
Bab-14: Lost History
"Arahkan semua pasukan tentera besi mengelilingi Istana dan gunakan perlindung kuasa maksima!"
Jeritan Raja Christ bergema membuat orang disitu gentar dan segera mengikut arahan.
"Tuanku! Bahagian sayap barat Istana sudah diserang!" Seorang tenteranya melaporkan keadaan yang mereka sedang hadapi sekarang.
"Gunakan dan kerahkan segalanya tenaga! Apa pun kita tidak boleh tewas dan serahkan Darkland kepada yang tidak bertanggungjawab!"
Pada masa ini, kuasa-kuasa bayang dan kegelapan di Darkland tidak dipengaruh oleh tenaga jahat. Mereka hanya melindungi kuasa ini supaya keseimbangan alam terjaga.
"Kerahkan Hydra dan Griffin dengan segera!"
Dua haiwan yang berbadan hitam itu mengaum. Griffin membuat langit mengeluarkan petir dan guruh yang bertalu-talu. Hydra menyerang musuh-musuh dengan badan gergasinya. Tiga kepala Naga itu menjadikan semuanya mudah.
Boom!
Boom!
Boom!!
Letupan disana-sini tidak berhenti didengari di cuping telinga. Asap berkepul menuhi dihadapan pintu gerbang Istana. Seluruh kediaman dan pelusuk benua Darkland sudah dihancurkan dan dimusnahkan. Sasaran terakhirnya ialah Istana Darkland.
"Serahkan Tahkta kau, King Christ!" jerit seorang lelaki yang berkerudung dengan bongkak. Suasana menjadi hening dan sunyi kecuali suara Hydra dan Griffin yang tidak henti terbang dilangit.
"Aku tidak akan! Kau sudah dipengaruhi kuasa jahat! Kuasa bayang tidak seharusnya dibuat sebegitu!" kata Raja Christ dengan gah.
"Hahahaha! Kau masih gunakan kepercayaan orang dahulu? Apabila kuasa bayang digabungkan dengan kuasa cahaya akan menjadi kuasa terkuat? Kah! Cetek sungguh pemikiran kau, King Christ yang disegani..." Karnos menambah bara api.
Dia mendekati Raja Christ.
"Serahkan tahkta...atau aku yang paksa!" Karnos menyerang dengan kuasa sihir hitamnya. Raja Christ melindungi dirinya dengan benteng bayang.
"Jangan berlagak!"
Perlawanan diantara Raja termasyhur dan Raja sihir hitam. Letupan ada dimana-mana. Sekejap di tanah, sekejap di langit. Seperti teleport yang mengawal mereka. Griffin dan Hydra juga tidak lepas dari bertarung. Semuanya menggunakan tenaga terakhir mereka. Sehingga titisan darah yang terakhir.
Sehingga akhirnya... Karnos berjaya merantaikan Raja Christ. Semua pahlawan tentera terduduk. Raja mereka sudah rebah.
Karnos menyihir Hydra membuatkan Haiwan itu menjadi ganas dan menghancurkan kawasan itu. Griffin pantas melarikan dirinya selepas diarah oleh Raja Christ dengan telepati.
"Kau buat kesilapan besar, Karnos." Raja Christ berkata dengan suara yang tersekat-sekat kerana rantai besi dilehernya. Wajahnya merah menahan amarahnya.
"Hahaha! Selepas ini target aku ialah Wonderland..."
"Tidak akan sama sekali!" bantah Raja Christ.
♚♚♚
Ktak!
Pintu besi dibuka. Atau lebih tepat penjara. Raja Christ dikurung dengan Isterinya.
"Aku bagi kau pilihan, Tuanku... Kita bergabung bersama dan kuasai segalanya. Atau kau tidak mahu, aku tidak mengapa." Karnos menyeringai. Raja Christ memeluk bahu Isterinya.
"Aku rela bergadai nyawa demi kerajaan aku!"
Karnos ketawa.
"Bagaimana pula dengan kau wahai Ratu? Inginkan katil lembut dan pakaian cantik?" tanya Karnos sinis.
Ratu Rilaila menunjuk muka bengisnya.
"Kau kejam. Kau tamak, Karnos!"
"Ah... Seronoknya rasa hati ini dapat meluangkan masa dengan Tuanku dan Ratu." Karnos bangun dari cangkungan. Dia mahu beredar namun kata-kata Raja Christ membuat dia berhenti.
"Kau silap Karnos... Memang kuasa bayang digabung dengan cahaya akan menjadi kuasa terkuat. Kau lupa akan itu. Suatu hari nanti... Seorang puteri berambut putih berkuasa cahaya akan bersama dengan seorang putera berambut hitam berkuasa bayang. Aku bersumpah, di atas nama Dewa dan Dewi, kau akan kalah diatas kuasa agung, Phoenix dan Naga." Raja Christ berkata lemah. Tenaganya kian habis digunakan dan Ratu Rilaila memangku kepalanya.
"Aku akan hapuskan mereka." Karnos keluar dari penjara itu.
Raja Christ mengambil kesempatan untuk menyeru seekor rama-rama.
"Hantar ke bumi. Wahai Rerama, carikan untuk beta seorang gadis bernama Luna Elina."
Rama-rama cantik itu hilang.
(Bab 1 book 1)
♚♚♚
Bola ajaib terletak diatas meja. Seorang gadis berambut merah berjalan seorang diri. Karnos meninjau ke bumi yang nyata.
"Cari budak itu dan bunuh dia."
Bayangan gadis itu hilang apabila dia memasuki satu portal dengan tiba-tiba. Karnos membentak.
"Tak guna kau,"
♚♚♚
"Kanda, Adinda sudah tidak mampu bertahan. Kanda, jagakan putera-putera kita ya?" Ratu Rilaila hampir memejam matanya di pangkuan Raja Christ. Sudah hampir 10 tahun mereka dipenjara.
"Tolong berikan kuasa cahaya yang adinda ada kepada Ryan. Gabungkan kuasa dia... Ryan sudah bersedia," Ratu Rilaila tersenyum manis. Sebelum nafasnya berhenti. Air mata menitik di pipi Raja Christ.
Raja Christ terima semua ini. Suatu hari nanti semua akan berakhir. Dia melakukan telepati iaitu perhubungan kepada anaknya melalui minda. Dia sudah menghantar kedua puteranya ke hutan Wonderland. Raja Christ menghantar kuasa cahaya Ratu Rilaila.
Menjadikan Ryan dapat menguasai dua kuasa berbeza. Waktu Ryan berumur 7 tahun. Dia membawa adiknya, Raikarl yang berumur 4 tahun. Dijaga oleh seorang nenek tua di hutan. Ryan faham keadaan kerajaan mereka disana dan mengerti.
♚♚♚
1 tahun sudah berlalu. Ryan mendapat tahu kedua orang tuanya sudah mangkat. Dia juga sudah tahu apa perlu dilakukan. Kata Ayahnda, adiknya itu bakal putera mahkota. Walaupun masih tidak dirasmikan dia bakal menjadi Raja suatu hari nanti.
Sewaktu Ryan berjalan di hutan dan ternampak satu letupan. Seorang gadis hanyut dan dibantu Ryan. Pada masa yang sama, dia tidak boleh pulang kerana satu kekacauan membuat dia terpisah dengan adiknya.
Satu Istana terpencil dan tersorok dituju. Dia menjumpainya dan menggunakan kawasan itu untuk merawat gadis itu. Atau dikenal sebagai Luna Elina.
♚♚♚
Irene hanya termenung melihat bintang dilangit angkasa. Dia tidak tahu perjuangan bondanya selama ini. Apa yang dia tahu, bondanya hanyalah lagenda yang disebut ramai.
"Hey, kenapa tidak tidur lagi, wahai Tuan Puteri?" tanya Rayana dengan tersenyum. Rayana faham isi hati Irene itu.
"Hmm? Tidak ada apa lah. Jom tidur," Irene tersenyum.
Dan hari esok menjadi satu lagi hari pengembaraan mereka.
"Raikarl... Is that you?" gumam Irene yang sudah tidur nyenyak. Sudah masuk kealam mimpi. Tanpa disedari olehnya, rambut putih berkilau itu diselak seseorang.
"Yes dear... Its me," anak mata berwarna merah itu merenung Irene. Jendela yang terbuka menjadi tempat dia menerjun keluar.
When you feel my heat
Look into my eyes
It's where my demons hide
It's where my demons hide
Don't get too close
It's dark inside
It's where my demons hide
It's where my demons hide
♚♚♚
To Be Continued...
Silakan Vote?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro