Bab 3
Bola dilantun - lantun sambil diatur pegerakkannya menuju ke arah tiang goal untuk dijaringkan. Diulang pergerakkan tersebut beberapa kali sehingga timbul perasaan puas hati dengan latihannya petang itu.
Itu lah rutin harian Tengku Adwan. Sebelum pulang ke rumah, dia akan membuat latihan seorang diri terlebih dahulu. Lagi pula game basketballnya hanya tinggal dua minggu saja lagi.
Tengku Adwan Haider, merupakan ketua pasukan bola keranjang Smk Tengku Putra. Team basketball Smk Tengku Putra memang agak famous disebabkan diaorang sering menjadi Juara setiap kali ada game tak kira peringkat apa sekalipun.
Seketika Adwan mula menghampiri tembok di bawah pohon rendang yang berdekatan. Dia menyelongkar beg sandangnya mencari bekas air. Haus betul dia ketika itu.
" Haish.." gumam Adwan sendiri.
Kenapa ?
Airnya dah habis. Tak perasan pulak dia tadi. Rasanya ada banyak tadi dan aku tak ada lah minum sangat hari ni. Dah lah haus sekarang ni.
Adwan mengelap sedikit peluh di dahinya. Puas hatinya dengan latihan dia sendiri. Sebagai kapten team dia kena persiapkan dirinya terlebih dahulu.
Seketika Adwan menyandarkan tubuh pada pohon di belakangnya. Dia memejamkan matanya sekejap apabila angin sepoi - sepoi bahasa mula memainkan peranan.
Hm nyaman rasanya.
Namun pejaman mata Adwan sedikit terganggu apabila dia terdengar akan beberapa derapan tapak kasut seseorang.
Mata dibuka perlahan.
Hmm seperti dijangka. Dah tahu dah siapa yang akan muncul di hadapannya tiap kali dia latihan basketball petang - petang dekat sini.
Adwan mengangkat kecil keningnya sebagai tanda " Nak Apa ? "
" Nah...awak mesti haus kan ? " kata Aura menghulurkan satu botol air mineral kepada Adwan.
Adwan hanya memandang kosong ke arah botol air mineral tersebut. Haish dia ni kan....tak pernah give up nak dekat dengan aku.
" Cepat la awak ambil air ni...tangan saya dah lenguh ni..." desak Aura. Saja dia buat alasan supaya Adwan cepat - cepat ambil botol air mineral tersebut.
Adwan mendengus kecil namun disambutnya juga air tersebut. Kebetulan dia memang haus gila sekarang so tak ada pilihanlah.
Dibuka perlahan penutup botol lalu diteguk oleh Adwan air tersebut.
Aura sudah tersenyum lebar sendiri sambil asyik melihat halkum Adwan yang bergerak - gerak apabila sedang meneguk air tersebut. Wehhh cair !
Terasa diperhatikan, Adwan mula berhenti minum. Dia melirih ke arah jam tangannya sebelum merenung ke arah Aura.
" Asal tak balik lagi ? " soal Adwan mendatar.
" Ermm...err...ada kelas tambahan.." bohong Aura.
Dahi Adwan berkerut. Nak menipu pun agak - agak lah dia ni.
" Hmm jangan nak merepek boleh tak ? Hari ni semua kelas tambahan cancle lah.." kata Adwan seraya mengemas beg sandangnya. Dia juga ingin beransur balik.
Aura mengetap bibirnya sedikit apabila alasannya mula kantoi. HAHAHA.
" Errr....ya eh ? Hahaha " ketawa hambar Aura menutupi rasa malunya.
" Dah lah...kau pergi balik lah.." kata Adwan seraya bangun lalu melintasi Aura.
Aura mencebik. Dia halau aku ? Ingatkan nak ajak aku balik sekali ke apa tadi. Hahaha mimpi kau !
Seketika Aura terus menoleh ke belakang tanpa dipinta.
Bukkk !
Dia melanggar bidang dada Adwan yang masa itu juga mula menoleh semula ke arah Aura.
Aura terundur ke belakang dan hilang imbangan. Hampir saja dia hendak terjatuh namun pantas saja Adwan mencapai pergelangan tangan Aura yang berlapik.
Tersentak dibuatnya Aura dengan tindakan Adwan itu. Ingatkan dirinya nak dibiarkan jatuh begitu saja.
Mereka saling bertatapan mata buat beberapa saat dan....
" Ya Allah Nur Aura Qismina ! " nama Aura diteriak.
Aura kembali ke dunia nyata. Dia mula dapat menangkap bau yang tidak menyenangkan. Terbuntang mata dibuatnya apabila dia mendapati ikan goreng di dalam kuali di hadapannya sudah berubah warna menjadi hitam. Dalam erti kata lain dah HANGIT woii !
Telinga ditarik kuat oleh si mama.
" Kamu berangan apa ni Aura ? Mama suruh kamu tengok ikan goreng ni sekejap aje dah jadi hitam macam ni ? " bebel mama. Api ditutup seketika.
" Auwww sakit mama ! Sorry lah maa.." jawab Aura. Hah ! Ni la makannya. Kena tarik telinga kan ? Padan muka kau. Siapa suruh duk berangan throwback kenangan lama ?
*****
Renggangan badan dibuat seketika oleh Adwan di halaman rumah nendanya. Udara pagi itu amat menyegarkan dirinya. Dah lama tak hirup udara Malaysia rasanya.
Rasa macam nak jogging sikit tadi tapi ermmm tak apa lah. Malas pulak rasa nak berpeluh - peluh.
Adwan mula bergerak duduk di teratak nendanya. Dia melabuhkan seketika punggungnya di situ. Dia mula mengeluarkan Iphone 12 pro max nya. Kepala dilentok sedikit pada tiang teratak.
Seketika aplikasi Whatsapp dibukanya. Ada beberapa chatt yang menarik perhatian Adwan. Satu daripada group kawan - kawanya dan satu lagi group Tengku's Sibling..
Tengku's Sibling ✨
Kak Maiera - Wawan....balik M'sia ke ?
Abg Adwa - Kau blik M'sia dik Wan ? Tak bgithu abg Wa pun ?
Abg Adam - Haah. Dia blik M'sia kelmarin... dia balik senyap2.
Abg Adwa - Serious ah ? Kau ni mmg berani mati lah dik Wan....🤪 ayahnda tk murka ke ? 🤧
Abg Adam - Gila tak murka ? Memang kena ceramah lah tu dia...
Adwan hanya mendiamkan diri saja..Sikit pun dia tak reply apa yang abang - abang dan kakaknya tanya. Tengok lah belum sempat dia cakap apa - apa pun, abang Adam dah tolong jawabkan. Dia tahu ayahnda mesti dah bagitahu dekat abang Adam. Maklumlah anak kesayangan ayahnda kan ?
Adwan mula keluar daripada ruang sembang tersebut. Dia mula masuk ke ruang sembang kawan - kawannya pulak.
Handsome Boys 😎✨
Adeeb - What up bro Adwan ? Ko dh smpai M'sia ke ?
Fajar - What ? Adwan blik M'sia ? Serious ahh ? Bkn lama lgi ke dia nk hbis study kt UK ?
Muqreez - Ish kau Fajar...slow lah ! Kan Adwan dh gtau minggu lps yg dia nk blik M'sia minggu ni...
Adwan tersenyum kecil membaca chatt daripada kawan - kawan baiknya itu. Seketika dia menaip sesuatu..Setelah dipastikan siap menaip dia mula tekan butang sent !
Adwan - Haah aku dh smpai M'sia. Rindu korang. Jumpa jom ?
" Amboi...mesej siapa tu ? Girlfriend ke ? " tegur seseorang.
Adwan memandang ke arah empunya suara.
" Girlfriend ? Mana ada lah..." kata Adwan.
Seketika Permaisuri Laila mengambil tempat duduk di sebelah Adwan.
" Alahh..kalau girlfriend pun apa salahnya..." kata Permaisuri Laila.
Adwan hanya menggeleng kecil.
" Nenda buat apa dekat sini ? Nenda sepatutnya rehat dekat dalam..." kata Adwan.
" Sengaja nenda keluar...nak ambil angin pagi juga...lagi pun tengok kamu sorang - sorang dekat sini..tu yang nenda ingat nak teman.." kata Permaisuri Laila.
" Yalah nenda..."
Adwan mula memandang ke hadapan melihat keindahan halaman rumah nendanya.
" Adwan....cucu nenda okay ke ? " soal Permaisuri Laila.
Adwan sedikit terdiam. Namun selepas itu dia menoleh ke arah Permaisuri Laila dengan senyuman manisnya.
" Mestilah okay..." jawab Adwan tenang.
Permaisuri Laila merenung Adwan. Inilah satu sifat cucu kesayanganya. Pandai simpan perasaan. Dia sedih ke dia marah ke apa, dia akan tutup dengan senyuman manisnya itu.
" Nenda tahu kamu tak okay..."
Senyuman Adwan sedikit kendur.
" Sebenarnya nenda pun tertanya - tanya kenapa tiba - tiba kamu gagalkan pelajaran kamu di UK dan balik ke Malaysia ? " kata Permaisuri Laila.
Adwan mula memandang ke hadapan semula.
" Hm Adwan...saja aje gagalkan pelajaran dekat sana..sebab tu aje satu - satunya cara yang boleh buat Adwan balik Malaysia dengan kadar segera nenda..." luah Adwan.
" Kenapa kamu kena buat macam ni Adwan ? Kamu tahukan semua ni akan buat ayahnda kamu murka ? " soal Permaisuri Laila lagi.
" Adwan rindu...Adwan rindu Malaysia...Adwan rindukan kaum kerabat Adwan dekat Malaysia..Adwan nak dekat dengan diaorang...salah ke nenda apa yang Adwan cuba buat ni ? " kata Adwan seraya memandang sayu ke arah nendanya.
Permaisuri Laila terdiam mendengar kata - kata Adwan yang kedengaran agak sayu. Menyentuh sedikit hati kecil Permaisuri Laila.
" Lagipun...Adwan sunyi lah nenda tinggal dekat UK..Adwan tak berapa suka juga dengan budaya dekat sana...tak sama dengan tempat asal lahirnya Adwan...." kata Adwan lagi.
" Hmm yelah...buat la apa yang kamu rasa betul Adwan..nenda akan selalu sokong kamu.." kata Permaisuri Laila seraya menepuk perlahan bahu cucundanya itu.
Adwan mempamerkan senyumannya semula apabila dia mendengar kata - kata nendanya itu.
****
Dah lama rasanya tak keluar tengok wayang nih ! Nasib baik hari ni Iries cuti daripada kerja part timenya. Boleh la ajak dia tengok wayang. Dia aje lah satu - satunya kawan baik yang aku ada. Kawan baik yang setia daripada sekolah menengah sampai lah sekarang. In shaa Allah sampai ke tua nanti hahaha.
See ? Kawan aku boleh cari kerja part time tapi aku ni ? Hmmm jadi penganggur terhormat dekat rumah tu.
Aura melirih ke arah jam tangannya. Haish mana si Iries ni ? Lamanya nak sampai pun ! Aku rasa aku dah nak dekat setengah jam dah ni tunggu dekat depan pintu masuk IOI mall. Lama - lama dah macam pak guard dah aku dekat sini.
Aura sedikit berdehem. Hmm haus lah pulak tunggu si Iries ni. Better aku masuk dalam dulu cari air ke apa en ?
Seketika Aura mula melangkah masuk. Ditawafnya satu mall di bahagian bawah terlebih dahulu mencari air untuk dibelinya.
Kakinya dibawa menuju ke arah store Tealive yang kelihatan begitu menarik saat itu. Dah haus sangat ni.
Sampai di hadapan kaunter order. Aura sedikit terpinga. Dia jadi rambang mata pula nak order. Hmm nak order air apa ehh ? Semua nampak sedap aduhmakk ! Order semua boleh ? Hahahah kau ingat kau anak owner Tealive ke hape Aura ?
" Ya Cik..Cik nak order apa ? " soal pekerja Tealive.
" Ermmm jap eh..." kata Aura masih berfikir dan mendongak melihat menu yang tertera di atas.
Dalam dia tak sedar, disebabkan terlalu lama memikirkan air apa yang hendak dibelinya , di belakang sudah beratur hampir sepuluh orang pelanggan..
" Hoii cepat lah order ! Nak order pun lembap ke ? " teriak pelanggan yang lain di belakang.
Aura sedikit tersentak ! Dia toleh sekilas ke belakang. Fulamak ! Panjangnya orang beratur belakang aku. Seingat aku tadi aku sorang aje beratur sini...
" Cik..Cik nak order apa ? Boleh pilih sekarang tak ? Ramai lagi orang yang nak beli..." kata pekerja tersebut.
" Errr...errr saya nak..." kata Aura tergagap. Mulalah dia nak gelabah biawak dekat sini !
" Cepat lah woii order ! " teriak pelanggan di belakang lagi.
" Ermmm tak apa lah...tak jadi lah...sorry..." kata Aura seraya mula berlalu.
Kedengaran bunyi " buuuu ! " diberikan kepada Aura. Aura hanya mengetap giginya kejap. Malunya kena " buu ! " dekat publik. Hmmm dah lah air pun tak dapat.
Aura mula melangkah longlai. Dia duduk di kerusi yang disediakan berdekatan. Hmm mana Iries ni. Huwaaa aku dahaga ni ! Nak pergi food court mesti ramai orang jugak.
Dia melirih ke beberapa store air lain seperti coolblog, wakaka dan sebagainya. Ramai orang jugak. Hmmm.
Aura menunduk sedih memandang lantai mall. Kenapa lah malang sangat aku hari ni ? Seketika telefon Aura berbunyi. Ada panggilan masuk. Dia segera mengangkat.
" Hello ? Iries kau kat mana wehh ? " soal Aura.
" Ermm...sorry...Aura...aku tak dapat datang lah...aku ada hal...mama aku ajak teman dia pergi beli barang lah...next time ea kita tengok wayang..." kata Iries di hujung talian.
" Ermmm tak apa lah...next time pun next time lah...bye take care tau...kirim salam dekat mama kau..." kata Aura.
Seketika panggilan dimatikan. Huwaaa nak tengok wayang pun tak ada partner pulak ! Balik ahh macam ni ! Aku minum air dekat rumah aje lah.
Laura mula mengangkat punggungnya dan ingin melangkah pergi. Dia berjalan longlai seperti tiada semangat saja sambil menunduk memadang lantai. Tak pandang depan langsung !
Bukkk !
Aura terlanggar bahu seseorang. Dia mula hilang imbangan dan macam biasa lah mesti nak jatuh enn ?
" Ehhhh.." ujar Aura yang hampir jatuh itu.
Zappp !
Pergelangan tangannya yang berlapik ditarik orang yang dilanggarnya tadi.
Aura tersentak ! Dia mendongak akhirnya memandang si gerangan yang menarik tangannya itu. Orang itu lelaki dan kalau tak silap macam mat saleh hari tu aje ?
Dia menatap anak mata si mat saleh itu sebab kali ni dia tak pakai kaca mata hitam. Cuma face mask aje dia pakai.
Mata grey bhaiii ! Ori ke tu ? Hahahaha.
" Adwan ? Kau buat apa tu ? " soal Adeeb yang tiba - tiba muncul di situ.
Terus Adwan terlepas tangan Aura dan apa lagi ?
Bukkk !
Jatuh juga akhirnya Aura di atas lantai mall. Macam nangka busuk !
" Aduhhh...sakit punggung aku.." desis hati Aura.
Adeeb merenung seketika ke arah perempuan tersebut. Macam dia kenal aje ?
" Ehhh Aura ? Budak kelas hujung SMK Tengku Putra kan ? " tegur Adeeb.
Aura lantas menoleh ke arah Adeeb. Dia melihat Adeeb atas bawah atas bawah...
" Adeeb ? Ehh jap...Ad..Adwan ? " gumam Aura kecil lantas dia mendongak pulak ke arah Adwan yang sedang berdiri terpacak dekat dirinya.
Adwan hanya merenung Aura seperti dulu. Wajah tenang yang sering dia pamerkan tanpa secalit senyuman pun. Namun wajah itu yang sering menjadi pujaan hati Nur Aura Qismina.
#Ommo2 ! Hahahahah comel aje perangai si Aura ni kan ? Macam2 yang dah jadi. Nak tahu apa yang akan jadi bila dia dh jumpa balik dengan pujaan hati si Tengku Adwan ? Stay tuned ya ! Ehek ! Keep vote and comment 😘💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro