Bab 21
Iftinan mula membuka matanya perlahan – lahan. Dia terus terpacak duduk daripada baringnya. Dia mula mengambil nafas panjang semula. Hmm nasib baik aku tak mati ! Dia sendiri pun tak percaya yang dia mampu bertindak sedrastik itu. Dia sendiri tahu yang nyawa mungkin hampir saja melayang kalau terjun dalam kolam macam tu. Namun disebabkan keinginan yang ingin memiliki Adwan itu tinggi, semua tu dianggap remeh saja.
“ Ifti dah sedar ?”soal Adwan yang tiba – tiba masuk sambil membawa dulang yang berisi makanan. Tadi dia terserempak dengan pembantu rumah yang membawa makanan ini untuk Iftinan. Jadi dia tawarkan diri untuk bawa ke bilik Ifti dah alang – alang dia juga ingin ke sana.
“ Abang Wan ? Errr yaa…baru aje…”jawab Iftinan.
Seketika Adwan meletakkan dulang makanan tersebut di meja sebelah katil Iftinan. Dia mula duduk di ruang kosong di katil Iftinan.
“ Ifti rasa macam mana sekarang ?” soal Adwan.
“ Hmmm okay aje…”balas Iftinan.
Seketika Adwan hanya memeluk tubuh sambil merenung ke arah Iftinan. Iftinan jadi tak selesa pula bila direnung sebegitu oleh Adwan.
“ Ermm kenapa abang Wan pandang Ifti macam tu ?”
Adwan mendengus kecil.
“ Hmmm Ifti tahu tak apa yang Ifti buat ni boleh bahayakan nyawa Ifti ?”soal Adwan serious.
Iftinan sedikit tersentak. Abang Wan tahu ke semua ni rancangan dia ?
“ Errr…apa maksud abang Wan ni ?”soal Iftinan gugup.
“ Hmmm Ifti ingat abang Wan tak tahu ke ? Ifti yang sengaja jatuhkan diri dalam kolam tu ? Tapi Ifti nak buat seolah – olah kak Aura yang tolak ? Macam tu kan ?”kata Adwan straight to the point.
Iftinan tersentak hebat. Semua kata – kata Adwan itu benar – benar belaka.
“ Ma…na ada…abang Wan…Bukan Ifti…tapi kak Aura…”
“ Ifti nak tuduh kak Aura yang tolak ?” celah Adwan.
Terdiam terus Iftinan jadinya. Dia mula takut bila Adwan terus mencelah kata - katanya.
“ Hmm macam ni lah Ifti….abang Wan tak suka Ifti bersikap macam ni…tolong jangan buat lagi kerja bodoh macam tu…Ifti tak sayang nyawa Ifti ke ? Ifti tak kesian ke dekat bonda Afanin , ayahnda Iq ?”kata Adwan.
Ifti tertunduk dan terdiam jadinya.
“ Sudah lah…Ifti makan dulu…abang Wan nak keluar sekejap…”kata Adwan seraya mula bangun.
Zappp !
Tiba – tiba pergelangan tangan Adwan ditarik Iftinan. Adwan tertoleh semula jadinya.
Iftinan memandang sayu ke arah Adwan.
“ Kenapa abang Wan ingkar janji abang Wan ?”soal Iftinan mendatar.
“ Hah ?” Adwan sedikit tercengang. Tidak mengerti akan pertanyaan itu.
“ Abang Wan janji kan dengan Ifti yang abang Wan nak tunggu Ifti ? Tapi kenapa…kenapa abang Wan kahwin dengan dia ?”soal Iftinan lagi.
Adwan sedikit tersentak. Dia tiba – tiba teringatkan akan janji yang pernah dia buat dulu ? Jadi disebabkan janji tu lah Iftinan bersikap sebegini sekarang ? Dia dah salah faham ni.
“ Ifti sayang sangat – sangat dekat abang Wan tahu tak ? Rasa sayang tu melebihi rasa sayang sebagai seorang adik kepada abang dia…”luah Iftinan bersama cucuran air matanya.
Adwan menggeleng kecil.
“ Ifti….Ifti dah salah faham ni…janji tu tak bermaksud abang Wan pun ada perasaan yang sama dengan Ifti….abang Wan cuma berjanji untuk tunggu Ifti melawat abang dekat sini aje….bukan untuk abang Wan tunggu nak kahwin dengan Ifti….”jelas Adwan.
Iftinan tersentak hebat akhirnya mendengarkan penjelasan Adwan.
Seketika Adwan meleraikan pegangan tangan Iftinan tersebut.
“ Abang Wan minta maaf kalau abang Wan dah bagi harapan dekat Ifti selama ni….abang Wan tak bermaksud pun macam tu….Abang Wan harap lepas ni…Ifti takkan simpan apa – apa lagi perasaan macam tu dekat abang Wan..Abang Wan cuma sayangkan kak Aura…dia satu – satunya yang akan jadi isteri abang Wan…Abang Wan harap Ifti faham….”kata Adwan seraya terus berlalu meninggalkan Iftinan sendiri di situ.
Iftinan betul – betul terpukul dengan penjelasan yang diberikan Adwan itu. Dia tidak tahu mahu bereaksi seperti apa. Hatinya betul – betul hancur kali ni. Air mata yang mengalir dihapusnya kasar.
“ Sesenang macam tu aje abang Wan buang Ifti ?”desis hatinya sinis.
*******
Keesokan harinya selepas habis saja kelas, Adwan dan Aura mula balik ke rumah. Untuk pengetahuan, Iftinan juga telah buat keputusan yang dia hendak berangkat ke sekolah barunya dengan kenderaan lain. Mungkin disebabkan penjelasan Adwan dia mula ingin menjauhkan diri daripada Adwan.
Di rumah juga, setiap kali Adwan bertembung dengan Iftinan pasti saja Iftinan akan mengelak dan menukar arah. Aura perasan akan hal itu. Dia sendiri pun masih tidak tahu kenapa mereka berdua bersikap sebegitu. Gaduh ke ? Tapi sebab apa ? Sebab aku ke ?
Petang itu , Adwan mula study dibilik bacaan seperti biasa. Adwan sungguh fokus dengan studynya disebabkan lagi 2 minggu tu dia ada test lagi. Hmmm bukan senang nak keluar sebagai seorang doktor ya. Perlukan kesabaran yang tinggi.
Tok ! Tok ! Tok !
“ Masuk…”arah Adwan.
Seketika kepala Aura mula menjenguk.
“ Nak tumpang study boleh ?”soal Aura takut – takut dia menganggu Adwan.
Adwan mengangguk kecil.
“ Mehh lah…”jawab Adwan sambil menggamit – gamit kecil tangannya.
Terkedek – kedek lah si Aura ni masuk mengambil tempat di samping Adwan. Hahaha perangai !
Baru tak sampai setengah jam Aura study dia dah mula menguap. Matanya juga semakin memberat. Alahaii macam mana lah si Adwan ni boleh study sampai berjam – jam eh ? Aku tak sampai setengah jam ni…dalam buku catatan pun aku boleh nampak gambar katil.
“ Hmm awak…”panggil Aura meleret.
“ Hmm ya ?”sahut Adwan namun mata masih fokus pada nota catatannya.
“ Ngantuk lah….”kata Aura.
“ Ngantuk ? Baru study dah ngantuk ?”soal Adwan agak terkejut.
Aura memuncungkan mulutnya sambil terangguk – angguk kecil.
Adwan menggeleng kecil.
“ Hmm kalau awak mengantuk macam mana nak teman saya bertugas nanti bila kita dah jadi doktor dengan nurse ?” soal Adwan cuba menarik minat Aura.
“ Hmm haah kan….”
“ Ya sayang…nanti kita lagi teruk kena berjaga malam – malam lagi….” Jelas Adwan.
Mata Aura terus dibuka luas – luas. Dia mula mencari semangatnya. Aku kena usaha kuat ! Untuk teman Adwan berjaga nanti bila kitaorang dah keluar sebagai doktor dan nurse. Aura mula fokus pada studynya….
Adwan hanya tersenyum kecil melihat telatah comel isterinya itu. Alahai nasib baik sayang. Dia juga mula fokus pada studynya.
Iftinan mula berjalan di setiap tingkat rumah Permaisuri Laila itu. Dia bosan duduk sini tiada sesiapa pun nak layan dia. Hmmm nak harapkan abang Wan ? Dia pun dah makin menjauh dari Adwan. Benci melihat akan keakraban Adwan dengan Aura. Hatinya sakit bukan kemain lagi.
Seketika dia mula berhenti di hadapan bilik bacaan. Kelihatannya pintu bilik bacaan ketika itu tidak tertutup rapat. Iftinan mula menolak sedikit dan diintainya.
Dia mengetap bibir geram seketika.
Kenapa ?
Mahu tak geram dia apabila melihat Adwan dan Aura yang masing – masing tertidur sambil menghadap wajah masing – masing. Kelihatan sangat sweet ya di situ tapi tidak pada Iftinan.
“ Kalau aku tak boleh dapat abang Wan..kau pun sama Aura !”desis hati Iftinan lalu mula berlalu dari situ.
*********
Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Aura mulai bosan apabila hari ni Adwan tetiba ada study group dengan classmate dia pulak dekat luar. Hmm ikutkan Adwan cakap dia dah on the way nak balik. Seketika Aura mula berjalan di sekitar – sekitar kawasan rumah. Dia mula hendak pergi ke balkoni yang ada di tingkat tiga.
Namun apabila dia hendak sampai di situ , dia tak sengaja ternampak Iftinan. Langkahnya terhenti tak jadi dia nak tengok bulan dan bintang di situ.
“ Hmm tak nak lah aku jumpa dia…kejap lagi buat kerja gila lagi…” gumam kecil Aura dan mula ingin beredar dari situ.
Namun tiba – tiba langkahnya terhenti apabila dia terdengar suara Iftinan yang mula menyebut – nyebut nama Adwan.
“ Hello abang Wan ? Ada apa ni call Ifti ?” soal Iftinan yang sedang bercakap di telefon.
Aura mula mencuri – curi dengar perbualan tersebut.
“ Apa ? Abang Wan nak jumpa Ifti ? Dekat mana ?” soal Iftinan.
Diaorang dah berbaik ke ? Aura masih curi – curi dengar. Adwan dah sampai rumah ke ?
“ Hah Ifti pergi sana sekarang…apa abang Wan ? Jangan bagitahu kak Aura yang abang nak jumpa Ifti ?” kata Ifti lagi.
Aura sedikit tersentak ! Kenapa pulak Adwan ajak jumpa tapi nak berahsia bagai ?
Seketika kelihatannya Iftinan mula menutup panggilan dan mula ingin berlalu pergi. Cepat – cepat Aura bersembunyi di suatu sudut. Iftinan tidak perasan akan hal itu. Disebabkan perasaan ingin tahu Aura yang kuat, dia mula mengikuti langkah Iftinan secara diam – diam.
Akhirnya langkah Iftinan berhenti di hadapan pintu bilik pendinginan. Dia mula memasukki bilik tersebut secara diam – diam memandangkan pintunya sudah terbuka sedikit. Aura sedikit tercengang. Kenapa Adwan ajak Iftinan jumpa dekat bilik ni ? Diaorang nak buat apa ? Aura sudah mula tidak sedap hati. Dia merasakan yang Adwan sudah mula curang dibelakangnya bersama Iftinan.
Tanpa berfikir panjang Aura mula mendekati bilik itu, dia juga mula meloloskan dirinya ke dalam.
Aura tersentak !
Kosong ? Tiada sesiapa di situ ? Eh tadi dia nampak Iftinan masuk ke sini !
Bukkkk !
Tiba – tiba Aura ditolak daripada belakang. Dia jatuh tersembam jadinya.
“ Aduhh…”mengaduh Aura. Kakinya sedikit terluka akibat terjatuh.
“ Kau cari apa ?” soal Iftinan yang mula keluar entah dari mana yang tiba – tiba menolak Aura itu .
Aura sedikit terkejut. Pantas menoleh ke empunya suara.
“ Mana Adwan ?”soal Aura.
“ Abang Wan ? Hmm ni hah ada dalam hati aku…”kata Iftinan sinis. Panggilannya bila bercakap juga sudah mula kasar.
Aura agak tercengang. Apa maksud semua ni ?
“ Kau ni memang bodoh ehh ? Senang kena tipu macam tu aje ?”kata Iftinan sinis.
Aura sedikit tersentak. Apa ? Aku kena tipu.
Keadaan bilik pendinginan ketika itu amatlah sejuk. Cakap pun boleh keluar asap weh. Bayangkanlah !
Iftinan sudah mula tersenyum sinis.
“ Kau dengar sini baik – baik ehh perempuan ! Kalau aku tak boleh dapat abang Wan….kau pun sama ! Jangan harap boleh bahagia di atas penderitaan aku !”kata Iftinan seraya menyepak kaki Aura yang terluka itu.
“ Arghhh….”Aura mengerang kesakitan apabila dia disepak pulak oleh Iftinan.
Iftinan mula tersenyum sinis seraya ingin berlalu pergi dari bilik perdinginan tersebut dan dalam erti kata lain kemalangan yang pernah menimpa Aliya dulu mungkin akan berulang semula kepada Aura.
#Omg ! Iftinan buat benda yg sama mcm bonda dia ? Aigooo ! Agak - agak kali ni Aura selamat tak eh ? Sbb dh kena sepak pulak tu. Teruk betul kali ni ya. Keep vote and comment 😍❤
#P/s: Dihrp smua pembaca di chapter ini bawa bertenang ya 🤣🤣🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro