Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Senyuman Aura tak lekang - lekang sejak dari tadi. Mahunya tak lekang kalau seharian berkepit memanjang dengan Tengku Adwan.

Tak jadi tengok wayang dengan Iries, so dia boleh join hang out dengan bekas pelajar lelaki Smk Tengku Putra pulak. Hahahha Aura..Aura...

Masing - masing mengambil tempat yang telah disediakan. Aura berkira - kira hendak duduk di seat paling hujung. Namun tiba - tiba...

" Aura kau duduk seat sini ehh..." kata Fajar.

" Hah ? " Aura sedikit tercengang.

Aura memandang ke arah seat yang dimaksudkan oleh Fajar. Matanya sedikit bersinar di dalam suasana samar - samar itu. Mahu tak bersinar kalau bukan tempat yang ditunjukkan itu disebelah Tengku Adwan.

Adwan hanya bertindak bersahaja. Sedikit pun tak terkesan dengan arahan Fajar yang tiba - tiba itu.

Seketika Aura duduk di seatnya. Jantung rasa berdebar - debar. Rasa macam nak tercabut pun ada. Tak tentu arah jadinya bila dia duduk di sebelah Adwan. Pehhh bau haruman minyak wangi dia punya lah wangi. Boleh meleleh Aura macam ni.

Wayang dimulakan buat seketika. Aura sekejap pandang depan, sekejap curi - curi pandang Adwan.

Adwan pula sedikit pun tidak memandang ke arah Aura. Dia melepaskan face masknya apabila filem mula ditayangkan. Dalam panggung wayang ni boleh lah dia lepaskan face masknya sekejap sebab tak ada pengunjung yang perasan akan dirinya iaitu  putra Tengku Ilham Huzairie berada di situ.

" Ya Allah handsomenya dia...dah lama aku tak tengok muka dia full macam ni...dah tu dekat pulak...." desis hati Aura seraya terus memandang ke arah Adwan sambil menongkat dagu bagai.

Lama kelamaan Adwan terasa sedikit tidak selesa dengan tingkah laku Aura itu. Dia mula menjarakkan diri sedikit daripada Aura. Adwan mula menyenget ke arah Adeeb di sebelah kanannya.

" Kau asal ni Adwan ? Sana ahh sikit.." bisik Adeeb mula tidak selesa dengan tingkah laku Adwan itu.

" Diam lah kau.." balas Adwan kecil.

Sampai habis wayang lah, Adwan duduk sebegitu. Dah tu si Aura pun sama. Dia bukan tengok wayang pun , dia asyik tengok Adwan aje. Astaga !

Dua jam kemudian.

" Best kan cerita tadi...nanti kita tengok cerita lain pulak ea..." kata Fajar.

" Haah best dho..." sokong Adeeb.

Muqreez hanya tersenyum kecil melihat reaksi dan komen Fajar dengan Adeeb. Dia mula memandang ke arah Adwan dan Aura yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri saja.

Masing - masing tengah layan perasaan. Tak hiraukan orang sekeliling.

" Jom ahh kita pergi makan...lapar dho..." kata Muqreez.

" Haah jom - jom.." kata Fajar dan Adeeb bersemangat lalu mula beredar.

Adwan juga mula membuntuti langkah kawan-kawannya. Aura juga mula lah tergopog gapah juga nak mula melangkah.

Tak menyempat jalan laju - laju sampai terlanggar si Adwan dari arah belakang. Ya Allah Aura ni ! Berapa kali entah dia nak terlanggar Adwan. Kebetulan atau hanya disengajakan ? Hahahha.

Adwan melirih sedikit ke arah Aura.

Aura memandang Adwan.

" Err..sorry..." gumam Aura kecil.

Tetiba Adwan mula melangkah ke belakang Aura. Aura sedikit terpinga. Dah kenapa pulak crush aku ni duduk belakang aku ?

" Jalan depan.." tutur Adwan perlahan.

Baru dapat menangkap apa yang dikatakan Adwan, Aura mula melangkah semula.

Adwan menggeleng kecil. Hmm macam - macam lah dia ni.

****

Seperti biasa, Mcd pilihan fast food remaja zaman sekarang. Mereka berlima mula duduk di suatu sudut yang agak jauh sedikit daripada orang lain bersama makanan masing - masing. Yalah, payah kalau nak keluar dengan si Tengku Adwan. Kena ada privasi sikit.

" So...Aura ? Kau buat apa sekarang ? Dah lama gila kita tak jumpa kan ? " tegur Muqreez membuka topik.

Semua mata mula tertumpu ke arah Aura kecuali Adwan yang sibuk duk scroll Iphonenya. Tengok apa pun tak tahu lah..

Aura jadi gugup bila mata - mata lelaki di hadapannya memandang ke arahnya. Ni kalau Adwan pun tengok sekali , boleh pengsan aku !

" Err...aku..aku tengah cuti sem...sekarang ni..." kata Aura gugup.

" Ohh kau study lagi lah ehh..ingatkan dah kerja..tak sangka pulak orang macam kau ni still boleh sambung study..." kata Fajar berbaur perlian.

Adeeb menyiku Fajar. Dia mengerling Fajar memberi amaran bahawa Fajar sudah melampaui batas. Haish perangai tu tak matang - matang lagi ke ?

Aura sedikit mencebik ! Ish diaorang ni kan tak habis - habis pandang remeh dengan aku kan ?

" Fajar gurau aje tu...tak payah layan dia sangat..." kata Muqreez.

Aura hanya mengangguk kecil. Namun pada masa yang sama dia masih menyampah dengan kata - kata si Fajar itu.

" Ermmm...by the way..kitaorang nak minta maaf dengan kau ni dah alang - alang kitaorang jumpa kau balik enn..." kata Adeeb.

" Minta maaf ? Kenapa ? " soal Aura blur pulak.

" Yelah...dulu masa sekolah kitaorang selalu buli kau...ejek kau...kata kau kelas hujung...sorry tau..kitaorang masa tu masih mentah hahaha..." kata Muqreez.

" Oh its okay...no hal lah...aku dah biasa lah..." kata Aura merendah diri.

" Ermmm sorry ea Aura..pasal tadi pun..." kata Fajar mula menyedari kesalahannya.

" Its okay.." balas Aura.

Adwan mula letakkan Iphonenya di atas meja. Dia mula mengambil makanannya. Burger Spicy Chicken  Mac Deluxe menjadi pilihan. Digigit kecil olehnya..

" Hah kau Adwan ? Asal tiba - tiba balik Malaysia ? " soal Muqreez tiba - tiba.

Adwan sedikit tersedak dibuatnya. Dia berdehem sedikit.

Dia memandang ke arah kawan - kawannya dan juga Aura yang sudah mula memandang ke arahnya.

" Ermm perlu alasan ke untuk aku balik Malaysia ? " soal Adwan mendatar.

Cehh ! Ayat selalu nak control macho aje si Adwan ni bagi.

" Oh dia baru balik rupanya..." desis hati Aura.

Fajar, Adeeb dan Muqreez mencebik.

" Ayahnda kau tak marah ke kau balik ni ? " soal Adeeb.

Aura mula tertarik dengan topik bualan mereka. Dia mula mengembangkan telinganya di sebalik tudung yang dipakai hari ini hahahah.

Adwan terdiam seketika. Dia mengetap bibirnya sekejap. Pandangan di tundukkan.

" Hmm tak apa lah Adwan...kitaorang dah faham sangat dengan ayahnda kau tu...dah - dah tukar topik..." kata Muqreez cuba menyelamatkan Adwan daripada menjawab soalan Adeeb itu.

Aura terpinga. Apa masalah crush aku sebenarnya ni ? Haish asal diaorang tak teruskan berborak ?

" Hah berbalik kepada kau Aura...." kata Fajar tiba - tiba.

Kini semua mata mula tertumpu semula kepada Aura kecuali Adwan. Adwan mula makan burgernya semula.

" Ke..kenapa den..gan ak..u p...ulak ? " soal Aura gagap. Tiberr !

Fajar mula tersenyum penuh makna.

" Kau....dah ada boyfriend ke ? " soal Fajar soalan cepumas itu

Terbeliak mata Aura dibuatnya dengan soalan tersebut.

" Ke....kau...masih...ada perasaan dekat Adwan ? " soal Adeeb pulak.

Kunyahan burger di dalam mulut Adwan terhenti jadinya. Pandangan mula diarahkan kepada Aura.

Aura terkebil - kebil jadinya. Peluh dingin mula menguasai dahinya even diaorang tengah ada dekat tempat yang berhawa dingin ni.

" Errr...err...aku..."

Tiba - tiba Adwan menolak kerusi yang di duduknya. Dia mula bangun sambil memakai face masknya semula.

" Kau nak pergi mana ni Adwan ? "

" Aku pergi toilet jap.." kata Adwan seraya mula beredar.

Mereka hanya melihat figura Adwan yang berlalu itu. Setelah itu ditumpukan semula pandagan kepada Aura.

" Hah cepat lah jawab soalan kitaorang.." kata Fajar.

Aura hanya melihat ke arah perginya Adwan. Hmm dia mesti tak nak dengar jawapan aku kan ? Dia mesti masih tak suka kalau aku kejar - kejar dia. Ahh ada aku kesah ? Ni Aura Qismina lah. Akan tetap berjuang untuk mendapatkan cintanya ! Aiceywahhh.

" Aura cepat lah ! " kata Adeeb.

" Ermmm...aku tak ada boyfriend...and hmmm ya aku masih ada perasaan dekat Adwan heee..." kata Aura perlahan.

" Wah ! Amazing ! Kau ni memang gila ahh Aura...setia dhoo perasaan kau tu..dah lama kan kau tak jumpa Adwan , tapi perasaan tu still ada ? " kata Fajar teruja.

Aura hanya tersengeh kecil.

Muqreez sedikit terdiam. Hmm Aura ni baik sebenarnya. Setia pulak tu tapi tu lah aku hairan kenapa Adwan tak pernah nak nampak semua tu ?

****

Semua sudah beransur balik. Hanya tinggal Aura terkontang kanting seorang diri. Hahahha tadi dia datang naik grab. So balik pun naik grab lah..

Dia baru lah nak order grab namun macam biasa hari ni memang hari malang dia kot ? Bateri phone tiba - tiba habis sampai phone dia mati sendiri. Huishh dasyat !

Macam mana aku nak balik ni wehhh ?!

Aura mula keluar jalan kaki daripada mall. Dia mula melangkah untuk mencari bas stop. Balik naik bas aje lah macam ni. Dia baru melangkah beberapa tapak saja ingin mendekati bas stop tiba - tiba...

Siapa sangka malangnya tidak berakhir di situ apabila tiba - tiba saja ada kereta yang lalu di situ memandu agak laju dan melanggar lopak air.

Splashhh !

Aura memejam matanya. Ya Allah apa salah aku ?

Habis basah kuyup Aura dibuatnya. Huwaaaaaa ! Dipandang ke bawah melihat bajunya yang sudah bercorak. Hmmm memang hari ni hari malang aku enn ?

Kebetulan sedang leka dia membelek bajunya yang kelihatan agak kotor itu tiba - tiba ada sebuah bas mula melintasi begitu saja. Aura melihat bas itu berlalu seperti angin begitu saja.

" Bas ! Tunggu bas ! " teriak Aura lalu mula mengejar bas tersebut.

Disebabkan tergopoh gapah Aura lari nak kejar  bas punya pasal, boleh pulak tak perasan ada batu dekat situ..Tersepak pulak tu ! Apa lagi ? Jatuh tersungkur lah si Aura ni.

Wehhh ! Apa lagi ni 😓

" Aduhh.." mengaduh Aura.

Bas tersebut sudah mula hilang daripada pandangan Aura. Mata Aura mula berkaca. Terasa agak pedih lututnya saat ini. Mungkin dah luka rasanya.

Orang - orang yang lalu lalang di situ hanya buat tak tahu aje dengan Aura. Mereka hanya memandang sinis ada lah..Haish masyarakat tak berguna betul.

Aura cuba bangun walaupun dia rasa lutunya pedih. Air mata sudah menitis satu persatu. Kenapa lah dirinya malang sangat hari ni ? Semua benda nak jadi hari ni.

Terjengket - jengket Aura melangkah. Namun belum sempat Aura nak sampai dekat bas stop yang terasa agak jauh entah kenapa tu tiba - tiba bahunya ditarik daripada belakang.

Tertoleh Aura ke belakang jadinya. Dia tersentak hebat apabila orang yang tarik dia tu orang yang dia tak expect langsung.

" Bagitahu rumah kau kat mana ? Aku hantarkan kau balik..." kata Adwan mendatar.

Adwan ? Dia tak balik lagi rupanya ?

#Alahaiiii Adwan ni memang penyelamat Aura sungguh kan ? Tapi tu lah Adwan ni kejap macam tak suka Aura kejap macam ada perasaan juga dekat Aura ? Mana satu ni ? Heee keep vote and comment 💓😘




Epilog.

Baru saja Adwan hendak keluar daripada toilet, dia bertembung dengan Muqreez yang baru nak masuk.

" Ehh Adwan...lamanya kau kat toilet..." kata Muqreez.

" Aku sakit perut.." bohong Adwan.

" Oh hahah...tak pa la aku nak buang air kecil kejap.." kata Muqreez yang mula melangkah ingin masuk ke toilet.

Adwan juga hendak berlalu.

" Ermm Adwan jap..." tiba - tiba Muqreez bersuara kembali.

Langkah Adwan terhenti. Dia menoleh sedikit ke arah Muqreez.

" Kau tak nak tahu ke apa jawapan dia ? " soal Muqreez.

Adwan terdiam.

" Dia masih ada perasaan dekat kau..." kata Muqreez.

Adwan tersentak dengan jawapan Muqreez.

" Masih belum terlambat bro...untuk kau balas perasaan dia tu..." kata Muqreez.

" Tengku ? Kita nak balik terus ke ? " soal Azzam mematikan lamunan Adwan.

Adwan melirih seketika ke arah luar cermin kereta.

" Kau nampak budak perempuan tu ? " soal Adwan.

" Haah...nampak Tengku..." jawab Azzam dan Azzim serentak.

" Follow dia jap.." arah Adwan.

Sepanjang apa yang berlaku terhadap Aura, semuanya diperhatikan oleh Adwan , Azzam  dan Azzim dari dalam kereta.

" Eh Tengku...kalau tak silap...dia Cik Aura kan ? Yang terkejar - kejar kan Tengku masa sekolah menengah dulu ? " kata Azzim mula cam Aura.

" Haah lah Tengku...baru saya perasan...tu Cik Aura kan ? " kata Azzam pulak menyokong.

Adwan tidak menjawab dia malah sibuk memerhati tingkah laku Aura di tepi jalan itu. Sehinggalah Aura terjatuh. Situasi itu benar - benar menarik perhatiannya. Dia mula turun dan mendekati Aura akhirnya.

TBC ✨




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro