Special Edition ( Part 10 )
" Ray..Raymond ? "
Pemuda itu masih statik. Langsung tidak menyahut akan pertanyaan Aura itu.
" Aura ! " kedengaran seorang nurse a.k.a kawan sekerja Aura mula mengalihkan perhatian Aura.
" Hah ? Apa ? "
" Kau dah ambil belum detail senarai pesakit bilik 230 ? " soal nurse tersebut yang dikenali sebagai Intan.
" Hah ! Belum...aku lupa lah.."
" Lahh kau ni...kau pergi ambil sekarang..."
" Hah ya tapi kejap aku..." kata Aura terhenti apabila dia menoleh ke arah di mana berdirinya Raymond tadi.
Kosong ? Ehh mana Raymond ? Ke aku yang berangan aje ?
" Kau tercegat apa lagi dekat situ ? Cepat lah Aura ! Nanti kita kena marah kang.." bebel Intan.
" Ish kau ni yelah - yelah...tapi kejap tau aku kena ambil sampel darah yang tertinggal..." kaki mula diaturkan ke arah Intan.
Dilupakan seketika tentang figura Raymond yang berhadapan dengannya tadi. Setelah Aura mula menghilang, pemuda tersebut mula memunculkan diri semula di situ. Dia tersenyum sinis.
" Terharunya aku...dia masih kenal dan ingat aku.." gumam Raymond.
Ya memang benar, kini Raymond sudah kembali. Dalam erti kata lain, dia telah memungkiri janjinya kepada Adwan.
*****
Kaki Aaraa mula melangkah di setiap kawasan galeri ayahndanya. Dia melihat setiap lukisan yang indah terpamer di situ. Sungguh kagum dia dengan bakat ayahndanya selama ini. Ini lah rutin setiap hujung minggu buat Aaraa iaitu melawat galeri Adwan.
Setiap gerak gerinya diperhatikan daripada tadi.
" Aaraa tak bosan ke asyik datang galeri ayahnda setiap hujung minggu ? " soal Azzim yang sentiasa menemani Aaraa. Pembantu dan driver kesayangan Aaraa ni hahahaha.
Aaraa hanya menggeleng kecil.
" Tak...kenapa nak bosan ? Galeri ayahnda ni menarik apa ? Lagi pun...Aaraa bosan duduk rumah...hmm hujung minggu pun bonda dengan ayahnda kerja dekat hospital tu...but its okay..Aaraa faham...itu kan tugas diaorang..." luah Aaraa sambil matanya leka mengamati salah satu lukisan ayahnda nya.
Azzim tersenyum sendiri. Untung Tengku dengan Puan Muda dapat anak yang memahami dan sepintar ini.
" Okay jom lah..dah masanya kita berangkat balik...dah pukul berapa dah sekarang ni.." beritahu Azzim.
Aaraa mengangguk kecil. Seketika dia mula melangkah menuju ke pintu masuk galeri ayahndanya. Namun dalam beberapa tapak, dia mula terlanggar seseorang. Aaraa sedikit terundur ke belakang jadinya.
Aaraa mula mendongak memandang si gerangan yang dia terlanggar itu.
" Hm sorry..." kata Raymond saat itu.
Aaraa masih statik memandang ke arah wajah Raymond yang berkaca mata hitam itu. Face mask tidak dikenakan pada wajahnya hari itu.
" Ohh sorry too.." balas Aaraa akhirnya.
Raymond menghadiahkan senyuman manisnya pada Aaraa.
" Hmm ni la anak perempuan Aura dengan Adwan ? " desis hati Raymond sinis.
Azzim sedikit berkerut dahinya. Dia seakan - akan mengenali wajah Raymond saat itu. Hmm kenapa macam familiar aje muka lelaki ni ? Aku pernah jumpa ke sebelum ni ?
" Uncle Azzim...let's go.." ajak Aaraa seraya mula meneruskan langkahnya semula.
Azzim mula mengalihkan pandangan daripada wajah Raymond jadinya. Dia mula mengejar langkah Aaraa.
" Aaraa tunggu uncle...."
Raymond tersenyum sinis sambil melihat belakang figura Azzim dan Aaraa yang berlalu pergi itu.
" Aaraa.....hmmm nice name...."monolog hati Raymond sinis. Pelbagai rancangan mula berlegar di kepalanya saat itu.
*********
Jam yang tertera di screen phone mula dipandang Aura. Hmmm dah pukul 10 malam. Hari ni kena kerja malam pulak alahai.Kafe hospital UAS kelihatan agak sunyi ketika itu. Yelah dah malam dah pun. Siapa aje yang nak duduk sini kan ? Hanya tinggal beberapa doktor dan nurse yang singgah untuk minum kopi agar dapat berjaga malam.
Seketika Aura teringatkan soal pertemuannya dengan Raymond beberapa hari yang lalu. Hmm betul ke yang aku nampak tu Raymond ? Ke perasaan aku aje ? Tapi tak mungkin lah.
Aura mula melentokkan seketika kepalanya di atas meja. Hmm tetiba rasa ngantuk pulak. Nasib baik boleh rest sekejap memandangkan tak ada pesakit yang perlu diperiksa buat sementara waktu. Lama kelamaan mata Aura mula memberat dan tak sampai beberapa saat dia mula terlelap jadinya.
Seseorang mula melangkah ke arah Aura tanpa dia sedar. Kepala Aura mula menjadi sasaran untuk diusapnya. Aura masih tertidur tanpa terusik langsung. Selepas itu tubuh Aura mula diselimutinya dengan sebuah jaket. Seseorang itu mula menunduk sedikit seraya mendekatkan mulutnya ke telinga Aura.
" Take care dear..."
Aura pantas terjaga daripada tidurnya. Dia merasakan yang dia sedang bermimpi mendengarkan seseorang berbisik di telinganya. Kelihatan tiada sesiapa pun di situ waktu itu. Namun Aura sedikit tersentak apabila dia mula merasakan tubuhnya yang diselimuti sebuah jaket. Aura pantas menarik jaket itu daripada belakang tubuhnya. Tanpa dipinta Aura melirih cemas sekeliling. Seakan mencari sesuatu.
Kenapa ?
Tetiba kenangan silam mula menggamit. Aura teringatkan Raymond. Ya dulu Raymond pernah menyelimutkan dirinya seperti ini ketika dia pernah tertidur di dalam library. Hmm adakah orang yang sama juga yang menyelimutinya tadi ? Aura jadi tidak tenang dibuatnya. Dia mula bangun dari duduknya. Jaket tersebut hanya ditinggalkan Aura begitu saja di situ. Aura mula berlalu dari situ dengan kadar segera.
Tak sampai beberapa saat, tuan empunya jaket mula muncul. Jaket tersebut dicapainya.
" Bertuah betul punya isteri...penat - penat aku selimutkan dia dengan jaket aku...dia tinggalkan jaket aku macam tu aje ?" ngomel Adwan yang baru muncul semula setelah dia tergesa - gesa ke toilet tadi.
Ya. Orang yang menyelimutkan Aura tadi adalah Adwan bukan Raymond pun. Hahahaha Aura aje yang overthinking ! Dia lupa lah tu yang Adwan pun kerja malam ni.
Kaki diatur perlahan menuju ke pintu utama hospital. Aura benar - benar agak letih pagi ini setelah semalaman berjaga. Hmm mana taknya kalau semalam punya banyak kes kecemasan yang masuk ! Tak sempat dah nak rehat...
Bukkk !
Aura terlanggar seseorang di hadapan pintu masuk.Dia hampir jatuh namun orang yang dilanggarnya itu sempat menyambutnya. Aura tersentak kecil. Ingatkan dia dah nak jatuh tadi.
" Hmmm jalan tu elok - elok sikit boleh ?" soal Adwan. Dia mula membetulkan posisi Aura.
Aura sedikit terpinga. Ehh Adwan kerja malam juga eh semalam?
" Tu dah kenapa muka tu ?"
" Awak kerja malam juga eh ?"
Telinga Aura yang terselindung di sebalik tudung mula menjadi sasaran Adwan.
" Aduhh..."mengaduh Aura.
" Awak boleh lupa saya kerja malam juga la minggu ni..."kata Adwan.
" Alaaa sorry lah..."
Tergeleng - geleng kepala Adwan dibuatnya. Seketika Aura perasan akan jaket yang dibawa Adwan. Macam jaket semalam aje ?
" Tu..jaket awak ke ?"
Adwan mengerutkan wajahnya dengan pertanyaan Aura itu.
" Yes ! Ni saya punya lah....awak tinggalkan semalam eh ? Penat aje saya selimut awak.."bebel Adwan.
Lahhh ! Jaket Adwan rupanya ? Asal aku tak perasan tu Adwan punya ? Jadi Adwan lah yang selimutkan aku semalam.
Zappp !
Tubuh Adwan dipeluk Aura pantas. Betapa gembiranya Aura apabila dia punya persoalan sudah terjawab. Fuhhh lega.
" Kenapa ni ?" Adwan pula terasa aneh dengan tingkah laku Aura itu. Kenapa tetiba peluk dia pulak ni.
" Thank you so much...sebab dah selimutkan saya semalam ! "pelukan dikemaskan Aura.
Adwan tersenyum sendiri. Ish ingatkan kenapa lah tadi. Buat risau aje !
" Your welcome dear...dah jom balik..."kata Adwan.
Seketika Aura dan Adwan mula berlalu keluar dari hospital sambil berpegangan tangan antara satu sama lain.
Dalam diam, ada yang tak lepas - lepas memerhati sejak tadi. Dia mula berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis.
" Manfaatkan waktu bahagia korang sebelum semua tu bertukar jadi penderitaan suatu hari nanti..." desis hati Raymond.
#Ommo2 ! Raymond masih ingin menjadi pengganggu nampaknya. Hmm harap Adwan and Aura kuat ya nanti. Keep vote and comment 😍✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro