Bab 31
Beberapa hari telah berlalu dengan kesibukkan Adwan. Adwan begitu banyak pesakit yang hendak dirawatnya di hospital. Hampir beberapa hari juga dia terpaksa bermalam di hospital. Tinggallah Aura sendirian merindukan Adwan untuk pulang ke pangkuannya. Alahai bila lah aku pulak yang nak praktikal ni ?
Walaupun hanya beberapa minggu saja lagi untuk tiba masanya Aura pula menjalani praktikalnya namun terasa hari – hari berlalu agak lambat. Hmm dia ingin sekali menjalani praktikalnya bersama Adwan. Nak juga rasanya berada di saat genting merawat pesakit bersama Adwan.
Panggilan yang masuk ke telefon bimbit Aura mula menyentakkan lamunannya dari tadi. Dilihat nama pemanggil yang tertera itu adalah Adwan, pantas saja dia mengangkatnya.
“ Hello awak !” sapa Aura teruja.
“ Assalamualaikum bunga….”kata Adwan di hujung talian.
“ Ehh sorry waalaikumusalam kumbang….”balas Aura setelah dia menyedari yang dirinya terlupa nak bagi salam tadi.
“ Sayang tengah buat apa ? Sihat ke ? Dah makan ?” soal Adwan ambil berat tentang Aura. Rindu benar dia pada si Aura ni. Dah berapa hari tidak bersua muka dengan si bunganya ini.
“ Saya tengah fikirkan awak….alhamdulillah sihat….dah makan dah tapi sikit aje…”balas Aura satu persatu.
“ Kenapa makan sikit ? Pembantu rumah masak tak sedap ke ?” soal Adwan.
“ Bukan tak sedap cuma tak ada selera aje makan sorang – sorang tanpa awak…”kata Aura sedih. Dia rindu nak makan sama – sama dengan Adwan.
“ Ohh hmmm sorry sayang….nanti kita makan sama – sama ehh ?”kata Adwan turut sedih.
“ Okay…awak macam mana ? Sihat ? Mesti penatkan ? Dah makan ke ?” soal Aura pulak.
“ Saya okay..haah penat lah jugak….ermm belum…kejap lagi saya makan….”kata Adwan perlahan agak kedengaran suara penatnya. Ya lah makan pun tak teratur dia dekat sini. Tidur pun tak cukup.
“ Hmm makan tau ! Nanti awak sakit siapa yang nak rawat pesakit dekat sana ?”
“ Ya sayang…saya makan…jangan risau….” Kata Adwan.
“ Hmm okay so awak balik bila ?” soal Aura.
“ Hmm entah maybe lusa kot….”kata Adwan.
“ Lusa ?! Hmm lamanya…..saya rindu lah….”rengek Aura dihujung talian.
“ Hmm haah…alala….sabarlah sayang…lusa tu kejap aje…saya pun rindukan awak…”kata Adwan.
“ Ermmm yelah….”
Tiba – tiba kedengaran suara seorang jururawat memanggil Adwan bahwa ada lah pesakit baru yang masuk dan perlu diperiksa.
“ Okay lah awak…I need to go….nanti saya call lagi…bye….take care Assalamualaikum….”kata Adwan seraya mematikan panggilan.
“ Okay..bye waalaikumusalam take care too….”ucap Aura agak sedih sebab Adwan dah matikan panggilan terlebih dahulu.
Macam ni lah rasanya eh bila Adwan dah sibuk dengan kerja dia ? Hmm ni baru praktikal, nanti kalau dah betul – betul kerja mesti lagi teruk kan ? Alahaiii sabarlah wahai hati ! Kau kena kuat sebab sekarang kau adalah isteri seorang doktor. Aura cuba untuk think positive dan jangan terlampau ikutkan perasaan rindunya itu.
********
Rindu yang tak tertahan ini telah membawa langkah Aura ke tempat praktikal Adwan akhirnya. Ya tak sempat nak tunggu Adwan balik ke rumah esok, Aura pula sendiri yang datang ke hospital bersama bekalan makanan yang telah dia sediakan sendiri. Hahaha dia tak pandai masak sebenarnya, tapi setakat nasi goreng dengan telur mata apa lah sangat kan ? Dia campak – campak aje. Sedap ke tak belakang cerita janji air tangan dia sendiri. Hehehe.
“ Cik Puan tak nak kitaorang temankan ke dalam ke ?” soal Azzam.
“ Tak apa – tak apa….saya okay sendiri….” kata Aura bersemangat.
“ Tapi..hospital UAS ni kan besar cik puan ? Boleh ke cik puan jumpa Tengku ?” soal Azzim pulak.
“ Boleh – boleh..saya tahu lah nak cari suami saya sendiri….dah – dah korang balik dulu ea..nanti kalau saya dah nak balik…saya call. Bye !” kata Aura seraya melambai tangan cara menghalau hahaha. Dia mula berlari masuk ke dalam hospital tersebut.
“ Alahai Cik Puan tu memang obses gila kan dengan Tengku ?”soal Azzam.
“ Nampaknya lah…”balas Azzim mengiyakan kata – kata kembarnya itu.
Hampir setengah jam Aura berjalan – jalan tanpa arah tuju. Hmm mana Adwan ni ? Asal batang hidung dia aku tak nampak langsung ni ? Hmm aku call pun tak angkat – angkat. Aura hanya berkeliling di sekitar kawasan hospital UAS yang agak luas itu.
Hmm boleh sesat wooo ! Tapi memang nampak gayanya aku dah sesat dah pun. Aura tak tanya langsung dekat kaunter pertanyaan ke ? Dah tanya dah dan orang dekat kaunter tu pun cakap doktor Adwa ada dekat bahagian mana entah. Aura punya excited lah last – last dia jalan entah ke mana pastu lupa apa yang orang tu bagitahu tadi. Alahai Aura…Aura…
“ Hmmm ish mana Adwan ni ? Hospital ni pun satu dah kenapa besar sangat entah ?” bebel Aura sendirian.
Seketika Aura mula memasukki bahagian pesakit kanak – kanak. Aura terjenguk – jenguk melihat ke setiap bilik. Hmm mana nak tahu la kan kot – kot Adwa ada merawat dekat situ ke kan ?
Tiba – tiba telefon Aura berbunyi. Aura cepat – cepat ingin mengangkatnya kerana tertera nama Adwan. Namun malang tidak berbau apabila tiba – tiba bateri telefon bimbit Aura boleh pulak habis waktu – waktu macam ni.
“ Ya Allah dah kenapa pulak bateri phone ni nak habis time ni juga” ngomel Aura sendiri.
Seketika Aura masih meneruskan jalannya yang entah ke mana tu. Dia tidak akan mudah berputus asa untuk mencari suaminya. Bekalan nasi goreng masih dipegang erat.
Beberapa minit lepas itu, Aura mula melalui bahagian pesakit – pesakit yang ada gangguan mental. Hahaha sampai ke bahagian ni lah dia punya cari Adwan.
“ Takkan lah Adwan ada dekat sini kot kan ?”ngomel Aura sendiri.
Seketika Aura berselisih dengan seorang lelaki yang berpakaian doktor. Mungkin doktor bahagian sini kot ? Hmm patut tak eh aku tanya dia ? Kot – kot lah dia kenal Adwan dan tahu Adwan dekat mana ke kan ? Aura menoleh mula ingin menyapa doktor tersebut.
“ Ermm maaf doktor….”tegur Aura.
Doktor tersebut mula menoleh. Dia memandang kosong kea rah Aura.
“ Ermm doktor nampak tak doktor Adwan ? Dia dekat mana eh sekarang ?” soal Aura.
Belum sempat doktor tersebut ingin membuka mulut tiba – tiba…..
“ Aura !” teriak seseorang di belakang Aura.
Aura mula menoleh ke belakang.
“ Awak !” kata Aura sambil melambai – lambai teruja kea rah Adwan. Ya akhirnya dia berjumpa juga dengan Adwan.
Adwan mula berlari laju ke arah Aura saat ini. Eh rindu betul ni Adwan dengan Aura kan ? Aura masih tersengeh – sengeh sendiri. Sesampai saja Adwan di hadapan Aura, dia mula menarik Aura masuk ke dalam pelukannya. Aura sedikit tersentak.
Zapppp !
“ Kau ingat kau boleh lari ?” gumam Adwan mendatar.
Aura sedikit terpinga. Kenapa Adwan cakap macam ni ? Bila masa pula aku cakap aku nak lari ?
“ Dia ada dekat sini !” teriak Adwan tiba – tiba lagi.
Beberapa penjaga dan polis mula bergegas ke situ, mereka mula menahan doktor yang ada di belakang Aura saat ini. Dah kenapa pulak ni ?
Adwan mula meleraikan pelukannya. Dia memandang Aura risau.
“ Sayang okay ?” soal Adwan agak cemas.
Dan baru Aura perasan yang tangan Adwan mula mengalir laju darah. Aura agak tergamam. Dia mula menyentuh tangan Adwan yang terluka itu dengan hati yang berdebar – debar.
“ Tangan awak….tangan awak berdarah..”gumam Aura seraya mula terkulai di hadapan Adwan. Ni salah satu kelemahan Aura. Pengsan bila tengok darah hahaha macam mana nak jadi nurse ni adoiii !
“ Aura !” teriak Adwan mula menyambut Aura.
********
Apa yang terjadi sebenarnya ? Macam ni sebenarnya, lelaki yang Aura anggap doktor tadi tu adalah pesakit mental yang hampir saja melarikan diri dan dia telah membuat penyamaran. Waktu Adwan peluk Aura tu sebenarnya, lelaki mental tu cuba nak tikam Aura dengan pisau bedah yang entah dari mana dia dapat tapi nasib baik Adwan cepat menahan. Jadi tikaman itu terkena pada tapak tangan Adwan.
Untung saja tikaman tu tak lah terlalu dalam.
Adwan mula menghulurkan air mineral kepada Aura yang kelihatan masih blur dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah Aura tak pengsan lama mana pun. Seketika mereka berdua mula duduk berdua di taman rekreasi UAS.
“ Tangan awak macam mana ?”soal Aura risau seraya menyentuh balutan tangan Adwan.
“ Its okay..tak teruk pun…jangan risau ea…”kata Adwan.
“ Hmmm nasib baik….kenapa awak peluk saya tadi ? Kalau tak mesti tangan awak takkan luka macam ni…awak tu doktor tahu tak ? Nak guna tangan awak…kalau dah luka macam ni..macam mana awak nak buat kerja nanti ?” bebel Aura.
Sepantas kilat Adwan menyentuh bibir Aura dengan jari telunjuknya. Tanda menyuruh Aura untuk diam.
“ Saya lebih rela terluka daripada tengok awak yang terluka…..tangan boleh sembuh walaupun terluka…tapi kalau saya gagal selamatkan awak tadi ? Awak rasa saya boleh sembuhkan hati saya yang terluka ni ke ?” kata Adwan romantis.
Aura terharu mendengarkan kata – kata Adwan itu. Alahaiii sweetnya….rindu gila nak dengar dia cakap macam ni.
“ Hmm terima kasih…”kata Aura akhirnya.
“ Anything for you dear…”kata Adwan seraya mengusap kecil kepala Aura dengan tangan kirinya disebabkan tangan kanannya yang terluka.
Seketika pandangan mata Adwan mula jatuh pada bekalan yang diusung Aura sejak dari tadi.
“ Benda apa tu ?” soal Adwan.
“ Oh terlupa pulak saya ! Ni bekal untuk awak…saya masak tadi khas untuk awak…”kata Aura seraya membuka penutup bekal tersebut.
“ Awak masak ? Serious lah ?”kata Adwan agak terkejut. Hahahaha yelah mana pernah sejak dia kahwin Aura masakkan untuk dia. First time ni dalam sejarah. Haha.
“ Yelah saya masak……Sini saya suap awak !”kata Aura seraya mencedokkan sedikit nasi goreng dan telur mata lalu disuakan ke mulut Adwan.
Tanpa membuang masa, Adwan membuka mulutnya menerima suapan Aura itu. Adwan mula menikmati nasi goreng tersebut tanpa banyak kata.
Aura masih memerhati setiap kunyahan Adwan itu. Adwan tiada riak.
“ Ermm macam mana ? Sedap tak ?” soal Aura takut – takut.
“ Awak nak saya jujur ke tipu ?” soal Adwan pulak.
“ Mesti lah jujur !”
“ Hmm kalau jujur…saya akan jawab sedap masakkan awak walaupun pertama kali….”
Aura sedikit terkejut. Serious ke sedap ?
“ Kalau tipu ?” soal Aura pulak.
“ Kalau tipu ehh….tetap sedap juga masakkan awak…”kata Adwan.
“ Ishh awak ni tak payah lah nak ambil hati saya…kalau tak sedap cakap aje lah tak sedap….”kata Aura mula muncung sedepa.
Adwan tersengeh kecil.
“ Betul saya jujur dan saya tak tipu…nasi goreng awak sedap….kalau tak percaya awak rasa lah sendiri…..”jujur Adwan. Ya sumpah Adwan tak tipu dan bukan cuba untuk nak ambik hati Aura ke apa tapi nasi goreng Aura memang rasa serba serbi cukup. Mungkin inilah orang cakap air tangan seorang isteri yang ikhlas dari hati untuk sang suami. Semuanya akan menjadi sempurna.
Aura menjeling Adwan tidak percaya akan kata – kata Adwan. Seketika Adwan mendepakan tangannya.
“ Nak apa ?” soal Aura tidak mengerti.
“ Can I get penyuk ( peluk ) ?” soal Adwan mengada – ngada.
Aura sudah tersenyum malu namun dia mula meletakkan bekal makanan terlebih dahulu sebelum mula memeluk Adwan. Akhirnya mereka berpelukan di situ berdua. Alahaiii sweetnya !
“ I miss you so much…..”bisik Adwan.
“ I miss you too Mr. Sweet….”balas Aura.
#Auchhh sweet betul chapter kali ni ya ! Heee kita lupakan sekejap pasal penyakit Adwan dulu ya. Chill2 lah. Keep vote and comment ❤😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro