Special Edition ( Part 11 )
Beberapa panggilan telah dibuat namun satu pun tak diangkat Aura. Hmmm mana dia ni ? Kenapa dah berapa hari dia tak datang melawat Afi langsung. Sungguh bukan saja Afi yang merindui Aura namun dirinya juga begitu rupa.
" Aura..mana kau ? Hmm.."
" Acu..." Afi mula terjaga daripada tidurnya.
" Ya sayang...kenapa ? "
" Hmm aunty Aura..aunty Aura kenapa dah lama tak datang ? " soal Afi.
Awatif terkelu jadinya. Tidak tahu ingin memberikan jawapan apa kepada pertanyaan Afi itu.
" Ermmm aunty Aura sibuk kot...nanti kalau dia dah tak sibuk mesti dia datang melawat Afi..." bohong Awatif.
Afi sedikit sedih jadinya.
" Sekarang Afi rehat ya...tidur balik sayang..." pujuk Awatif lagi.
" Afi rindu mummy..rindu daddy..." luah Afi jadinya.
Awatif serta merta menjadi sebak juga. Hmm kesian Afi. Masih tidak menerima kenyataan tentang pemergian mummy dan daddynya. Jujur Awatif juga masih belum menerima itu semua.
" Afi jangan la macam ni ehh sayang...kalau Afi rindu mummy dengan daddy..Afi doakan mummy and daddy supaya diaorang di tempatkan di kalangan orang yang beriman..."
Afi mula mengangguk kecil. Seketika dia mula melelapkan matanya semula. Awatif juga mula menepuk - nepuk kecil tubuh Afi yang terlena itu.
Seketika dia mula melangkah keluar sebentar untuk menenangkan dirinya. Sesak dadanya menahan kesedihan dan tangisan yang hampir pecah di hadapan Afi dari tadi. Sejujurnya dia tidak kuat bila terkait akan abang dan kakak iparnya.
Aura hanya merenung dari jauh phonenya yang tadinya asyik berdering minta diangkat. Hmmm mesti Awatif cari aku kan ? Mesti dia tunggu aku datang melawat Afi. Apa perlu aku buat ? Kalau betul apa yang Adwan cakap, aku tak nak Awatif terus mengharapkan aku lagi. Aku ni isteri orang. Tak pantas untuk lelaki lain tunggu.
Tapi kesian pula dekat Afi kalau aku tak pergi melawat dia langsung....
" Apa yang bonda renungkan tu ? " sapa satu suara agak mengejutkan Aura.
" Astagfiruallahalazim ! Terkejut bonda Aaraa oii..."
Aaraa tersengeh kecil. Dia mula mengatur langkah mendekati bondanya.
" Sorry bonda.."
Aura menjeling.
" Bonda kenapa ? "
" Hmmm tak ada lah...bonda kan ada masalah sikit..."
" Masalah apa ? "
" Hmm macam ni..." mula lah sesi kaunseling Aura dengan anaknya Aaraa. Hahahaha pelik. Selalu anak yang akan buat sesi luahan dengan maknya kan ? Ni tak terbalik pulak ! Hahahaha anak yang dengar luahan hati maknya..
Terangguk - angguk Aaraa mendengarkan luahan hati bondanya itu. Dia mengurut - urut dagunya..
" So macam mana ? Apa yang perlu bonda buat ? "
" Hmm bonda pergi aje la melawat budak tu...pastu bonda explain kan semuanya dekat uncle tu..yang bonda tu isteri orang...tolong faham... " cadang Aaraa.
" Macam tu ea ? "
" Haah daripada bonda mendiamkan diri macam ni...lagi lah dia tercari - cari bonda..."
" Ermmm yelah - yelah tapi...ayahnda kamu dah tak kasi bonda pergi melawat ke sana.."
" Hmmm tak apa bonda pergi aje tapi dengan satu syarat...."
" Syarat ? Syarat apa ? "
" Aaraa kena ikut sekali ! "
" Hah ? Aaraa ikut ? "
Kepala Aaraa diangguknya.
******
" Makan sikit ya..." sudu yang berisi bubur disua ke mulut Afi.
Afi mengelak. Langsung tidak mahu dimakannya bubur itu.
" Hmm Afi..jangan lah macam ni...macam mana nak sihat cepat...Afi nak keluar cepat tak dari hospital ni ? " soal Awatif lembut.
" Hmmm Afi nak aunty Aura...yang suapkan..."
Awatif terdiam seketika. Dia tiba - tiba mula merasakan muak dengan permintaan Afi. Tak habis - habis nak aunty Aura. Sikit - sikit aunty Aura. Itu ini aunty Aura...
" Mana aunty Aura acu ! " teriak Afi mula memberontak.
" Enough Afi ! " hambur Awatif akhirnya. Dia mula hilang sabar dengan kerenah Afi jadinya. Makin dipujuk makin melampau permintaannya.
Terkulat - kulat terus Afi disitu. Buat pertama kali dia melihat acunya marah sebegini. Gerun juga dibuatnya.
" Awatif...jangan lah marah Afi macam tu..." tegur satu suara mula menarik perhatian Awatif saat itu.
Awatif sedikit tersentak.
" Kau..datang..Aura ? " gumam Awatif terkejut dengan kemunculan Aura yang tiba - tiba itu.
" Aunty Aura ! " teriak Afi teruja.
Namun tiba - tiba kelihatan Aaraa mula menjenguk daripada belakang Aura.
Awatif dan Afi masing - masing terpinga dengan kehadiran gadis di belakang Aura itu.
" Hmm kenapa kau dah lama tak datang ? " soal Awatif.
" Hmm aku...bukan tak nak datang tapi..aku..."
Awatif masih setia menantikan jawapan Aura. Dia mula memandang sisi Aura.
" Aku tak nak kau berharap lebih dekat aku..."
" Maksud kau ? " Awatif terpinga.
" Hmmm sorry kalau aku tanya...hmmm betul ke kau ada perasaan dekat aku ? " soal Aura mula berani memandang wajah Awatif saat itu.
Awatif terkelu sendiri namun dia mula ingin membuat pengakuan.
" Hm ya..aku suka kau..dari dulu sampai sekarang...."
Aura pula yang tersentak dibuatnya. Namun dia masih mengawal riak wajahnya.
" Tapi kau tak pernah nampak aku...di mata kau hanya ada Adwan....Adwan...dan Adwan aje..."
Aura mengetap bibirnya. Sungguh tidak menyangka dengan pengakuan Awatif saat itu. Namun Aura masih memberikan ruang untuk Awatif bersuara tentang apa yang terbuku di hatinya selama ini.
" Tak boleh ke kalau sekali aje kau bagi aku peluang ? " pinta Awatif masih tidak mahu berputus asa.
" Ya Allah...astagfiruallahalazim...apa kau ni Awatif...kau minta peluang dekat isteri orang tau..."
Awatif terdiam jadinya.
" Hmm please lah Awatif...aku tak nak kau macam ni...kalau betul kau sayang dan cinta kan aku...relakan aku...redho dengan takdir Allah...kita tak ditakdirkan bersama...Kau kena move on...cari perempuan lain...masih banyak yang layak dengan kau..."
Awatif cuba menghadam kata - kata Aura jadinya. Dia sedikit terpukul dengan kata - kata yang berkaitan dengan takdir Allah. Dia mula menunduk memandang lantai.
" Hmmm please kalau kau betul - betul sayangkan aku...kau takkan ganggu kebahagiaan aku dengan Adwan...hm kalau aku boleh cerita dekat kau...tak mudah untuk aku bahagia dengan Adwan sampai ke tahap sekarang tau...banyak benda aku dah lalui dengan Adwan..." luah Aura.
Awatif memejamkan matanya seketika. Dia mula mengatur nafasnya. Setelah itu dia mula memandang Aura kembali. Sedikit sebanyak kata - kata Aura mula menjentik dan menyedarkan dirinya.
" Aku minta maaf...aku dah jauh sangat terpesong...hmmm betul la apa yang kau cakap tu....aku minta maaf Aura...aku cuba...aku cuba untuk terima takdir ni....tapi...kita masih boleh jadi kawan kan ? "
Aura menguntum senyuman tipis.
" Boleh..apa salahnya kalau kita berkawan kan ? " kata Aura.
Awatif mengangguk kecil. Ya dia harus move on...dia tak boleh rampas hak orang lain. Aura isteri orang dan tak baik jika aku masih berkeras menginginkan dirinya.
************
" Lepas ni bonda tak payah risau sangat dengan Afi.." beritahu Aaraa dalam perjalanan balik ke rumah.
" Hah ? Maksud Aaraa apa ? "
" Ya Aaraa dah nasihatkan dia supaya dia tak terlalu berharap akan kehadiran bonda lagi..."
Aura sedikit terpinga. Seketika Aaraa mula menjelaskan sedikit sebanyak apa yang dibualkannya dengan Afi sepanjang Aura dan Awatif berbual di luar bilik rawatan Afi tadi.
*Flashback*
" Kakak ni siapa ? " soal Afi masih terpinga dengan kehadiran Aaraa di situ. Kini hanya tinggal berdua dia dengan Aaraa di dalam bilik itu.
Aaraa berpeluk tubuh sambil merenung ke arah Afi. Jarang tak serious anak Adwan yang satu ni.
" Kakak anak aunty Aura..." kata Aaraa selamba tanpa berselindung.
Afi kelihatan agak terkejut. Aunty Aura dah kahwin ?
" Hmm Afi kan ? " soal Aaraa mula mengambil tempat duduk di kerusi yang tersedia.
Afi mengangguk.
" Afi...jangan susahkan uncle Awatif ea...jangan memberontak nak kan aunty Aura...aunty Aura dah ada family...dan dia ada banyak hati yang nak kena jaga...." nasihat Aaraa seperti orang matang walaupun usianya masih sangat muda.
Afi terdiam. Dia mula mencerna kata - kata Aaraa itu.
" Afi sekarang...cuma ada uncle Awatif kan ? Takkan Afi nak kehilangan dia juga ? Hmmm Afi tak kesian ke dekat uncle Awatif kalau Afi terus menerus memberontak macam ni ? Dia pun lama - lama boleh rasa terbeban tau..." kata Aaraa serious namun masih lembut nadanya.
Afi mula teresak - esak jadinya. Dia mula menyedari akan sikapnya yang terlalu memaksakan acunya mengikuti segala kehendaknya.
" Afi...Afi..sayang acu...Afi tak nak hilang dia.." gumam Afi sambil teresak - esak.
Aaraa sedikit tersentuh. Dia mula bangun mendekati Afi lalu diusap kecil kepala anak kecil itu.
" Shhh...budak lelaki tak boleh nangis...kena kuat....okay ? " kata Aaraa sambil menghadiahkan senyuman manisnya.
*End Flashback*
" Jadi...Aaraa lah yang buat Afi nangis tadi ? " soal Aura.
" Err mana ada...Aaraa nasihat aje...bukannya marah apa pun.." kata Aaraa gugup. Takut dimarahi bondanya pulak.
Aura pada mulanya menunjukkan wajah ingin marah namun tiba - tiba dia mempamerkan senyuman manisnya.
" Pandainya anak bonda ni ! " pipi gebu milik Aaraa pantas dicubitnya.
" Aduhh sakit lah bonda.." adu Aaraa.
Aura tidak menghiraukan aduan Aaraa dan masih mencubit pipi anaknya itu.
**********
Hari ni Aura dan Adwan masing - masing cuti daripada tugas diaorang dekat hospital. Adwan mula bercadang ingin membawa Aura dan Aaraa pergi jalan - jalan hari ni.
Tak ada lah pergi mana sangat, Adwan hanya bawa Aura dengan Aaraa jalan - jalan dekat IOI City Mall aje. Dah lama diaorang tak pergi sana. Lagi pun sana kan boleh main ice skating. Dah lama rasanya dia tak bawa Aaraa main ice skating. Kalau nak tahu itu salah satu aktiviti favourite Aaraa. Memang Adwan dah ajar dari kecil main ice skating sebab beberapa tahun yang lalu Adwan dan Aura juga mula berjinak - jinak dengan aktiviti tersebut.
Setelah puas bermain ice skating, mereka mula ingin singgah makan dekat Secret Recipe yang tersedia di IOI City Mall tersebut.
Mereka mula mengambil tempat yang agak jauh sedikit daripada pelanggan lain. Maklumlah inginkan sedikit privasi. Tidak mahu menjadi tumpuan orang lain kalau orang - orang tahu yang diaorang kerabat diraja.
Lagi pula diaorang juga dalam penyamaran hari ni. Masing - masing berpakaian biasa. Tidak mahu dikenali oleh orang - orang di situ. Bodyguard - bodyguard juga berpakaian sebegitu dan menjaga jarak daripada mereka. Hanya mengawasi dari jauh saja. Itu arahan Tengku Adwan Haider hari ini. Dia mahu bebas seperti orang biasa.
" Aura...saya nak pergi toilet kejap ea.."
Aura mengangguk. Adwan mula berlalu.
" Makan elok - elok Aaraa..kenapa comot sangat ni..." bebel Aura sambil mengelap kecil tepi mulut Aaraa.
" Kek ni sedap sangat.. " ngomel Aaraa sambil terus mengunyah.
Aura menggeleng kecil. Haish anak aku ni ! Gelojoh ikut siapa lah tu.
" Nur Aura Qismina right ? " satu suara mula menyapa daripada belakang.
Aura menoleh diikuti dengan Aaraa.
" Azzalea ? " soal Aura terkejut + teruja ! Wehh dah lama siot tak jumpa kawan U dia ni..
Azzalea mempamerkan senyuman teruja juga.
" Aku ingatkan siapa lah tadi...dah lama ke kau dekat belakang aku ni ? " soal Aura mula memusingkan tubuhnya ke arah Azzalea. Teruja sangat ni.
" Haah...aku mula - mula macam pelik..juga siapa lah family bahagia dekat belakang aku ni...rupa - rupanya kau..." kata Azzalea.
Aaraa sejak tadi hanya jadi pemerhati mula mengambil perhatian Azzalea.
" Siapa ni ? Anak kau ke ? " soal Azzalea.
Aura mengangguk pantas.
" Haah anak aku...Aaraa...Hee...Aaraa kenalkan ni kawan U bonda...aunty Azzalea..." kata Aura.
Aaraa mempamerkan senyuman manisnya.
" Hi pretty..." sapa Azzalea ramah.
" Hi aunty ! " balas Aaraa juga.
" Heee kau sorang aje ke ? " soal Aura tiba - tiba.
" Eh tak lah aku makan dengan...."
" Hi Aura...long time no see.." satu suara mula menyapa di situ.
Aura tersentak hebat jadinya di situ. Dia terdongak memandang figura yang sama sekali dia tak harapkan langsung ada di situ.
" Hah aku makan dengan Raymond...dia baru balik dari luar negara..." jelas Azzalea.
Aura sedikit terkaku dan terkelu. Raymond hanya tersenyum lebar melihatkan wajah terkejut Aura itu. Akhirnya dia dapat memunculkan dirinya yang sebenar di hadapan gadis pujaannya itu.
Aaraa mula merenung Raymond saat itu seakan - akan perasan sesuatu.
" Uncle ni....bukan ke yang aku jumpa dekat galeri ayahnda ? " desis hati Aaraa.
#Ommo2 ! Raymond dah makin berani tunjukkan dirinya. Dah la Adwan pergi toilet pulak. Nanti kalau dia balik dari toilet, apa reaksi dia eh ? Keep vote and comment guys 😍💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro