Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

Sebelum Aura dihantar balik ke rumah, dia di bawa ke klinik terlebih dahulu. Azzam dan Azzim yang menguruskan Aura untuk dirawat di klinik tersebut. Adwan hanya menunggu di dalam kereta saja.

Hampir setengah jam macam tu baru urusan rawatan Aura selesai. Mereka memulai semula perjalanan menuju ke rumah Aura.

Sepanjang perjalanan, masing - masing hanya mendiamkan diri. Tiada seorang pun yang bersuara sehinggalah....

" Errmm...terima kasih..." kata Aura lalu memandang Adwan di sebelahnya.

" Hmmm.." balas Adwan ringkas sambil sibuk melihat Iphonenya.

" Terima kasih sebab dah tolong saya banyak kali...sorry sebab selalu susahkan awak aje..." kata Aura lagi.

" Hmm.." sahut Adwan.

Azzam dan Azzim masing - masing sedang mengintai Tengku Adwan dengan Aura dari cermin hadapan kereta. Mereka memandang sesama sendiri. Tersenyum penuh makna mereka berdua.

Aura mula menyandarkan tubuhnya pada seat penumpang. Adwan masih sibuk dengan Iphonenya. Entah apa lah yang ditengok pun tak tahu.

Namun tiba - tiba entah kenapa Azzam yang sedang memandu membrekkan kereta secara mengejut.

Ini membuatkan Aura sedikit terkejut dan hendak tersembam ke hadapan namun...

" Aura..." panggil Adwan perlahan sambil meletakkan tangannya di hadapan Aura cuba menghadang daripada Aura tersembam ke hadapan.

Aura sedikit tersentak. Terkebil - kebil matanya melihat tindakan Adwan itu.

Azzam dan Azzim sudah mengenyit mata antara satu sama lain..Hahahaha itu cuma taktik diaorang aje supaya Tengku Adwan tunjuk gentleman sikit dekat Cik Aura..

Seketika Adwan mula duduk ke posisinya semula. Dikawal riak wajahnya yang mula membahang. Malu siot !

" Azzam...drive elok - elok sikit boleh tak ? " kata Adwan mendatar.

" Ermm maaf Tengku..." pohon Azzam.

Adwan sedikit mengerling Azzam dari cermin hadapan kereta. Dia tahu Azzam dan Azzim hanya nak kenakan dirinya.



Setibanya di hadapan rumah Aura. Aura mula keluar daripada kereta dan dia masih tercegat di sebelah pintu kereta. Seketika dia mengetuk cermin kereta. Cermin kereta diturunkan.

" Terima kasih sekali lagi tau.." ucap Aura.

" Ya...berapa kali kau nak cakap terima kasih ? " kata Adwan akhirnya mula rimas dengan ucapan yang berulang - ulang.

Aura sedikit mencebik. Alahh dia bukannya nak sangat ucap terima kasih tu banyak kali, dia cuma nak dengar suara Adwan aje. Lagi pun dari tadi Adwan hanya jawab " hmmm " aje. Mana puas dengar suara dia...

" Dah - dah pergi masuk..bye..." kata Adwan seraya menaikkan semula cermin kereta.

Aura masih terpacak di situ sehinggalah kereta Adwan beransur balik.

" Ya Allah...engkau panjangkan lah jodohku dengan Tengku Adwan Haider....Aminnn..." doa Aura di situ sambil menadah tangannya. Hahaha boleh buat la dia ni. Depan rumah pun jadi.

****

Melangkah saja Adwan ke dalam rumah nendanya, dia sedikit terpinga melihat beberapa orang yang agak asing sedang menghias - hias ruang utama rumah besar nendanya..

Kenapa hias - hias bagai  ? Ada apa pulak ni ?

" Azzam...Azzim..." panggil Adwan.

" Ye Tengku ! " jawab Azzam dan Azzim serentak.

" Ada apa ni ? Kenapa semua orang - orang ni ada dekat sini ? " soal Adwan sambil memerhati sekeliling.

Azzam dan Azzim memandang sesama sendiri. Diaorang pun tak tahu apa yang tengah berlaku sekarang ni.

" Errr...entah lah Tengku...kami pun tak pasti..." jawab Azzim.

" Ehh Adwan dah balik ? " tegur Aliya yang baru muncul.

Adwan menoleh ke arah bondanya.

" Bonda...diaorang semua ni buat apa ? Kenapa ruangan dihias ? Ada majlis apa - apa ke ? " soal Adwan.

" Haah...esok ayahnda ada buat majlis bagi menyambut kepulangan kamu...Kamu jangan nak pergi mana - mana esok...majlis ni majlis kamu tau...kamu jangan nak buat ayahnda kamu murka lagi..." kata Aliya.

" Tak suka aku balik...tapi buat majlis nak sambut kepulangan aku pulak..Tak faham betul aku dengan ayahnda ni.." desis hati Adwan.

" Malam ni...abang - abang dan kakak kamu akan balik sini tau..." kata Aliya lagi.

" Anak - anak diaorang ? " soal Adwan tiba - tiba teringatkan anak - anak saudaranya..

" Ermmm anak - anak diaorang ea ? Entah lah..maybe ada yang balik ada yang tak kot.."

" Ohh hmm okayy..." jawab Adwan.

" Dah kamu rehat cukup - cukup malam ni yaa..dan satu lagi..baju kamu untuk esok...bonda dah suruh ketua pembantu siapkan.." kata Aliya.

" Tak payah la bonda...Adwan boleh uruskan sendiri...Adwan tak suka lah orang tentukan baju apa yang Adwan patut pakai..."

" Jangan kamu nak melawan cakap bonda kamu Adwan.." tegur seseorang tegas.

Semua mata memandang ke arah empunya suara. Azzam dan Azzim sudah kecut perut dibuatnya. Hahaha dah kenapa diaorang ni ? Yelah orang yang muncul ni adalah Tengku Ilham Huzairie. Memang setiap kali dia muncul aje ada aura seram sejuk tu mula bertandang juga.

Adwan terdiam. Dia hanya memandang ayahndanya dengan pandangan tidak puas hati.

" Azzam...Azzim ! " panggil Huzairie.

" Ya Tengku ! " sahut mereka berdua.

" Beta mahu kamu berdua..bawa Tengku Adwan kamu ni tukar warna rambut dia kepada asal...Beta nak penampilan dia kembali kepada asal seperti mana sebelum dia berangkat ke luar negara..." arah Huzairie seraya berlalu pergi.

Adwan sudah menggengam erat penumbuknya di sisi. Namun tangan milik Aliya mula meleraikan genggaman penumbuk itu. Adwan sedikit tersentak lalu dia memandang bondanya itu.

" Jangan Adwan buat ayahnda marah lagi ye nak....Kali ni dengar kata - kata ayahnda...lagi pula esok majlis untuk kamu...tak manis lah kan kalau kamu berpenampilan seperti orang barat..." kata Aliya. Alahaiii makin berumur, Aliya makin matang ya guys ! Sifat keibuan sudah sebati dengan diri Aliya.

Adwan menghembus nafas berat. Dia kalah dengan permintaan bondanya.

" Ya lah...bonda.." putus Adwan akhirnya.





Adwan membelek rambut yang sudah bertukar warna hitam dalam camera iphonenya. Dia mengeluh. Haish habis rambut grey aku hmm.

" Dah handsome dah Tengku rambut hitam tu..." kata Azzim.

Adwan mengerling ke arah Azzim.

" Hah satu lagi...esok jangan lupa tau Tengku..." kata Azzam pulak.

" Lupa apa pulak ? " soal Adwan tidak mengerti.

" Jangan pakai contact lens lagi ye Tengku....esok semuanya back to normal..." kata Azzam.

Adwan mengetap giginya kuat. Geramnya bila dia teringatkan arahan ayahndanya tadi. Ayahnda mahukan penampilan aku yang asal ? Bukan ayahnda tak suka sangat ke kalau aku menyerupai wajah ayahnda ?

*****

Majlis kepulangan Adwan diadakan pada waktu malam. Kaum kerabat berserta  kawan - kawan rapat telah dijemput. Kelihatan agak meriah majlis malam itu.

Adwan mengenakan pakaian Tuxedo Suit berwarna Navy Blue yang telah disediakan oleh ketua pembantu. Dia kelihatan agak bergaya malam itu. Rambutnya pulak telah di dandan dengan gaya Quiff. Sumpah sesiapa saja yang melihatnya mesti akan  cair.

( Gambaran baju yang dipakai Tengku Adwan Haider )

( Gambaran gaya rambut  Quiff Tengku Adwan Haider untuk majlis )

Ramai juga tetamu yang mengucapkan selamat kembali kepada Adwan. Adwan hanya mengangguk dan tidak kisah sangat dengan ucapan selamat tersebut. Dia hanya membuat halnya sendiri. Dia tak ada mood pun sebenarnya untuk hadir majlis malam ni even ni majlis untuk dirinya.

Adwan mula mengorak langkah ke bahagian makanan. Tetiba terasa perut minta diisi pulak. Iya lah, seharian dia tak makan apa sangat. Makan tak makan aje dia hari ni. Entah rasa macam tak ada selera. Sekarang baru rasa macam nak makan.

Mata melirih setiap hidangan makanan yang sudah tersusun rapi di atas meja. Rambang mata pulak Adwan di buatnya. Akhirnya tangannya ingin menggapai satu cup cake red velvet cheese yang agak menarik saat itu.

Belum sempat dia menggapai, ada tangan lain yang mengambilnya.

" Opppss ! This is mine.." ujar orang yang mengambil cup cake tersebut.

Adwan hanya memandang tajam ke arah orang itu. Hish tak guna betul budak ni. Anak siapa entah !

" Makanan banyak...takkan makan cup cake aje Ayahnda su ? " kata orang itu lagi.

What ? Ayahnda su ? Siapa yang dah rampas cup cake Adwan ni ?

" Suka hati lah ayahnda su nak makan apa pun....ni majlis ayahnda su...." kata Adwan seraya meneruskan hasratnya yang ingin mengambil cup cake tadi.

Kasyaf mencebik. Kerek betul bapa saudara aku ni kan ? Haish...

Siapa ingat lagi dengan Kasyaf ? Anak Humaiera dengan Ikhwan. Kini sudah meningkat dewasa malah umurnya jauh lebih tua daripada bapa saudaranya..Alaa beza beberapa tahun aje.

" Mana sepupu Kasyaf yang lain ? " soal Adwan sambil mulut juga mengunyah kek.

" Hmm...i don't know....busy kot ? " kata Kasyaf juga turut makan  kek.

Halah - halah...comel aje anak saudara dengan bapa saudara makan cup cake sama - sama ya.

" Testing one two three.." kedengaran pengacara majlis mencuba microphone yang tersedia.

Adwan dan Kasyaf masih sibuk - sibuk dengan cup cake masing - masing so diaorang tak ambil peduli pun pasal pengacara majlis tersebut.

Namun kedengaran suara seseorang yang menarik perhatian diaorang.

" Assalamualaikum..wahai para hadirin sekalian..." ucap Huzairie mengambil alih majlis.

" Kenapa atoknda berucap pulak tu ? " bisik Kasyaf.

Adwan tidak menjawab dia malah hanya fokus pada ayahndanya. Ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati Adwan. Ayahnda nak buat apa lagi ?

" Terima kasih kerana telah hadir dan memeriahkan majlis sambutan kepulangan putra bongsu saya iaitu Tengku Adwan Haider..." ucap ayahnda.

Adwan hanya mendengus kecil. Hipokrit ! Asal tak cakap aje dekat depan semua orang...kalau dia tak suka pun aku balik....

" Baiklah...majlis hari ni bukan setakat untuk menyambut kepulangan anaknda bongsu saya tapi...di kesempatan ini..saya juga akan melangsungkan majlis pertunangannya...."

Adwan tersentak hebat apabila mendengarkan kata - kata ayahnda ! Kasyaf pulak sudah tersedak dek tertelan kek.

" Apa semua ni ? " monolog hati Adwan tidak puas hati sama sekali. Kenapa ? Kenapa ayahnda suka buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan aku dulu ? Sumpah aku rasa macam diperbodohkan..

Para tetamu sudah mula riuh rendah mendengarkan kata - kata Tengku Ilham Huzairie. Ada beberapa suara menanyakan siapakah calon tunangan Tengku Adwan Haider itu ?

" Bawa bertenang...Saya akan tunangkan putra bongsu saya dengan Putri Tengku Hafzan Shah...iaitu
Tengku Salsabella.." kata Huzairie.

" Apa ? Tunang dengan Bella ? " desis hati Adwan agak terkejut. Dia kenal ke dengan calon tunangan pilihan Huzairie tu ? Hmmm Adwan kenal..sebab Tengku Salsabella tu kawan sepermainan dia juga dulu masa kecil - kecil. Bahkan diaorang agak rapatlah juga.

Adwan mula memberikan sisa keknya kepada Kasyaf  lalu melangkah untuk berbicara dengan ayahndanya.

*****

Semua ahli keluarga Tengku Ilham Huzairie berkumpul di suatu sudut.

" Ayahnda tak boleh buat keputusan sendiri macam ni..." keluh Adwan straight to the point. Dia tak pernah takut dengan ayahndanya.

" Kenapa pulak ? Kamu tu dah dewasa...dah boleh pikul tanggungjawab sebagai seorang suami...lagi pulak..ini salah satunya cara ayahnda menghukum kamu....disebabkan kamu berani gagalkan pelajaran kamu dekat UK..." kata Huzairie.

Adwan merenung tajam ke arah Huzairie. Cukup geram mendengarkan kata - kata Huzairie yang egois itu.

" Sudah lah tu...Aery....Adwan..jangan gaduh dekat sini..malu dengan tetamu..." kata Permaisuri Laila turut sama serta di situ.

" Nenda..Adwan tak nak bertunang dengan Tengku Salsabella...Adwan tak boleh..." rayu Adwan.

" Kenapa pulak tak boleh ? Kamu bukannya ada kekasih hati pun kan ? " kata Huzairie.

Adwan terdiam seketika. Dia jadi tidak senang duduk dibuatnya. Matanya mula meliar merata cuba mencari alasan untuk diberikan kepada Huzairie..

" Kenapa tak nak tunang dengan Bella ? Dia okay apa..." kata Humaiera.

" Haah betul tu...Abang Wa tengok Bella pun sesuai lah dengan Dik wan..  " sokong Adwa pulak.

Seperti biasa, Adam akan mendiamkan dirinya dan hanya menjadi pemerhati saja...

" Assalamualaikum Tengku ! Kat sini rupanya Tengku..merata saya cari...." tegur satu suara.

" Waalaikumusalam....Kuzaimie...kau datang juga...ingatkan tak datang...." kata Huzairie.

Ya, ayahnda ada menjemput bekas pembantu peribadinya turut sama serta dalam majlis malam itu, Kuzaimie. Kuzaimie in the house yo ! Hahaha dengar kata ramai peminat MSTAP rindukan kemunculan Kuzaimie ? Sila hadirkan diri di ruang komen tengok ? Hahahha.

" Mana isteri kau ? Anak kau ? Tak datang ke ? " soal Huzairie.

" Eh ada Tengku..kejap saya panggil.....Sayang sini ! " kata Kuzaimie menggamit - gamit tanggannya ke suatu arah..

Seketika datang dua orang perempuan mendekati Kuzaimie.

" Putri....rindunya aku dekat kau.." kata Aliya.

" Aliya...rindunya aku dekat kau juga...." kata Putri isteri Kuzaimie a.k.a kawan baik Aliya masa universiti dulu. Mereka berpelukan seketika.

Adwan hanya terpacak melihat seorang lagi perempuan di sebelah isteri Kuzaimie.

" Wah cantik...anak kau ke ni Kuzaimie ? Dah besar panjang dah sekarang ehhh..." kata Huzairie.

" Haah Tengku ni anak saya...Aura Qismina..." kata Kuzaimie bangga apabila putrinya dipuji cantik. Tengok papanya siapa lah hehehe.

What ? Aura anak Kuzaimie ? Kecik betul dunia ni kan ?

" Ayahnda...Adwan tak boleh bertunang dengan Bella...sebab...."

Semua mata mula memandang ke arah Adwan saat ini...

" Sebab...girlfriend Adwan ada dekat sini....Ermm sayang kenapa lambat sangat sampai ? Saya hampir aje nak kena tunang dengan orang lain tau..." kata Adwan seraya berdiri di sebelah Aura.

Aura tersentak hebat dengan kata - kata Adwan yang tak pernah dia jangkakan tu...

Semua orang disitu agak tergamam ! Tambah - tambah Huzairie. Apa ? Adwan bercinta dengan anak Kuzaimie selama ni ?


#Hahahaha gempak tak gempak geng ? Makin best tak chapter kali ni ? Heee Adwan dah makin dekat ni dengan Aura ! Keep vote and comment ya 😍💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro