Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

Luka tikaman di tangan Adwan kembali sembuh seperti sedia kala. Agak mencabar juga terpaksa praktikal di dalam keadaan tangan yang berbalut. Nasib baik dia mendapat sedikit kelonggaran untuk tugasnya. Dia tidak perlu berada di dalam operasi pembedahan buat beberapa minggu ini. Hanya menguruskan beberapa pesakit biasa saja.

Entah kenapa suasana hati Adwan hari ini semasa bekerja tidak begitu dalam keadaan yang menyenangkan. Dia rasa susah hati. Hmmm ni ke sedikit effect daripada penyakitnya ? Semakin hari semakin memburuk ke ?

“ Amboi doktor Adwan jauh termenung ?” soal satu suara yang tak asing lagi di pendengaran Adwan. Siapa lagi kalau bukan doktor Hatta kita ?

“ Mana ada termenung….”balas Adwan.

“ Ye..ye aje tu….”kata Hatta masih mengusik.

Adwan mencebik.

“ Tangan tu dah okay ke ?”soal Hatta seraya melirih ke arah tangan Adwan yang tanpa balutan lagi.

“ Dah okay dah…”

Hatta mengangguk.

“ Nenda dengan atoknda tahu ke pasal kejadian tu ?”soal Hatta.

Adwan sedikit terdiam. Hmmm tak. Dia tak bagitahu langsung pun pasal kejadian luka di tangannya ini. Dia tak nak lah buat bonda risau hmm kalau ayahnda dia dah tahu dah apa reaksinya nanti. Mesti dia akan cakap aku yang careless.

“ Hmm its okay…dah tahu dah apa jawapannya bila diam macam ni…”kata Hatta. See ? Anak saudara sendiri pun tahu macam mana situasi aku dengan ayahnda.

“ Hmm biarlah…benda kecil aje pun…”kata Adwan malas.

Hatta terangguk – angguk jadinya.

“ By the way…lama tak jumpa tok nenda….dia sihat ke ?” soal Hatta tiba – tiba juga menggingatkan dirinya kepada nenda. Dia sendiri juga tidak tahu akan keadaan nenda. Lama dia tak contact nenda disebabkan sibuk dengan praktikalnya.

“ Errr sihat kot….ayahnda su dah tak tinggal dengan  tok nenda sekarang….”kata Adwan.

Belum sempat Hatta ingin membalas kata – kata Adwan tiba – tiba kedengaran announcement dibuat.

“ Diminta kepada doktor Hatta….sila hadir ke ruang operasi sekarang…..ada pesakit kecemasan….”

“ Ohh I need to go ! Nanti borak lain ea..”kata Hatta seraya mula berlari anak meninggalkan Adwan.

Adwan hanya menghantar figura Hatta yang berlalu itu dengan anak matanya. Untung lah boleh on duty. Tak best pulak rasanya hanya jaga pesakit biasa. Tak mencabar langsung hahaha.

Tiba – tiba telefon bimbit Adwan berbunyi. Adwan pasti menjawab panggilan daripada Aura ketika itu.

“ Hello Assalamualaikum sayang….”

Kedengaran suara Aura menangis teresak – esak di hujung talian.

“ Sayang kenapa ni ?” soal Adwan mula dirundung risau. Apahal pulak Aura call nangis – nangis ni ? Adakah  ini petanda yang Adwan tak sedap hati hari ni ?

“ Nen..da…”gumam Aura dihujung talian benar – benar menyentakkan hati Adwan.

***********

Terasa seakan dunia Adwan terhenti. Ya Allah kenapa aku diuji sebegini. Adwan terasa dirinya agak lemah saat ini. Kenapa ? Apa yang berlaku ? Kenapa dengan nenda ?

Adwan telah dikhabarkan oleh Aura yang nenda jatuh daripada tangga. Nenda juga telah dikejarkan ke hospital UAS ketika itu. Adwan benar – benar tak tahu nak cakap apa. Kalau apa – apa yang bersangkut dengan nenda memang dia akan betul – betul terkesan. Kini nenda sedang berada di ruang operasi. Kecederaan nenda agak teruk juga rasanya sebab jatuh tangga. Macam mana nenda boleh jatuh tangga ? Itu masih belum diperiksa lagi.

Huzairie dan Aliya masih dalam perjalanan daripada Cherating menuju ke sini. Cucu – cucu yang lain juga masih dalam perjalanan. Kini hanya Adwan dan Aura saja yang masih setia menunggu di hadapan bilik pembedahan.

Adwan begitu terkilan kerana dia tidak boleh mengikuti operasi pembedahan nenda saat ini disebabkan dia masih dalam tempoh penyembuhan tangannya. Ikutkan hati dia sendiri yang nak mengubati nenda. Dia sendiri yang nak melakukan pembedahan tersebut.

“ Ya Allah tolong selamatkan nenda..”doa Adwan di dalam hatinya.

“ Awak….awak kuat ya….”bisik Aura sambil mengusap belakang Adwan.

Adwan mengangguk lemah.

Beberapa jam selepas itu, Huzairie dan Aliya mula tiba. Mereka mula mendekati Adwan dan Aura.

“ Bonda…”sapa Aura seraya memeluk Aliya.

Adwan dan Huzairie hanya memandang kaku sesama sendiri. Tidak tahu apa yang ingin dikatakan oleh mereka berdua. Aliya yang memahami situasi kedua anak beranak tersebut mula menyapa Adwan.

“ Nenda macam mana Adwan ?”soal Aliya.

Adwan menggeleng lemah. Operasi pembedahan nenda masih belum selesai. Adwan juga tidak boleh masuk untuk memeriksa saat ini disebabkan dia bukan doktor yang bertugas untuk kes kali ni.

Hampir setengah jam selepas itu, doktor yang bertugas membuat pembedahan mula keluar.

“ Tengku Ilham Huzairie ?”tegur doktor tersebut.

Huzairie cepat – cepat mengangguk.

“ Boleh kita berbicara sekejap di ruangan saya ?”

“ Boleh…”kata Huzairie.

Seketika Huzairie mula ingin berlalu mengikuti langkah tersebut.

“ Ayahnda….Adwan nak ikut juga…”kata Adwan ingin mendengarkan juga bagaimana keadaan nendanya.

Huzairie memandang sekilas.

“ Hm tak payah…”kata Huzairie sinis.

Adwan terdiam dan tidak meneruskan niatnya lagi. Dia tak nak bergaduh dengan ayahndanya dekat sini jika dia tetap berkeras juga nak ikut.

********

Nenda telah dipindahkan ke ruang ICU. Keadaan nenda sememangnya agak kritikal lagi walaupun operasi pembedahan telah berjaya dilakukan. Adwan mula mencari tahu tentang keadaan nenda serba sedikit melalui nurse yang bertugas masa operasi pembedahan nenda tadi.

Nenda mengalami pendarahan yang teruk dibahagian kepala akibat hentakkan daripada jatuh disetiap anak tangga. Kesan selepas sedar tadi mungkin boleh terjadi macam – macam yang tak dapat dijangka. Keadaan nenda kini masih koma.

Adwan cukup terkesan dengan kemalangan yang menimpa nenda ini. Serba sedikit dia menyalahkan dirinya. Hmm andai saja aku tak pindah rumah dan still tinggal dengan nenda mesti semua benda ni takkan jadi kan ?

Seketika Aura dan Aliya masuk ke ruangan ICU untuk melawat nenda. Adwan masih tunggu di luar. Dia mahu mencari sedikit kekuatan sebelum masuk melawat nenda.

“ Adwan…”satu suara mula menyapa.

Adwan menoleh. Kelihatan ayahnda sedang memandang serious ke arahnya. Huzairie mula mengajak Adwan ke suatu sudut yang agak jauh daripada ruang ICU Permaisuri Laila.

“ Doktor cakap apa pasal keadaan nenda ayahnda ?”soal Adwan.

Huzairie memandang ke arah lain. Dalam diam dia mengenggam erat penumbuknya yang mungkin tak lama lagi akan singgah di wajah Adwan. Dia menahan perasaan geramnya.

“ Ayahnda ? Nenda akan sembuh kan ?”soal Adwan risau gila.

Pang !

Adwan tersentak ! Pipinya sedikit berpinar. Kenapa ?

“ Kau tak layak tanya macam tu !”herdik Huzairie setelah memberi tamparan pada pipi Adwan.

Adwan terkesima. Agak terkejut menerima tamparan itu walaupun dia tahu itu yang akan dia dapat.

“ Kau ni memang anak tak guna lah ! Disebabkan kau bonda aku koma sekarang !”kata Huzairie mula menunjal – nunjal kepala Adwan sehingga terhentak kecil di dinding belakang Adwan. Gelaran Huzairie kepada Adwan juga semakin kasar kini. Dia betul – betul tengah emosi sekarang.

“ Kalau kau tinggal dengan bonda aku…mesti semua benda ni takkan jadi…tapi tak kau degil ! Nak juga pindah sangat kan ? Susah sangat ke hah kau nak dengar cakap aku ?”kata Huzairie lagi seraya memukul – mukul kepala Adwan.

Adwan masih menahan pukulan tersebut walaupun kini kepalanya juga terasa agak berdenyut. Penyakitnya juga agak sensitive jika menerima pukulan di kepala. Air matanya juga mula bertakung.

“ Nenda kau mungkin akan lumpuh lepas dia sedar kau tahu tak ?!”teriak Huzairie seraya memukul – mukul Adwan tanpa henti.

“ Ayie ! Apa Ayie buat ni ?” soal Aliya yang mula muncul seraya berdiri di hadapan Adwan. Aliya mula melindungi Adwan daripada terus dipukul.

“ Tepi Al ! Budak ni memang kena bagi pelajaran dekat dia !”kata Huzairie seraya cuba memukul Adwan sampai kan terkena juga dekat Aliya. Huzairie memang diluar kawalan saat ini.

Dengan pantas, Adwan mula menarik Aliya ke dalam pelukannya dan menukar posisi. Huzairie mula memukul Adwan tanpa henti lagi.

“ Adwan minta maaf ayahnda !”teriak Adwan sambil menitis – nitis air matanya kini. Dipeluk erat tubuh kecil Aliya daripada terkena pukulan ayahndanya itu.

Aliya juga menangis teresak – esak jadinya.

“ Sudah lah Ayie !" teriak Aliya seraya cuba menahan kepala Adwan daripada terus dipukul oleh Huzairie.

#Alahaiiii kesiannya ! Hmmmm apa nak jadi lah dengan Huzairie ni ishish ! Keep vote and comment. ❤😚











Epilog.

Permaisuri Laila mula melangkah masuk ke dalam bilik Adwan. Hmm alahai rindu benar dia dengan cucunda kesayangannya yang satu ini. Hmm baru aje dia pindah beberapa minggu, dah rindu. Harap sangat Adwan akan jadi suami yang terbaik yang mampu membimbing Aura. Harap juga rumah tangga mereka kekal sehingga ke jannah.

Seketika Permaisuri Laila mula mengelilingi sekitar bilik Adwan itu. Kosong aje tanpa barang – barang Adwan. Dia mula duduk di birai katil buat seketika. Namun tiba – tiba dia melihat sesuatu di celah – celah meja solek. Permaisuri Laila mula mendekati meja solek tersebut lalu mengambil sesuatu yang dilihatnya itu.

Dia membelek botol ubat yang kelihatan agak aneh itu. Ubat apa ni ? Ubat Adwan ke ? Seketika dia mula menelefon seseorang.

Dalam masa beberapa hari, Permaisuri Laila telah mendapatkan kebenaran daripada doktor peribadi dan  penyiasat upahannya. Permaisuri Laila agak terkesan apabila dia mengetahui bahawa apa fungsi ubat tersebut dan siapa pemilik aslinya. Ya terbongkar sudah tentang penyakit Adwan oleh Permaisuri Laila.

Disebabkan pengkhabaran yang agak mengejut itulah telah menyebabkan Permaisuri Laila hilang fokus dan begitulah bagaimana punca Permaisuri Laila boleh terjatuh daripada tangga.

TBC ✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro