Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 40 ( Final )

* Disuggest baca chapter ni dgn lagu yg disediakan di ats ya 🤧❤*

Majlis kesyukuran yang diadakan di rumah besar Permaisuri Laila mula berlangsung dengan meriahnya. Kelihatan ramai tetamu yang tidak putus - putus hadir. Semua ahli kerabat diraja Tengku Ilham Huzairie kelihatannya hadir di majlis tersebut. Kali ni cucu Huzairie pun semuanya balik. Tiada seorang pun yang terkecuali.

Namun hanya seorang saja yang benar - benar menguji kesabaran Huzairie saat ini. Huzairie kelihatan di dalam mood yang tidak baik saat itu. Matanya juga sering kali meliar sekeliling seakan mencari seseorang.

" Dia memang sengaja nak malukan aku agaknya ! " bentak hati Huzairie.

Seketika Huzairie mengeluarkan phonenya dan menaip sesuatu lalu dihantar langsung kepada Adwan.

" Kamu jangan nak malukan ayahnda lagi....Andai saja kamu tidak hadirkan diri kamu ke majlis hari ini....Ayahnda takkan anggap kamu sebagai anak ayahnda lagi..."

Itu lah mesej yang berbaur ugutan dihantar Huzairie.

" Ayie..." tegur Aliya.

Huzairie tidak menghiraukan panggilan Aliya itu, dia masih dengan phonenya menantikan balasan mesej daripada Adwan.

" Kejap lagi dia datang lah tu...mungkin dia ada pesakit nak kena rawat ...." kata Aliya akhirnya cuba menenangkan hati Huzairie.

Huzairie menoleh ke arah Aliya jadinya.

" Pesakit dia lebih penting daripada majlis keluarga lah ? Macam tu ? Hmmm dia memang nak malukan Ayie..." bentak Huzairie seraya mula berlalu.

Aliya menggeleng kecil. Ya Allah engkau lembutkan lah hati Huzairie. Hmm...dalam pada masa yang sama Aliya tiba - tiba rasa tak sedap hati juga ni....Mana Adwan agaknya ? Betul ke dia tengah ada pesakit sekarang ni ?

Part of Aura.

Adwan masih tidak sedarkan diri. Dia masih di dalam keadaan yang agak tidak stabil. Operasi pembedahan harus dilakukan segera. Aura masih tidak memberitahu sesiapa disebabkan Aura ada baca dalam diari Adwan yang Adwan tak nak rosakkan majlis ayahnda hari ini. Kini hanya Aura dan dua pembantu peribadi Adwan iaitu Azzam dan Azzim yang masih setia menanti dan menguruskan hal Adwan di hospital. Cuma Aura hanya khabarkan keadaan Adwan sekarang dekat Raissa aje..Tu pun harus dirahsiakan daripada orang lain.

" Ya Allah....engkau selamatkan lah Adwan....walaupun itu sungguh mustahil....aku mohon ya Allah..." doa Aura di dalam hati sambil dia melihat Adwan dari luar pintu ruang ICU. Aura tak kuat nak masuk dalam dan duduk di samping Adwan. Dia takut , dia tak boleh kawal emosinya. Itu akan menganggu Adwan saja.

" Cik Puan..." panggil Azzam.

Aura menoleh.

" Doktor nak jumpa dengan Cik Puan...ada beberapa borang yang Cik Puan perlu tanda tangan..." kata Azzam.

Aura mengangguk. Dia menoleh ke arah Adwan sepintas lalu sebelum beredar. Ya sekarang hanya Aura yang boleh buat keputusan untuk teruskan operasi pembedahan ke atas Adwan.

Baru beberapa minit selepas kepergian Aura, tiba - tiba Adwan membuka matanya perlahan - lahan. Dia sudah mula sedar kembali tanpa pengetahuan Aura.

************

" Abang Adam....mana dik Wan ni ? " soal Adwa agak cemas.

" Tu lah...haish dik Wan ni sengaja nak bagi ayahnda murka lagi ke ? " tambah Humaiera pula.

Adam hanya terdiam sejenak. Dia juga tidak faham kenapa sampai sekarang Adwan masih tidak munculkan diri. Hmmm sedangkan semalam Adam sempat on the phone dengan Adwan. Adwan sendiri yang janji akan datang majlis hari ini. Dia tak nak ayahnda marahkan dia lagi.

Dalam diam, Raissa memandang dari jauh melihat ayahndanya , ayahnda wa dan bonda Maiera yang berkumpul itu. Raissa agak gelisah tika itu.

" Hmm patut ke aku bagitahu ayahnda pasal penyakit ayahnda su ? Hmm ayahnda su tak mungkin datang hari ni.." desis hati Raissa sedih.

Seketika Raissa mula membuat keputusan. Ya dia harus bagitahu ayahndanya. Sampai bila dia nak rahsiakan ? Lagi pula ayahnda su sekarang tengah tenat. Dia perlukan keluarganya di sisi.

Raissa mula melangkah ingin mendekati ayahndanya....namun apabila baru beberapa tapak dia hampir dekat dengan ayahndanya tiba - tiba tangannya ditarik daripada belakang.

Tertoleh Raissa ke belakang dan dia agak tersentak hebat !

" Ayahnda su ? "

Kelihatan Adwan kemas berpakaian untuk majlis hari ini. Dia tersenyum hambar kepada Raissa. Walaupun Adwan cuba sembunyikan sakitnya saat ini, namun di mata Raissa dia masih dapat lihat wajah pucat Adwan. Ya lah sebab Raissa juga doktor jadi dia tahu macam mana nak tengok pesakit .

" Ayahnda su buat apa dekat sini ? Sepatutnya ayahnda su kena buat pembedahan sekarang..." kata Raissa separuh berbisik..

Adwan menggeleng kecil.

" Ayahnda su okay....ayahnda su tak perlukan pembedahan...ayahda su kena hadir majlis ni..." kata Adwan perlahan. Pandangannya juga kadang - kadang tu agak kabur melihat wajah Raissa tika itu. Sejujurnya Adwan hanya pura - pura kuat demi menunaikan keinginan ayahnda untuk dia hadir ke majlis ini. Adwan tak nak ayahnda sampai tak anggap diri sebagai anak lagi andai tidak hadir hari ini.

" Dik wan ! Datang juga akhirnya..." tegur Adwa.

Kelihatannya abang - abang dan kakaknya mula mendekati mereka berdua.

" Asal lambat sangat hah ? " soal Humaiera.

Adwan tersengeh kecil.

" Sorry...tadi ada emengency case...tu yang dik Wan sampai lambat sikit..." bohong Adwan.

" Ohh...ehh mana Aura ? Kenapa dia tak ikut sekali ? " soal Adwa pula.

" Aura ? Errr....errr dia kena kerja juga hari ni tapi nanti dia balik awal...dia datang kemudian..." bohong Adwan lagi.

" Oh ermmm dik Wan okay ke ni ? Asal nampak macam pucat aje muka tu...Tak sihat ke ? " tegur Adam akhirnya berasa pelik melihat keadaan Adwan hari ni. Macam ada sesuatu yang lain.

Adwan sedikit terkelu dia memandang sekilas ke arah Raissa yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.

" Dik wan okay aje..tak lah...mungkin sebab rushing datang sini tu...yang nampak penat sikit..." nafi Adwan.

" Ohh hah tak apa lah....jom la kita pergi makan dengan ayahnda, bonda dengan nenda dekat sana..." ajak Adwa teruja. Dah lama rasanya tak berkumpul macam ni kan?

Tiga beradik kembar mula bergerak menuju ke tempat yang dimaksudkan. Hanya Adwan dan Raissa yang membuntuti di belakang.

" Ayahnda su...tolong lah...balik ke hospital semula...buat pembedahan...jangan seksa diri lagi..." rayu Raissa perlahan di sisi.

Adwan menggeleng kecil. Dia hanya melangkah meninggalkan Raissa. Raissa mengetap gigi menahan geram. Ish degil betul lah ayah saudara dia ni !

Namun tiba - tiba baru saja Raissa hendak melangkah mendekati Adwan, dia sedikit tersentak dan tergamam..

Kenapa ?

Adwan tiba - tiba jatuh melorot di hadapannya. Dalam erti kata lain, penyakitnya mula datang menyerang kembali.

" Ayahnda su ! "

***********

Semua ahli kerabat Tengku Ilham Huzairie benar - benar terkesan dengan apa yang berlaku di majlis tadi. Majlis yang tadinya meriah kini bertukar suram. Adwan telah dikejarkan ke hospital semula. Kini dia sedang menjalankan operasi pembedahan yang sudah tertangguh tadi.

Segala rahsia Adwan kini sudah terbongkar. Jelas sekali semua ahli kerabat agak terkejut dengan keadaan Adwan yang dah semakin tenat. Peluang untuk dia selamat juga agak tipis berbanding sebelum ini.

Ya Allah, apa yang aku dah buat selama ni dekat putra bongsu ku ? Ayahnda macam apa aku ini sampai sikit pun tak tahu soal penyakit anaknda ku. Aku berdosa Ya Allah....Aku berdosa...aku ayahnda yang zalim Ya Allah...

Kelihatan Aura juga duduk sambil menangis teresak - esak di samping Aliya. Kenapa Adwan buat kerja gila macam ni ? Kalau aku tahu dia nak larikan diri daripada hospital semata - mata nak ke majlis ayahnda...aku takkan pergi jumpa doktor tadi. Iya Aura agak terkejut juga dengan tindakan drastik Adwan apabila Aura kembali ke ruang ICU tadi, Adwan sudah menghilangkan diri.

" Kenapa Achaa tak pernah bagitahu ayahnda pasal ayahnda su ? " soal Adam sebak.

Raissa tertunduk sedih.

" Achaa nak bagitahu ayahnda...tapi ayahnda su tak kasi...dia tak nak buat semua orang risau...." kata Raissa menitis - nitis air matanya.

Adam memejamkan matanya seketika. Memendam perit yang dia rasakan. Ya Allah...engkau selamatkan lah adik aku....


Hampir 4 jam operasi pembedahan Adwan dijalankan. Akhirnya doktor pakar yang bertugas mula keluar dari ruang operasi. Semua ahli keluarga mula mendekati doktor tersebut. Paling hadapan saat itu semestinya ayahnda.

" Bagaimana dengan keadaan Tengku Adwan ? " soal Huzairie.

Wajah doktor mula bertukar muram. Mulutnya sedikit terkunci. Sungguh berat ingin berkata - kata menjawab soalan dari Tengku Ilham Huzairie saat itu.

" Doktor ! Macam mana dengan putra saya ? Dia selamatkan ? " desak Aliya akhirnya. Dia juga tidak sanggup menunggu lebih lama lagi.

" Ermmm...seperti kita tahu...bagi pesakit kanser glioblastama ini memang peluang untuk sembuh sangatlah tipis....dan saya minta maaf...saya dah usaha sehabis boleh untuk selamatkan Tengku Adwan...namun...Allah lebih sayangkan dia....dia dah jadi pilihan Allah...." jelas doktor tersebut turut
berduka cita.

Kata - kata yang mampu merobek setiap hati ahli
kerabat Tengku Ilham Huzairie saat itu. Aliya sudah meraung.

Huzairie mula memeluk erat tubuh Aliya saat itu. Huzairie juga menangis ketika itu. Adik beradik lain jangan ditanyakan lagi...turut sama menitiskan air mata. Sudah....kini hanya tinggal tiga kembar itu kembali sebagai anak kepada Aliya dan Huzairie. Tiada lagi adik bongsu selepas ini....

Aura juga sudah terduduk semula ditempat duduknya tadi. Dia benar - benar tersentak hebat. Air mata mengalir tanpa dipinta. Perlahan - lahan perutnya disentuh.

" Kenapa awak tinggalkan saya secepat ni Adwan ? Awak cakap awak nak sambut kelahiran anak kita ? " desis hati Aura sebak tak tertanggung lagi.

**************

Majlis pengembumian Adwan sudah selesai akhirnya hari itu. Semua ahli keluarga mula kembali ke rumah besar Permaisuri Laila. Tiada senyuman lagi yang terhias di dalam rumah besar Permaisuri Laila. Masing - masing masih tidak dapat menerima kenyataan akan kepergian Adwan yang secepat ini.

Andai saja mereka tahu tentang penyakit Adwan ini pasti saja mereka akan cuba bantu untuk Adwan sembuh kembali. Namun semuanya terlambat. Tiada apa lagi yang boleh dibuat. Adwan sudah kembali ke Sang Pencipta diusia mudanya.

Aliya juga asyik termenung saja sejak habisnya perkebumian Adwan tadi. Dia juga asyik terus menerus nangis. Bengkak sudah mata dibuatnya. Dia agak terkilan sebab tak dapat nak habiskan waktu - waktu terakhir bersama Adwan. Baru Aliya tahu kenapa tiba - tiba Adwan balik ke Malaysia setelah cucunya Raissa menceritakan segalanya.

" Al..." panggil Huzairie untuk mengajak makan. Takut Aliya pula yang jatuh sakit nanti.

Aliya tidak menyahut. Kini dia benar - benar kecewa dengan Huzairie. Andai saja Huzairie tidak memaksa Adwan untuk hadir ke majlis pasti saja Adwan ada peluang untuk sembuh. Huzairie memang ayahnda yang Egois ! Selfish ! Kejam !

" Jom kita turun makan...Al tak makan apa - apa lagi kan dari tadi...." kata Huzairie.

" Kenapa ? Kenapa awak buat anak kita macam ni Ayie ? " luah Aliya akhirnya.

Huzairie terdiam.

" Al benci Ayie ! Al takkan pernah maafkan Ayie lagi ! Al nak anak Al balik ! Kembalikan Adwan ! Kembalikan anak Al balik ! " teriak Aliya sambil menangis teresak - esak.

Huzairie agak tersentak dengan kata - kata Aliya itu. Aliya benar - benar marah dengan dirinya saat ini. Huzairie terus mendekati Aliya dan menariknya ke dalam pelukan.

" Ayie minta maaf Al...Ayie tahu Ayie salah...Ayie bukan ayahnda yang terbaik untuk Adwan....Ayie menyesal Al....sebab tak pernah layan Adwan elok - elok dari dulu sampai sekarang...Ayie minta maaf Al..." ucap Huzairie sedih.

Aliya meronta - ronta ingin meleraikan pelukan tersebut. Seketika pelukan terlerai. Aliya mula menolak - nolak tubuh Huzairie.

" Al takkan maafkan Ayie ! Al benci Ayie ! " teriak Aliya masih sama dan menolak kuat tubuh Huzairie sehingga Huzairie terdorong keluar terus daripada bilik mereka itu.

Pintu ditutup kuat akhirnya. Aliya mengunci pintu. Dia tersandar dan terduduk di belakang pintu. Menangis teresak - esak Aliya saat ini. Pintu masih dicuba ketuk oleh Huzairie...

" Al buka pintu ni...jangan buat Ayie macam ni...." rayu Huzairie.

Kebetulan Adam lalu di situ dan mendengarkan semua yang berlaku di antara ayahnda dan bondanya. Adam mula ingin berlalu pergi dia malas nak masuk campur apa - apa...

" Adam ! " tahan Huzairie.

Adam memandang Huzairie.

" Tolong ayahnda pujuk bonda kamu...untuk maafkan ayahnda..." pohon Huzairie.

Adam memandang sinis akhirnya ke Huzairie. Buat pertama kali dia jijik melihat ayahndanya.

" Layak ke ayahnda dapat kemaafan dari bonda ? " soal Adam sinis.

Kprakkk 💔

" Jangan cakap yang bonda tak dapat maafkan ayahnda...hmmm kami adik beradik pun belum tentu dapat maafkan ayahnda atas apa yang ayahnda dah buat pada dik Wan..." kata Adam sinis seraya mula berlalu meninggalkan Huzairie begitu saja.

Huzairie benar - benar terkesima saat ini. Ya Allah...satu family aku bencikan aku...tak dapat maafkan aku....

*************

Huzairie duduk bersendirian di balkoni tingkat 3 tempat kegemaran Aliya kalau dekat rumah bonda ni. Langit cerah dan tenang hari ni saja yang menemani Huzairie tika itu. Baru dua hari kepergian Adwan, Huzairie sudah mula sesak dada merindukan arwah putra bongsunya itu. Betul lah kata orang bila dia dah pergi baru kita tahu peritnya rasa kehilangan.

Hmm sekarang satu family pulaukan Huzairie. Huzairie bersendirian saja. Tiada siapa lagi yang hiraukan dia...

Seketika Huzairie mengambil sebuah lukisan yang terletak di atas meja balkoni. Dia mengusap perlahan lukisan tersebut. Lukisan apa ? Lukisan hadiah terakhir pemberian Adwan untuk ulang tahunnya. Azzam dan Azzim yang menyampaikan hadiah tersebut kepadanya. Itu lah titipan terakhir Adwan untuk Huzairie.

Sungguh Huzairie baru sedar yang lukisan Adwan memang cantik dan kemas. Bakat yang Adwan ada ni tak pernah sekali pun dia puji suatu ketika dulu. Tak pernah dia sokong sekali pun.

Lukisan apa yang Adwan hadiahkan tu ?

Adwan lukis gambar ayahndanya dan dirinya seakan - akan sedang bergambar berdua. Sebak Huzairie dibuatnya bila melihat lukisan itu. Sejujurnya, sekali pun Huzairie tak pernah bergambar berdua dengan Adwan. Tiada gambar mereka berdua yang dapat dijadikan sebagai kenangan tika ini.

" Ayahnda minta maaf Adwan...ayahnda terlalu kejam dengan Adwan....Ayahnda tak layak pun jadi ayahnda kepada Adwan...Ayahnda dah banyak sakitkan Adwan....Ayahnda pukul Adwan....Ayahnda tak pernah puji pun dengan pencapaian yang Adwan dapat....maafkan ayahnda Adwan..." gumam Huzairie teresak - esak sambil memeluk erat lukisan tersebut.

Seketika Huzairie meletakkan lukisan tersebut semula di atas meja. Dia mula bangun lalu mendekati tebing balkoni. Huzairie memandang ke bawah. Agak tinggi dan gayat jika dilihat dari tingkat 3 ini. Tanpa dipinta Huzairie mula memanjat di atas tebing. Dia memandang ke hadapan lalu mendepakan tangannya. Apa yang dia cuba lakukan ni ?

" Tiada satu pun kesalahan aku yang dapat dimaafkan ....dari dulu sampailah sekarang....maaf...aku tak layak hidup di dunia ini..." desis hati Huzairie sebelum dia mula menjatuhkan dirinya dari atas.

" Ayahnda ! " Adwan mula terjaga daripada komanya.

Bayangan selepas kematiannya itu benar - benar buat dia tersedar dari koma 7 bulannya itu. Akhirnya Adwan sedarkan diri juga.

" Kumbang ? Kumbang dah sedar ? " sapa Aura yang baru masuk ke ruangan tersebut.

Adwan masih dapat melihat wajah Aura juga akhirnya. Dia juga dapat lihat perut Aura yang sudah semakin membonyot. Alhamdulillah Adwan selamat sebenarnya daripada pembedahan tersebut. Catatan rekod pertama bagi pesakit glioblastama yang berjaya diselamatkan. Itu lahh tiada yang mustahil jika dengan keizinan Allah S.w.t.

************

Beberapa tahun kemudian.....

Sudah menjadi rutin Aura setiap hujung minggu andai saja ada waktu cuti bekerja di hospital pasti dia akan menghabiskan masanya dengan membaca setiap catatan diari Adwan..

Tidak pernah dia jemu untuk membaca setiap catatan harian Adwan daripada zaman kecil , waktu sekolah menengah dan sehinggallah sudah dewasa. Segala kebahagian dan keperitan Adwan selama ini telah Aura baca satu persatu. Sungguh dia benar - benar terkesan dengan segala luahan isi hati seorang anak raja yang begitu berdikari dan tabah..

Itu lah dia Tengku Adwan Haider.

" Bonda ! Kenapa tak bersiap lagi ni ? " tegur satu suara menarik perhatian Aura.

Kelihatan seorang gadis berusia 10 tahun mula mendekati Aura yang duduk di birai katil itu.

" Aaraa dah siap ni ! Cepat lah bonda nanti lambat kang ayahnda marah pulak..." kata Aaraa.

Siapa Aaraa ni ?

Heee ni la putri kepada Tengku Adwan Haider dan Aura Qismina iaitu Tengku Aaraa Afreen. Ya dah besar dah anak diaorang. Comel macam Aura dan bijak berkata - kata macam Adwan.

" Yelah...kejap tunggu bonda dekat bawah...." arah Aura sambil mengusap kecil kepala putrinya itu.

************

Akhirnya Aura dan putrinya mula sampai di majlis pelancaran galeri Adwan. Ya Adwan telah berjaya membuka galeri untuk lukisan - lukisannya. Dia kini dah ada dua pekerjaan. Satu bekerja sebagai doktor di hospital dan pada masa yang sama juga seorang pelukis yang terkenal. Alhamdulillah rezeki anak.

" Sorry awak saya lambat...." kata Aura yang mula berhadapan dengan Adwan.

" Its okay sayang....baru aje nak mula..." kata Adwan.

" Ayahnda..." panggil si Aaraa lalu menerpa memeluk kaki Adwan.

" Ehh putri ayahnda pun ada ? Ingatkan tak datang tadi..." usik Adwan.

" Ish ayahnda ni...mesti lah Aaraa datang..." kata Aaraa.

Seketika majlis pelancaran dimulaikan. Adwan akhirnya telah berjaya membuka galerinya sendiri. Berkat usahanya untuk beberapa tahun ini, dia dah boleh ada galeri sendiri. Sokongan keluarganya juga tidak ketinggalan. Itu yang paling penting.

Adwan juga telah sembuh daripada penyakitnya 100%. Alahamdulillaj berkat doa daripada semua terutama sekali doa bondanya, Adwan dah sihat dan sembuh seperti sedia kala..

Seketika Adwan menggantungkang sebuah lukisan ahli kerabat diraja Tengku Ilham Huzairie yang dilukis khas dengan tangannya sendiri di dinding galeri.

" Cantik...pandai anak ayahnda lukis..." sapa seseorang daripada belakang Adwan.

Adwan menoleh. Melihatkan seseorang itu dia tersenyum lebar. Seketika seseorang itu berdiri di sebelah Adwan. Tangan dipaut dibahu Adwan sambil mata memandang ke arah lukisan yang tergantung itu. Adwan juga memandang semula ke arah lukisan tersebut.

" Ayahnda bangga dengan kamu Adwan...." ucap Huzairie sambil tersenyum lebar.

Sungguh terharu Adwan mendengar pujian itu daripada ayahndanya, Huzairie. Alhamdulillah Ya Allah...engkau telah pulihkan semula hubungan aku dengan ayahnda..Ya kini ayahnda sudah tidak seperti dulu lagi. Sekarang dia dah lembut hati dengan aku. Dia dah boleh terima aku. Terima segala bakat aku...terima dengan segala apa yang aku buat sekarang.

Aura hanya tersenyum bahagia melihat keadaan dua beranak itu yang masing - masing sedang mengamati lukisan tersebut. Aura tumpang bahagia melihat hubungan mereka yang sudah berbaik itu. Alhamdulillah....terima kasih ya Allah...kerana engkau telah berikan kebahagiaan yang Adwan inginkan selama ini.


Pada malam itu di rumah Tengku Adwan Haider. Aura hanya berdiri di balkoni biliknya sambil melihat keindahan bulan dan bintang malam itu. Cantik sangat. Seketika ada sepasang tangan mula merangkul pinggang Aura dari arah belakang. Eleh dah tahu dah tangan siapa tu...

" Tengok apa tu ? " soal Adwan.

" Tengok bulan dengan bintang..cantik..." kata Aura.

" Ohh iya ke cantik ? Macam tak aje..." balas Adwan juga turut memandang ke langit.

" Ish cantik lah...tengok tu...." kata Aura.

" Ermmm tak pun...tapi bulan dengan bintang yang dekat depan saya ni yang paling cantik..." kata Adwan seraya mencium pipi Aura.

Aura sedikit blushing. Eeee dia ni kan suka buat aku malu !

Seketika Adwan memusingkan tubuhnya menghadap dirinya. Aura masih tertunduk malu. Hahaha kena kiss pipi pun malu bukan kemain !

" Pandang saya please..." pinta Adwan meleret.

Lambat - lambat Aura mendongak. Seketika mata mereka bertaut antara satu sama lain. Adwan mengelus kecil pipi Aura. Rambut Aura dibahagian telinga diselit Adwan.

" Terima kasih bunga untuk segalanya...terima kasih sebab hadir dalam hidup saya....terima kasih lahirkan anak saya...terima kasih sentiasa jadi tulang belakang saya dalam apa jua keadaan saya...terima kasih Aura Qismina..." ucap Adwan.

Aura mengangguk kecil.

" Sama - sama Mr. Sweet....dan terima kasih untuk segalanya juga...saya happy sangat hidup dengan awak....jadi isteri awak....in shaa allah saya akan jadi isteri yang terbaik untuk awak...." kata Aura.

Tanpa dipinta Adwan pantas mencium bibir Aura saat itu. Aura sedikit tersentak namun dia tidak menolak. Hahaha dah halal kan ? Who's care ? Yang single mohon main jauh jauh ya ! Hahahah just kiding 😜😜😜

Setiap perjalanan hidup sudah semestinya menginginkan pengakhiran yang baik bukan ? Jika itu yang diimpikan maka tetap lah berusaha untuk mendapatkannya.

Tiada apa yang dapat dilakukan tanpa adanya kasih sayang daripada ahli keluarga. Kasih sayang yang berpanjangan adalah senjata yang kuat untuk melalui setiap keperitan dalam kehidupan. Begitulah apa yang dirasakan oleh Tengku Adwan Haider yang selama ini cuba untuk mendapatkan kasih sayang seorang ayah..yang akhirnya telah menjadi miliknya.

- TAMAT -

#Finally ! Habis juga akhirnya story MSTAP S2 ni..Tak sangka betul dah tamat story author yg ke 12 🤣 sekejap betul rasanya. Kali ni ending paling byk smpai 3000+ pp gila wooo ! Khas untuk para pembaca MSTAP ❤ author ucapakn bebanyak - banyak terima kasih di ats segala support, comment and vote korang yg tak putus2 untuk story2 sis ! Sumpah sis hargai sgt2. Hope korang enjoy dengan ending yg sis kasi ni ya ! Jangan gaduh2 lagi okay ! Heheheheh. Jangan lupa komen apa pendapat korang dengan ending yg sis bagi ni ya 🤣❤ in shaa allah kita berjumpa lagi di story akan datang tu pun kalau sis ada idea untuk cerita baru ya 😂 Last but not least keep vote and comment ya 🥰💓 See you soon guys ! Kbye ! - Ieqah Kazumi -














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro