Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 38

* Disuggest kali  ni baca chapter ni sambil dgr instrument kt atas ya 💓*

Aura sudah mula berasa sedikit kurang sihat sejak dapat tahu yang dia mengandung. Mungkin alahan barangkali. Hmmm buat kerja pun rasa tak bermaya aje. Namun digagahi juga. Aura masih belum mengkhabari keluarganya mahupun keluarga Adwan soal berita yang dia mengandung ni. Aura juga telah memberi pesan dekat Adwan yang dia tidak mahu sesiapa pun tahu lagi soal kandungannya. Biar dia sendiri yang tentukan masa bila dia nak bagitahu dekat semua family.

Entah lah dia sendiri pun tak tahu nak rasa happy ke tak hmm dengan masalah yang melanda rumah tangga dia dan Adwan pun belum settle. Sejujurnya dia tak rela kalau Adwan kahwin lagi.

Aura mula terduduk keletihan seketika di deretan bangku yang berdekatan. Dia menarik nafas lelah di situ sebentar. Aduhaii rasa letih sangat hari ni kenapa ?

Tetiba kedengaran suara gelak ketawa orang mula menarik perhatian Aura. Aura menoleh ke arah datangnya suara tersebut.

Toleh - toleh saja dia sedikit tersentak. Hm apa dia buat dekat sini ?

Suara gelak ketawa itu datangnya dari Adwan dan....perempuan yang masa dekat KLIA hari tu. Perasaan sakit hati yang sudah tak tertanggung Aura mula menyesakkan dadanya kembali.

Aura mengetap bibirnya kejap. Dia sedikit kecewa melihat keakraban yang terjalin di antara Adwan dengan gadis yang sampai saat ini dia masih tidak mengetahui siapa nama sebenarnya.

Kelihatannya Adwan berbual - bual mesra di hujung sudut sana. Sedikit pun mereka tidak sedar akan kehadiran Aura di situ. Ya Allah kenapa Adwan sanggup buat aku macam ni ?

" Eh Aura ? Kau kat sini rupanya ? " tegur Jenny agak kuat mengalihkan pandangan Aura.

Itu juga menarik perhatian Adwan dan gadis di sampingnya.

" Jom lah kita ada pesakit lagi ni..." kata Jenny.

" Oh hah ya..." kata Aura.

Dia sempat melirih sekejap ke arah Adwan dan gadis itu. Pada masa yang sama Adwan dan gadis itu juga sedang memandang ke arah Aura. Sepantas kilat Aura terus mengalihkan semula pandangannya dan meneruskan langkah mengajak Jenny berlalu pergi dari situ.




Pengkhabaran tentang nenda yang semakin membaik membuatkan Adwan sedikit lega. Dengar - dengar nenda dah boleh bercakap sedikit - sedikit. Tak apa lah perlahan - lahan nanti in shaa Allah nenda akan sembuh sepenuhnya.

Disebabkan hari ni Adwan habis kerja sedikit awal dia berancang hendak balik  ke rumah besar nenda. Niat di hati hendak mengajak Aura balik ke rumah nenda sekali namun  memikirkan rumah tangga mereka yang masih goyah ini, akhirnya Adwan balik seorang diri saja.

Sesampainya di rumah besar nenda, kelihatan ada beberapa kenderaan seperti lori dan kereta agak sibuk dan silih berganti keluar. Kenapa ? Yelah kan lagi dua hari rumah nenda akan diadakan majlis kesyukuran yang pastinya akan gah gitu.

Masuk - masuk saja ke dalam rumah di bahagian ruang utama, kelihatan sudah dipasang beberapa hiasan. Alahaii cepat betul. Tak sabar rasanya nak  hadir ke majlis tu nanti...tu pun kalau Adwan sempat.

" Eh Adwan ? Kenapa balik tak bagitahu ? " tegur Aliya yang baru muncul dari arah dapur.

Adwan menoleh. Setelah itu dia mula menyalam tangan bondanya.

" Adwan datang dari hospital bonda...habis kerja terus datang sini nak melawat nenda..." jelas Adwan.

" Ohh macam tu..." balas Aliya sambil tercari - cari sesuatu di belakang Adwan.

" Kenapa bonda ? Bonda cari apa ? " soal Adwan pelik dengan tingkah laku Aliya yang terjenguk - jenguk dari tadi.

" Mana isteri kamu ? Aura ? Tak balik sekali ke ? " soal Aliya tertanya - tanya.


Glurp ! Adwan tertelan liur sendiri pun rasa perit.

" Err..dia kerja lagi sekarang dekat hospital bonda...sebab tu dia tak dapat ikut Adwan balik sekali..." kata Adwan.

" Ohh..." balas Aliya sambil terangguk - angguk kecil.

" Ermm ayahnda mana bonda ? " soal Adwan.

" Hah ayahnda kamu keluar sekejap...ada urusan di luar katanya..." kata Aliya.

Adwan terangguk kecil.

" Nenda ada dekat atas ke bonda ? " soal Adwan.

" Haah nenda kamu ada dekat atas..pergi lah jumpa dia dulu.." kata Aliya.

" Hah baiklah bonda...Adwan naik dulu ya..." kata Adwan seraya mula berlalu....

********

Kelihatannya Permaisuri Laila dijaga rapi oleh beberapa nurse peribadi. Permaisuri Laila baru saja diberikan makanan dan ubatnya. Setelah siap segala urusan Permaisuri Laila ketika itu. Adwan mula melangkah masuk perlahan.

" Assalamualaikum nenda..." sapa Adwan lemah lembut.

Dengar - dengar saja suara Adwan, Permaisuri Laila kelihatannya agak gembira ketika itu. Dia mula menggamit - gamit tangannya memanggil Adwan dekat dengannya.

Adwan hanya akur lalu dia mula duduk di birai katil nendanya. Permaisuri Laila mula menarik Adwan ke dalam pelukan....Rindu benar dia dengan cucunda kesayangannya ini. Ingatkan dia dah tak ada waktu untuk bersua muka lagi dengan cucundanya ini.

Mereka mula melepaskan kerinduan masing - masing dalam pelukan tersebut. Seketika pelukan dilepaskan.

" Nenda sihat ? Macam mana keadaan nenda sekarang ? Adwan dengar nenda dah boleh bercakap semula ? " soal Adwan teruja.

Permaisuri Laila mengangguk pantas.

" Y..a...nen..da..dah..bol..eh...cakap..." kata Permaisuri Laila meskipun tidak lancar.

" Alhamdulillah...." ucap Adwan bersyukur.

Seketika Permaisuri Laila mula mengusap perlahan pipi Adwan.

" Cucunda...ma..cam..mana ? Cucunda...si..hat ? " soal Permaisuri Laila.

Adwan sedikit terkelu namun dia mula mengawal riak wajahnya semula.

" Ya Adwan sihat aje nenda..." bohong Adwan.

Permaisuri Laila mula menggeleng kecil. Dia mula menepuk - nepuk bahu Adwan.

" Ti..pu..." gumam Permaisuri Laila.

Adwan sedikit tersentak ! Tipu ? Apa maksud nenda ?

" Kena..pa..tipu..nenda ? Kena...pa..ta..k bagitahu...nenda.."

Adwan masih tidak mengerti. Apa yang ingin disampaikan oleh nendanya ni ?

" Adwan...sakit..kan ? " soal Permaisuri Laila akhirnya.

Adwan tersentak hebat jadinya. Apa ? Macam mana nenda tahu ?

"Adwan...ada..kanser...kena..pa..tak..cerita..dengan..nenda ? " soal Permaisuri Laila lagi.

Sudah. Memang nenda dah tahu segalanya lah ni ? Tidak dapat lagi Adwan nak berselindung kalau dengan nenda..

" Adwan...Adwan minta maaf nenda...bukan niat Adwan nak berahsia dengan nenda...tapi..Adwan tak nak susahkan sesiapa...Adwan..." kata Adwan sebak. Air matanya sudah mula mengalir jadinya.

Permaisuri Laila juga turut berduka cita. Matanya juga sudah mula berkaca. Dia mula mengusap perlahan air mata yang mengalir di pipi Adwan.

" Tak apa...tak apa...nenda...ada.."

" Nenda..tolong jangan bagitahu sesiapa ya...Adwan tak nak diaorang susah hati....Adwan tak nak hal ni ganggu majlis ayahnda..." pinta Adwan.

Permaisuri mengangguk kecil mengiyakan kata - kata Adwan jadinya.

*************

Jam menujukkan pukul 9.30 malam. Adwan baru saja sampai di rumahnya. Terlampau leka di rumah nenda tadi tak sedar dah malam baru nak balik rumah.

Masuk saja Adwan ke dalam rumahnya, dia dapat menangkap Aura yang tertidur lesu di sofa ruang tamu utama rumah.

" Kenapa Cik Puan tidur sini ? " soal Adwan kepada pembantu rumahnya.

" Maaf Tengku...ermm Cik Puan tertidur di situ tadi...saya nak kejutkan untuk dia naik ke atas tapi tak sampai hati lah pulak...nyenyak sangat Cik Puan tidur Tengku..."

" Oh macam tu...tak apa lah..kamu boleh pergi..." kata Adwan.

Seketika Adwan mendekati Aura yang tertidur itu. Dia mengamati setiap inci wajah Aura. Hmm rindunya dia nak macam dulu - dulu dengan Aura lagi...tapi nak buat macam mana sekarang dah taj seindah dulu...waktu Adwan makin singkat...bila - bila saja dia boleh pergi...

Tanpa membuang masa, Adwan mula mencempung tubuh kecil Aura untuk dibawa naik ke atas. Jelas sekali Aura kepenatan. Yalah Adwan dah cempung naik ke atas  sedikit pun tidak terjaga. Malah lagi nyenyak tidur ada lah dalam cempungan Adwan.

Tubuh Aura diturunkan di atas katil. Selepas itu Adwan mula menarik selimut dan menyelimuti tubuh Aura. Adwan mencium perlahan ubun - ubun Aura.

" Selamat malam permaisuriku...." ucap Adwan.




Setelah selesai mandi apa semua, Adwan rasa masih segar ketika itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 malam ya. Matanya masih belum mahu tidur. Dia mula bergerak ke bilik bacaan. Nak baca buku ke ?

Bukan membaca tapi dia ingin menyambung lukisannya yang hampir siap.

Adwan mula mewarna sedikit lukisannya yang tertinggal hari itu. Tinggal lagi 10% aje dah nak siap. Harap ayahnda suka dan boleh terima lukisan ni sebagai hadiah ulang tahunnya lah. Jangan ayahnda buang dan bakar macam dulu sudah lah...

Sedang leka Adwan mewarna tiba - tiba pandangannya menjadi sedikit kabur. Dia menggosok perlahan matanya. Dia cuba mengfokus semula pandangannya.  Tertunduk seketika Adwan ke lantai. Namun tidak semena - mena dia melihat  ada titisan titis an merah mula menitis di atas lantai. Adwan menyeka pantas darah yang keluar dari hidungnya. Ya Allah kenapa makin kerap jadi macam ni. Aku dah tak kuat Ya Allah....


#Hmmm pity boy 😭 Hahahaha ramai expect Adwan takkan mati ya ? Hmm kalau sis kata sis nak buat kelainan untuk ending story kali ni macam mana ? Sis nak matikan juga watak hero kali ni 😏 hahahah masih dalam pertimbangan ya guys ! Btw MSTAP S2 dah nak sampai ke penghujungnya ya ! Tinggal lagi 2 bab aje lagi. Stay tuned guys . Keep vote and comment ok 😘❤







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro