Bab 18
Dalam diam Adwan hanya mencuri – curi melihat Aura daripada jauh yang sedang membeli roti di kiosk. Adwan tersenyum sendiri. Alahaii comel lah dia ni.
Tiba – tiba Aura menoleh ke arah Adwan yang sedang berada di itu, dengan pantas Adwan mengubah posisinya. Bersembunyi di belakang pokok besar berhampiran kiosk. Dia menutup mulutnya rapat apabila Aura mula hendak melalui jalan di situ.
“ Hmm tadi aku macam nampak Adwan aje ?”ngomel Aura sendiri sambil dia terjenguk – jenguk mencari kelibat Adwan di situ. Alahai boleh pulak dia berhenti dekat situ.
Adwan mengetap bibirnya. Cuba menahan nafas juga agar Aura tidak perasan akan kehadirannya di situ.
“ Aura !” teriak Iries mula mendekati Aura.
“ Ehh Iries..ingatkan kau ada dekat bilik guru lagi…” kata Aura.
Alamak ! Diaorang berborak dekat sini pulak…macam mana aku nak blah ?
“ Kau dah pergi kelas Adwan ke ?” soal Iries.
“ Hah lah ! Hampir terlupa aku…aku pergi dulu ea…”kata Aura seraya berlari anak ingin ke kelas Adwan.
“ Dia dah pergi…kau boleh keluar sekarang…” kata Iries tiba – tiba sambil melihat Aura yang makin menjauh itu.
What ? Dia tahu lah yang Tengku Adwan ada dekat situ daripada tadi ?
Adwan mula keluar daripada disebalik pokok itu.
“ Sejak bila kau tahu aku ada dekat sini ?” soal Adwan.
“ Hmm dah lama lah aku tahu yang kau suka usya – usya Aura dari jauh kan ?” kata Iries. Ya dah lama dah dia perhatikan semua benda tu cuma dia rahsiakan daripada Aura aje.
“ Ermm ohh…”kata
“ Kau sukakan Aura juga kan ? Tapi bila dia terkejar – kejarkan kau dekat depan kawan – kawan kau…kau sengaja nak tunjuk kau hebat ke ?” kata Iries sinis.
“ Hmm bukan macam tu lah…aku ada sebab aku sendiri…” kata Adwan seraya mula berlari meninggalkan tempat tersebut.
Dia harus kembali ke kelasnya sebelum Aura sampai dahulu. Dia tak nak tengok Aura kecewa bila sampai dekat kelas kejap lagi dia tak ada pulak.
Di kelas Adwan. Akhirnya Aura mula sampai di hadapan pintu kelas. Kelas Adwan sekarang tengah tak ada cikgu. Kawan – kawan Adwan yang lain pun tak ada, hanya Adwan seorang saja di situ.
Dia sudah terjenguk mencari kelibat Adwan yang elihatannya Adwan tengah baca buku di tempatnya. Aura mula menjengukkan kepalanya cuba memanggil Adwan.
“ Psttt…psttt…”
Adwan mula menoleh.
“ Hai awak … sini jap…”kata Aura perlahan takut menganggu pelajar yang lain.
Seketika Adwan mula mengorak langkah menemui Aura.
“ Kau nak apa ?” soal Adwan mendatar seperti biasa di hadapan Aura.
“ Ermm saya nak bagi roti ni dekat awak tadi…saya beli dekat kiosk….”kata Aura lalu menghulurkan roti tersebut.
“ Eh ni roti tadi yang aku tengok dia beli kan ? Untuk aku rupanya…”desis hati Adwan.
“ Eh kenapa dahi awak tu berpeluh semacam aje ? Macam baru habis lari aje ?”tegur Aura tiba – tiba.
Adwan sedikit terkelu seraya mengelap kasar peluh tersebut dengan tapak tangannya.
“ Mana ada aku lari…hmm hari ni panas sikit lah…”nafi Adwan takut terkantoi dengan Aura.
Tiba - tiba Aura mendekati Adwan sedikit lalu dijengketkan kakinya dan.....
Peluh Adwan yang mula menitis kecil dilap oleh Aura dengan sapu tangan kecilnya..
" Berpeluh sungguh ya awak hari ni..." gumam Aura.
Dup ! Dap ! Dup ! Dap !
Jantung Adwan berdegup kencang menerima usapan itu. Dia tidak menduga yang Aura akan berbuat sedemikian.
Aura memeluk erat belakang Adwan yang sedang menunggang motor tokwannya ketika itu. Alahaiiii bahagianya naik motor pusing kampung macam ni.
Adwan hanya tersenyum bahagia sendiri melihat wajah Aura daripada cermin sisi kanan motor Haji Ismail.
" Terima kasih tokwan..sebab bagi Adwan pinjam motor ni.." desis hati Adwan.
******
Adwan dan Aura masing - masing berpegangan tangan mula masuk ke dalam rumah tokwan.
Dua pasangan suami isteri ini menunjukkan riak wajah bahagia masing - masing.
" Hah balik dah kamu berdua ? Ingatkan nak tidoq luar malam ni.." usik Haji Ismail.
" Eh tak ada lah tokwan.." kata Adwan.
" Hampa dua dah berbaik ? " soal Haji Ismail walaupun dia dah tahu dah. Tengok pegang tangan pun dia dah faham sangat dah. Kita orang lama !
" Mana ada kami bergaduh pun tokwan..." nafi Aura sambil tersengeh - sengeh.
" Kepala otak hang tak gaduh ! Sampai nak reban rumah aku hang duk buat drama pukul tujuh tu pun hang kata mana ada gaduh ? Eeee budak ni lah ! " kata Haji Ismail seraya ingin mengetuk kepala Aura.
Cepat saja Aura berselindung di belakang Adwan..
" Hah baguih lah...menyorok belakang laki hang...mentang - mentang dah baik..." kata Haji Ismail.
Adwan hanya ketawa kecil melihat telatah Haji Ismail dan Aura itu.
Malam mula menjengah tiba. Adwan dan Aura masing - masing masih di dalam bilik setelah selesai makan malam tadi.
" Hai Bunga ! Lama tak jumpa kau..Kau sihat ke ? " sapa Aura disebalik video call yang dibuat di telefon bimbit milik Adwan.
" Hai Aura ! Tu lah lama kita tak jumpa....alhamdulillah sihat...kau ? " sahut Bunga di hujung talian.
Adwan hanya menjadi pemerhati sejak tadi. Dia hanya ikut saja permintaan Aura yang ingin berborak face to face macam ni dengan Bunga. Macam - macam lah Aura ni.
Hampir sejam juga lah si Aura ni berborak sampai Adwan dekat sebelah ni pun dia dah tak peduli. Borak apa pun tak tahu lah. Biasa lah perempuan enn ?
" Semoga urusan kau dengan Adeeb dipermudahkan ya..tak sabarnya nak tengok kau bertunang dengan Adeeb. Nanti jangan lupa jemput tau... Bye Bunga ! " kata Aura yang mula menyudahkan video call tersebut.
Aura mula berpuas hati setelah salah faham yang berlaku selama ni sudah lebih jelas.
" Nah awak phone aw..." kata - kata Aura terhenti apabila dia melihat Adwan sudah selamat tertidur polos di sebelahnya.
Aura tersenyum sendiri.
" Lahh kumbang dah tidur ? " soal Aura sendiri.
Seketika Aura juga mula menguap. Alahaii ngantuk awal pulak malam ni. Aura mula bangun untuk menutup lampu bilik. Setelah itu dia mula berjalan menuju ke katil dan mengambil tempat di sebelah Adwan. Dia tidur menghadap Adwan. Dalam keadaan yang samar - samar itu dia masih jelas melihat wajah Adwan.
" Selamat malam kumbang..." gumam Aura perlahan.
" Selamat malam juga bunga..." balas Adwan tiba - tiba memusing menghadap Aura juga.
Aura tersentak. Eh ? Dia tak tidur lagi ?
" Awak...bukan dah tidur ke ? " soal Aura.
" Hmm dah cuma tak nyenyak pun sebab awak tak tidur lagi sebelah saya..." kata Adwan tiba - tiba menarik rapat tubuh Aura ke tubuhnya.
Aura terkaku. Jantungnya berdegup kencang.
Adwan mula memeluk erat Aura seakan - akan tidak mahu melepaskannya.
" Saya nak tidur sambil peluk awak macam ni baru saya boleh tidur nyenyak.." bisik Adwan perlahan sambil memejamkan matanya.
Akhirnya Aura membalas pelukan tersebut. Dia tersenyum bahagia dalam tidurnya malam itu. Ya Allah , engkau berkatilah rumah tangga kami selepas ini.
********
Pejam celik pejam celik dah tiba masanya untuk Adwan dan Aura pulang ke Kuala Lumpur. Aura sedikit sedih juga lah sebab nak kena tinggalkan tokwannya pastu kampung halaman yang tenang macam ni. Mana nak dapat dah dekat Kuala Lumpur tu.
" Tokwan jaga diri elok - elok tau..kalau sakit ke apa cepat - cepat makan ubat..Kalau ada apa - apa hal call mama dengan papa tak pun call aje Aura tau..." pesan Aura.
" Hah lah..hang tok sah duk risau sangat lah...Tokwan tau lah jaga diri tokwan...macam lah tokwan ni budak kecik lagi.." balas Haji Ismail.
Aura mencebik. Tokwan dia ni lah !
" Tokwan ! Jaga diri elok - elok ea...mesti kitaorang nanti rindukan masakan tokwan..." teriak Azzam dan Azzim serentak. Mereka sudah mula rapat dengan Haji Ismail sekarang ni. Diaorang dah anggap Haji Ismail macam tokwan diaorang dah.
" Hamboiii hampa dua ni..rindu masakan aku ja lah ? Habis aku ni sapa yang nak rindu ? " kata Haji Ismail.
" Tokwan pun kami rindu lah..." kata Azzam dan Azzim seraya memeluk tubuh tua Haji Ismail itu.
Haji Ismail menepuk - nepuk kedua belakang Azzam dan Azzim. Dia juga sedikit sebak. Terasa macam ada cucu ramai pulak.
" Hampa dua ni tok sah balik lah duduk dengan tokwan terus lah..." kata Haji Ismail.
" Hmm tak boleh lah Tokwan..kalau kitaorang duduk sini..siapa nak jaga Tengku Adwan ? " kata Azzim.
Adwan hanya tersenyum kecil melihatkan sesi jejak kasih itu.
Setelah Azzam dan Azzim sudah bersalaman dan berpelukan dengan Haji Ismail, mereka mula berlalu bersama Aura ke kereta terlebih dahulu. Kini tiba giliran Adwan pulak untuk bersalaman dengan Haji Ismail.
" Tokwan...Adwan minta diri dulu ya...tokwan jaga diri ya...kalau ada apa - apa tokwan call aje mama dengan papa atau Aura..kalau nak call Adwan pun boleh..." kata Adwan lalu menyalam tangan Haji Ismail.
" Hah lah...tokwan call kalau ada apa - apa..."
" Tokwan terima kasih atas segalanya...Adwan seronok dapat kenal tokwan ... dapat tinggal dengan tokwan walaupun sekejap....Tokwan dah ajar macam - macam dekat Adwan...Tokwan dah selamatkan rumah tangga Adwan...Tokwan memang the best lah.." luah Adwan.
Haji Ismail mengangguk seraya dia menarik Adwan ke pelukannya..
Adwan sedikit tersentak namun dia juga membalas pelukan itu.
" Adwan...jaga Aura elok - elok nah...dia cucu kesayangan tokwan..." kata Haji Ismail kedengaran sebak.
" Baik tokwan..Adwan akan jaga Aura elok - elok..." kata Adwan.
" Hang kena ingat...dia sayangkan hang sangat - sangat tau...hang jangan ragukan perasaan dia dekat hang....jarang tau perempuan nak bertahan sayangkan orang yang sama hampir bertahun - tahun...tokwan harap hang dapat bimbing dia sampai ke syurga...tokwan percaya hang adalah lelaki yang terbaik untuk cucu tokwan yang satu tu..." kata Haji Ismail sambil menepuk - nepuk kecil belakang Adwan.
" Ya tokwan...In shaa Allah..."
Pegangan tangan tidak lepas - lepas sejak bermulanya perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Aura seperti biasa sudah tertidur beralaskan bahu Adwan sambil tangannya memaut tangan Adwan.
Adwan hanya membiarkan itu saja. Seketika dia juga tertidur dan kepalanya terlentok pada kepala Aura. How sweet them !
Hampir beberapa jam selepas itu, mereka mula sampai di rumah nenda. Alahaiii rindu dah dekat nenda. Apa khabar lah agaknya ya setelah hampir tiga hari tidak berjumpa dengan nenda...
Entah lah bila sampai rumah nenda kali ni, Aura terasa sedikit tidak sedap hati. Seakan - akan ada benda yang akan berlaku dan akan menganggu rumah tangganya tapi apa ?
" Jom kita masuk...barang - barang tu nanti biar Azzam dengan Azzim yang bawa masuk..." kata Adwan seraya menarik tangan Aura.
Aura hanya mengikuti langkah Adwan.
Mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatannya rumah nenda ketika itu agak sunyi. Eh mana nenda ?
Seketika Aura dan Adwan mula berlalu ke ruang tamu utama..
Sampai - sampai saja di ruang tersebut. Adwan dan Aura sedikit terpinga melihat nenda sedang minum teh dengan seorang gadis yang agak asing pada Aura tapi tidak pada Adwan.
" Ifti ? " gumam Adwan.
" Abang Wan dah balik ? " soal gadis yang bernama Iftinan itu.
Tengku Kyara Iftinan mula bangun dari duduknya lalu mendekati Adwan dan...
Zapppp !
Tubuh Adwan dipeluknya erat.
Aura tersentak melihat semua itu. Apa ni ? Siapa perempuan ni ? Tanpa segan silu langsung peluk suaminya ?
Pegangan tangan Aura yang dipegang oleh Adwan terus terlepas. Adwan kelihatannya agak kaku ketika itu. Dia tidak menolak akan pelukan itu.
" Ifti rindu sangat - sangat dekat abang Wan..." gumam gadis itu masih erat memeluk tubuh Adwan.
Siapa Tengku Kyara Iftinan ? Setahu Aura Adwan dah tak ada adik perempuan.
#Omg ! Watak baru lagi ehek. Hmm siapa agaknya Tengku Kyara Iftinan ni ? Adakah dia akan jadi orang ketiga dalam hubungan Adwan dan Aura selepas ini ? Nak tahu ? Stay tuned ya guys ! Keep vote and comment ❤😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro