Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab-19: Heart

"Lengan kau dah okey ke!" jerit Daryan dan Darwin serentak. Mereka membelek lengan Ariyan kiri dan kanan. Ariyan hanya membuat muka selamba dan pasrah.

"Macam mana..." jeda Daryan.

"...Benda ni berlaku," sambung Darwin.

"Menyibuk je la kamu ni. Bersyukur sahaja dia dah okey. Ada juga lah yang bantu uncle tampar mulut celupar kamu tu," celah Ryan dengan selamba. Sempat dia menjeling kembar tersebut melalui ekor matanya.

"Uncle!" jerit Daryan dan Darwin serentak. Ryan tergelak melihat keserasian mereka. Lagipun, sudah lama dia tidak menyakat kembar berdua ini. Yelah, Ryan sibuk mengawal gerbang utama Wonderland sejak dia diangkat menjadi ketua askar. Manakala, Daryan dan Darwin sibuk mengulangkaji tentang tatasusila kerabat Diraja. Akan tetapi, hanya Daryan sahaja yang ditekankan dalam kes ini. Darwin? Dia sibuk dengan dunianya. Kalau rajin sahaja dia ikut abangnya melakukan semua pelajaran yang ditetapkan.

"Apa ni? Pagi-pagi lagi sudah bising dengan suara kau berdua," ujar Irene bersama wajah geramnya. Dia terus merebahkan diri di atas kerusi kayu yang elok terletak di hadapan pintu.

"Biarkan hahaha. Nanti bila sudah pulang ke Querna, kita akan rindui juga mulut bising dua orang ini," seloroh Rayana lalu dia tergelak kecil diikuti Irene.

"Iyalah kan. Untung sahaja aku tidak perlu mengikuti kelas khas untuk Diraja itu." Irene tersengih melihat wajah cemberut dua bersaudara itu.

"Ini tidak adil. Sepatutnya, aku tarik kau masuk sekali. Sudahlah Darwin itu jenis tidak menentu hari dia masuk latihan," kata Daryan dengan keluhan. Bukan apa, Cikgu yang mengajar itu sangat tegas! Mahu pitam Daryan dibuatnya. Habislah wajah kacak ini akan pudar di Kerajaan nanti.

"Apa-apa pun, aku akan sentiasa sokong kau lah. Mahu tengok juga siapa yang dapat menari dengan kau di hari pertabalan nanti," ujar Irene nakal. Darwin sudah ketawa mengekek dan Ariyan menahan gelaknya dari tadi.

"Rin memang kan..."

"Tuanku, kapal akan berlabuh disini sebentar lagi." Seorang lelaki iaitu askar yang menjaga Istana ini mencelah.

Ryan mengangguk satu kali. "Baiklah, kami akan kesana sebentar lagi."

"Macam mana lanun itu tewas?" tanya Ariyan setelah askar itu berlalu pergi. Irene dan Rayana berpandangan lalu tergelak kecil. Tak sabar betul dia ni.


Ariyan melompat tinggi dan terus memasukkan kotak kaca segitiga itu ke tempatnya.

'Hilangnya tiada ganti,'

'Datangnya diganti Hati,'

'Kembalikan harta dinanti,'

'Menjadi cinta abadi.'

Suara itu bergema di minda Ariyan. Dan ketika itu dia melihat Claire yang semakin menjauhinya.

"Kau hanya untuk aku..." Suara Claire Drizzel bergema.

"...Dan aku hanya untuk kau." Ariyan menyambung ayatnya.

'Dua hati tidak sehaluan,'

'Bersatu mereka menjadi igauan,'

'Jangan menyakiti salah satu,'

'Kelak dirasa sakit keduanya,'

"Ari... Hati kamu dan dia bersatu. Jangan menyakiti, jangan tersakiti. Keduanya dapat rasai." Kini suara Miya didengari.

Ariyan menoleh kebelakang. Jasper si lanun cuba menyerangnya. Pantas Ariyan mengangkat pedang yang bersarung dan menjadikannya pelindung. Serentak itu, satu lagi pedang muncul menepis serangan Jasper.

"Drizzela," gumam Ariyan. Claire tersenyum sebelum dia menusuk pedangnya di bahagian dada Jasper.

"Jasper!" jerit Ella kuat. Satu cahaya api mengikatnya ketat. Ariyan melihat kawan-kawannya yang setia membantunya. Dan bersama-sama menumpaskan lanun itu.

BOOM!

Cahaya meletup kuat sehingga menghalang seluruh penglihatan.

"Ari!"

Pandangannya gelap.




"Beta berasa senang hati dapat bersama dengan kamu semua," ujar King Edward dengan senyuman dan tubuh gagahnya.

"Kami semua juga turut menumpang gembira. Jika tidak keberatan, izinkan kami berangkat." Ryan meletakkan tapak tangan kanan ke dada kiri dan membongkok sedikit kepalanya.

Pinnn!

"Daryan, buka teleportasi sekarang," arah Ryan kepada Daryan. Dengan bantuan Darwin, pintu berbentuk bulatan itu muncul dihadapan kapal yang sedang bergerak. Teleportasi dibuka dan kapal besar itu terus hilang dari radar.

"Jadi, apa rancangan seterusnya?" tanya Rayana sambil memandang ke tanah kelahirannya, Querna Land. Ariyan mengangkat bahunya.

"Buat hal masing-masing lah dulu. Aku rindu katil aku," ujar Irene dengan sengihan yang dinukilkan dibibir.

"Untungnya..." gumam Daryan hampir mahu menangis. Darwin menjalankan tugas dengan menepuk-nepuk bahu abangnya.

"Bonda!" jerit Irene apabila melihat Luna.

"Bonda buat apa dekat sini?" tanya Irene pelik. Mudahnya seorang Ratu ini keluar dari istana tanpa pengawasan.

"Sedang menguruskan sesuatu di pekan. Katanya tiada siapa mahu uruskannya. Bonda sendiri lah yang datang. Ayahnda kamu tu sibuk," kata Luna dengan senyuman nipis.

"Kami pergi dulu ya, bonda Luna," ujar yang lain serentak. Luna mengangguk dan sejurus itu melihat Ryan dan Luna mereka juga melambai sesama sendiri.

"Hmmm." Luna meletakkan jari telunjuknya di dagu. Irene memandang pelik dengan tindakan Bondanya.

"Memandangkan kita sudah lama tidak meluangkan masa, apa kata kita bersiar seketika sebelum menjamu makanan petang?" cadang Luna kepada Irene.

"Seriuslah, Bonda?"

Luna angguk.

Mereka berjalan seiringan. Gerai yang menjual pelbagai hiasan dan baju juga mereka singgah.

"Wah, lama betul Bonda tak rasa keadaan seperti ini," ujar Luna dengan perlahan namun masih didengari oleh Irene.

"Kenapa?" soal Irene yang membelek gelang yang dusangkut itu.

"Iyalah, dulu sewaktu Bonda sebaya kamu, selalu juga datang ke sini mencari barangan," terang Luna dengan riak gembira.

"Betul? Ayahnda ada juga?"

"Ayahnda? Dia tu susah nak diajak! Selalu tetap pendiriannya," Perlahan-lahan wajah Luna merah.

"Oh! Mesti comel kan Bonda masa tu!"

"Comel macam Rin!"

Mereka tergelak bersama-sama. Disaksikan rakyat jelata. Mereka menumpang gembira dengan pembesar mereka.

Dari jauh sepasang mata merah merenung mereka dan pandangan tertancap kearah Irene.

Bibir merahnya mengukir senyuman nipis. Dirinya menghilang disebalik orang yang lalu-lalang.

"Kau disini?"



♚♚♚

To Be Continued...


Selamat bersekolah~ kerja sekolah dah siap ke belum?

*Menghilangkan diri dari Wattpad*

Ariyan

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro