Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 22

Iftinan mula tersenyum sinis seraya ingin berlalu pergi dari bilik perdinginan tersebut dan dalam erti kata lain kemalangan yang pernah menimpa Aliya dulu mungkin  akan berulang semula kepada Aura.

Kali ini Aura tidak seperti Aliya. Aura mula cuba menarik kaki Iftinan pantas.

Terbantut terus langkah Iftinan. Dia mula menoleh ke arah Aura yang menarik kakinya.

Aura mengenggam erat kaki Iftinan. Dia takkan biarkan Iftinan berlalu begitu sahaja.

" Kalau Ifti nak kak Aura mati dekat sini...kita mati sama - sama..." kata Aura berani.

Iftinan tersentak. Dia mula meronta - ronta minta kakinya dilepaskan. Entah bagaimana sedang dia meronta - ronta, dia boleh pulak tertolak pintu bilik pendinginan.

Automatik pintu itu tertutup. Akhirnya mereka berdua terkunci di dalam bilik pendinginan tersebut.

Aura mula melepaskan kaki Iftinan. Iftinan mula bergerak mendekati pintu tersebut. Dia mencuba membuka pintu tersebut. Namun hampa itu tidak berjaya sama sekali.

Dia mula menoleh ke arah Aura tajam..

" Kau tengok apa yang kau dah buat sekarang ! " teriak Iftinan geram.

Aura hanya mendiamkan diri. Dia cuma berharap yang Adwan akan cepat - cepat selamatkan mereka dari sini tapi tu lah...siapa aje yang tahu diaorang ada dekat sini ?




Masing - masing terduduk di atas lantai. Buntu memikirkan bagaimana caranya untuk keluar daripada sini. Keadaan bilik pendinginan semakin sejuk. Namun nasib baik Aura masa tu ada pakai cardigan tebal. Dia masih boleh bertahan lah tapi tak tahu lah sampai bila.

" Hmmm Ifti sayangkan sangat ke abang Wan ? " soal Aura tiba - tiba mula mencari topik untuk berbual. Mana tahu boleh hilangkan sejuk ke dengan soalan - soalan yang panas kan ?

Iftinan hanya mengangguk kecil.

" Tapi abang Wan tak sayangkan Ifti...dia cuma sayangkan kak Aura..." kata Iftinan sedih. Dia mula menukar panggilan yang lembut semula.

Aura pula yang terdiam sedikit.

" Kak Aura sayangkan abang Wan sangat ke ? Dah berapa lama ? " soal Iftinan pula.

Aura tersenyum sendiri.

" Sayang..sangat - sangat.....dah hampir lapan tahun.." kata Aura.

Iftinan sedikit tersentak. Lamanya....

" Tapi dulu kak Aura cuma sayangkan dia sebelah pihak aje..." kata Aura lagi.

Iftinan mula tertarik dengan kata - kata Aura. Dia mula ingin mendengar Aura bercerita.

" Maksud kak Aura apa ? "

Seketika Aura mula bercerita dari A - Z bagaimana kisah cinta dia dengan Adwan selama ini. Iftinan tersentuh dengan semua pengorbanan yang Aura dah buat. Aura betul - betul kejarkan cinta Adwan. Iftinan mula sedar yang dia tak selayaknya merampas Adwan daripada Aura. Aura lebih berhak memiliki Adwan atas apa yang Aura usahakan selama ni.

Iftinan mula rasa lemah disebabkan pakaiannya yang agak tipis. Aura sedar akan hal itu. Seketika Aura mula melepaskan cardigannya lalu diberikan kepada Iftinan.

" Hmm kenapa kak Aura baik sangat dengan Ifti walaupun Ifti dah buat macam - macam dekat kak Aura ? Sampai kan hari ni Ifti berniat nak bunuh kak Aura dekat sini... kak Aura masih bagi cardigan kak Aura dekat Ifti...." kata Iftinan.

Aura tersenyum nipis.

" Kejahatan tak semestinya dibalas dengan kejahatan juga..." kata Aura tenang.

Iftinan mengangguk kecil.

" Ifti minta maaf kak Aura...Ifti tak sepatutnya ego. Ifti tak sepatutnya ikutkan perasaan sangat...Ifti minta maaf.." kata Iftinan mula sedar akan kesalahan yang dia buat.

Aura mengangguk kecil. Sejujurnya dia tak pernah simpan dendam pun dekat Iftinan. Biasalah budak remaja memang macam ni. Dulu pun masa dia budak sekolah menengah dia punya perangai pun macam ni.

Hampir sejam Aura dan Iftinan terperangkap di dalam bilik ini. Mereka sudah berpelukan sesama sendiri demi menghasilkan haba untuk hilangkan kesejukan ini.

" Kak Aura...sampai bila kita nak duduk dekat sini ? " soal Iftinan menggigil..

" Entah...lah..Ifti...akak pun..tak..pasti..." kata Aura tercungap - cungap. Sejuk bilik pendinginan ini sudah sehingga ke tulang Aura. Aura makin lama makin rasa lemah. Mata juga makin memberat. Dia sudah berulang kali menggosok kedua belah tangannya cuba menghasilkan sedikit haba. Namun tangannya juga kini kian kaku.

Ya Allah....tolong berikan petunjuk kepada Adwan bahawa aku ada di sini.

Tit ! Tit !

Tiba - tiba kedengaran bunyi seseorang menekan  password pada pintu bilik pendinginan. Dalam beberapa saat pintu tersebut terbuka. Iftinan memandang lemah ke arah bunyi pintu itu dibuka.

Aura sudah pengsan tidak sedarkan diri.

" Aura ! Ifti ! " teriak Adwan.

*******

Iftinan dan Aura masing - masing ditempatkan di hospital private kerabat diraja. Keadaan Iftinan tidak lah sekritikal Aura. Mungkin disebabkan Aura lebih terdedah dengan suhu yang lebih tinggi selepas dia berikan cardigannya kepada Iftinan.

Hanya Aura yang masih di ICU ketika ini. Terlampau lama di dalam bilik pendinginan menyebabkan keseluruhan tubuh dan saraf Aura lemah. Dia juga masih tidak sedarkan diri saat ini. Untung saja dia hanya di dalam bilik tersebut hanya sejam jika lebih mungkin boleh menyebabkan kematian.

Seluruh keluarga Adwan dan Aura telah dimaklumkan hal ini. Ahli keluarga di sebelah Iftinan juga dimaklumkan. Maka Tengku Iqbal dan Tengku Ruhil Afanin juga sedang ada dalam perjalanan untuk ke Malaysia.

" Mama..papa..Adwan minta maaf...Adwan tak jaga Aura dengan baik...Adwan..." kata Adwan juga lemah di hadapan Kuzaimie dan Putri.

Kuzaimie menepuk - nepuk kecil bahu menantunya itu.

" Tak apa lah...benda dah nak jadi..." kata Kuzaimie cuba bertenang.

Putri sudah menangis teresak - esak.

" Putri..." teriak Aliya yang baru sampai ketika itu.

Putri dan Aliya mula berpelukan. Begitu juga Huzairie dan Kuzaimie.

" Kau bawa bertenang ya Putri...in shaa Allah...Aura kuat..Aura akan sembuh..." pujuk Aliya. Aliya tidak mampu berbuat apa - apa. Namun yang pasti dia tahu bagaimanan rasanya kesejukan yang melampau di bilik pendinginan tersebut. Itu juga satu mimpi ngeri buat Aliya suatu ketika dahulu.

" Aku minta maaf Kuzaimie...anak aku ni memang cuai...tak jaga anak kau elok - elok..." kata Huzairie sambil memandang sekilas sinis kepada Adwan yang hanya tertunduk memandang lantai itu.





Jam ditangan menunjukkan pukul 5 pagi. Semua ahli keluarga Adwan dan Aura sudah balik terlebih dahulu semalam. Hanya Adwan yang masih di hospital menunggu dan menemani Iftinan dan Aura sambil ditemani kedua bodyguardnya yang setia tak lain tak bukan Azzam dan Azzim.

Ahli keluarga Iftinan juga masih dalam perjalanan. Dengar kata dah hampir nak sampai itu pun mungkin esok baru boleh datang melawat Ifitnan di sini.

Adwan hanya terduduk lemah mengelamun sendiri di hadapan ICU Aura.

Dia masih tidak dapat menerima kenyataan dengan apa yang berlaku. Hmm andai saja aku terlambat jumpa Aura semalam. Aku takkan dapat maafkan diri aku. Semua ni salah aku ! Aku tak sepatutnya terlambat untuk cari Aura.

* Flashback *

Adwan baru balik daripada study group dengan kawan - kawannya. Sesampai saja di rumah, dia terus naik ke biliknya. Dia sedikit pelik melihatkan keadaan rumah yang agak sunyi itu. Mana Aura ? Mana Ifti ?

Seketika Adwan mula membersihkan dirinya terlebih dahulu. Setelah itu dia mula mencari Aura di setiap bilik yang ada di tingkat tiga. Namun hampa masih tidak berjumpa. Seketika Adwan mula cuba menelefon Aura namun tetap sama apabila telefon bimbit Aura hanya tertinggal di bilik mereka. Adwan jadi tak sedap hati. Mana Aura pergi ni ? Tak bawa phone pulak..

Seketika Adwan juga mula mencari Iftinan.  Tetap sama, Iftinan juga mula menghilang. Adwan mula memberitahu Permaisuri Laila akan kehilangan dua orang ini.

Semua bodyguard telah diarahkan untuk mencari Aura dan Iftinan. Termasuk pembantu rumah juga mencari namun masa tu tiada sesiapa pun terfikir yang diaorang berdua akan terkunci di dalam bilik pendinginan.

" Ya Allah...mana diaorang ni ? " desis hati Adwan risau. Dia begitu cemas saat ini. Hatinya tidak tenang.

Akhirnya, Permaisuri Laila mencadangkan langkah terakhir iaitu memeriksa ruang cctv yang ada di setiap sudut rumah.

Dengan langkah ini lah baru diaorang tahu yang Aura dan Iftinan terkunci di dalam bilik pendinginan tersebut.

* End Flashback *

" Tengku...Tengku tak nak makan apa - apa ke ? " tegur Azzam di sebelah.

Adwan menggeleng kecil. Dia tiada selera makan.

" Hmm Tengku tak makan apa - apa lagi daripada semalam...jom la kita makan sikit Tengku..." kata Azzim lagi cuba memujuk.

" Hmmm tak apa lah...aku tak ada selera lah...hmmm aku nak pergi solat sekejap...korang tolong tengok - tengokkan Ifti dan Aura..." kata Adwan seraya mula bangun dan berlalu pergi.

Waktu solat subuh hampir tiba. Lebih baik dia bersiap untuk  tunaikan solat subuhnya dan berdoa untuk kesembuhan Aura.

**********

Mata Aura mula terbuka perlahan - lahan. Dia menarik nafasnya panjang. Keadaan sejuk kini sudah beransur. Dia mula merasakan haba. Seketika dia merasakan tangannya seperti di dalam genggaman seseorang.

Aura melirih ke sisinya. Kelihatan Adwan sedang tertidur di ruang kosong katilnya sambil menggenggam erat tangannya.

" Mesti dia risau sangat - sangat kan ? " desis hati Aura..

Tidak dapat nafikan, Aura begitu lemah untuk menggerakkan tubuhnya. Dia rasa kaku. Dia hanya mampu memusingkan sedikit kepalanya saja. Mulutnya juga agak terasa berat untuk bercakap ketika itu. Mungkin ini lah kesan terlalu lama di dalam bilik pendinginan tersebut.

Seketika tubuh Adwan bergerak kecil. Dia mula terjaga daripada tidurnya. Dia masih tidak perasan akan Aura yang sudah sedarkan diri itu.

Ingin mengusik Adwan, Aura memejamkan matanya semula.

Adwan mula memadang ke arah Aura. Aura kelihatannya masih tidak sedarkan diri.

" Bunga...bila bunga nak sedar ? Kumbang risau sangat - sangat...tolong kuat ya bunga..." gumam Adwan seraya mengusap perlahan tangan Aura.

Dalam diam Aura hanya menahan sebak. Terharu dia mendengarkan kata - kata Adwan itu. Tak sangka Adwan akan serisau macam ni bila dia sakit. Aura kan jarang nak sakit teruk macam ni.

Seketika Adwan hendak bangun dan keluar sebentar. Dia ingin melepaskan genggaman tangan Aura akhirnya namun tiba - tiba Aura membalas genggaman tersebut walaupun rasa lemah lagi.

Adwan sedikit tersentak. Dia memandang ke arah genggaman tersebut seraya memandang ke arah Aura.

Kelihatannya Aura sudah mula tersenyum nipis.

" Ha...iiii...kumm...bang..." gumam Aura perlahan.

#Alhamdulillah Aura selamat ya ! Heee btw amacam ? Puas hati tak Iftinan sekali terkunci ? Biar dia tahu apa yang Aura rasa sekali. Tak macam Aliya dulu bila mana Afanin terlepas kan ? Keep vote and comment ya 😂❤



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro