Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab-30: Truth

DALAM lorong gelap-gelita, seorang lelaki tegak berdiri bersandarkan tubuh badannya di dinding sambil memeluk tubuh. Kepalanya menunduk memandang lantai namun matanya dipejam rapat.

"Are you really sure, Louise Hilton is here?" soal Irene, pelik. Setahu dia, mana ada lagi orang di Wonderland datang ke bumi setelah dikunci rapat portalnya oleh Luna.

Dan bagaimana dia kesini? Sekuat apakah 'Louise Hilton' yang disebut-sebut oleh orang ramai itu?

Mata yang dipejam rapat tadi dibuka setelah terdengar namanya didengari.   Dirinya melepaskan keluhan perlahan.

'Such a busybody girl.'

Louise keluar daripada kawasan tersebut setelah memastikan Irene dan Raikarl menjauhi tempatnya. Louise pergi ke hutan terpinggir tidak jauh daripada bandaraya maju itu.

Hanya mahu bersendirian. Di mindanya teringat kembali detik dirinya meracun putera tersebut.

Tidak, tidak, tidak!

'Aku tidak akan melakukannya walaupun nyawa aku terpaksa digadai. Tapi tanpa aku, putera tidak akan mampu mengetahui hal sebenar.'

Botol racun sebesar ibu jari digenggam erat. Setelah dia keluar daripada gua yang menempatkan Karnos dan juga wanita sihir itu, dia menghela nafas lega.

Kata-kata tadi hanya mampu disimpan didalam hati. Peristiwa tadi bermain-main dimindanya bagaikan kaset.

"Aku akan tukarkan racun ini kepada racun yang lain." Louise berbisik sendirian.

Dia memasuki rumah kecilnya dipinggir hutan, mencari-cari koleksi racunnya yang lain.

'Lye Poison'

Botol itu diambil.

"Racun ini boleh menipu. Contohnya, kau sakit macam nak mati tapi sebenarnya tidak. Ianya banyak diguna untuk tipu helah kepada pasukan lawan."

Kata-kata datuknya terngiang-ngiang di minda.

Botol yang mengandungi Lily Poison disimpan rapi dalam kantung magis.

Sebenarnya itu titisan daripada Spider Lily. Bunga yang bermaksud 'The Last Goodbye'.

Setibanya di Istana, nasib menyebelahinya apabila Putera Raikarl juga kesana. Dirinya menjadi halimunan dan Louise menitiskan racun tersebut kedalam air Raikarl.

"Oi."

Cis.

Dia berpaling. Ryan tersenyum sinis. Belum sempat Ryan mahu menangkap Louise, lelaki tersebut sudah hilang.






IRENE menghayun-hayunkan kakinya sambil menunggu Raikarl. Setelah itu Raikarl tiba disebelahnya membawa aiskrim.

"Eh mana kau dapat ni?" tanya Irene bersama riak teruja.

"Dekat pakcik dengan basikal bergerak sendiri tu."

Irene mengangguk-angguk. "Macam mana kau dapat?"

"Aku curi."

Terbeliak mata Irene mendengar ayat daripada Raikarl. "Hoi! Tak elok lah curi!"

Raikarl menjeling.

"Aku gurau lah. Pakcik tu yang bagi. Kesian tengok kau macam budak hilang anak. Untung jugak aku heret kau pergi mana-mana. Macam budak."

Kurang asam punya Raikarl.

"Kenapa lah aku kenal kau." Irene mendengus. Dimakan juga aiskrim berperisa Vanilla itu.

"Comot lah." Dari tepi Raikarl mengesat bibir Irene apabila mendapati terdapat sedikit aiskrim tercalit.

Irene tercenggang. Setelah menyedari perilakunya, Raikarl terus batuk-batuk macam ada kahak tersekat di trakea miliknya.

Keadaan sekeliling terus sunyi selama beberapa saat.

"Kau nak tahu tak." Irene mencuba memecahkan kesunyian.

"Taknak."

"Raikarl, please."

"Okay, okay."

"Lepas aku tengok sendiri dengan mata aku tempat ni kan, macam mana lah Bonda boleh hidup dekat sini." Irene memerhati kereta beroda empat lalu-lalang. Itu sangatlah membuatkan dia kagum. Bertapa majunya manusia di Bumi nyata ini berbanding tempat asalnya yang dianggap fantasi oleh orang bumi.

"Permaisuri Luna tu bijak. Lagi bijak daripada anak dia. Sebab itu dia survive. Kau tu tak ada aku dekat sini, tengok tu makan aiskrim pun macam kebulur." Satu das Raikarl bagi.

"Kau ni..."

Bushh bushh!

Bunyi semak-samun di belakang mereka menarik perhatian mereka berdua.

Raikarl dan Irene berpandangan.

"Siapa tu?" tegur Irene secara berhati-hati. Memandangkan dia tidak boleh menggunakan kuasanya disini. Namun dia ada seni mempertahankan diri. Ataupun dia ada Raikarl.

"Aduh..." Suara garau kedengaran disebalik semak. Irene dan Raikarl cuba mendekati kawasan tersebut.

"Kau pergi tengok situ," arah Irene, perlahan. Dia menyorok dibelakang Raikarl dengan memegang hujung baju Raikarl sedikit.

Lelaki tersebut bangun daripada duduknya tadi sambil mengebas dedaun dan tanah di baju. Dia mengangkat kepalanya memandang kehadapan.

'Shit.'

Louise hampir mencarut sahaha dihadapan Irene dan Raikarl.

"Aku terjatuh."

Padahal mahu mengekori Irene dan Raikarl.

"Tipu." Irene menyepetkan matanya sedikit. Wajah Louise dipandang curiga persis lagaknya seperti detektif conan.

"You have a strong power. You think you can hide it from royal?" sinis Irene berkata.

Raikarl turut merasakan aura tersebut.

"Kau Louise Hilton kan?" soal Raikarl. Irene terpana. Serius lah Louise Hilton itu sekacak ini? Fikirnya Louise itu setaraf pakcik-pakcik penjual aiskrim itu sahaja.

"Aku..." Louise hilang kata. Belum sempat Raikarl mahu mencapai Louise, lelaki tersebut sudah hilang sekelip mata.

"Time travel, huh?" gumam Raikarl.

"Maksudnya?" Dahi Irene berkerut.

"Louise tu time travel. Dia boleh hilangkan dirinya sekelip mata, kemana-mana tempat dia mahu. Paling dahsyat dia dapat ke masa lalu." Raikarl menerangkan perkara tersebut kepada Irene.

"Masa lalu... Sedangkan keturunan aku hanya dapat lihat masa depan. Dia sememangnya sesuatu." Raikarl mengangguk.

"Jom kejar. Biasanya manusia macam ni tinggal dalam hutan je." Raikarl menarik tangan Irene untuk mengikutinya memandangkan kaki Irene sangat pendek untuk mempercepatkan langkah.

Setibanya mereka di tengah hutan, kelihatan tubuh lelaki tegap tersebut berdiri di sebalik pokok.

"Aku rasa dia sengaja bawa kita ke dalam hutan." Irene berbisik kepada Raikarl.

"Louise."

Dengan tidak langsung Louise berpaling kearah mereka. Dia hanya diam.

"Do you have anything to share with?" Raikarl berkata. Senyuman sinis teruukir di bibir delimanya.

Louise menghela nafasnya perlahan. "You got me"

"Kau mahukan ini?" Sebotol penawar ditunjukkan kepada Irene dan Raikarl.

"Kau kena lakukan sesuatu untuk aku." Louise menyambung. Setelah itu Louise membaling botol tersebut kepada Raikarl. Botol tersebut ditangkap cekap. Irene tersenyum lega kerana mereka dapat penawar tersebut.

"What is it?" soal Irene.

Louise kemudian berjalan mendekati Irene dan Raikarl. Tangab dimasukkan kedalam poket seluar.

"Pertama, racun yang kau terkena tu ialah Lye Poison. It's not Lily Poison. But still, ada penawarnya. Kedua, tolong rahsiakan yang kau ada penawarnya. Jikalau tidak, Karnos akan bunuh aku. Ketiga, kalau aku mati kau tidak akan dapat tahu kebenaran."

"Macam yang kau tahu, I'm the time traveler. Semua yang kau mahukan, ada bersama aku. Putera Raikarl."

Raikarl tersentak. Begitu juga Irene. Sudah tentu. Kalau kuasa Phoenix dapat melihat masa lalu, sememangnya segalanya akan terbongkar dari mula. Tetapi hal ini, time travel lagi berkuasa.

Dikatakan mereka yang mempunyai kuasa ini sudah tinggal sedikit populasinya. Kerana mereka 'mengetahui' perkara sebenar. Dan Karnos tidak mahu perkara tersebut.

"I know everything in the past that you dont. But only her know how it will be in future."

Sekali lagi Irene hilang kata.

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

Have a good day♡
Be happy, and dont stres stres.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro