Bab-48: Karl
SEKUNTUM bunga mawar putih diletakkan ke atas batu yang berbentuk segi empat.
"Mom, Dad. I'm here." Raikarl berbisik. Tanah yang sudah dilitupi penuh oleh rumput itu dipandang kosong. Dia duduk dalam keadaan melutut sebelah kaki. Jari-jemari Raikarl naik menyentuh batu yang mempunyai ukiran nama.
Raja Christoper
Ratu Rilaila Alexa
"Soon, I will take revenge for both of you. You don't need to worry about me anymore. Please rest in peace." Kedudukannya diubah kepada berdiri. Batu dan tanah, kedua-dua dilihat sepi.
"I don't expect you to be here," ujar seseorang di belakang Raikarl. Ryan elok bersandar di salah satu pokok dengan tanggannya dalam kocek seluar.
Raikarl menoleh kebelakang. "Apa kau buat disini?"
"Oh, surprise?" Kedua belah tangan Ryan diangkat setinggi bahu.
Raikarl hanya memberikan pandangan kosong. Tidak membalas.
Ryan mengangkat kedua-dua bahunya. "Hey, jangan lupa aku masih abang kau and they're my parents too."
Ryan melangkah ke hadapan menyamakan kedudukannya dengan Raikarl. Kemudian membongkokkan tubuh sejurus itu meletakkan sekuntum bunga mawar putih. Sama seperti Raikarl.
"Kau tahu, bonda suka bunga mawar putih." Kali ini kedua beradik tersebut memandang ke arah kubur yang berada dihadapan mereka.
"I do."
"She said, even thought the white rose is bleeding and became red, the thorn is always with it. She even said, Dad resemble the thorn. They love each other so much." Ryan kemudian ketawa kecil.
"Love is painful."
Tidak membalas kata-kata Raikarl. Ryan hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.
"Ryan, kau rasa kita boleh kembalikan kerajaan Ayahnda semula?" soal Raikarl. Matanya naik memandang Ryan yang tinggi sedikit daripadanya.
"Apa yang kau fikir? Sudah tentu lah kita akan. Your girl got more power to end this." Bibir Ryan terjungkit sedikit. Tiba-tiba darah menyerbu ke wajah Raikarl.
"Don't said that." Fakta yang menyatakan bahawa Irene merupakan pasangan hidupnya cukup membuatkan dia mahu menyorokkan wajahnya. Lebih-lebih lagi bila sudah ramai dalam kalangan keluarga ini mengetahui tentang perkara ini.
Suasana kembali sepi.
"Aku kena pergi dulu." Ryan berkata. Dia mendongak melihat langit yang kian senja.
"Persediaan perang?" soal Raikarl. Ryan angguk.
"Goodluck," ujar Raikarl dalam keadaan menundukkan kepalanya.
"And take care." Ryan tersenyum. Kepala adiknya itu diusap kasar sehinggakan rambut Raikarl menjadi serabai.
Hanya melihat pemergian Ryan, Raikarl mengeluh dan membetulkan kembali rambutnya itu. Dia mengakui hubungan Ryan dengannya sudah semakin pulih. Jika dahulu, jeling pun tak mahu.
Fikiran jejaka itu mula melayang ke kisah lampaunya. Dia tidak ada banyak memori waktu kecil, namun masih ada beberapa yang masih dia ingat.
"Love is indeed painful," guma Raikarl perlahan. Dia dengan langkah yang berat, mula meninggalkan kawasan tersebut. Masih ada banyak perkara yang mahu dilakukan.
"Mom, did love really exist?" Tangan kecilnya cuba menggapai jari jemari ibunya.
Ratu Rilaila senyum manis. Tangan kecil tersebut digenggam erat.
"Kenapa? Karl dah ada orang yang Karl cintakan ke?" soal Ratu Rilaila. Masih lagi tersenyum. Mendengarkan ayat ibunya, cepat-cepat Raikarl menggelengkan kepala.
Tak mungkin lah kanak-kanak lelakk yang baru sahaja menginjak umur 5 tahun sudah pandai bercintun.
"No! I already have you... And dad!" sangkal Raikarl terhadap soalan tersebut.
"Macam mana dengan Kakanda Ryan?" soal Ratu Rilaila lagi apabila nama abang sulung itu tidak disebut. Kepala Raikarl menunduk.
"Ryan too..."
Setelah itu, Ratu Rilaila menghadiahkan ciuman bertalu-talu ke pipi anak bongsunya. Comel sangat!
"Iye sayang, cinta tu wujud. Suatu hari nanti, Karl akan jumpa cinta Karl." Tubuh kecil Raikarl dipeluk daripada belakang.
"Oh, can I eat it?" Raikarl mendongak ke belakang ingin memandang wajah ibunya.
"Hey, why would you eat it?" Ratu Rilaila ketawa kecil. Geli hati dengan soalan yang ditanya oleh budak yang banyak akal ni.
"No, you need to keep it. You need to treasure it."
Raikarl terangguk-angguk. "Like what dad did to you?"
"Hmmm, you can said that," kata Ratu Rilaila.
"Apa kamu berdua lakukan disitu?" soal seseorang lelaki. Ditepinya terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki yang tua sedikit dari Raikarl.
"Dad!" Raikarl melompat ke arah Raja Christ.
"Mom told me about love!" jerit Raikarl dengan kedua tangannya dinaikkan ke atas.
"Love?" Ryan menyoal. Dia meletakkan pedang bersarungnya ke atas meja. Nasib baik dia tak tahu yang Raikarl dah lupakan dirinya tadi.
"Yes! I love everyone!" Jeritan budak berumur 5 tahun itu memenuhi salah satu bilik di istana Darkland.
Little did he know that this moment will not last long.
"Raikarl?"
Lamunan Raikarl terhenti. Dia berpaling ke kanan. Irene yang sudah tersenget kepalanya memandang Raikarl dipandang lembut. Dihadapan mereka terdapat sebuah pintu besar.
Disebalik pintu tersebut terdapat pembesar-pembesar negara yang sudah berkumpul menanti keberadaan mereka berdua.
Baru sahaja beberapa minit yang lepas Ryan menyuruh Irene dan Raikarl pergi ke bilik mesyuarat bersama Raja. Raikarl pun bergegas kemari kerana tidak mahu meninggalkan Irene seorang diri.
"Let's go." Pintu gerbang tersebut dibuka luas.
Dari kanan terdapat Raja daripada Wertaz Land dan sudah dikenali rapat oleh Irene. Tidak lain tidak bukan, Raja Edward.
Disebelahnya terdapat Raja daripada Tressa Land iaitu Raja Lucien.
Daripada kiri pula kelihatan Raja daripada Querna Land sedang memandang Puterinya, Irene dengan senyuman tipisnya.
Di tengah pula Emperor Luke sedang tekun menulis sesuatu di atas kertas.
Pen yang dipegang olehnya diletakkan ke atas meja. Bibirnya menarik senyuman nipis.
"Baiklah, boleh kita mulakan?" Pembicaraan dimulakan.
Jika dahulu seorang gadis berambut merah delima berdiri di sini, kali ini gadis berambut putih mutiara pula mengantikan tempat tersebut.
Di tempat yang sama namun orang yang berlainan. Lagenda tertulis sekali lagi.
"Menurut perintah, Tuanku."
"Kah!" Di sebuah bilik jauh berada di bawah tanah istana Darkland, terdapat Karnos, Camylia serta beberapa askar yang lain.
"Apa yang darah tu boleh lakukan?" soal Karnos. Camylia yang dari tadi menggenggam butir mutiara merah dengan kasih sayang kemudian melihat Karnos yang setia di tepinya.
"Kau mahu tahu? Bukan kah kau paling mengetahui?" Camylia tersenyum sinis.
"Huh? Aku tanya saja!" Karnos menggulingkan bebola matanya.
"Jangan fikir aku tidak kenal kau, Karnos. Walaupun kau berjaya menguasai Darkland setelah Raja Christ dan Ratu Rilaila mangkat, kau masih bodoh dalam semua aspek." Camylia terjeda sebentar. Sebuah tempayan besar disapu debu yang ada di sekeliling dan dilap sehingga berkilat.
"Kau kena ingat... sebelum ini kau tu hanya lah seorang lelaki biasa yang gilakan kuasa magis. Kau juga fikir aku tak tahu yang kau tu sebenarnya anak murid kepada Raja Christ? Kau sendiri yang memaksa Raja Christ untuk terima kau sebagai anak murid dia," sambung Camylia lagi.
Dengan perlahan Karnos menggenggam erat buku limanya. Geram. Namun kalau mahu berhadapan dengan Camylia, dia masih tidak mempunyai kuasa yang cukup. Camylia lagi hebat dan kuat daripadanya. Sia-sia sahaja melawan.
"Now look here."
Butir mutiara merah tadi terapung di udara kemudian dimasukkan ke dalam tempayan yang sudah diisi dengan beberapa bahan yang lain.
"With the blood of ancient dragon, with the blood of divine phoenix. I summon you here as your master, the ancestor of all dragon."
GRAWRR!
Seekor naga yang dua kali ganda lebih besar daripada Rael muncul di hadapan Camylia dan Karnos. Kemunculan naga tersebut sekali gus menakutkan askar yang ada bersama mereka sehingga mereka hampir lari bertempiaran.
"Ap-apa kau telah lakukan? Bukan kah Naga sudah lama tiada?" Karnos juga terkejut.
"Apa kau memang tak boleh guna otak? Naga merupakan dewa kepada alam. Tidak mungkin mereka sudah tiada," ujar Camylia. Tumpuan dia beralih kembali kepada naga yang diserunya tadi.
"Long time no see you..."
Tanduk naga tersebut disentuh. Kepala Naga itu pun tertunduk untuk memastikan Camylia dapat menyentuhnya.
"Karl," sambung Camylia.
Naga itu mendengus. Memorinya juga tiada. Karl ibarat naga yang baru dilahirkan kembali. Bukan sebagai naga pelindung. Tapi sebagai naga pemusnah.
"What if we go and meet our sweety Erina?"
Sekali lagi bunyi ngauman Karl bergema. Entah faham atau tidak. Entah boleh bercakap atau tidak.
Biar alam yang menjawabnya.
♚♚♚
Read•Comment•Vote
To Be Continued...
Uhm, two chapter left i guess.
So untuk spesial chapter lepasni i akan letak all of ur question dalam benak kepala dalam satu chap and i jawab.
So volla-
[ Q & A OPENED ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro