Bab 30
Sudah tiba saatnya Adwan membawa Aura untuk berpindah ke rumahnya di Aspen. Sampai bila juga dia nak tinggal dengan nendanya kan ? Lagi pula ini juga permintaan nendanya yang inginkan dia hidup berdikari setelah berkahwin ini.
Adwan mula memasukkan kod password pintu utamanya. Aura sudah teruja di belakang.
" Wahh hebat...macam pintu rumah drama korea ! " ucap Aura teruja.
Adwan hanya tersengeh kecil. Seketika mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah. Azzim dan Azzam pulak tengah sibuk bawa masuk barang - barang Adwan dan Aura yang lain..
Melangkah saja masuk ke dalam rumah, Aura sudah seperti rusa masuk kampung. Hahahaha punya tertengok - tengok dia sekeliling. Dia agak teruja melihat dekorasi yang di buat oleh Adwan. Simple tapi cantik.
" Selamat datang Tengku , Cik Puan..." sapa seorang pembantu rumah yang agak asing bagi Aura. Yelah first time jumpa kan ?
" Terima kasih kak G..." kata Adwan.
" Tengku dengan Cik Puan nak makan ke ? Kalau nak makan kak G dah sediakan..." kata kak G .
" Awak lapar ke ? " soal Adwan kepada Aura.
Aura menggeleng kecil.
" Tak apa lah...saya kenyang lagi..."
" Hah tak apa lah kak G...nanti petang sikit kitaorang makan..." kata Adwan.
" Baik Tengku.." kata kak G.
Adwan dan Aura mula melangkah naik ke atas dengan menggunakan lift. Seketika mereka sampai di tingkat 3.
" Kenapa lah awak ni suka sangat duduk tingkat 3 eh ? " soal Aura.
" Saja...nak kan privasi...jauh daripada orang sikit.." kata Adwan seraya meloloskan diri ke dalam biliknya.
" Cehh ! Rumah besar gedabak macam ni pun still nak kan privasi ? " bebel Aura seraya mula masuk juga ke dalam bilik.
Masuk - masuk aje. Aura agak tercengang. Bilik apa lah yang Adwan duduk ni ? Kosong siot ! Ada almari aje ? Katil mana katil ? Malam karang nak tidur mana ?
Adwan mula menyelak sedikit langsir biliknya. Memberikan sinaran matahari masuk. Selepas itu dia mula menoleh ke arah Aura. Kelihatan Aura masih tercengang - cengang di muka pintu.
Adwan sudah tersenyum nakal. Dia mendapatkan satu idea. Hahaha dia nak kenakan Aura lah.
" Kenapa tu tercegat aje dekat situ ? " soal Adwan.
" Hah ? Oh tak lah...serious lah ni bilik awak ? " soal Aura mula mengelilingi sekitar bilik.
" Ya lah bilik saya lah ni...kenapa ? " soal Adwan sengaja.
" Hah ? Mana katil awak ? Asal kosong sangat ? Takkan lah bilik besar - besar macam ni tak ada katil kot ? " kata Aura.
Adwan mengangkat bahu.
" Haah bilik saya tak pakai katil pun....saya kalau balik sini tidur atas lantai aje..." kata Adwan. Dia menahan tawanya. Hahaha dia nak tengok Aura memang betul - betul percaya ke tak dan boleh tak dia terima kalau tak ada katil.
' Serious lah awak ?! " teriak Aura.
Adwan mengangguk. Wajah masih berlagak tenang.
" Ish - ish sengket betul lah anak raja ni...rumah punya mewah....besar bukan ke main...tapi nak beli sebiji katil pun tak mampu..." kutuk Aura di dalam hati hahahaha jahat bebenor yaa kau Aura kutuk suami sendiri. Nak kena cop isteri derhaka ke ?
" Tak apa kan ? Kita tidur atas lantai aje malam ni ? " soal Adwan.
Aura terdiam seketika. Dia merenung Adwan. Seketika Adwan mula mendekati Aura. Dia menarik pinggang Aura merapati tubuhnya.
" Kenapa ? Tak sudi ke tidur dengan saya atas lantai ? " soal Adwan mendatar. Hmmm Aura tak boleh ke terima kekurangnnya andai dirinya tidak lah sekaya mana ? Bukan memiliki status sebagai kerabat diraja ?
" Siapa cakap saya tak sudi ? " kata Aura sambil membalas rangkulan Adwan.
Adwan sedikit terpinga.
" Saya tak kesah lah tidur dekat mana sekali pun atas lantai ke even bawah jambatan sekalipun...yang penting awak ada dekat sisi saya..." kata Aura jujur. Dia tersenyum lebar kepada Adwan.
Adwan akhirnya tersenyum manis juga. Ya Allah...aku memang tak salah buat pilihan. Aura memang isteri yang terbaik. Menerima segala keadaan aku !
" Love you..." ucap Adwan seraya mencium ubun - ubun Aura.
*********
Adwan mula mengambil tempat duduk di hadapan satu papan lukisan yang kosong. Dia merenung papan lukisan tersebut. Alahaii rindunya dia nak melukis. Hmm tak sempat dia nak melukis sejak balik daripada UK. Sekarang dia dah tinggalkan dekat Aspen ni boleh lah dia melukis semula tanpa sebarang gangguan.
Ya Adwan juga memiliki bakat melukis. Dia ada bakat ni dari zaman sekolah lagi. Seketika dia mulai mencapai beberapa alat melukis. Dia mula melakar sesuatu. Dia dah idea nak lukis apa. Lukisan ni dia akan hadiahkan buat Aura bila dah siap nanti.
Bilik lukisan yang dibuat Adwan ni agak tersembunyi. Tak ramai pun tahu keberadaan bilik tersebut melainkan dirinya dan si kembar bodyguardnya.Kenapa dia perlu merahsiakan bilik lukisan ini ? Hmm ada sesuatu yang membuatkan Adwan tidak mampu mengasah bakatnya kalau yang satu ini jika ramai yang tahu.
Baru Adwan melakar sedikit lukisannya tiba - tiba kedengaran bunyi pintu bilik yang didiaminya terbuka.
Adwan tersentak ! Ehh siapa pula yang masuk ke sini ? Mana dia tahu cara nak buka pintu bilik ni ?
Tiba - tiba kelihatan seseorang menapak masuk. Masuk aje orang tu Adwan agak terkejut.
" Oh awak ada dekat sini rupanya ! " kata Aura.
" Aura ? "
Ya orang yang berjaya menemui bilik itu adalah isteri Adwan sendiri, si Aura ni hahahaha.
" Mana awak tahu saya ada dekat sini ? Mana awak jumpa bilik ni ? " soal Adwan seraya mula bangun dan mendekati Aura.
Aura menggaru belakang kepalanya. Dia tersengeh sendiri. Hahaha tak sebenarnya macam ni. Tadi Aura tak sengaja ternampak Adwan masuk dalam bilik bacaan. Aura pun follow lah senyap - senyap...tapi bila dia masuk aje dalam bilik bacaan tadi, dia agak terkejut juga lah tengok Adwan tak ada pulak ? Habis yang dia nampak tadi takkan hantu pulak kan ? .
Jadi Aura tak menyerah kalah. Dia yakin dengan apa yang dia nampak. Mesti Adwan ada dalam bilik mana - mana yang masih ada dalam bilik bacaan. Aura punya lah duk belek satu bilik ni cari mana pintu tu. Akhirnya dia ternampak satu suis yang agak pelik di sekitar rak buku. Dia pun tekan lah tunggu apa lagi kan ? Hahaha tengok - tengok betul Adwan ada dalam bilik ni.
" Awak ingat awak boleh menyorok ( sembunyi ) daripada saya ke hah ? Hamboiii buat bilik rahsia tak nak bagitahu ea ! " kata Aura sambil bercekak pinggang.
Adwan pula yang terdiam. Alamakk dah kantoi sudah !
Seketika Aura mula keliling melihat bilik lukisan tersebut. Ada beberapa lukisan yang sudah siap dilukis. Semua ni Adwan yang lukis ? Serious lah ? Berbakat gila dia melukis tapi aku tak pernah tengok dia lukis pun sebelum ni even zaman sekolah dulu pun ?
Adwan masih diamkan diri dan hanya perhatikan tindak tanduk Aura itu.
" Awak yang lukis semua ni ke ? Berbakat juga awak melukis ea ? " soal Aura mula memandang Adwan.
" Hmmm ya saya memang pandai melukis...." jawab Adwan akhirnya.
" Tapi kenapa saya tak pernah nampak awak melukis pun sebelum ni dekat rumah nenda ? " soal Aura lagi ingin tahu.
Adwan terdiam.
Tiba - tiba Aura mula terpandangkan sebuah lukisan yang agak menarik tapi lukisan itu hanya separuh manakala separuh lagi sudah kehangusan macam terbakar.
" Kenapa dengan lukisan ni ? Macam kena bakar aje ? " soal Aura.
" Awak sudah lah tu...awak ni tanya macam - macam dah macam polis pencen..." kata Adwan mula memintas kata - kata Aura.
Aura menjeling.
" Kenapa awak kena lukis sembunyi - sembunyi macam ni ? Cuba bagitahu saya..Saya curious gila ni ! " kata Aura mula melangkah mendekati Adwan.
Adwan menghembus nafas berat.
" Hmmm panjang ceritanya...nanti lah saya cerita....dah jom keluar dari sini....saya lapar lah....kita pergi makan jom.."kata Adwan seraya menarik tangan Aura.
Akhirnya Aura hanya membuntuti langkah Adwan saja meninggalkan ruang tersebut.
*********
Malam sudah mula menjelma. Hari ni adalah hari pertama untuk Adwan dan Aura tidur bersama di Aspen. Betul ke diaorang tidur atas lantai ni ? Haah. Adwan masih saja berlakon yang bilik dia ni memang tak ada katil langsung. Hahaha Adwan ni kalau nak kenakan Aura no 1.
Seketika mereka mula berbaring di atas toto yang sudah terhampar.
" Ermm sorry malam ni kita tidur macam ni pulak.." kata Adwan acah - acah sedih. Hahahaha.
Seketika Aura mula memeluk Adwan.
" Kenapa pulak sorry...its okay lah...tidur macam ni lah best...kalau sejuk boleh peluk awak...hahaha " kata Aura sambil memeluk erat tubuh Adwan. Gatalnyaa si Aura ni ya !
Adwan hanya tersenyum kecil. Alahaiii comel betul isteri aku ni enn ?
" Hmmm awak...boleh saya tanya something ? " soal Adwan perlahan.
" Tanya apa ? " soal Aura polos.
" Andai kata awak ditakdirkan dalam masa 100 hari lagi yang awak akan mati....apa yang awak nak buat sangat untuk hari - hari awak yang tersisa ? " soal Adwan tiba - tiba.
Aura sedikit tersentak. Kenapa dengan Adwan ni ? Sejak akhir - akhir ni isu kematian juga yang selalu jadi bualannya ?
" Kenapa soalan awak macam tu ? Awak dah nak mati ke apa ? Awak jangan Adwan ! " kata Aura mula memukul - mukul kecil dada Adwan.
" Aduhhh...aduhh...hahaha jangan lah pukul saya awak ni....saya tanya aje...untuk kawan saya..." bohong Adwan.
" Hmmmm hah ? Kawan ? Siapa ? Kawan kita ada yang sakit ke ? " soal Aura lurus bin bendul.
" Hahah tak ada lah...bukan kawan sekolah kita pun...ada lah kawan saya yang satu tu...dia sakit dan hmm mungkin tak dapat nak diselamatkan...." kata Adwan mendatar. Dia sebenarnya sedang menggambarkan dirinya sendiri.
" Ohh sakit apa kawan awak tu ? " soal Aura mula tertarik dengan cerita Adwan.
" Hmm kanser glioblastoma..."
" Ohhh hmm kesiannya dia...."
" So macam mana ? Awak tak jawab lagi soalan saya...Apa awak nak buat sebelum mati kalau awak dekat tempat dia ? " soal Adwan.
" Hmmm kalau saya kan...saya nak minta maaf dekat semua orang....saya nak maafkan juga semua orang yang pernah buat salah dekat saya...lepas tu kalau boleh saya nak habiskan masa saya dengan orang - orang yang saya sayang....dan lepastu saya akan banggakan mama dengan papa saya dulu sebelum saya pergi buat selama - lamanya...." kata Aura menyuarakan pendapatnya.
" Ohhh macam tu okay - okay....thanks bagi pendapat...." kata Adwan seraya mencium dahi Aura.
Beberapa minit selepas itu, Aura mula tertidur di samping Adwan. Adwan pula yang masih berjaga.
" Hmmm saya minta maaf bunga..." ucap Adwan perlahan sambil air matanya menitis tanpa pengetahuan Aura malam itu. Entah kenapa dia tiba - tiba rasa sebak sangat lepas berbual dengan Aura soal penyakitnya itu. Sesungguhnya dia terbeban sangat bila kena tanggung sorang - sorang macam ni namun apakan daya dirinya masih tak sanggup nak biarkan orang sekelilingnya turut merasakan kesedihan yang dia rasakan.
#Hmmmmm pity boy Adwan 😪 Keep vote and comment ya ! ❤😚
Epilog.
Adwan baru saja balik daripada sekolahnya. Baru saja kereta yang membawa Adwan masuk ke perkarangan rumah nendanya, Adwan melihat figura Huzairie bersama beberapa pembantu di halaman rumah nenda. Ehh ? Bila ayahnda sampai ke sini dan....dia buat apa berkumpul dengan pembantu rumah dekat situ?
Seketika Adwan mula keluar daripada kereta dan mula mendekati ayahndanya.
Sepertinya Huzairie sedang ingin membakar sesuatu dan sesuatu itu benar benar menyentakkan hati Adwan.
" Ayahnda buat apa ni ? " soal Adwan terkejut.
Huzairie mula menoleh.
" Oh kamu dah balik ? " soal Huzairie sinis.
Apa yang nak dibakarnya Huzairie itu ?
" Kenapa ayahnda nak bakar semua lukisan - lukisan Adwan tu ? " soal Adwan.
Ya Huzairie hendak membakar semua lukisan - lukisan hasil tangan Adwan. Penat - penat Adwan lukis cantik - cantik tiba - tiba hari ni ayahndanya nak bakar macam tu aje ?
" Ni yang kamu cakap lukisan kamu ? Heh sampah ! Kenapa kamu degil sangat hah Adwan ?! Ayahnda dah pernah melarang kamu kan untuk jangan buang masa dengan lukisan - lukisan sampah ni ! Kamu tetap diam - diam melukis di belakang ayahnda ya ?! " teriak Huzairie.
Adwan menggeleng. Kenapa ayahndanya kejam sangat ? Salah ke kalau aku suka melukis ? Salah ke aku ada bakat melukis.
" Sudah ayahnda kena bakar semua ni ! " kata Huzairie seraya meyalakan api menggunakan pemetik api.
" Jangan ayahnda tolong lah ! " teriak Adwan mula menahan tindakan Huzairie itu.
Dengan serta merta Huzairie mula menepis Adwan sehingga dia jatuh terduduk.
" Kamu dengar sini ! Mulai hari ni, ayahnda tak nak kamu melukis lagi ! Kalau kamu buat lagi, jangan harap lepas ni bonda dengan ayahnda akan melawat kamu dekat sini lagi ! " kata Huzairie seraya mula beredar dari situ bersama pembantu - pembantu yang lain.
Adwan terduduk sedih sendirian di situ sambil melihat lukisan - lukisannya yang semakin dijilat api. Lukisan lain Adwan tak kesah sangat tapi lukisan yang betul - betul merobek hati Adwan adalah lukisan gambaran ahli keluarganya yang dia hasilkan sendiri dengan tangannya selama hampir seminggu baru nak siap.
Tanpa memikirkan keselematannya, Adwan terus cuba menarik salah satu lukisan tersebut yang merupakan gambaran keluarganya itu. Hampir separuh sudah terbakar hangus dan hanya tinggal separuh aje yang selamat.
Adwan menepuk - nepuk kecil lukisan tersebut lalu dipeluk eratnya sambil menangis teresak - esak. Kenapa ayahnda selalu sebegini rupa dengan aku ? Kekadang tu membuatkan aku merasa apakah aku bukan anak kerabat diraja Tengku Ilham Huzairie ? Apakah aku tak selayaknya dianggap sebegitu ? Mana hak istimewannya aku sebagai keturunan diraja sebagaimana yang dirasai abang - abang dan kakak aku ?
TBC ✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro