Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26


Jam menunjukkan pukul enam petang. Raymond membawa langkahnya masuk ke sebuah tempat bertinju private. Bukan tempat bertinju yang biasa – biasa ni. Hmm dia sendiri tidak habis fikir kenapa tiba – tiba dia mendapat panggilan untuk ke sini ? Dah kenapa ? Nak ajak bertinju pulak ?

Sepanjang perjalanan masuk ke dalam tempat tersebut. Sunyi saja. Semua tempat tu kosong. Mungkin sudah ditempah barangkali. Raymond mula melangkah dengan perasaan yang agak berdebar – debar jugak. Hmm asal lah dalam banyak – banyak tempat nak jumpa pun dekat sini juga?

Kelihatan seseorang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh berdekatan  gelanggang tinju di situ. Dia memandang tenang ke arah Raymond saat itu.

“ Asal kau ajak aku jumpa dekat sini ?” soal Raymond berlagak tenang juga padahal dalam hati dah kecut bhaiii.

Sekelip mata , sepasang sarung tangan untuk bertinju dilempar oleh orang itu kepada Raymond. Raymond sedikit terpinga. Hah ? Dia betul – betul nak ajak aku bertinju ni ?






Aura hanya termenung seorang diri di teratak nenda. Dia masih menantikan kepulangan Adwan. Jam di telefon bimbitnya sudah menunjukkan pukul 10 malam namun Adwan masih belum – belum pulang lagi. Call yang Aura buat pun tiada satu dijawabnya. Hmm Adwan pergi mana ? Study apa sampai malam – malam macam ni ? Hmm dah tu, hanya Azzam yang pergi patah balik ambik dia. Azzim hanya diarahkan untuk jaga aku dekat rumah ni ? Pelik betul. Tak pernah – pernah Adwan buat macam ni.

Seketika kelihatan kereta yang dipandu Azzam  mula memasukki ke perkarangan rumah besar Permaisuri Laila. Aura mula bangun dari duduknya. Dijenguk – jenguknya, nak tengok Adwa nada tak ?

Kereta yang dipandu Azzam berhenti seketika berdekatan dengan teratak nenda. Beberapa saat selepas itu, kelihatan Adwan mula turun daripada kereta. Selepas itu Azzam mula memandu semula untuk dipakirkan kereta tersebut. Tinggallah Adwan di situ yang mula mendekati Aura. Aura hanya menanti di teratak.

“ Bunga buat apa dekat sini ?” soal Adwan apabila dia mula berada dekat dengan Aura.

“ Saya tunggu awak balik lah…kenapa lama sangat ? Kenapa saya call tak jawab ? Awak tahu tak saya risaukan awak macam orang gila lagi ! ” soal Aura mula memarahi Adwan. Dia risau gila tahu tak ?

“ Ermm sorry lah….saya leka sangat study dengan kawan – kawan U tadi…pastu tersilent phone pulak…lagi pulak ada task yang kitaorang kena siapkan…sorry ea sayang…”kata Adwan lembut aje walaupun Aura dah mula melenting.

Aura memasamkan wajahnya. Matanya juga sudah mula berkaca. Entah kenapa dia rasa nak nangis pulak. Pastu dengan cuaca malam ni yang agak sejuk pulak hmmm memang buat emosi terganggu betul lah.

Seketika Adwan meleraikan jaket yang dipakainya ketika itu. Dia mula menyarungkan jaket tersebut pada tubuh Aura. Dia tahu Aura sejuk. Selepas itu dia mula memaut bahu Aura.

“ Dah lah jom kita masuk…sejuk ni…..saya dah balik kan ? Jangan lah risau lagi…” kata Adwan mula melangkah sambil memaut bahu Aura.

Aura mengangguk kecil seraya hanya akur mengikuti langkah Adwan.

******

Aura sudah selamat tertidur di atas katil. Hanya Adwan yang masih berjaga. Dia baru selesai mandi apa semua. Adwan mula mendekati meja solek. Dibelek wajahnya di hadapan cermin. Nasib baik tak ada apa – apa. Nasib aku dah bagi syarat awal – awal.

Setelah itu dia mula menyelak sedikit baju yang dipakainya. Diangkat sehingga paras perut. Kelihatan ada beberapa kesan lebam. Hmm tak apa lah lebam pun yang penting berbaloi. Eh benda apa yang berlaku ni ? Ada kena mengena dengan bertinju tadi ke ?

Seketika Adwan menurunkan bajunya lalu ditoleh memandang ke arah Aura yang sedang nyenyak tidur itu. Dia mula melangkah mendekati Aura akhirnya. Dia mengambil tempat tidur disebelah Aura. Dia mengiring mengadap wajah Aura ketika itu. Adwan mula mengamati setiap inci wajah Aura itu.

“ Saya tahu awak sayangkan saya dan takkan berpaling daripada saya…Saya pun sayangkan awak sangat – sangat Aura…dan in shaa Allah saya akan pertahankan awak dengan apa cara sekali pun….”ucap Adwan perlahan.

Mata Adwan makin memberat dan akhirnya dia juga mula tertidur di samping Aura. Dia letih sangat kot sebab macam – macam yang berlaku dalam satu hari ni.


Keesokan harinya Adwan dan Aura masuk ke kelas masing – masing seperti biasa. Namun ada sesuatu yang aneh sedikit bila Aura masuk ke kelasnya. Ahli groupnya berkurangan.  Raymond sudah tiada lagi dan agak mengejutnya lagi apabila dia menerima khabar daripada Azzalea iaitu sepupu kepada Raymond bahawa Raymond berhenti study secara tiba – tiba dan akan berangkat ke luar negara.

“ Pelik dhoo dengan Raymond kan ? Asal tiba – tiba berhenti ? Dah separuh jalan kot ?”kata Merry mula bergosip.

“ Hmm itu lah…nak kata dia tak minat course ni dia sendiri yang pernah cakap memang cita – cita dia nak jadi nurse lelaki kan ?”kata Sally pulak menambah perasa.

Aura hanya mendiamkan diri saja. Hmm dia tahu kenapa Raymond tiba – tiba boleh berhenti macam ni. Ni mesti ada kaitan dengan hal semalam. Hmm tapi kenapa secepat ni ? Takkan Raymond semudah tu kot berhenti ?

“ Entah lah wehh aku yang sepupu dia sendiri ni pun masih tak faham…tiba - tiba aje  aku dapat berita daripada mama dia yang dia nak berhenti dan dah tak berminat study dekat sini. Dah tu tiba – tiba dia nak stay luar negara pulak tu…pelik betul…”jelas Azzalea juga tidak tahu menahu sama sekali.

“ Hah kau Aura ? Asal diam ? Kau ada tahu apa - apa pasal Raymond ni tak ? Kau kan rapat juga dengan dia sejak akhir – akhir ni ? Takkan dia tak ada story apa – apa dengan kau ?” soal Sally tiba – tiba.

Glurppp !

Aura tertelan liur sendiri. Ermmm aku nak cakap apa ni ? Takkan aku  nak cakap pasal yang Raymond ada confess soal perasaan dia dekat aku kot ? No ! Sesiapa pun tak boleh tahu pasal ni. Aku kena rahsia kan kalau tak boleh jadi masalah besar.

“ Hoiii Cik Aura…kau termenung apa tu ?” sergah Merry pulak.

“ Hah ? Ehh tak ada lah….Raymond tak ada cerita apa pulak dengan aku….Aku pun terkejut juga bila dapat tahu yang dia tiba – tiba berhenti macam ni..”kata Aura.

Terangguk kawan – kawan Aura jadinya.

************
Hari ni adalah hari minggu buat Adwan dan Aura. Diaorang tak ada kelas langsung hari tu. Boleh lah berehat sedikit hari ni. Namun bosan pulak bila duduk rumah kan ? Tetiba Adwan terfikir nak ajak Aura pergi berkelah lah. Dah lama rasanya Adwan tak pergi berkelah sejak dia tinggal di UK dulu.

“ Awak…saya ada plan tau hari ni….”kata Adwan sambil berfikir – fikir.

“ Plan apa pulak awak ni ?”

“ Saya rasa macam teringin nak pergi berkelah dekat sungai lah ….”kata Adwan.

Aura mula tertarik dengan plan Adwan tu.

“ Nakk ! Saya pun teringin nak pergi berkelah dekat sungai….”kata Aura mula teruja.

“ Hmm okay on ! Kita pergi berkelah hari ni….tapi saya nak ajak geng saya tau…kalau awak nak ajak kawan awak pun boleh….”kata Adwan.

Bersinar – sinar mata Aura dibuatnya ! Wah boleh ajak kawan ? Aku nak Iries la macam tu. Dah lama rasanya tak hang out macam ni dengan Iries.


Seperti yang diplan Adwan, dia mula memilih destinasi untuk berkelah pada hari tu. Destinasi yang dipilih adalah di Air Terjun Kanching Selayang. Adwan mula berangkat dengan Aura bersama pembantu perbadinya Azzim dan Azzam, manakala kawan – kawan yang lain berangkat dengan kenderaan masing – masing. Mereka berkonvoi daripada Kuala Lumpur ke sana.

Masing – masing telah membawa  bekal makanan mereka. Nanti dekat sana boleh la buat potluck (juadah bawaan ) untuk makan sama – sama.

Hutan Lipur Sungai Kanching ni antara port air terjun semulajadi yang cukup terkenal area Selangor dan Kuala Lumpur. Pemandangannya cantik. Sangat sesuai untuk aktiviti riadah dengan family  dan kawan-kawan. Malah, ada juga yang membuat family day kat sini. Ada satu kawasan luas di bahagian bawah yang mana boleh diadakan aktiviti riadah dan sukaneka. Menarik bukan ?

Adwan hanya memilih tempat ni berdasarkan review orang dekat google aje. Hahaha nampak menarik dia terus on dengan tempat tu.

“ Kita duduk situ aje lah guys…” kata Adeeb mula menunjuk ke arah teratak yang kosong berdekatan dengan air terjun yang agak menarik juga.


Seketika mereka mula menyusun barang – barang yang dibawa di teratak tersebut. Kini teratak tersebut hanya milik  mereka saja. Lagi pula hari ni nampak orang tak berapa nak ada. Best lah ! Ada privasi sikit tambah – tambah bawa si anak raja ni kan ? Mana boleh dikhalayak ramai.

Para lelaki sudah mula terjun dengan pelbagai aksi ke dalam sungai hahahah. Hanya tinggal Aura dengan Iries aje dekat teratak ni. Mereka berdua masih hendak berbual – bual terlebih dahulu sebelum turun ke bawah.

“ Hmm so macam mana life kau lepas dah kahwin dengan crush kau ?” soal Iries.

“ Opsss ! Sorry bukan aku aje yang crushkan dia eh…dia pun crushkan aku lah…”kata Aura bangga.

“ Haah lah aku lupa yang kau pernah cerita hari tu…” kata Iries sambil mengunyah buah tembikai.

“ Hmm so far aku bahagia sangat wehh…dia memang suami terbaik di dunia ! Heee….sweet kau tahu…”kata Aura sambil matanya juga leka memerhati Adwan yang sedang dibuli oleh gengnya di dalam sungai. Kesian suami aku !

“ Bagus lah kalau kau happy wehh..aku pun happy untuk kau…”kata Iries.

“ Hmm kau bila pulak ? Bila pulak nak kahwin dengan crush kau ?”soal Aura tiba – tiba mula ingin membuka kisah lama.

“ Hah ? Crush ? Aku mana ada crush lah…”nafi Iries.

“ Eleh…habis tu …tu yang dalam sungai tu … apa ? Bila kau nak confess dekat dia ?” soal Aura.

Apa ? Iries ada crushkan salah satu kawan Adwan ke ? Fulamakkk !

“ Hmm ish kau ni tu cerita lama lah…sudah kau jangan nak mengada ehhh !”kata Iries.

#Ommo2 ! Siapa lah agaknya crush Iries antara salah satu kawan Adwan tu ? Hee siapa nak story second lead couple untuk sis selitkan ? cer comment tgk hahaha. Keep vote and comment ! 🙈💜














Epilog.

Kaki yang melangkah entah ke mana itu tiba – tiba terhenti. Adwan mula terfikir sesuatu.

“ Aku tak boleh lari daripada masalah….”getus hati Adwan.

Dia tak boleh menyendiri, dia tak boleh terus lari daripada masalah. Dia kena hadap masalah ni. Kalau betul aku sayangkan Aura, aku kena pertahankan dia.

Adwan mula membuat panggilan semula kepada Azzam.

“ Hello Tengku ? Ada apa lagi yang Tengku nak pesan ke ?”

“ Hmm tolong aku cari nombor telefon Ray…Raymond…” kata Adwan serious. Ada sesuatu yang harus dia selesaikan dengan mamat yang satu ni.






“ Asal kau ajak aku jumpa dekat sini ?” soal Raymond berlagak tenang juga padahal dalam hati dah kecut bhaiii.

Sekelip mata , sepasang sarung tangan untuk bertinju dilempar oleh orang itu kepada Raymond. Raymond sedikit terpinga. Hah ? Dia betul – betul nak ajak aku bertinju ni ?

“ Aku nak buat perhitungan dengan kau !” kata Adwan mula maju ke hadapan Raymond.

“ Perhitugan ? Perhitungan apa ?”

“ Hmm aku tengok dan aku dengar semuanya…apa yang berlaku dalam kelas Aura tadi…”jelas Adwan walaupun agak berat bila teringatkan balik.

Raymond tersenyum sinis.

“ So ? Kau nak lawan lah dengan aku ? Kalau aku menang apa yang aku boleh dapat ?” soal Raymond sinis.

“ Okay macam ni lah aku nak kita lawan tinju. Kalau salah satu dari kita menang kita boleh minta apa saja dekat pihak lawan..”kata Adwan.

“ Betul ni ? Apa saja ? Termasuk…..Aura ?” soal Raymond lancang. Berani betul budak ni kan ?

Adwan sedikit tersentak. Namun dia cuba menguatkan semangatnya. Dia takkan semudah tu lah nak lepaskan Aura.

Akhirnya perlawanan telah diadakan. Adwan telah berlawan tinju dengan Raymond secara one by one. Adwan telah meletakkan syarat yang mereka berdua tidak boleh memukul di bahagian wajah. Hal ni supaya tiada sesiapa yang akan syak dengan perlawanan ini. Azzam telah menjadi saksi ketika itu. Adwan telah menceritakan segalanya kepada Azzam. Azzam dah banyak bantu dia hari tu.

Seperti yang kita sedia maklum, akhirnya Raymond tewas di tangan Adwan. You did goodjob man !

“ Apa kau nak ?” soal Raymond akhirnya mengaku kalah dengan Adwan.

“ Aku nak kau keluar daripada kehidupan aku dengan Aura. Jangan pernah ganggu Aura lagi. Kau pergi lah sejauh mana yang kau boleh pergi. Kau bawa juga perasaan kau terhadap Aura tu jauh – jauh. Aku tak nak tengok kau ada lagi dekat depan mata aku atau pun depan mata Aura….dan apa yang berlaku hari ni…aku harap hanya kita berdua saja yang tahu….”kata Adwan ketika itu.




TBC✨

#Amacam guys ? Best or hambarthankyou support smpai chapter 26 dh 🤣🤣🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro