Bab 20
Buat pertama kalinya, Aura makan pagi bersama si Iftinan ngok ngek ni. Pagi - pagi pun dia dah buat perangai gediknya itu. Haish sabor ja lah..
" Abang Wan nak makan apa ? Mehh Ifti bubuhkan..." kata Iftinan sambil sudah siap mengambil pinggan untuk Adwan.
Aura hanya memandang menyampah ke arah Iftinan.
" Tak apa abang Wan boleh ambik sendiri..." kata Adwan akhirnya mula mengambil pinggan yang lain.
Aura tersenyum mengejek akhirnya ke arah Iftinan. Wekkkk padan muka kau ! Suami aku pun tak nak kau ambik kan..
" Meh saya tolong bubuh dekat awak..." kata Aura seraya mengambil pinggan yang dipegang Adwan. Sengaja nak sakitkan hati Iftinan pulak.
Adwan pulak tak menolak. Memang lagi angin lah kawan ! HAHAHA.
Iftinan mengetap bibirnya. Dia mula sakit hati melihat semua adegan itu. Ish !
" Ifti..tolong bubuhkan nasi goreng tu untuk nenda..." kata Permaisuri Laila tiba - tiba.
" Hah ? " Iftinan sedikit tercengang. Sibuk sungguh duk perhati suami orang.
" Nenda nak nasi goreng..tolong bubuhkan boleh ? " kata Permaisuri Laila lagi.
" Oh boleh...." kata Iftinan sambil memaniskan wajahnya walaupun hakikatnya dia tengah sakit hati sekarang ni.
Seketika mereka mula memakan makanan masing - masing. Tengah makan pun boleh si Iftinan ni duk usya - usya Adwan.
" Ermm Ifti...bila Ifti nak start sekolah ? " soal Permaisuri Laila.
" In shaa Allah lusa nenda..." kata Iftinan.
" Oh...nanti nenda kasi bodyguard ya untuk hantar kamu ke sekolah baru..." kata Permaisuri Laila.
" Hmm terima kasih nenda.. tapi apa kata kalau Ifti tumpang abang Wan aje lah...buat apa nak guna kereta banyak - banyak...lagi pula sekolah baru Ifti satu jalan dengan U abang Wan..." kata
Adwan dan Aura memandang sesama sendiri. Aura dah memasamkan wajahnya kepada Adwan tanda dia protes dan tidak suka dengan permintaan Iftinan itu.
Adwan mencapai tangan Aura jadinya di bawah meja makan. Cuba menenangkan isterinya itu.
" Ermmm tapi Ifti...kereta abang Wan dah tak muat lah...sebab abang ada dua orang bodyguard lagi...nanti Ifti nak duduk mana..." kata Adwan.
" Hish.." gumam Iftinan apabila dia punya rancangan hampir gagal aje.
" Eh tak mengapa lah..buat sementara waktu ni...Ifti tumpang abang Wan aje lah...nanti nenda arah kan Azzim tak payah ikut kamu ke U buat sementara waktu ni...Biar Azzam aje yang jadi bodyguard kamu di U ya...Azzim akan uruskan hal di rumah..." putus Permaisuri Laila akhirnya.
Aura terus melepaskan pegangan tangan Adwan. Dia menjeling ke arah Adwan jadinya tanda tidak setuju dengan arahan nenda itu. Alahaiii kesian pulak dekat Adwan. Asyik dia aje yang nak kena terima jelingan tu hahahaha nasib - nasib.
Namun apakan daya ini perintah nenda. Tiada sesiapa pun yang mampu melawannya. Hmmm jadi Adwan dan Aura terpaksa ikut aje lah..
" Yes ! Aku boleh lah dekat dengan abang Wan lagi .." desis hati Iftinan sambil tersenyum manis di hadapan Permaisuri Laila.
********
Terasa agak panas hari ni, maka Aura mula keluar berjalan - jalan di luar. Dia sempat duduk di teratak nenda. Salah satu tempat kesukaan Adwan untuk lepak.
Eh mana Adwan ? Dia ? Hmmm macam biasa study dekat ruang bacaan lah.
Kau tak study ? Aku ? Hahahah lamberttt lagi...
Burung - burung mula berterbangan bebas di langit. Dapat dilihat mereka sedang menikmati keindahan semesta alam.
" Mesti best enn terbang ke sana ke sini...nak try juga terbang..." ngomel Aura seorang diri. Hahahaha merepek aje tiba - tiba nak terbang bagai kau ni..
Tiba - tiba Aura seakan - akan ternampak kelibat Iftinan yang berlalu ke arah kolam renang. Hmm dia nak mandi kolam pulak ke ?
Akibat perasaan ingin tahu Aura tu tinggi, dia mula mengikuti figura Iftinan yang ke arah kolam renang itu.
Sampai - sampai aje kolam renang, Aura mula sedikit terpinga. Eh Iftinan tak ada pun dekat sini ? Habis yang aku nampak tadi tu siapa ? Aura berdiri berdekatan dengan kolam renang. Cuba dijenguk - jenguknya ke dalam kolam, mana tahu kalau si Iftinan gila tu menyorok dalam air ke apa enn ?
" Kak Aura cari apa tu ? Cari Ifti ke ? " tegur Iftinan daripada belakang.
Aura sedikit terkejut. Dia mula menoleh.
" Eh Ifti..."
Iftinan hanya memandang sinis ke arah Aura.
" Hmm kak Aura....kak Aura tak suka ke Ifti tumpang kak Aura dengan abang Wan pergi sekolah nanti ? " soal Iftinan acah - acah sedih.
" Ermm bukan macam tu...akak..."
" Tapi kalau kak Aura tak suka pun...Ifti tak kesah.." kata Iftinan sinis.
Aura terdiam.
" Okay lah jujur lah ea....Ifti tak setuju dan tak rela langsung dengan perkahwinan kak Aura dengan abang Wan..." jelas Iftinan straight to the point.
Aura masih mendiamkan diri.
" Abang Wan cuma milik Ifti...lagi pun abang Wan dah pernah janji dengan Ifti yang dia akan tunggu Ifti..." kata Iftinan.
Aura menggeleng.
" Ifti cakap apa ni ? "
" Kak Aura tu hanya pengganggu kebahagiaan kami ! " teriak Iftinan jadinya.
" Ifti....kak Aura minta tolong sangat...tolong jangan ganggu abang Adwan...dia suami akak...kitaorang dah kahwin...Ifti cari lah yang lain..lagi pun...Ifti masih muda...masih ramai lagi yang sesuai dengan Ifti dekat luar sana..." pujuk Aura seraya mula mendekati Iftinan.
Iftinan mula bertukar arah dengan Aura. Tadi Aura yang ada berdekatan dengan kolam, kali ni Iftinan pula mengambil posisi itu.
" Sesenang tu aje kak Aura nak suruh Ifti move on daripada abang Wan ? Hahahaha no ! Ifti sayangkan abang Wan sangat - sangat...Ifti sanggup mati demi abang Wan tau ! " kata Iftinan.
Aura menggeleng.
" Tolong lah Ifti jangan macam ni..." kata Aura mula memegang kedua belah tangan Iftinan. Dia mula merayu pada Iftinan. Aura takut untuk kehilangan Adwan.
" Lepas lah..." kata Iftinan kasar sambil cuba meleraikan pegangan tangan Aura..
Tiba - tiba kedengaran bunyi telefon bimbit Iftinan. Dia mula menarik sebelah tangannya dari pegangan tangan Aura untuk menjawab panggilan itu.
" Hello ? Abang Wan..." jawab Iftinan sambil tepat memandang ke arah Aura.
Aura terdiam. Tangannya masih erat memegang sebelah lagi tangan Iftinan.
" Ifti ada dekat kolam renang ni dengan kak Aura..." beritahu Iftinan tenang.
Selepas itu dia mematikan panggilan tersebut.
" Okay macam ni lah kak Aura...Ifti akan move on andai kata abang Adwan percayakan kak Aura lebih daripada Ifti..." kata Iftinan tiba - tiba.
" Hah ? " Aura sedikit terpinga. Tidak mengerti akan maksud si Iftinan ni.
" Aura ? Ifti ? " panggil seseorang yang baru muncul tak lain tak bukan Adwan.
Iftinan terus merentap kuat tangannya dan mengundur ke belakang seperti Aura menolaknya kalau dilihat dari arah posisi Adwan.
Bushhhhh !
Dia mula jatuh ke dalam kolam dan paling mengejutkan lagi, Iftinan memang daripada kecil dia tak pandai nak berenang dan juga dia fobia dengan air kolam.
" Ifti ! " teriak Adwan seraya terus terjun ke dalam kolam menyelamatkan Ifti.
Aura tersentak ! Dia mula tidak sedap hati. Mungkin lepas ni hubungannya dengan Adwan tidak akan seindah beberapa hari yang lalu.
**********
Semua hanya menunggu di luar bilik menantikan doktor yang merawat Iftinan ketika ini. Iftinan hanya dirawat di rumah saja. Permaisuri Laila sudah memanggil doktor peribadi keluarganya saja iaitu doktor Lily.
" Hmm macam mana semua ni boleh jadi ? Kenapa biarkan Ifti main dekat tepi kolam ? Adwan tahu kan yang dia tak pandai berenang ? Dah tu fobia dengan air kolam .." kata Permaisuri Laila mula menyalahkan Adwan ketika itu.
" Adwan minta maaf nenda..." kata Adwan lalu menunduk memandang lantai. Tidak berani menatap nendanya ketika itu.
Seketika doktor Lily pun mula keluar.
" Doktor bagaimana keadaan Tengku Kyara ? " soal Permaisuri Laila.
" Alhamdulillah nasib baik tiada apa - apa yang serious..cuma dia perlu berehat saja..." kata doktor Lily.
Permaisuri Laila menghembus nafas lega. Adwan juga kelihatannya agak lega juga.
" Kalau tak ada apa - apa...saya minta diri dulu ya...Tengku..." kata doktor Lily meminta diri.
Seketika Permaisuri Laila mula masuk ke dalam bilik untuk melihat cucunya.
Tinggallah Adwan dan Aura berdua di hadapan bilik.
" Adwan...saya..."
" Apa yang awak cuba buat ni Aura ? " soal Adwan mendatar.
Aura sedikit tersentak. Sekejap jangan cakap, Adwan tak percayakan aku kalau bukan aku yang tolak Iftinan dalam kolam tadi.
" Saya tahu awak tak suka dia tumpang kita nanti...tapi takkan lah sampai..."
" Saya tak buat lah Adwan...bukan saya yang tolak dia...tapi dia yang..."
" Dia yang apa ? Jatuhkan diri sendiri ? Macam tu ? " mencelah Adwan.
" Ya ! Dia yang jatuhkan diri dia sendiri..." sambung Aura lagi menegakkan kebenarannya.
Adwan mula mendengus sinis.
" Heh...nonsense ! Awak ingat saya bodoh ke ? Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri tau..awak yang pegang tangan dia dan lepaskan dia sampai dia jatuh dalam kolam tu...takkan dia sendiri nak jatuhkan diri dia kalau dia sendiri tahu yang dia tak pandai nak berenang....fobia dengan air kolam..." kata Adwan.
Aura terdiam. Tiba - tiba terngiang - ngiang kata - kata Iftinan tadi sebelum dia jatuh ke dalam kolam.
" Okay macam ni lah kak Aura...Ifti akan move on andai kata abang Adwan percayakan kak Aura lebih daripada Ifti..."
" Jadi ni ke maksud dia ? " desis hati Aura.
" Sudah lah...Aura....saya betul - betul kecewa dengan sikap awak yang macam budak - budak ni..." kata Adwan seraya ingin melangkah pergi.
" Adwan ! " panggil Aura seraya terus memeluk belakang Adwan.
Adwan tersentak !
" Saya tak buat la semua tu...takkan awak tak kenal saya macam mana...saya takkan cederakan orang lah..tolong lah percayakan saya...dia cuba nak uji awak...dia nak rampas awak daripada saya...dia berani mati untuk awak Adwan..dia yang rancang semua ni...dia buat saya jadi mangsa dekat sini...tolong lah percayakan saya Adwan...saya tak nak hilang awak..." luah Aura sambil menangis teresak - esak jadinya.
Setelah Aura berhenti bercakap dan hanya menangis saja, Adwan mula meleraikan pegangan tangan Aura itu. Dia mula menghadap Aura.
Dia tidak mengatakan apa - apa cuma dengan pantas dia menyapu air mata Aura yang mencurah - curah itu.
" Dah lah sayang...jangan la nangis..." kata Adwan.
" Tapi...awak tak percayakan saya....saya.." kata Aura tersedu sedan.
" Shhh....sudah lah kita tak payah bahas kan hal ni lagi...anggap aje semua ni hanya kemalangan kecil yang tak disengajakan ? Okay ? " kata Adwan cuba menenangkan Aura. Hmm Adwan mula memikirkan sesuatu. Sebenarnya dia bukan nak tuduh Aura 100% pun dekat sini...dia juga ada terasa pelik dengan kejadian hari ni. Mungkin Iftinan ada jawapannya.
Adwan mula menarik Aura dalam pelukannnya. Diusap perlahan belakang Aura...
#Heee S2 kali ni Adwan nampaknya lebih berfikir panjang ya tak seperti Huzairie di S1. Harap - harap dia takkan mudah salah faham dengan Aura ya. Keep vote and comment guys 💜🙈
Epilog.
Iftinan berdiri di balkoni melihat pemandangan di sekitar rumah nendanya itu. Hmmm pemandangan yang cantik malam itu sedikit pun tidak dapat menenangkan hatinya. Dia harus memikirkan bagaimana caranya dia hendak mendapatkan perhatian Adwan sepenuhnya ?
Tiba - tiba kedengaran bunyi telefon bimbitnya. Dia melihat nama yang terpapar. Lambat - lambat dia menjawab panggilan video tersebut.
" Hello ? "
" Hello putri bonda.." kata Afanin di hujung talian.
" Hmm ada apa bonda call ni ? " soal Iftinan tiada mood.
" Bonda call ni cuma nak ingat kan Ifti..."
" Ingatkan apa ? "
" Kamu jangan buat hal ya di Malaysia...bonda nak kamu lupakan hajat kamu nak miliki abang Wan kamu tu...dia dah jadi suami orang....bonda nak kamu fokus dengan sekolah baru di sana..dan bila dah habis nanti..balik semula ke Singapura.. bonda tak nak dengar kalau kamu buat masalah dekat sana ya.." bebel Afanin di hujung talian.
" Tapi bonda...Ifti sayangkan abang Wan.." kata Iftinan tidak mahu mengalah...
" Tengku Kyara Iftinan ! Jangan kamu ingkar kata - kata bonda...kalau tak bonda hantar abang Aryan kamu untuk jemput kamu balik ke Singapura sekarang juga..." ugut Afanin.
Ya Afanin yang sekarang bukan lagi Afanin yang dulu. Dia dah berubah 100%. Hanya kini putrinya pulak yang buat perangai.
" Hmmm ish yelah bonda..." kata Iftinan seraya terus menutup panggilan tersebut.
Bertuah punya anak ! Dia matikan panggilan macam tu aje ?
Dalam diam sepanjang Iftinan berborak dengan bondanya di video call, Adwan telah mendengarkan segalanya tanpa pengetahuan Iftinan.
" Ya Allah...kau lindungilah hubungan aku dengan Aura..." desis hati Adwan seraya dia mula berlalu pergi.
TBC✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro