Bab 17
Akhirnya selesai juga menjawab soalan SPM bagi semua pelajar Smk Tengku Putra. Semua pelajar kelihatannya sudah berpusu - pusu keluar meninggalkan dewan sekolah pada hari tu. Boleh lah bebas sekejap sementara nak tunggu result en ?
" Adwan..nak lepak sekali tak ? " ajak Fajar.
" Haah jom lah...kita lepak - lepak dulu..dah habis paper kan ? " kata Adeeb pulak.
" Tak apa lah..korang pergi lah dulu...aku ada hal kejap.." kata Adwan mula melangkah pergi meninggalkan kawan - kawannya itu.
Adwan mula melangkah bahagia ke astaka sekolah. Akhirnya dah tiba saatnya untuk dia bertemu dengan si dia. Tidak sabar rasanya dia ingin menyatakan perasaannya yang selama ini hanya dia pendam disebabkan tidak mahu menganggu examnya.
Kelihatan si gadis sudah menanti di astaka sekolah. Adwan sudah tersenyum sendiri. Dia pasti dah lama tunggu aku dekat situ kan ?
Adwan berjalan hendak menuju ke tempat tunggunya si gadis namun apabila sudah hampir saja tiba - tiba langkahnya terhenti apabila ada jejaka lain yang datang terlebih dahulu.
Dia sedikit tersentak. Jejaka tersebut mengatakan sesuatu...
Adwan terjaga daripada tidurnya. Dia mula meraup wajahnya kasar. Kenapa aku mimpi benda tu balik ?
Seketika Adwan mula mengiring ke kanan. Dia menghadap Aura yang sedang tidur membelakangi dirinya..
" Aura Qismina..." gumam Adwan.
Tiba - tiba seakan mendengarkan panggilan itu Aura mula menoleh ke arah yang sama dengan Adwan.
Adwan tersentak.
" Hmmm..." igau Aura.
Adwan terdiam. Dia hanya merenung wajah Aura yang sedang tertidur polos itu.
" Aura tu sayang gila dekat hang tau dak...laki lain dia tak nampak dah..."
Kata - kata tokwan petang tadi mula menerjah di pendengaran Adwan.
" Hmm maafkan aku Aura..." ucap Adwan perlahan seraya mula melelapkan semula matanya.
Sesudah Aura selesai mandi dia mula menyikat rambutnya di dalam bilik. Adwan pula tengah sibuk duk tolong tokwan masak kat dapur. Hahahah tiber rajin ?
Eh Adwan memang rajin, kau tu je yang pemalas.
Aura mula mengikat rambutnya kemas. Panas bila duduk kampung siang hari kalau rambut ni dilepaskan.
Tiba - tiba kedengaran bunyi caller ringtone phone Adwan berkumandang.
Aura mula menjenguk sedikit untuk melihat nama yang terpapar.
Tengok - tengok saja nama si pemanggil, Aura sedikit terkedu.
Bunga ?
" Adwan still contact dengan Bunga ? Dia masih ada perasaan dekat Bunga ke ? Oh jadi selama ni dia tak boleh nak terima aku lagi sebab dia ada hubungan dengan Bunga lah ? Macam tu ? " monolog hati Aura sakit.
" Ada orang call ke ? " soal Adwan yang tiba - tiba muncul.
Aura mula memandang Adwan dengan pandangan yang sukar ditafsir saat itu.
Adwan kelihatan pelik dengan pandangan yang dilemparkan oleh Aura.
" Kenapa tengok aku macam tu ? " soal Adwan seraya mencapai phonenya.
Seketika panggilan daripada Bunga mula berkumandang lagi. Dengan pantas Adwan mengangkat tanpa menghiraukan Aura lagi.
" Hello Bunga ? Ya kenapa ? "
Entah apa yang merasuk Aura ketika itu, tidak semena - mena dia menepis telefon yang Adwan tengah bercakap itu.
Bukkkk !
Telefon bimbit Adwan jatuh.
Adwan tersentak hebat dengan tindakan Aura itu.
" Kau dah kenapa ? " soal Adwan masih menahan suaranya.
" Awak masih contact dengan Bunga ? Awak masih suka kan dia ? " soal Aura bernada sebak tiba - tiba.
Adwan sedikit terdiam dengan soalan itu.
" Awak ingat saya tak tahu ke ? Yang awak sukakan Bunga kelas kedua Smk Tengku Putra kan ? Sebab dia lah awak tak boleh nak terima saya kan ? Kenapa awak tak kahwin aje dengan dia ?! Kenapa saya yang kena jadi pilihan awak semata - mata nak selamatkan awak aje malam tu ? " hambur Aura. Dia dah mula rasa penat. Penat terkejar - kejarkan Tengku Adwan Haider hampir beberapa tahun ini.
Adwan terdiam. Dia tidak bersuara apa - apa seperti mengiyakan segala kata - kata Aura.
Air mata Aura mula menitis satu persatu.
" Saya penat Adwan....Saya penat sebab hanya saya sorang aje yang sayangkan awak macam nak gila ! Saya sorang aje yang berjuang nak dapatkan hati awak walaupun saya tahu sikit pun awak tak pernah nak hargai..." kata Aura sambil teresak - esak.
Adwan hanya memandang sayu ke arah Aura saat itu.
" Saya rasa saya dah tak mampu...nak teruskan perasaan ni...perasaan yang hanya sebelah pihak saja..." kata Aura akhirnya.
Adwan mula ingin mendekati Aura tiba - tiba , namun dengan pantas Aura mencapai tudungnya dan dipakainya lalu dia terus berlari keluar daripada bilik itu.
Aura mula berlari keluar terus daripada rumah.
" Aura..." panggil Adwan mula ingin mengejarnya.
******
Mundar mandir Adwan berjalan di ruang tamu. Memikirkan ke mana dia harus mencari Aura. Hmmm kenapa tiba - tiba Aura macam ni ? Bad mood teruk sebab period ke apa ?
" Adwan....nah hang ambik kunci motor tokwan ni hang pi cari Aura.." kata Haji Ismail akhirnya. Dia tahu cucunya bergaduh tadi.
" Kat mana Adwan nak cari dia tokwan ? " soal Adwan.
Tiba - tiba Haji Ismail menyentuh dada Adwan.
" Hang cari dia ikut kata hati hang....mesti hang akan jumpa..."
Adwan mengangguk kecil seraya berlalu keluar daripada rumah.
" Tengku ! Tengku nak pergi mana ? Kitaorang nak ikut...." teriak Azzim dan Azzam tiba - tiba yang baru muncul.
Kedua telinga Azzim dan Azzam pantas ditarik Haji Ismail..
" Hampa dua jangan duk kalut ! Tu hal rumah tangga lepa...biar lepa yang settle..jom ikut tokwan sambung masak tak habis lagi..." kata tokwan sambil ditarik kedua telinga kembar itu mengikut langkahnya. Hahahahaha.
Adwan mengelilingi satu kampung mencari Aura dengan motorsikal tokwan Aura. Hmmm mana Aura pergi ni ? Harap dia tak jauh - jauh lah..
Seketika Adwan mula lalu di kawasan bendang pulak. Dilirih sekeliling mencari kelibat Aura.
Tiba - tiba dia terpandang akan sebuah pangkin di suatu sudut. Aura sedang duduk bersendirian di situ.
" Alhamdulillah aku jumpa dia juga..." desis hati Adwan.
Seketika Adwan mula melangkah mendekati Aura dalam diam.
" Aura..." panggil Adwan.
Aura menoleh.
" Awak buat apa dekat sini ? Pergi balik lah ! Saya tak nak tengok muka awak dekat sini ! Balik sana ! " teriak Aura dengan tangisan yang masih bersisa.
Adwan tidak menghiraukan kata - kata Aura itu malah dia mula duduk di samping Aura.
********
Aura sudah berkira - kira hendak bangun. Tidak mahu dia duduk di sebelah Adwan.
Zapppp !
Tangan Aura pantas ditarik kuat oleh Adwan sehingga Aura terduduk semula ditempatnya.
" Apa awak ni ? Lepas lah ! " kata Aura sambil meronta - ronta tangannya minta dilepaskan.
" Saya takkan lepaskan tangan awak selagi awak nak cuba lari daripada saya..." kata Adwan lembut. Panggilan kau aku juga telah ditukarnya.
Aura sedikit terkesima dengan kata - kata Adwan itu. Dia mula tidak meronta malah hanya duduk diam memandang ke arah Adwan.
" Awak dengar dulu apa yang saya nak cakap...dengar dulu apa yang saya nak awak tahu..." kata Adwan.
Aura hanya mendiamkan diri. Cuba fokus kepada Adwan.
" Pertama sekali saya nak minta maaf....kalau selama ni awak rasa saya tak pernah balas perasaan awak tu..." kata Adwan.
Aura mula sakit hati sekali lagi, dia memandang ke arah lain jadinya.
" Awak salah Aura...saya dah lama balas perasaan tu...dari zaman sekolah lagi.." jujur Adwan akhirnya.
Aura tersentak hebat lalu dia memandang semula ke arah Adwan.
" Siapa cakap yang saya sukakan Bunga kelas kedua Smk Tengku Putra ? Kalau Bunga saya hanya satu iaitu awak...." kata Adwan lagi.
Aura sedikit tercengang. Kenapa dia rasa macam familiar dengan ayat ....
" Bunga saya hanya satu iaitu awak.."
" Bunga kelas kedua tu...girlfriend Adeeb lah....bukan ada hubungan apa dengan saya pun...dari zaman sekolah lagi Bunga tu minat dekat Adeeb...saya ni cuma jadi orang tengah diaorang aje ....bertukar surat...bertukar bekal makanan..." jelas Adwan akhirnya.
Aura tersentak hebat ! Jadi yang dia nampak masa dekat toilet dulu tu...Bunga nak kasi semua tu dekat Adeeb lah ? Bukan Adwan ? Ya Allah aku dah salah anggap.
" Hmmm sorry Bunga...sebab kumbang tak datang jumpa Bunga masa last day exam kita..." kata Adwan lagi.
Kata - kata Adwan kali ni benar benar menyentakkan hati Aura.
" Kumbang..." gumam Aura jelas terkejut gila.
Bunga ? Kumbang ? Apa benda semua ni ?
*Flashback*
Aura mula masuk ke kelasnya selepas waktu rehat tamat. Dia mula duduk di tempat duduknya. Seketika Aura ingin mengeluarkan buku teks Sejarahnya namun tiba - tiba ada sepucuk surat melayang jatuh ke lantai.
" Eh surat apa pulak ni ? " soal Aura sendiri. Dia mula mencapai surat tersebut lalu dibuka dan dibacanya.
Assalamualaikum Aura a.k.a Bunga saya. Awak apa khabar ? Sihat ? Mesti awak pelik kan kenapa tiba - tiba dapat surat ni ? Hahaha maaflah sebab tiba - tiba bagi surat macam ni. Hmmm sebenarnya saya cuma nak luahkan perasaan saya dekat awak aje...
Saya dah lama sukakan awak...saya jatuh cinta dengan awak Aura...Saya suka tengok awak walaupun daripada jauh...Telatah awak hari - hari dekat sekolah buat saya terhibur..Awak memang ceria orangnya...nanti awak balas ya surat ni dan letak balik dekat bawah meja awak...esok saya ambik.. Bye ! See you soon dear....
From : Kumbang.
Apa ? Ada orang minat aku ? Hahaha biar betul. Tak sangka betul lah. Hmmm kesian dekat orang tu. Aku tak boleh nak balas perasaan dia sebab dekat hati aku ni cuma ada Tengku Adwan Haidet sorang aje.
Seketika Aura menulis surat untuk dibalas semula kepada pengirim tersebut. Dia menyatakan hal sebenar tentang perasaannya. Dia bagitahu yang dia cuma sayangkan Tengku Adwan saja.
Keesokan harinya Aura cuba - cuba juga intai dari jauh dan ingin melihat siapakah si gerangan yang menghantar surat tersebut namun malangnya apabila Adwan mula menghantar seorang budak junior untuk mengambil dan menghantar surat itu semula.
Namun sejak dari hari tu, Aura mula berkawan dengan si pengirim surat yang hanya dikenali sebagai Kumbang saja. Kumbang juga telah bersetuju untuk berkawan saja dan dia menerima yang Aura hanya menyukai Tengku Adwan Haider.
Hahaha sengaja Adwan menyamar sebab dia ingin lebih dekat dengan Aura tanpa Aura tahu yang dia adalah Tengku Adwan Haider yang sebenarnya.
Habis kenapa setiap kali Aura terkejar - kejar kan dirinya, dia pasti buat - buat tidak endah sama sekali ?
Semua tu disebabkan ayahndanya, Huzairie. Huzairie dah pernah berpesan sebelum Adwan ditukarkan ke sekolah Smk Tengku Putra bahwa Huzairie tidak mahu Adwan ada masalah apa - apa lebih - lebih lagi dalam bercinta. Semua ini hanya akan menganggu pelajaran Adwan saja.
Disebabkan semua itu lah dia tidak boleh menerima Aura secara terang - terangan. Adwan hanya mampu menyimpan perasaan itu diam - diam saja.
Namun suatu hari Adwan bertekad yang dia harus jujur dengan Aura dan mengenalkan dirinya yang sebenar yang hanya berselindung di sebalik nama panggilan Kumbang.
Hari last exam SPM yang sepatutnya Kumbang berjumpa dengan Aura sebagai Adwan mula terbantut apabila ada lelaki lain yang tiba - tiba muncul dan confess dekat Aura. Adwan terus salah faham dan mengundurkan diri begitu saja apabila dia ternampak Aura menerima bunga daripada lelaki itu.
* End Flashback *
" Kenapa awak tak datang hari last exam tu ? Saya tunggu awak...awak tahu tak ? " kata Aura geram.
" Hmmm saya datang tapi tak sempat nak pergi dekat awak...Awak dah terima bunga lelaki tu.." luah Adwan.
" Lahhhh mana ada lah...saya tak jadi ambil...sebab tiba - tiba teringatkan awak..." kata Aura.
" Hmm ya saya dah tahu dah...tokwan cerita kelmarin..." kata Adwan.
" Jadi...awak lah kumbang selama ni ? " soal Aura inginkan kepastian. Hampir tidak percaya dia dengan semua ini.
" Ya bunga...saya kumbang awak selama ni.." kata Adwan lalu menghadiahkan senyuman yang paling ikhlas kepada Aura.
Mata Aura mula berkaca. Dia bukan sedih ke apa tapi dia happy gila. Tak sangka perancangan Allah secantik ini.
Seketika Adwan mula menarik Aura ke dalam pelukannya. Aura agak tersentak ! Ni first time tau Adwan peluk dia dengan rela hati.
" I love you so much bunga...." bisik Adwan.
" I love you too kumbang..." balas Aura.
Adwan mula meleraikan pelukannya. Aura sedikit terpinga. Alaaaa kenapa kejap sangat peluk ? Tak puas !
Aura sudah memuncungkan mulutnya sebagai tanda protes dan ingin dipeluk sedikit lama.
Adwan tiba - tiba melirih ke kiri dan kanan. Selepas itu dilirih juga ke belakang dan hadapan. Kelihatan tiada sesiapa di situ tika itu hanya mereka berdua saja.
Dah kenapa ?
" Kenapa tengok kiri kanan ? Depan belakang ? " soal Aura tidak mengerti.
Tanpa membalas soalan Aura itu, dengan pantas Adwan menyentuh kedua belah pipi Aura lalu ditariknya.
Bibir Aura menjadi mangsa.
Chupppp !
Aura tersentak hebat. Dunianya seakan terhenti apabila Adwan mula mencium bibirnya di sawah padi ini.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Ciuman akhirnya dilepaskan.
" Done ! Saya ambik balik first kiss saya yang awak curi..." kata Adwan sambil tersenyum lebar.
" Hah ? " Aura tercengang dan masih blur dengan kata - kata Adwan itu. Hahaha dia mana nak ingat kalau dah sleep walking kan ?
#Alahaiiii sweet tak guys ? Kali ni dah betul2 kiss ya bukan mimpi lagi ! Finally masing - masing dah tahu perasaan diaorang. Puas hati tak korang dengan chapter sweet kali ni ? Heee drop your comment please ! Keep vote and comment 😍❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro