Bab 34
Permaisuri Laila yang hanya terlantar kaku sejak beberapa minggu yang lalu diperhatikan Adwan. Sungguh Adwan merindui suara nendanya, dia merindui gelak tawa nendanya. Seharusnya dia yang terlantar di katil saat ini bukan nenda. Adwan menyentuh tangan nendanya yang hanya sejuk kaku itu.
“ Nenda…kuat ya….Adwan tahu nenda boleh hadap semua ni….Adwan rindukan nenda…nenda kena sedar dengan segera….Adwan takut sangat nenda….Andai Adwan tak sempat nak cakap dengan nenda lagi lepas ni macam mana ?”kata Adwan sebak.
Ya.Semakin hari Adwan dirundung dengan perasaan takut. Keadaannya bukan semakin baik malah semakin buruk hari demi hari. Tanpa pengetahuan sesiapa, beberapa hari ni Adwan kerap muntah – muntah. Kepalanya juga semakin hari semakin sakit tidak kira waktu. Beberapa kali juga hidungnya mula mengeluarkan titisan darah.
“ Adwan sayang nenda sangat – sangat….Adwan nak tengok nenda sembuh sebelum apa – apa terjadi dekat Adwan….”gumam Adwan sedih. Dia mengenggam erat tangan nendanya.
Seketika Adwan melentokkan kepalanya di ruang kosong katil nendanya. Dia tiba – tiba terasa lelah sedikit malam ini. Lama kelamaan dia mula terlelap di samping nendanya.
“ Awak….”panggil Aura.
Adwan sedikit terganggu dengan panggilan itu sehingga dia mula terjaga daripada tidurnya. Dia mencelikkan matanya. Terpampang wajah Aura. Adwan mula merenggangkan tubuhnya. Tangannya yang memegang tangan nenda masih utuh tidak terlepas pun daripada semalam.
“ Dah pukul berapa ni ?” soal Adwan sambil melihat sekeliling. Terasa lama Adwan terlelap di sini.
“ Dah pukul enam pagi dah….”beritahu Aura.
“ Ohhh…awak buat apa dekat sini ?” soal Adwan pulak.
“ Saya datang nak tengok awak dengan nenda lah….saya tahu mesti awak akan tertidur punya lah….”kata Aura.
“ Hmm haah…semalam rasa penat sikit lah….”kata Adwan.
“ Dah awak pergi lah bersihkan diri….solat subuh ke apa…. Biar saya yang jaga nenda pulak…”kata Aura.
Adwan mengangguk kecil. Seketika dia menoleh ke arah nenda….
“ Nenda…Adwan pergi sekejap ya….nanti Adwan datang lagi…”kata Adwan seraya ingin meleraikan pegangan tangan nendanya.
Baru saja ingin terlerai pegangan tangan tersebut tiba – tiba satu keajaiban telah berlaku. Tangan Adwan dipegang semula oleh tangan nenda.
Adwan tersentak hebat !
“ Nenda ?”
Aura juga turut sama melihat pegangan tangan tersebut. Dia agak terkesima.
“ Nenda ? Nenda boleh dengar suara Adwan tak ?”soal Adwan.
Genggaman tangan semakin dirasakan erat.
Seketika Adwan dan Aura terus memanggil doktor yang bertugas menjaga nenda untuk diperiksa. Ya Allah terima kasih telah menunjukkan perkembangan keadaan nenda.
*********
Alhamdulillah Ya Allah ! Nenda sudah melepasi waktu – waktu komanya. Nenda sudah sedar akhirnya. Semua ahli keluarga Adwan mula dalam perjalanan ke hospital tika ini. Namun disebalik kegembiraan tentang nenda dah sedar tetap ada terselitnya khabar buruk.
Nenda memang dah sedar namun ada kesan sampingan yang nenda akan hadapi lagi. Nenda didapati lumpuh separuh tubuh iaitu daripada bahagian pinggang sehingga kaki. Nenda juga saat ini tidak mempunyai kebolehan bercakap buat sementara waktu akibat hentakkan kepala yang agak kuat. Ini menyukarkan nenda untuk berinteraksi. Hmm tak kisah lah, janji nenda dah sedar. Benda lain tu, mereka akan ikhtiar nanti. Adwan akan cuba juga sembuhkan nenda.
Setelah doktor dan nurse yang bertugas keluar, Adwan dan Aura mula masuk untuk melawat nenda. Masuk – masuk saja ke dalam wad nenda, Adwan terus menerpa dan memeluk erat tubuh nenda.
“ Nenda !”panggil Adwan sambil menangis teresak – esak memeluk nendanya.
Aura hanya menjadi pemerhati. Alahaiii sayang sungguh Adwan dengan nenda ya. Aura sedikit terharu. Alahmdulillah terima kasih Ya Allah…kerana engkau telah sedarkan semula salah satu insan yang tersayang buat Adwan.
Nenda mengukir senyuman hambar. Matanya juga sedikit berkaca. Dia ingin sekali berbicara dengan cucunda kesayangannya ini namun agak terbatas.
“ Nenda…Adwan rindu sangat dekat nenda…Adwan tak nak nenda sakit – sakit lagi macam ni tau…”kata Adwan sambil mengusap – usap kecil pipi tua nendanya.
Nenda mengangguk kecil.
“ Nenda pun tak nak tengok Adwan sakit…”kata Permaisuri Laila perit yang hanya terluah di dalam hati saat ini.
Beberapa minit selepas itu, Huzairie dan ahli keluarganya yang lain mula tiba. Akhirnya Adwan dan Aura mula keluar untuk memberikan sedikit laluan kepada ayahnda dan bonda.
Di luar Adwan menemui abang – abang dan kakaknya.
“ Macam mana dik Wan ? Doktor cakap apa ?”soal Adwa.
“ Hmmm nenda dah sedar….Cuma lepas ni nenda dah tak boleh berjalan macam biasa lagi….nak bercakap untuk sementara waktu pun tak boleh….”jelas Adwan.
Semua wajah anak – anak Huzairie mula muram saja. Namun diaorang tetap bersyukur sebab nenda diaorang dah sedar.
“ Tak apa….kita sama – sama jaga nenda lepas ni ya….sampai nenda sembuh macam dulu balik…”kata Humaiera pula.
Adam hanya mengangguk melihat sepakatan adik beradiknya ini. Namun dia sedikit terdetik dan terlintas di fikirannya. Dia masih tertanya – tanya lagi macam mana nendanya boleh terjatuh dari tangga seperti ini. Mesti ada apa – apa yang berlaku dan menganggu fikiran nendanya kan masa tu ?
*********
Seminggu telah pun berlalu. Nenda juga sudah boleh dirawat di rumah. Beberapa pembantu telah ditugaskan untuk memantau pergerakkan nenda di rumah. Huzairie dan Aliya ada juga tinggal di rumah untuk menjaga keselamatan nenda.
Adwan pula kian hari agak sibuk dekat hospital sampai dia tak ada masa langsung nak rehat. Nak pergi jenguk nenda pun hujung minggu saja.
Hampir beberapa kali hari ni, dia nak tewas. Tewas kenapa ? Ya masa tengah on duty tiba – tiba pandangannya gelap. Dia nak jatuh pengsan tapi nasib baik dia ada partner doktor yang tolong dia.
“ I tengok you ni kan macam tak okay aje ? You ni something wrong somewhere ke ? You sakit kan doktor Adwan ?” soal doktor Kelvin macam biasa the best partner doktor ever hahaha.
Adwan sedikit terdiam. Alamak doktor kelvin perasan ke ?
“ Hmmm kalau you tak nak cerita dengan I its okay but…you ambik lah cuti…..rest ke apa ? One more thing…macam mana you nak rawat patients kalau diri you sendiri pun you tak rawat ?”kata doktor Kelvin.
Adwan sedikit tersentak mendengarkan kata – kata doktor Kelvin yang menusuk ke hatinya. Hmm betul juga cakap doktor Kelvin ni, mungkin aku kena ambik cuti untuk rehat sekejap. Dalam erti kata lain aku kena buat rawatan lagi untuk memperlambatkan kanser aku ni. Lagi pula aku dah skip banyak rawatan disebabkan terlampau sibuk dengan praktikal aku.
Keesokan paginya, Aura sedikit terkejut dengan keberadaan Adwan yang balik awal ke rumah. Haishh jarang – jarang nak nampak muka Adwan dekat rumah ni sejak praktikal kalau hujung minggu macam ni.
“ Awal awak balik ?”soal Aura pelik.
“ Erm… saya ambik cuti…”
“ Cuti ? Kenapa ? Awak tak sihat ke ?”soal Aura cemas mula menerpa dan membelek – belek wajah Adwan.
Adwan tersengeh kecil.
“ Tak ada lah sakit ke apa…cuma rasa penat sikit aje….sebab tu saya ambik cuti….”kata Adwan.
Aura sibuk tanya orang dia pulak tak kerja ke hari ni ? Tak Aura pun cuti juga hari ni….
“ Ohhhh….”kata Aura. Selepas itu dia mula memeluk tubuh Adwan.
Adwan sedikit terpinga.
“ Kenapa ni ?” soal Adwan.
“ Rindu !”
Adwan tersengeh kecil.
“ Tak busuk ke peluk saya ? Saya dah tak mandi dua hari tau…”kata Adwan sengaja ingin mengusik Aura.
Pelukan makin dieratkan oleh Aura.
“ Awak tak mandi dua tahun sekali pun…saya tetap nak peluk awak !”kata Aura sambil dicium – cium bidang dada Adwan yang berlapik baju itu. Eeeee mengada betul ye !
Ehhh dia ni nak goda aku ke apa hah ? Tanpa dipinta, Adwan mula mencempung tubuh kecil Aura tiba – tiba. Terkejut dan terjerit kecil Aura jadinya. Gayat wehh !
“ Awak nak buat apa ni ?” soal Aura sambil merangkul leher Adwan erat. Takut jatuh wehh !
Adwan tersenyum nakal. Siapa suruh goda dia sangat tadi kan ?
“ Jom!”kata Adwan bersemangat.
“ Jom ? Jom apa ?” soal Aura terpinga. Benda apa pulak Adwan ni ?
“ Alahhh…. jom lah….”kata Adwan meleret seraya mencempung tubuh Aura masuk ke dalam lift untuk naik ke bilik. Hahahaha ! Kiut aje…
*************
Dua minggu kemudian.
Mentari pagi yang menerjah masuk melalui tingkap bilik mula menganggu tidurnya Aura. Ish siapa lah yang buka langsir awal sangat ni ? Hmm baru nak tidur lama sikit, dah lah tengah bendera jepun ni ! Hari ni off day pulak. Aura mula meraba – raba ruang katil disebelahnya. Hmm kosong ? Adwan dah pergi kerja ke ?
By the way Aura dah tahu Adwan bawa sorok mana katilnya hari tu hahaha. Pandai ya Adwan nak kena kan Aura, end up terkantoi juga bila Aura tertekan butang yang ada. Keluarlah katil akhirnya. Bijak tak Aura ? Ehek !
Akhirnya Aura mula mencelikkan matanya. Dia mula mengubah posisi daripada bangun ke duduk. Alahaiii tak sempat nak morning kiss Adwan. Hahaha gatal lah kau ni Aura. Dia pun tak kejut aku langsung hari ni kenapa ? Selalu dia kejutkan aku sebelum pergi kerja. Ke aku yang tidur mati ?
Seketika Aura mula turun daripada katil dan mencapai tuala mandinya seraya berlalu ke bilik air. Setelah bersiap, Aura mula ingin keluar untuk turun breakfast di bawah. Buka – buka saja pintu bilik Aura terkejut hebat apabila tergantung sejambak bunga rose.
“ Bongok terkejut aku ! Siapa punya kerja ni main gantung – gantung bunga dekat sini ?”bebel Aura seorang diri.
Seketika dia melepaskan jambangan bunga rose daripada tergantung itu. Ada terselit satu kad ucapan kecil di situ. Aura mula buka dan membaca isi kandungannya.
Happy Birthday Flower. May Allah bless you always. Love you !
Aura sedikit tersentak. Happy birthday ? Dengan pantas Aura mula melihat tarikh pada phonenya.
18/7
“ Wehh birthday aku ! Ya Allah macam mana aku boleh lupa hari ni birthday aku ni ?” gumam Aura sendiri. Hahaha apa lah birthday sendiri pun tak ingat ? Orang lain pula yang ingatkan ?
Tiba - tiba telefon bimbit Aura berbunyi. Ada panggilan yang masuk daripada Adwan. Sepantas kilat Aura menjawab panggilan tersebut.
" Hello Assalamualaikum..." kata Adwan di hujung talian.
" Waalaikumusalam awak ! "
" Macam mana ? Dah dapat bunga ? Suka tak ? " soal Adwan.
" Suka ! Thankyou so much awak. Awak tahu tak yang saya sendiri lupa hari ni birthday saya...."kata Aura.
Kedengaran suara ketawa Adwan dihujung talian. Alahaiii isteri aku ni birthday sendiri pun boleh lupa ? Patut lah semalam dia tidur awal. Tak sempat aku nak wish pukul 12 malam semalam.
" Ermmmm awak malam ni bersiap cantik - cantik ea...saya nak bawa awak keluar pergi dinner...nak sambut birthday awak..." kata Adwan.
" Serious ni ? Awak boleh balik awal ke ? "
" Haah in shaa Allah saya cuba balik awal untuk awak...okay lah saya ada patients ni...kita jumpa malam nanti okay...bye - bye birthday girl...love you.... Assalamualaikum..." kata Aura.
" Okay awak jumpa malam nanti...bye take care...love you more ! Waalaikumusalam..."
#Alahaiiii makin hari makin sweet aje diaorang hmmm lepas ni mungkin akan tengok hari - hari Aura menangis ke ? Who knows ? Hmmm keep vote and comment ! 😚❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro