Bab 39
Hari ni Aura cuti, jadi dia ingat dia nak balik melawat nenda tanpa Adwan. Memandangkan Adwan pun melawat nenda semalam tanpa dia kan ? Sekarang giliran Aura pulak. Hmm lagi pulak apa kata keluarga di sebelah pihak sana pulak kalau Aura tak munculkan diri langsung kan ?
Aura tak bagitahu langsung yang dia nak melawat nenda dekat Adwan pun. Hmm malas lah. Adwan bukan kisah pun kan ? Dia mana peduli pun aku nak pergi mana. Dia kan dah ada orang lain yang perlu dia care.
Jam menunjukkan pukul 2 petang, Aura meminta pertolongan Azzim untuk menghantar dirinya balik ke rumah nenda. Azzim hanya akur dan dalam diam dia melaporkan segalanya kepada Adwan. Memang Adwan dah tugaskan kepada Azzim untuk menjaga Aura sepanjang mereka dilanda masalah dan tidak bertegur sapa ni.
Sesampainya Aura di rumah besar nenda, dia agak teruja melihat suasana rumah yang sedikit meriah dengan hiasan – hiasan mewah untuk majlis esok. Hmm Aura terfikir sejenak, macam mana lah esok dia nak datang majlis dengan Adwan ea ? Nak acah – acah belakon bahagia depan semua orang sedangkan semua tu dusta belaka. Entah – entah Adwan ajak girlfriend dia juga apa ? Pastu kenalkan dekat semua orang ? Aura sudah mula terbayangkan macam – macam jadinya.
“ Eh Aura ? Kenapa balik tak bagitahu ? Haish kamu ni dengan Adwan suka balik tiba – tiba ehh ?” tegur Aliya. Hahaha pening dia nak melayan kerenah anak dan menantunya yang suka muncul tiba – tiba ni.
“ Bonda..maaflah Aura balik tak bagitahu…Aura balik nak melawat nenda aje…”kata Aura seraya menyalam tangan bonda mentuanya a.k.a Aliya.
Aliya melirih sekeliling.
“ Eh kamu balik sorang aje ? Adwan mana ?” soal Aliya.
“ Errr…Adwan…”
“ Oh bonda tahu….mesti hari ni dia kerja pulak kan ? Sebab tu kamu datang sorang – sorang pulak…”pintas Aliya seolah – olah dah dapat mengagak jawapan daripada Aura.
Aura mengangguk kecil.
“ Macam tu juga lah Adwan bagitahu bonda semalam…dah jom masuk…kata nak melawat nenda kan ? ”kata Aliya seraya memaut bahu Aura dan berjalan bersama – sama.
Baru separuh jalan hendak naik ke atas menuju ke bilik nenda, Aliya tiba – tiba ada hal pula yang dia terlupa nak uruskan. Maka, Aura dibiarkan sendirian ke bilik nenda. Untung saja Aura memang dah tahu dekat mana terletaknya bilik nenda.
Tak sampai beberapa minit, Aura mula berdiri di hadapan bilik nenda. Dia mengetuk kecil terlebih dahulu sebelum masuk. Kedengaran suara nenda memberi izin untuk masuk…Aura dah teruja nak jumpa nenda….dia mula meloloskan dirinya ke dalam….
Namun apabila melangkah saja dia ke dalam, dia sedikit tersentak.
“ Aura…bi..la…sampai ? Sini masu..k..”kata Permaisuri Laila.
Menggigil tangan Aura jadinya. Kenapa sampai macam ni sekali ? Berani – berani sungguh perempuan ni kan ? Ini dah melampau, sepatutnya aku yang terlebih dahulu disamping nenda bukannya dia !
“ Aura ?” tegur Permaisuri Laila lagi setelah Aura hanya terpaku di hadapan pintu bilik.
Kelihatannya gadis di samping Permaisuri Laila sedikit gelisah melihat ke arah Aura. Kenapa ? Takut ? Takut Aura buat WWE dekat sini ke ?
“ Kena….pa ni.. Aura ? Sini lah…” panggil Permaisuri Laila lagi.
“ Hah ? Oh ya nenda..maaf….”kata Aura seraya mula melangkah mendekati nenda dan gadis di sampingnya.
“ Hah Achaa….ni lah Aura…bonda su kamu…kamu tak pernah jumpa dengan dia lagi kan ?” jelas Permaisuri Laila.
“ Achaa ? Bonda su ?” desis hati Aura sambil terpinga memandang ke arah gadis KLIA tempoh hari yang bersama Adwan.
***********
Dua insan kini sedang berduaan duduk di teratak nenda. Masing – masing diam sejenak melayan perasaan. Aura pulak masih tidak mampu nak menghadam dan mencerna satu persatu apa yang berlaku sekarang.
“ Achaa…minta maaf bonda su…”gumam Raissa a.k.a putri kepada Tengku Adam Hanafie. ( Jeng ! Jeng ! Siapa ingat lagi dengan anak perempuan Adam guys ?)
Aura agak terkesima. Jadi perempuan yang Adwan jemput tempoh hari dekat KLIA tu anak saudara dia lah ? Bukannya girlfriend pun ?
“ Achaa tak sepatutnya bersetuju dengan plan ayahnda su…untuk mengaku – ngaku yang Achaa ni girlfriend dia masa dekat UK….bakal isteri dia….dan bakal madu bonda su….”jelas Raissa.
Ya semua ni adalah rancangan Adwan semata – mata. Dia meminta Raissa untuk menyamar sebagai girlfriend dia apabila di hadapan Aura. Malah masa dekat KLIA hari tu pun, Raissa ternampak kehadiran Aura di situ. Raissa bagitahu dekat Adwan lepas tu tiba – tiba Adwan terus tarik dirinya dalam pelukan Adwan.
Mula – mula Raissa tak faham juga apa yang ayahnda su nya ingin lakukan. Namun Adwan mula merayu dan berbisik memohon Raissa untuk membalas kembali pelukan tersebut agar Aura melihat segalanya. Dengan cara ni, Adwan boleh buat Aura bencikan dirinya sebelum Aura lebih berharap pada dia. Lagi pula, sepanjang perkahwinan Adwan, Aura masih tidak kenal dengan seluruh kerabatnya dan sebab tu lah Aura tak pernah tahu akan keberadaan anak saudaranya Raissa yang selama ni bekerja sebagai seorang doktor di UK juga.
“ Tapi…tapi kenapa dia buat semua tu ? Kenapa dia nak sangat bonda su bencikan dia ?” soal Aura masih tidak mengerti dan berpuas hati.
Seketika Raissa mula mengeluarkan sebuah buku diari daripada beg tanganya yang dibawa saat itu. Dia menghulurkan buku diari tersebut kepada Aura. Aura sedikit terpinga namun dia tetap menyambut huluran tersebut.
“ Mungkin jawapan untuk pertanyaan bonda su ada dalam diari ni…”kata Raissa.
Jawapan pertanyaan aku ada dalam diari ni ?
Part of Adwan.
Adwan hari ni banyak sangat pesakit yang harus dia rawat bersama doktor – doktor tetap di hospital. Tanpa disangka – sangka berlaku sebuah kemalangan yang besar dan mengakibatkan hampir 12 orang mangsa. Doktor – doktor tetap hospital juga semakin berkurangan jadinya. Masih ada beberapa pesakit yang tersisa dan memerlukan pembedahan dengan kadar segera. Namun di hospital UAS ni doktor praktikal sama sekali tidak dibenarkan untuk melakukan pembedahan yang serius.
“ Macam mana ni ? Kita kekurangan doktor..masih ada mangsa yang tak ada doktor nak handle ?”kata salah satu doktor di wad kecemasan saat itu.
Adwan hanya mencuri – curi dengar di suatu sudut.
“ Hmm tak boleh ke kalau salah satu mangsa tu kita kasi doktor praktikal yang handle ?”
“ Ermm kejap..saya tanya pihak atasan dulu…”
Seketika mereka mendapatkan kebenaran daripada pihak atasan memandangkan situasi sekarang begitu lah kritikal. Akhirnya pihak atasan memberikan kelonggaran bahawa doktor praktikal juga boleh melakukan pembedahan ke atas beberapa mangsa itu. Salah satu doktor praktikal itu telah dipilih dan pastinya Adwan tersenarai.
Buat pertama kalinya Adwan menguruskan salah satu mangsa kejadian kemalangan itu. Debaran di dada juga kian terasa. Ya Allah engkau permudahkan lah urusan aku hari ni. Tolong aku untuk aku bantu hamba mu yang sedang dalam kesusahan ini. Permudahkan lah….
Adwan telah menjalankan operasi tersebut selama hampir 1 jam setengah. Bermacam – macam komplikasi yang dihadapi Adwan namun Adwan tetap berusaha menyelamatkan nyawa pesakitnya itu.
Namun tanpa disangka, Allah benar – benar nak uji Adwan saat itu. Penyakit Adwan mula datang menyerang. Adwan tak sangka dia akan mengalami sakitnya di saat – saat genting ini. Pandangan Adwan menjadi sedikit kabur dan tidak fokus. Jantungnya juga berdegup kencang.
“ Doktor Adwan ? Doktor okay tak ?” tegur nurse yang bertugas bersama Adwan saat itu.
“ Ya Allah….tolong jangan sekarang…aku kena selamatkan pesakit ni dulu…tolong lah Ya Allah….”monolog cemas Adwan di dalam hatinya.
“ Doktor Adwan ? Doktor ?!”teriak nurse tersebut sedikit apabila melihat Adwan seakan – akan diawang – awangan. Dah lah pesakit punya operasi belum selesai lagi.
Adwan menarik nafas dalam. Dia masih cuba bertahan.
“ Sorry nurse…ya saya okay….”kata Adwan mula fokus semula.
*********
Air mata Aura tidak boleh berhenti lagi sejak tadi. Setelah membaca segala isi kandungan yang tercatat di dalam diari milik Adwan yang pastinya itu, jiwanya meronta – ronta untuk bertemu dengan Adwan saat ini. Ya Allah…kenapa aku terlambat untuk sedar semua ni ? Kenapa aku kena biar Adwan tanggung semua ni sendiri selama ni ? Isteri macam apa aku ni ?
Kenapa ? Apa yang tercatat dalam diari tersebut ? Di sini ada beberapa tarikh catatan yang cukup membuatkan Aura terkesan dan sebak gila.
25 May
Kekadang aku rasa macam aku dah tersilap langkah. Hmm aku tak sepatutnya libatkan dia dalam masalah aku walaupun dia sendiri yang mengaku yang dia memang suka terlibat dengan masalah aku. Such a cute annoying person. Aku ingat aku boleh sembuh kalau aku ada dia di samping aku tapi tak….ini akan menyulitkan lagi aku untuk pergi tinggalkan dia suatu hari nanti…
20 July
Hmm aku terpaksa menipu isteri yang paling aku sayang. Aku tak mampu nak bagitahu yang aku sakit dan aku dimasukkan ke hospital pada malam surprise birthday dia. Malam tu dia dah cukup happy dan bahagia dengan surprise yang aku buat…tak mampu untuk aku meruntuhkan kebahagiaan dia malam tu dengan kebenaran penyakit aku yang tiba – tiba menyerang…
8 August
Sumpah aku lebih sakit tengok dia menangis dengan plan bodoh aku mengaku – ngaku yang Achaa anak saudara aku tu sebagai girlfriend berbanding aku hadap penyakit aku selama ni. Hmm tapi tu aje yang mampu aku buat sekarang. Aku tak nak dia lebih berharap pada aku. Aku tak nak dia lebih sedih bila nanti aku tinggalkan dia buat selama – lamanya…
11 August
Alhamdulillah aku bersyukur sangat – sangat dengan anugerah yang diberikan untuk aku di dalam perut Aura saat ini. Aku dah nak jadi ayahnda. Tak sangka betul. Mungkin anak ni lah yang akan menjadi pengganti aku suatu hari nanti. Aku yakin disebalik kehadiran penyakit aku ni ada terselit hikmahnya. Aku harap anak aku dan Aura boleh tumbuh dengan sihat nanti…dan jika aku diberikan kesempatan untuk hidup…aku harap aku sempat sambut kelahiran dia in shaa Allah…
“ Jenny ! Kau ada nampak doktor Adwan tak ?” soal Aura yang tergesa – gesa sampai di hospital UAS.
“ Doktor Adwan ? Rasanya dia tengah ada operation sekarang ni. Kenapa wehh ? Asal kau nangis – nangis ni ?” soal Jenny juga agak terkejut dengan keadaan Aura.
Aura tidak menjawab pertanya Jenny malah dia meneruskan lariannya. Dia betul – betul kena jumpa Adwan sekarang. Alahaii Aura ni lari – lari pulak. Hati – hati lah kandungan yang masih awal tu.
Alhamdulillah Adwan berjaya juga selamatkan pesakitnya. Sedikit sebanyak Adwan berasa bangga dengan pencapaian yang dia dapat hari ni.
“ Tahniah doktor Adwan ….kita berjaya selamatkan pesakit…”kata nurse yang bertugas bersama Adwan sejak dari tadi.
Adwan mengangguk kecil. Dia tersenyum lebar.
“ Ermm doktor....saya rasa doktor kena rehat sekarang….muka doktor nampak pucat sangat lah….”tegur salah satu nurse lagi.
“ Oh hah ya…saya keluar dulu ya…..”kata Adwan mula beredar.
Baru beberapa langkah Adwan keluar dari ruang operasi, tiba – tiba nama dia dipanggil.
“ Adwan !”
Adwan mula menoleh ke arah empunya suara. Dia sedikit tersentak. Aura ? Buat apa Aura dekat sini ? Kelihatannya Aura sedang berlari ke arah dirinya. Kini Aura mula berdiri di hadapan Adwan dengan tangisan yang masih bersisa.
“ Kenapa ni ? Kenapa menangis ni” soal Adwan mula risau.
Aura mula menangis teresak – esak lagi jadinya.
“ Kenapa ? Kenapa awak tak jujur dengan saya Adwan ? Kenapa awak kena tipu saya ? Kenapa awak kena tanggung semuanya sorang – sorang ?” hambur Aura akhirnya.
Adwan sedikit terpinga tidak mengerti dengan kata – kata Aura itu.
“ Awak cakap apa ni ?” soal Adwan.
“ Sudah lah Adwan ! Awak jangan nak sorok lagi dari saya pasal penyakit awak ! Awak tak boleh mati Adwan ! Awak tak boleh tinggalkan saya…awak tak boleh pergi mana – mana…”kata Aura teresak – esak.
Adwan tersentak hebat jadinya. Apa ? Aura pun dah tahu ? Tapi macam mana….
“ Mana awak ta…”
“ Adwan…hidung awak…hidung awak berdarah….”tegur Aura terkejut dengan titisan darah yang mula mengalir daripada hidung Adwan.
Adwan terkelu.
Zappp !
Dengan pantas dia menarik Aura ke dalam pelukannya. Dia tak nak Aura tengok wajah buruk sakitnya. Adwan menghapus kasar darah dihidungnya dengan sebelah tangan lagi. Aura masih dipeluk erat.
“ Saya minta maaf awak sebab tak pernah jujur selama ni dengan awak….yaa saya sakit….saya dah nak mati Aura.….”bisik Adwan lemah ditelinga Aura.
Makin menjadi – jadi tangisan Aura. Sampaikan dia sendiri tak tahu nak cakap apa dekat Adwan. Aura membalas pelukan Adwan juga erat.
“ Saya sayangkan awak sangat – sangat Aura Qismina…”ucap Adwan terakhir kali sebelum dia mula melorot ingin jatuh di dalam pelukan tersebut. Dalam erti kata lain Adwan sudah tidak sedarkan diri lagi…
“ Adwan ?”panggil Aura.
Dia masih menahan tubuh Adwan daripada jatuh. Adwan sudah tidak menyahut lagi panggilan Aura itu.
“ Tolong ! Tolong sesiapa tolong lah !”teriak Aura akhirnya meminta pertolongan.
#Huwaaaaa sedih tak chapter ni guys bila Aura dah tahu perkara sebenar 😭 heee sbb kan sis agak rajin hari ni so sis update 1 bab lagi. Special tau untuk para reader kesayangan sis. Hee keep vote and comment ❤😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro