Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab-42: Jealous?

      NYANYIAN kecil kedengaran sayup disebalik semak-samun. Tubuh kecil tersebut semakin dikecilkan apabila kedudukannya berada dalam keadaan mencangkung. Hendak memberi Mazu makan.

     "Kau ke mana?" soal Irene yang masih memberi perhatian penuh kepada Mazu si anak harimau putih.

     Langkah Rael terhenti. Jari jemarinya naik menggaru kepalanya yang entah gatal atau tidak.

     "Everywhere. Aku lihat sesuatu yang seronok di hujung..."

   "Jangan sesekali fikir yang bukan-bukan, Rael." Laju Irene memotong apabila dia sudah dapat agak apa yang ada di fikiran jelmaan Naga itu

    Rael mengangguk satu kali dan melakukan isyarat 'mengunci mulut' dengan jarinya.

     "Okey..." Irene bangun daripada duduknya sejurus itu mengebas debu-debu di gaunnya. "Bila kita boleh mulakan latihan?"

     "Bila-bila masa sahaja bila kau sudah bersedia," balas Rael tanpa perasaan.

     30 minit kemudian...

    "Rael... Kau pasti kau Naga?" soal Irene dengan kelelahan.

     Rael menarik senyuman sinis. "Sudah tentu. Aku kan Naga lagenda."

     "Aku tak dapat nafikan yang itu. TAPI KENAPA KAU PUN IKUT LARI SAMA?" jerit Irene yang berlari seiringan dengan Rael. Mereka berdua menyorok disebalik batang pokok besar ditengah hutan tersebut.

    "Apa? Dah kau lari, aku ikut lah. Aku hanya mahu memastikan keselamatan pewaris aku sahaja," kata Rael tanpa rasa bersalah. Irene menepuk dahinya sedikit kuat.

     "Aku sudah agak. Memang minta bantuan kau ni tak dapat pakai," bisik Irene perlahan.

    Irene mengintai keadaan sekeliling ingin memastikan mereka sudah selamat. Entah kenapa tiba-tiba terdapat sekumpulan serigala liar mengejar mereka. Dengan bantuan kuasanya yang sudah dapat dikuasai sedikit demi sedikit, Irene berjaya menewaskan beberapa ekor serigala liar tersebut.

    "Dah, jom." Irene keluar daripada tempat persembunyian mereka diikuti oleh Rael dibelakangnya.

    Sedar tidak sedar, mereka tiba disebuah tasik. Tanpa disedari senyuman Rael mula kelihatan.

    "Kau dah kenapa?" soal Irene, pelik. Kan nanti kata gila, ada yang kena sembur api.

    "Kalau kau mahu tahu, ini lah tempat dimana aku bertemu Luna buat pertama kalinya." Kedua lengan Rael naik melipat ke dada.

    Mata Irene membulat luas. "Serius lah? Bagaimana Bonda dahulu?"

    "Dia lagi dahsyat daripada kau. Hingga aku tidak dapat melakukan apa-apa dengan perangainya. Nasib sahaja Lily mudah berhubungan dengannya," ujar Rael, panjang lebar. Irene ketawa halus. Nakal juga Bondanya dulu ya?

    "Tapi dia tak putus ada. Walaupun dia baru sahaja tiba kesini setelah beberapa tahun berada bersama orang bumi, dia tetap berusaha menjadi kuat. 'Nothing impossible if you believe.' Itu moto hidupnya." Rael menyambung lagi. Irene sebak pula mendengar kisah tersebut walaupun dia sudah mendengarnya beberapa kali sewaktu kecil, akan tetapi masih tidak membosankan dirinya untuk kekal mendengar.

     "Then, I will fight too. Do not wake up the dragon. Is it right, Rael? We gonna be the strongest and defeat all of them." Irene memandang Rael dengan pandangan yang dingin.

     Rael menarik senyuman sinis. "Itu lah apa yang aku mahukan. Let's smash them into the dust!"

     "Okay, now lets go to the castle. Mereka sudah tentu sedang mencari aku disana," ujar Irene apabila menyedari hari sudah hampir senja. Dia kesini bersama Rael dan terlupa hendak memberitahu Yena. Sudah semestinya Yena mencarinya.

     "Tuan Puteri!"

     Jeritan suara Yena yang mencari dirinya mula kedengaran. Irene muncul bersama Rael dibelakangnya.

    "Tuan Puteri! Kemana Tuan Puteri pergi? Satu istana mencari Tuan Puteri tahu!" Suara Yena meninggi satu oktaf. Irene tersengih seperti kerang busuk.

    "Ini... Siapakah dia, Tuan Puteri?" soal Yena apabila dia melihat Rael yang berada berdekatan dengan Irene.

    Irene memejamkan matanya. Kenapa Rael tidak mahu menghilangkan dirinya ke dalam loket semula?

    "He's my friend. Please..."

    "Friend?" Suara lain pula memotong percakapan Irene. Irene dan Rael berpaling kearah empunya suara tersebut.

    "Kau tak balik lagi?" soal Irene.

     "Balik? Balik kemana? Rumah aku kan dah hancur." Raikarl menaikkan sebelah keningnya.

     Irene menepuk dahi. Dia terlupa Raikarl sekarang bergerak sebagai 'mercenary' dan berada dimana-mana sahaja dia mahu.

     Raikarl mendekati Rael. Dia melihat Rael daripada atas hingga bawah.

     "He is Rael. I already wanted to introduce him to you later. But here we are."

   "Mom, I'm scared," gumam Rael perlahan namun didengari oleh Irene. Yena yang memerhati mereka bertiga mengambil peluang untuk mengundurkan dirinya terlebih dahulu.

     "Kau buat apa hingga pulang lewat sebegini?" Perhatian Raikarl beralih kearah Irene semula.

     "Tengok ni." Irene melakukan satu cahaya berbentuk rama-rama lalu hinggap di hidung Raikarl.

     "Cantik kan? Aku berlatih tadi."

    Raikarl hanya mendengar celoteh Irene tersebut dengan senyuman nipis. Sangat nipis. Dia merenung wajah teruja Irene tersebut tanpa menyedari, bibirnya bergumam perlahan. "Cantik."

    Tanpa disedari oleh mereka, Rael mendapat sebuah idea yang nakal. Dalam diam bibirnya menaik satu senyuman misteri. Rael mendekati Irene dan meletakkan lengannya ke bahu Irene.

   "Hish! Kau kenapa?" Irene menolak lengan Rael yang memeluk bahunya.

    "Takde lah, aku lenguh lah. Sampai bila lagi kau mahu berdiri di sini? Tidak mahu masuk ke dalam?" soal Rael bertubi-tubi.

     "Hish, sabar lah! Nanti aku suruh Bonda kunci kau, mahu?" Pantas Rael menggeleng. Walaupun Irene merupakan pemegang kuasanya, dia masih gentar dengan Luna yang tidak mempunyai hati kalau diberi tentang menghukum.

     Melihat karenah Irene dan Rael, senyuman nipis milik Raikarl mula mati. Akan tetapi kedua-duanya tidak ada beza pun. Senyum atau tidak, wajahnya tetap kelihatan dingin. Dengan iris mata merah saganya dan kulit putih pucatnya, siapa sahaja tidak takut memandangnya jika tidak kelihatan senyuman?

     "Aku pergi dulu," Irene meninggalkan mereka berdua apabila dia melihat kelibat Yena disebalik dinding menyuruhnya untuk pantas pulang ke kamar.

    "I will get her first, bro." Rael menepuk bahu Raikarl dengan senyuman nakalnya yang tidak lekang dari bibir.

     Raikarl berdecit lalu mengikuti juga langkah mereka. "Not that fast."

    Di bilik kerja Irene, kelihatan gadis itu telah duduk memegang beberapa helai kertas. Rael dan Raikarl memasuki bilik tersebut serentak.

    "We're doomed."

     "Why?"

    "Kau tahu bila-bila masa sahaja perang akan tercetus, bukan?" soal Irene dan dibalas dengan anggukan oleh Raikarl. Rael sudah duduk di kerusi dengan kakinya di atas meja.

   "Sebelum perkara tersebur berlaku, kita kena pantas satu langkah kehadapan. We need to get help from all the tribe if we can."

    "Tribe? Why?"

    "Obviously to strength the attack!"

     Puak ini kebanyakkannya merupakan kaum haiwan yang boleh menjadi manusia sekiranya mereka merupakan keturunan dari ketua mereka. Dan mereka memilih untuk tinggal berasingan daripada manusia dan membina kerajaan kecil di kawasan terpencil.

   Tetapi rundingan dengan mereka sangat sukar untuk dilakukan.

    "Maybe I can help." Rael mencelah.

    "Urm, maybe? You are the king of nature after all. The Great Dragon, blwerk."

     Raikarl yang mendengar perkataan terakhir daripada Irene cuba untuk memproses. Jadi Rael adalah Naga yang merupakan kuasa kepada Irene? Buang masa sahaja lah kan Raikarl berwaspada akan Rael tadi?

    Tak kisah lah. Raikarl tetap tidak dapat mempercayai Rael.

    "So lets start with the wolf tribe."

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro