran Adwan dengan penuh sabar lagi. Hmm namun tiba - tiba dia dirundung rasa tidak sedap hati pula. Ya Allah...cepat lah kau hadirkan Adwan. Entah kenapa Aura rasa seperti dirinya diperhatikan saat ini. Dah lah kawasan depan sunyi waktu tu.Hari ni tak ramai pesakit atau emergency case. Hmm aku masuk tunggu dalam aje lah. Seram pulak malam - malam tunggu sini....
Baru Aura menoleh hendak melangkah masuk ke dalam tiba - tiba seseorang datang menyapa. Tangan Aura juga pantas ditarik orang itu.
" Nak pergi mana sayang ?" suara jengkel Raymond mula menyoal.
Aura tersentak hebat.Raymond ? Dia buat apa kat sini ?
**********
Adwan baru saja keluar daripada keretanya. Dia mula melirih sekeliling. Eh mana Aura ? Bukannya selalu dia tunggu sini ke ?
" Puan Muda tak ada ke Tengku ?" soal Azzam dari dalam kereta.
" Tak ada lah Azzam...tolong aku cari kejap..."
Seketika Azzam dan Adwan mula mencari kelibat Aura di sekitar kawasan masuk utama hospital. Hampir beberapa minit, mereka masih tidak menemui Aura langsung. Adwan juga sudah banyak kali call Aura tapi tak angkat. Adwan dah tak tentu arah jadinya. Ya Allah mana Aura ?
" Tengku ! " Azzam mula datang daripada bilik cctv hospital seperti yang diarahkan Adwan.
" Macam mana ? Ada dapat apa - apa information tak ? "
Wajah Azzam amat kelihat resah waktu tu.
" Kenapa ni Azzam ?! Bagitahu lah aku cepat ! "
" Puan Muda....Errr....Puan Muda kena culik Tengku !"
Adwan tersentak hebat dibuatnya. Apa ? Aura kena culik ?
Part of Aura.
Air mata tak henti - henti mengalir saat ini. Aura benar - benar ketakutan. Dia tak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang. Dia sudah masuk ke perangkap Raymond akhirnya. Apa yang berlaku sebenarnya ?
*Flashback*
" Nak pergi mana sayang ?" suara jengkel Raymond mula menyoal.
Aura tersentak hebat.Raymond ? Dia buat apa kat sini ?
" Lepaskan tangan aku lah Ray ! "teriak Aura.
" Okay - okay sorry..." Tangan Aura dilepaskannya.
Aura menjeling Raymond. Dia makin menyampah pula dengan tingkah laku dan kata - kata yang selalu diucapkan Raymond. Sikit - sikit nak panggil aku sayang lah dear lah apa lah.
" Kau nak apa hah ? Kau nak ugut aku lagi ke ? "
" Eh tak lah...bukan maksud aku nak ugut kau....aku cuma..."
" Sudah lah Raymond...Jangan kacau aku lagi. Kau faham tak ? Aku tak suka kau ! " hambur Aura. Aura mula memusingkan tubuhnya untuk berlalu masuk ke dalam semula.
Raymond mula terasa tercabar dengan tingkah laku Aura masa tu.Dia mula mengeluarkan satu sapu tangan yang sudah siap diletakkan kloroform. Dia mula mengejar langkah Aura dari belakang lalu dengan pantas menekup mulut Aura dengan sapu tangan tersebut.
Begitu lah bagaimana Aura berjaya berada dalam genggamannya saat ini.
*End Flashback*
Ya Allah....tolong selamatkan aku.....Tolong lah Ya Allah.....berikan petunjuk kepada Adwan...agar dia tahu aku ada dengan Raymond dekat sini.
Kelihatannya Aura telah ditempatkan di sebuah bilik yang agak kemas dan mewah. Hmm macam dekat villa aje sekarang ni.
Tak sampai beberapa saat, Raymond mula masuk ke dalam bilik tersebut. Aura semakin takut jadinya. Aura benar - benar tak kenal dengan Raymond yang sekarang. Dia memang betul - betul dah berubah. Raymond sekarang sakit jiwa ! Dah pyscho !
Raymond mula menapak ke arah Aura yang sedang terduduk di atas katil. Tangannya diikat Raymond. Aura mula mengesot ke belakang menjauh. Dia takut dengan Raymond saat ini. Raymond boleh buat apa - apa saja ke atasnya saat ini. Dah lah dia tengah pregnant sekarang ni hmmm memang bahaya !
" Hmm kenapa menangis ni sayang ? Takut ya ? Hmm..."soal Raymond sinis.
Air mata Aura mengalir terus menerus. Seketika air mata Aura diseka Raymond. Aura mula cuba menjauhkan wajahnya daripada disentuh Raymond. Raymond tersenyum sinis. Suka benar dia melihat Aura sedekat ini.
" Alolo..jangan lah macam ni sayang..mehh sini aku bukakan ikatan tangan kau ya..." kata Raymond mula membuka ikatan tali pada tangan Aura.
Terlepas saja ikatan pada tangan Aura, Aura cuba untuk bangun melarikan diri. Dia mula menendang Raymond. Sepantasnya dia mula turun daripada katil. Namun baru saja dia menjejakkan kaki di atas lantai. Tubuhnya ditarik kasar pantas ke atas katil semula.
" Kau nak pergi mana hah perempuan ?! Berani ea kau nak cari pasal lagi dengan aku ?"
" Kau dah kenapa Ray ? Kenapa kau jadi macam ni ? Lepaskan aku Ray ! Jangan buat aku macam ni ! "hambur Aura teresak - esak.
Pang !
Pipi Aura ditampar kuat oleh Raymond. Berdarah bibir Aura jadinya.
" Aku sayang kau lah bodoh ! Kenapa kau yang tak nak faham ? Kenapa Aura ?"
Berpinar sedikit Aura jadinya akibat tamparan yang kuat itu.
" Aku...isteri...Adwan....aku cuma...sayangkan dia.."kata Aura tercungap - cungap. Dia kelelahan buat seketika.
" Arghhh Adwan ! Adwan ! Tak habis - habis dengan mamat berlagak tu ! "tengking Raymond seraya mula merentap tudung Aura pula.
Habis terbuka semuanya dan terurai lah rambut panjang Aura ketika itu. Aura tersentak ! Habis auratnya dilihat Raymond kini. Air mata semakin laju dibuatnya.
" Hmm cantiknya rambut kau sayang..."Raymond mengusap - usap perlahan sambil matanya meliar disegenap rambut panjang milik Aura.
Aura menggeleng - geleng dan cuba menjauh dari Raymond.
" Hmm aku akan jadikan kau sepenuhnya milik aku malam ni juga Aura ! Aku nak rasa apa yang Adwan rasa selama ni ! " Tangannya mula membuka satu persatu butang baju yang dipakainya.
Aura mula dihimpit rasa takut yang bukan main lagi. Ya Allah Raymond nak buat pulak ni ? Takkan lah dia nak. Tergeleng pantas Aura menidakkan semua itu.
" Tolong lah Raymond jangan buat aku macam ni....aku pregnant Raymond ! " rayu Aura bersulang dengan tangisannya.
" Peduli apa aku kalau kau pregnant sekalipun ?! "
Ya Allah ! Adwan ! Tolong saya ....tolong lah...
#Late night update ! Hmmm habis lah Aura habis ! Agak2 Adwan sempat selamatkan Aura ke ? Raymond dah makin gila ni ! Btw Special Edition MSTAP S2 ni hanya tinggal 1 chapter saja lagi okeee ! Heee keep vote and comment guys tq ! 😍✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro