Bab 35
Dress labuh yang berwarna putih dikenakan oleh Aura. Dress ni Aura pernah beli dengan Adwan hari tu tapi tak pernah lagi pun pakai jadi hari ni lah dia nak pakai untuk dinner dengan Adwan. Dress labuh tersebut Aura mula padankan dengan shawl satin pula. Memang ngam teruk lah !
Aura mula make up nipis saja. Ehek mesti Adwan terpikat punya lah tengok kecantikan natural beuaty Aura malam tu.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Aura mula turun ke bawah. Adwan sudah siap terlebih dahulu tadi. Dia hanya menunggu Aura saja di ruang tamu utama.
" Jom ! Saya dah siap..." kata Aura sambil duk belek - belek dia punya tali handbag yang berselirat macam dengan hape lagi hahaha. Adwan masih tidak dipandangnya.
Adwan sudah bangun dan mendekati Aura.
" Cantik awak malam ni..." puji Adwan.
" Heee saya memang can..." kata - kata Aura terhenti bila dia mula memandang Adwan.
Aura terpegun. My god ! Awad hensem sangat ni laki aku ?
Gambaran pakaian Tengku Adwan Haider malam itu.
" Hah kenapa pulak tu pandang saya macam tu ? " soal Adwan.
" Awak...saya rasa saya nak terjatuh lah..." kata Aura.
Adwan sedikit terpinga. Dah kenapa pulak ?
" Nak terjatuh ? Kenapa ? " soal Adwan tidak mengerti.
" Awak lah..handsome sangat malam ni kenapa ? Saya nak terjatuh ni..." kata Aura sambil tersengeh - sengeh kecil jadinya.
Adwan menggeleng kecil. Macam - macam la si Aura ni...Bila aje aku tak handsome ? Cer bagitahu hahaha ceh !
" Dah jom...nanti lambat pulak sampai kan ? " kata Adwan seraya menghulurkan tangannya kepada Aura.
Aura pantas menyambut huluran tersebut. Setelah itu mereka berdua mula berjalan bersama menuju ke pintu utama..
Adwan telah menempah dinner special di Ciao Ristorante area Kuala Lumpur. Ciao Ristorante yang menyerupai kediaman desa Venice dengan pemandangan taman dan tasik. Lokasi yang penuh kehijauan ini menjadikannya amat sesuai untuk dinner menyambut ulang tahun Aura pada malam itu.
Restoran ini juga merupakan restoran masakan Itali asli yang tertua di Kuala Lumpur ini.
( Gambaran Ciao Ristorante )
" Cantiknya tempat ni...pandai awak pilih..." kata Aura mula melihat sekeliling.
Adwan tersenyum kecil memandang ke arah reaksi Aura itu. Alhamdulillah dia suka.
Seketika mereka mula bergerak masuk ke dalam sambil diiringi oleh pelayan restoran tersebut. Para pelayan mula membawa Adwan dan Aura ke tempat special yang sudah disediakan seperti mana yang Adwan inginkan.
Tempat makan yang Adwan tempah berdekatan dengan hiasan lampu - lampu yang amat cantik sekali. Aura terharu sangat - sangat dengan surprise dinner yang Adwan buat ni. Sumpah cantik ! Heee nak selfie lah nanti. Sempat lagi tu.
Seketika Adwan dan Aura mula duduk berdua. Mereka agak jauh sedikit daripada tempat - tempat pelanggan yang lain maklumlah anak raja kita perlukan sedikit privasi. Azzam dan Azzim hanya menunggu di tempat lain. Kitaorang tak nak jadi langau di antara kumbang dan bunga hahahaha.
Adwan mula duduk berhadapan dengan Aura. Seketika makanan yang sudah ditempah mula dihidang dihadapan mereka oleh para pelayan. Aura sudah tidak sabar ingin menjamah. Nampak sedap aje !
Setelah selesai dihidangkan mereka ditinggalkan berdua. Aura sudah mula ingin makan namun tiba - tiba dihalang oleh Adwan. Hahaha gelojoh betul ya Aura ni.
" Kejap awak..." tahan Adwan.
Terbantut Aura hendak menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
" Sebelum kita makan...saya ada hadiah nak bagi awak..." kata Adwan.
" Hadiah ? Wahhh..."
Seketika Adwan mula mengeluarkan satu kotak baldu panjang berwarna merah. Dia menghulurkan kotak tersebut kepada Aura.
Aura menyambut huluran tersebut.
" Apa ni awak ? " soal Aura seraya mula membuka kotak tersebut.
Buka - buka saja kotak tersebut, terpaparlah seutas rantai silver bersama ukiran abjad ' TAH '. Aura sedikit terkesima. Cantiknya rantai ni.
" Suka tak ? " soal Adwan setelah Aura yang hanya terpegun itu.
" Suka...cantik sangat...dah lah ada lambang TAH pulak tu..." kata Aura sambil mengusap - ngusap rantai tersebut.
" Tahu ke apa maksud TAH ? " soal Adwan.
" Mesti lah tahu...T untuk Tengku...A untuk Adwan and H untuk Haider....betul tak ? " jelas Aura teruja.
Adwan mengangguk kecil sambil tersenyum manis. Tahu - tahu aje isteri aku ni.
Seketika Adwan mula menyentuh tangan Aura yang terletak di atas meja.
" Happy birthday Aura Qismina...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu wahai isteri. Moga awak jadi anak yang solehah buat mama dengan papa dan juga isteri yang solehah buat saya. Moga hubungan kita akan kekal hingga ke jannah Allah...Terima kasih sebab dah hadir dalam hidup saya...Semoga apa yang awak impikan selama ni akan tercapai...Happy birthday again my flower...." ucap Adwan seraya mencium tangan Aura.
Menitis air mata Aura dibuatnya. Bukan sedih tapi happy. Tak sangka birthday dia kali ni dia dapat wish and surprise macam ni daripada crushnya sejak sekolah menengah and sekarang dah jadi suami pun....
" Thanks awak. Jangan tinggalkan saya okay..." kata Aura seraya mengenggam erat tangan Adwan.
Adwan sedikit tersentak. Hmm maaf awak saya tak boleh janji untuk stay dengan awak selamanya tapi saya akan cuba bertahan untuk seberapa lama yang boleh....
***********
Selepas habis makan, Aura mula mengajak Adwan untuk selfie dekat hiasan lampu. Macam - macam gaya Aura buat. Adwan hanya melayan saja kerenah Aura malam itu. Tak apa kita layankan aje birthday hari ni okay ?
" Awak...saya rasakan macam..." kata Aura tiba - tiba sambil terfikirkan sesuatu.
" Macam apa ? " soal Adwan tertanya - tanya.
" Saya rasa macam nak menari dengan awak lah kat sini boleh ? " minta Aura.
" Hah ? Menari ? Kenapa pulak tiba - tiba nak menari ? Dekat sini pulak ? Ish malu la dekat orang lain..." kata Adwan sambil melihat kiri dan kanan.
Aura turut melihat sekeliling. Mana ada orang dekat sini pun. Lagi pun diaorang duduk jauh dari orang lain. Kat sini cuma ada dia dengan Adwan aje pun.
" Hmm ala boleh lah sekali aje...saya teringin nak menari dengan suami saya ni....please ? " kata Aura sambil menarik hujung baju Adwan.
Adwan hanya merenung Aura. Ishh kenapa comel sangat ni.
" Ermm yelah...jom menari..." mengalah Adwan akhirnya.
Seketika Aura mula memasangkan sebuah lagu ballad korea yang ada di youtube.Selepas itu dia mula mengajak Adwan untuk menari di situ perlahan. Pada mulanya Adwan sedikit kekok. Namun lama - lama dia mula selesa menari perlahan dengan Aura.
" Macam mana awak pandai menari ni ? " soal Adwan.
Aura tersenyum kecil.
" Saya ada masuk kelab menari lah masa course seni pastri dulu..." jelas Aura.
" Oh ya ? Patut lah.." kata Adwan.
Tiba - tiba Adwan mula berhenti menari, dia rasa macam nak pergi toilet pula.
" Saya pergi toilet kejap ea...awak tunggu sini..." kata Adwan seraya mula beredar.
Aura hanya mengangguk kecil. Dia hanya melihat figura Adwan yang berlalu pergi itu. Selepas itu Aura mula duduk semula di tempat duduknya sambil menikmati pemandangan cahaya lampu malam itu.
Hampir setengah jam Adwan tidak balik - balik daripada toilet. Aura mula tidak senang duduk. Lamanya Adwan ni. Buat apa dekat toilet tu ? Sakit perut ke ? Seketika Aura mula bangun ingin mencari Adwan di toilet namun tiba - tiba Azzim yang muncul.
" Cik Puan..." panggil Azzim.
" Ya Azzim kenapa ? " soal Aura.
" Tengku minta saya bawa balik Cik Puan...." kata Azzim.
" Kenapa pulak ? Dia mana ? " soal Aura pelik.
" Tengku terpaksa kembali ke hospital...dia ada emergency case..." kata Azzim.
" Oh patut lah saya tunggu lama sangat dia tak datang - datang dah....hah tak apa lah jom lah kita balik..." putus Aura akhirnya. Nasib lah dapat suami doktor Aura...setiap masa kena standby untuk masuk kerja balik.
************
Hampir dua hari sejak malam itu, Adwan tak balik rumah langsung. Hmm kenapa ? Call dan whatsapp dia pun dia tak balas. Sibuk sungguh ke ? Tak tenang jadinya Aura bila Adwan mendiamkan diri tiba - tiba macam ni.
Ditanya Aura pada Azzim dan Azzam tentang keadaan Adwan namun jawapan mereka hanya lah Adwan memang on duty sekarang dan tidak boleh diganggu.
Selama Aura bertugas pun dia tak terserempak dengan Adwan langsung. Adwan on duty dekat bahagian mana ?
Namun suatu hari tu, ada perbualan beberapa nurse mula menganggu fikiran Aura.
" Kau ada dengar cerita tak ? " kata salah satu nurse di situ.
" Cerita apa ? Pasal ada doktor praktikal yang masuk ward tu ke ? " soal lagi satu nurse.
Aura sedikit tersentak. Doktor praktikal masuk ward ? Adwan ke ?
" Haah...ada doktor praktikal masuk ward...dengar kata dia ada penyakit serious..."
" Ermmm maaf...boleh saya tahu doktor praktikal yang mana tu ? " soal Aura mula mencelah.
Nurse - nurse di situ mula memandang pelik ke arah Aura yang tiba - tiba mencelah tu.
" Hmm entah lah....nama doktor tu dirahsiakan...sorang pun tak tahu siapa dia..." jawab salah satu nurse...
Hmmm ya Aura susah hati juga namun pada yang sama dia harap sangat doktor praktikal tu bukan Adwan.
Petang itu, langit mula mendung dan lama kelamaan titisan hujan mula menyirami bumi. Aura hanya terpacak di hadapan pintu utama hospital menantikan Azzim untuk menjemputnya. Hari ni shift Aura habis petang, so dia tak perlu bermalam di hospital.
Aura hanya termenung jauh sambil menikmati titisan air hujan yang turun. Sejujurnya dia amat merindukan Adwan. Dia juga tak habis fikir kenapa Adwan tiba - tiba menghilang sebegini tanpa khabar berita. Ke mana kah Adwan sebenarnya ?
Pin ! Pin !
Lamunan Aura terhenti apabila hon kereta daripada Azzim dibunyikan. Kelihatannya Azzim berhenti agak jauh disebabkan ada ambulance yang menghalang. Tanpa berfikir panjang Aura mula menutupi kepala dengan begnya dan ingin mula berlari anak ke kereta dalam hujan yang semakin lebat itu namun tiba - tiba....
Zapppp !
Tangannya ditarik pantas. Tertoleh Aura ke belakang jadinya. Aura juga mula memasuki ke bawah payung yang dipegang oleh orang yang menariknya itu.
" Hujan lebat...takkan nak lari macam tu aje ? " kata Adwan.
Aura agak tergamam. Matanya sedikit berkaca melihat Adwan yang sedang berdiri di hadapannya kini sambil memayung dirinya.
" Kenapa ni ? " soal Adwan setelah menyedari reaksi Aura yang sedikit pelik itu.
" Bodoh ! " teriak Aura.
Adwan sedikit tersentak. Dah kenapa dirinya di cop bodoh pulak ?
" Awak pergi mana hah ?! Saya call, whatsapp tak jawab langsung ! Saya risau tahu tak ? Saya ingat jadi apa - apa dekat awak....saya rindukan awak...awak tahu tak doktor Adwan ?! " marah Aura bersama air mata yang juga turun laju saat itu. Dia meluahkan segala kerisauannya yang sudah tak tertanggung lagi sejak dua hari yang lalu.
Adwan mula menarik Aura ke dalam pelukannya. Sebelah tangan lagi masih utuh memegang payung.
" Saya minta maaf Aura...saya banyak pesakit nak kena rawat...saya tahu awak call whatsapp saya..tapi saya tak sempat nak jawab sebab phone saya pun saya tak sempat nak cas...sorry buat awak risau...and saya pun rindukan awak...." kata Adwan.
Aura sudah tidak membalas dia hanya menangis teresak - esak di dalam pelukan Adwan itu. Sumpah dia risau dan rindukan Adwan sangat - sangat.
#Alahaiiii suami isteri ni berpelukan di bawah payung waktu hujan pulak. Sweet ! Keep vote and comment. 😍❤
Epilog.
Adwan mula memuntahkan segala isi dalam perutnya. Habis semua makanan yang dimakan dia dengan Aura tadi keluar balik. Ya Allah kenapa waktu - waktu macam ni penyakit ni nak menyerang ?
Seketika Adwan mula berasa pening - pening. Pandangannya juga sedikit kabur. Bila Adwan memandang ke arah cermin toilet dia agak tersentak. Hidungnya mula mengeluarkan darah pulak.
Adwan pantas menghapus kasar. Kenapa ? Kenapa time ni juga kau nak kena keluar ? Tolong lah...aku tak nak Aura tengok keadaan aku macam ni..
Seketika Adwan mula membuat panggilan.
" Hello Tengku ? Kenapa call ? Tengku dah nak balik ke ? " soal Azzam di hujung talian.
" Azzam tolong...suruh Azzim bawa balik Aura dulu....kau...kena tolong aku...sekarang...aku dekat toilet...penyakit aku...datang..balik...." kata Adwan tercungap - cungap. Kepalanya mula sakit sangat - sangat. Darah di hidungnya juga tidak henti - henti mengalir....
Ya. Apa yang dibicarakan oleh nurse - nurse tersebut memang pasal Adwan pun. Adwan telah dirawat di hospital UAS dalam diam selama dua hari itu. Azzam tak tahu nak bawa Adwan ke hospital mana hari tu , tu yang terbawa ke hospital UAS. Namun Adwan telah merahsiakan segalanya dengan pihak hospital. Jangan ada sesiapa pun tahu tentang dia yang dimasukkan ke hospital masa tu.
Adwan terpaksa berbohong dengan Aura mengatakan dia on duty selama dua hari tu sedangkan sebenarnya dia tengah terima rawatan....Hmmm sumpah saat ini penyakit Adwan semakin menjadi - jadi. Entah sampai bila dia dapat merahsiakan semua ni daripada orang sekelilingnya.
Hanya Azzam dan Azzim saja yang tahu setakat ni dan diaorang lah yang dah banyak cover Adwan...
TBC ✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro