Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Side Story 2

        DENGAN langkah yang pantas kakinya berlari ke arah gazebo di sudut kanan Istana. Dirinya dikejari oleh beberapa pengawal istana diikuti beberapa orang knight dari belakang.

     Tiba sahaja di belakang Daryan, kaki Rhosyn Roux tersungkur menyembah tanah. Hampir. Daryan sempat menangkap pinggang gadis itu.

     "Rho- Rhosyn?" soal Daryan tidak percaya. Ini kali pertama mereka bertemu kembali selepas upacara pertabalan dirinya sebagai putera mahkota 8 tahun yang lalu. Semenjak dari itu, Daryan tidak menerima apa-apa berita tentang Rhosyn lagi.

     Daryan mengarahkan pengawal istana dan knight untuk beredar dari situ mengatakan kepada mereka bahawa dia mengenali gadis ini.

      "Crown Prince Daryan... Help me," ujar Rhosyn dengan nafas yang masih sesak.

     "Bertenang dulu, lady Rhosyn." Daryan menarik tubuh gadis itu untuk duduk di bangku berdekatan.

     Setelah Rhosyn tenang barulah dia mengutarakan hasratnya. Daryan mendengar dengan tekun tanpa mencelah sedikitpun. Namun pandangannya tidak lari daripada memandang Rhosyn Roux.

     "So you want me to help your father... I mean your King?" soal Daryan.

     Rhosyn mengangguk. Tiada orang lain lagi yang boleh Rhosyn minta. Mengubati Elf bukan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka boleh sahaja lakukannya, namun pada kali ini mereka sudah terdesak hingga perlukan bantuan daripada luar.

    Siapa lagi yang boleh dipercayai kalau bukan putera mahkota Daryan yang berketurunan Phoenix ini? Mereka juga datang dari susur galur orang-orang Elf.

     "Maafkan saya kalau permintaan saya ini berat untuk ditunaikan. Kalau tuan putera mahkota tidak keberatan, apa-apa yang berlaku pada kami kelak tidak akan kami lupakan jasa tuan putera mahkota sampai bila-bila." Rhosyn menunduk hormat.

      Sebenarnya Daryan masih marahkan Rhosyn. Apa yang dia lakukan selama 8 tahun ini? Kenapa sedikit pun dia tidak memberi berita kepada Daryan? Kenapa dia memutuskan hubungan begitu sahaja walaupun dia tahu apa perkaitan antara mereka?

    Tapi Daryan tidak mahu mengatakannya. Kerana Daryan tahu, pada asalnya, Daryan bukanlah siapa-siapa kepada Rhosyn.

      He just a Red Prince who attracted to the Roux.

     He's a starfall meanwhile she is the milky way.

    Daryan kelu. "I will."

    "Pergi siapkan kereta kuda untuk kami berangkat," arah Daryan kepada pengawal. Tanpa berlengah, arahan tersebut dituruti.

     Dari jauh, Daisy dan Luke hanya melihat Daryan dan Rhosyn yang sudah bergegas pergi. Daisy memeluk tubuh Luke dari tepi. "Putera kita dah besar."

    Luke mendekatkan kepala Daisy ke bahunya lalu mengucup umbun Daisy.

   "Both of them," ujar Luke sambil mengerling ke arah Darwin di atas balkoni yang hanya menghantar pemergian abangnya.

   "Ramalan yang awak buat sekali lagi mengena. Apa yang awak akan buat sekarang, hm?" soal Daisy. Luke hanya diam.

    "Kali ini... Kita biarkan sahaja mereka yang uruskannya sendiri. Mereka juga perlu berdikari. Just like how we do it back then."  Seyuman terpahat dibibir Luke.

     Darwin mengeluh memandang pemergian Daryan. Sedar akan sesuatu perkara yang akan berlaku. Cerita dongeng yang bondanya selalu ceritakan waktu mereka kecil mula terngiang kembali di benak fikiran.

    "Suatu hari nanti... Iyan dan Awin akan belajar sesuatu perkara. Iaitu melepaskan sesuatu perkara pergi dan buat pilihan yang matang." Daisy tersenyum.

    "Tapi... Tapi kami kecil lagi," ujar Daryan. "Macam mana nak matang? Tinggi Awin pun belum sama dengan Iyan lagi."

   Darwin menolak Daryan. " Iyan pakai kasut tapak ada 4 lapis memang lah tinggi! Tengok Awin!" Tapak kakinya ditunjukkan kepada Daryan.

     "Sudah!" Nah, hampir menjerit Daisy disitu. Siapa suruh dapat genetik kembar tu dekat dia! Sudahlah dua-dua lelaki pula. Naik pening mahu melayan!

     "Haish." Darwin mengusutkan rambutnya. Setelah kereta kuda tersebut hilang dari pandangan, barulah dia meninggalkan balkoni tersebut.

     "Teruk kah penyakit Raja Elf sekarang?" soal Daryan. Rhosyn menundukkan kepalanya.

    "Ya... Sampai satu masa ianya akan membawa kepada kehancuran untuk puak Elf." Rhosyn menjawab dengan suara mendatar.

   "Kami dah cuba pelbagai herba dari hutan. Setiap pelusuk kami cari. Dengan keistimewaan yang ada pada kami, puak Elf. Semuanya tidak membantu. Kami buntu."

    Daryan berasa simpati. "Jadi... Apa penyakit itu?"

   "Kami percaya itu racun daripada pokok Nyea. Ayahnda sering meditasi di situ. Crown Prince of Wonderland... Descendants of the legend power... will you help us?" Iris Rhosyn mula berkaca.

    Daryan kelu. Ini kah apa yang bonda selalu ceritakan dahulu? Dimana takdirnya akan membuatkan dirinya memilih antara dua pilihan.

   "When you have to choose between your true love or your kingdom..."

    "You will choose the true love."

     Suara bondanya mula belegar sekali lagi.

     "Lady Roux... I will."


🦋🦋🦋

        "PUTERA Mahkota Darwin baru sahaja ditabalkan jadi putera mahkota setelah abang kembarnya, Putera Daryan berkahwin dengan Lady Rhosyn Roux!"

      Apa itu? Itu adalah cerita yang selalu diceritakan oleh penduduk di Querna Land.

      Genap 3 tahun kemudian setelah Daryan diculik oleh puak elf, Daryan memilih untuk berkahwin dengan Rhosyn dan menjadi Raja kepada Elf. Darwin pula ditabalkan menjadi putera mahkota mengantikan dirinya sebagai Emperor Wonderland yang seterusnya.

     "Mummy!" jerit seorang anak perempuan kecil yang berada di pangkuan Darwin.

    Irene yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat milik Darwin kemudiannya mengeluh.

    "Darleen. Kenapa suka sangat kacau uncle Darwin?" soal Irene.

     "Mana ada..." Suara Darleen mengecil. Dia melaga-lagakan kedua jari telunjuknya.

     "Mana Caelestis dengan Kyrell?"

     Darleen mengangkat kedua bahu menandakan bahawa dia tidak tahu.

    Darleen Christ, Caelestis Christ dan Kyrell Christ baru sahaja menginjak umur 5 tahun. Walaupun begitu, perangai mereka macam orang dewasa!

    "Sekejap lagi Calen datang. Jangan buat perangai," ujar Irene.

    "Yeay! Calen!"

   Calen Ralyn, anak lelaki tunggal Daryan dan Rhosyn. Mungkin akan ada seterusnya? Kita lihat nanti.

     Darleen ni ada perangai. Dia suka menggatal dengan lelaki. Tak kisah lah kecil ke muda ke tua ke. Merenyam.

    Darwin hanya tersenyum nipis. Suka melihat keluarga mereka sudah semakin berkembang.

   GRAWR!

     Ngauman harimau yang kuat mengejutkan mereka bertiga. Di luar tingkap, Caelestis dan Kyrell sedang mengejar seekor harimau putih.

   "Mazu!" Nama harimau putih dijerit kuat. Chimera yang dihadiahi oleh Rykarl sudah membesar sihat. Dah sama besar dengan Griffin! Kalau melepasi besar si Naga tu sudah tentu dia merajuk.

    "Tu anak Rin. Tahu ke erti takut?" soal Darwin. Irene menjeling. Dari muda sampai tua sama je suka mengusik. Dia mendukung Darleen dan keluar dari pejabat Darwin.

    "Rin pergi dulu. Nak jumpa Rayana dan Aryan."

    Rayana masih tidak ada pasangan hidup, Aryan pula sibuk menjaga lautan di Wertaz Land bersama Claire.

    Irene meletakkan Darleen dan sepantas kilat, Darleen melucutkan dirinya ikut kedua-dua abang kembarnya mengejar Mazu.

    Irene tersenyum lebar melihat semua kawan-kawannya ada disitu. Ada yang sudah berpasangan, ada yang masih solo.

    Apa Irene kisah? Yang penting semua bahagia!

  Raikarl memeluk Irene dari belakang. Dia berbisik, "After all, only me can wake up the dragon inside you."

    "Thankyou," ujar Irene.

    "Mummy! Daddy!"

🦋🦋🦋

- END -

Alhamdulillah dengan rasminya,

Dragon: The Next Heir

Sudah melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada yang setia membaca, tahniah diucapkan kerana berjaya habiskan journey saya menulis book 2 ni.

Jumpa anda di Book 3!

Darleen Christ

Caelestis Christ

Kyrell Christ

Yeay!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro