Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17: Pirates

"HAHAHAHA!" Lanun-lanun kesemuanya ketawa besar. Tidak dihiraukan lagi siapa yang cedera dan siapa yang menangis. Penduduk di Wertaz amat membenci lanun. Kerana mereka akan merompak rumah-rumah dan mengambil harta. Itu untuk bahagian darat. Tetapi di laut mereka akan merompak kapal-kapal pedagang bangsawan untuk mendapatkan harta.

"Arghh, every years! What the—" carut seorang lelaki bangsawan dan disambungi dengan ayatnya berjela-jela.

"Why that bullshit Pirates are not die! This is really freaking out!"

Irene dapat mendengar bisikan dan carutan orang di sekelilingnya. Tali yang panjang samar-samar kelihatan dari atas kapal tersebut dan tubuh seorang lelaki lengkap berbaju segak lanun bergayut turun ke daratan dengan hebat. Dia sangat angkuh pada sudut pandangan Irene.

"I heard there's a party here..." katanya dengan pandangan kosong.

"...May I join you alls?" sambungnya dengan nada sinis. Adat di Wertaz ini pelik. Rakyatnya di lautan tidak gentar akan Raja mereka. Kerana mereka menentang dan tidak suka diarah dan disebabkan itu juga mereka digelar Lanun ataupun nama lain Raja Bahtera.

Daryan dah Darwin sudah bersedia dengan senjata mereka di kiri dan kanan Raja Edward. Kapal lanun tersebut mendongakkan satu barisan penuh meriam tinggi ke langit. Melihatkan serangan yang akan tersebut, Daryan segera memunculkan satu gelombang berbentuk sfera dan melingkupi seluruh kawasan itu untuk melindungi orang biasa.

Bunyi jeritan dan diselangi dengan bunyi letupan sangat kuat dan jelas. Tapi ianya masih tidak menghancurkan sfera milik Daryan. Dia sudah mempelajari teknik itu dengan Nendanya, Queen Alana sejak di Academy lagi.

"Arwin! Tolong aku settle tempat lain. Jaga Raja Edward. Aku tak boleh bertahan lama sangat ni," ujar Daryan dengan kerutan di dahinya kerana menahan letupan bertubi-tubi itu. Darwin segera membawa Raja Edward diikuti pengawal Dirajanya ke tempat lain.

"Phoenix spirit... Menarik," gumam lanun itu perlahan. Dia ialah ketua di dalam kapal tersebut.

Setelah letupan dari meriam itu reda, suasana kian sunyi kecuali bunyi derapan kaki yang berlari melindungi diri dan tangisan kanak-kanak.

"You know what... Kuasa kau sangat menguntungkan untuk aku."

"Damn! I hate this guy!" bisik Irene dan didengari oleh Rayana. Dia juga bersetuju. Keadaan sekeliling mereka masih berasap dan ada barang yang sudah hancur.

"Emas. Ada emas kau boleh buat apa sahaja." Lanun itu menyeringai. Walaupun Phoenix sudah dikenali dan digeruni kerana kekuatannya di peperangan, masih ada yang mahu mencurinya. Tetapi kita bukan mahu cerita tentang phoenix. Ini tentang Naga lah!

"Berapa si tak guna tu bayar kau hah!" tengking Ryan kuat. Irene tidak pernah melihat Ryan semarah ini.

"Jasper, kita tak boleh lengah lagi. Jangan lambatkan kerja," ujar seorang gadis berbaju lengkap seperti lanun dan dilengkapi bandala hijau dikepala.

"Lebih dari kau sangka," kata Jasper bagi menjawab soalan Ryan lalu mengarah beberapa orang untuk menghancurkan kawasan itu. Tetapi laluan mereka dihalang oleh Irene dan Rayana. Mereka berdua elok menghalakan mata pedang di leher anak kapal lanun yang berada di hadapan sekali. Itu membuatkan empat orang lagi dibelakangnya turut berhenti berjalan.

"Lepasi kami dulu." Irene merenung mereka tajam sehingga iris biru kristalnya menjadi gelap.

"Kami tidak ada masa mahu bermain, budak," tepis lelaki bertubuh sasa itu. Darwin melihat kejadian itu terus berlari kearah Irene setelah dia meletakkan orang awam di tempat selamat.

Secara tidak langsung Irene membuka topeng dimukanya begitu juga Rayana, Daryan, Darwin, dan Ryan. Hanya Ariyan sahaja masih tidak kelihatan.

"Me—mereka... Keluarga Diraja Querna!" kata salah satu orang awam yang menyaksikan kejadian itu. Tidak tahu pula identiti mereka, ini semua kerana Raja Edward suruh mereka memakai topeng diwajah masing-masing.

"Siapa kata mahu bermain? Kami pun tak hingin la nak main-main," sinis Rayana bersama jelingan. Dan satu perlawanan dimula disitu. Suasana di kawasan itu kembali kecoh dengan bunyi-bunyian pedang berlaga.

"Nak aku serang sekarang?" soal gadis di tepi Jasper si lanun. Jasper menoleh sekilas dan tersenyum sinis.

"Later, honey. Tunggu mereka kalah dahulu ditangan Puteri dan Putera itu. Ya, Ella?" Jasper berkata dengan senang hati. Ella hanya memandang kosong perlawanan itu.

"Ergh! Apahal kebal sangat dia ni," kata Irene sambil menahan pedangnya dengan kuat. Rayana pula tidak habis-habis melontar akar berduri yang membuatkan kaki mereka dililit. Kesemua akar itu dipegangnya kuat.

"Tak boleh jadi ni." Ryan mencari sesuatu. Pandangannya tertancap di Jasper dan Ella yang elok berdiri tegak di bahu kapal. Dia tak boleh menyerang menggunakan kuasanya selepas ditegah oleh Luna. Maka, dia cuma menghantar isyarat kepada Daryan yang baru tiba disitu.

"It's really troublesome," gumam Ella apabila dirinya diserang dari belakang. Tidak pasti sejak bila dan bagaimana Ariyan menyelinap kesana.

"Don't bother me boy. You're not against me," sambung Ella perlahan sambil matanya yang masih tertancap pada Ariyan. Ariyan tanpa berakap banyak, dia menyerang Ella sekali lagi sehingga Jasper mendekati mereka dan mencekik Ariyan dengan satu kuasa hitam. Sah, dia memang dihantar oleh Karnos. Ariyan berusaha melepaskan cekikkan itu.

Selepas Daryan, Darwin, Ryan, Rayana dan Irene selesai di bawah baru mereka ternampak Ariyan yang dalam kesusahan itu. Dengan segera mereka berlari kesana.

"Can you save us all?" tanya seorang kanak-kanak bertubuh kecil yang menarik hujung baju Irene. Irene tersenyum sedikit melihatnya.

"Sure." Dengan segera dia berlari turut-serta bersama mereka. Tetapi tenaga Jasper sangat banyak. Dia mengikat mereka semua dengan kuasa jahatnya.

"Lepas lah gila!" jerit Rayana yang meronta-ronta mahu dilepaskan.

"Tak semudah itu..." sinis Jasper.

"Argh shit. Kalau Luna beri aku guna kuasa aku senang kalahkan mereka," gumam Ryan perlahan.

"Kita kena cari cara lain, Uncle." Daryan melihat Darwin dan mereka berpandangan seakan menghantar satu isyarat. Mereka serentak melihat Ariyan dan Ariyan mengangguk satu kali. 

"Aku nak bunuh Raja kau!" jerit Jasper kemudian dia terus kearah tempat dimana Raja Edward berada. Leo segera menarik pedangnya.

Ella melihat mereka sekilas kemudian mengikuti Jasper.

"HAHAHAHA!" Tawa Jasper sangat kuat sehingga tanah disitu bergegar akibatnya. Dia menyelubungi seluruh kawasan itu dengan kuasa hitamnya.

"Lepas ketua kau tawan Kerajaan hitam itu dahulu, kami tak akan ulang kesilapan yang sama. Aku Raja disini dan aku berhak atas segalanya disini tapi bukan kau!" Raja Edward sudah menunjukkan wajah bengisnya. Sejarah tidak akan berulang jika kesilapan tidak dibetulkan. Namun jika semuanya tidak bersepakat membetulkan kesilapan, sejarah gelap akan berulang dengan lebih dasyat. 

"Kau bagi aku apa yang aku nak. Aku akan lupakan apa yang aku mahu buat sebentar lagi," tawar Jasper dengan sinis. Dia bukan mahu banyak pun. Dia cuma mahukan wang. Karnos mungkin sudah upah dia pelbagai emas untuk ini. Siapa tidak mahu wang? Dan dia terima tapi Jasper tahu apa yang lagi berharga dari itu.

"Aku nak... Tugu milik kau." Dia menunjuk kearah Tugu Sauh itu.

"Tak akan!" jerit Leo kuat. Dia tahu bertapa berharganya benda itu di dunia ini.

Jasper tersenyum penuh makna kemudian dengan kelajuan penuh dia berlari kearah Tugu Sauh itu. Tetapi pada masa yang sama Ariyan turut kearahnya.

"Tak akan sesekali..." bisik Ariyan perlahan sambil mengeluarkan batu kaca yang diberi oleh Raja Khai. Dia dibantu dengan kuasa kilat milik Irene dan sayap semangat phoenix milik Daryan dan Darwin.

"Kau budak!" Jasper membulatkan matanya begitu juga Ella yang ingin menghalang Ariyan dari belakang dan apabila Ariyan meletakkan batu itu ditempat yang bersaiz segitiga itu. Dan padangan semuanya menjadi putih seakan ada letupan.

Semuanya putih.

Ariyan membuka matanya.

Semua putih.

Dia berseorangan. Ariyan melihat kiri dan kanannya. Tetapi pada akhirnya pandangannya tertancap dihadapan. Seorang gadis bergaun sutera labuh yang berwarna biru dilihat.

"Kau hanya untuk aku." Suara Claire Drizzel bergema.

"Dan aku hanya untuk kau." Ariyan menyambung ayatnya.

Letupan berwarna putih itu seakan dihebtikan oleh masa. Kemudian ianya bergerak sehingga senuanya terpelanting kebelakang.

"Ari!" jerit Irene kuat.

"Dia... Dekat sini," gumam Ariyan perlahan.

Pandangan Ariyan gelap.

♚♚♚

To Be Continued...


Spoiler:

"Aku sentiasa disisi kau." Dia merenung Irene dengan mata merahnya.

"Tapi kau tiada untuk aku." Irene membalas tanpa rasa takut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro