Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UDNS2 5

"Setiap langkah kau, akan aku ikuti dan tidak akan aku tinggalkan kau sendiri lagi."

•••

Taehyung mengambil bungkusan daging yang sudah dibungkus rapi dari tempat penyimpanan daging lembu itu.

Dia kini sedang berada di sebuah pasar raya. Memandang Maria mengingatkan dia untuk menyuruh mama memasak makanan kegemarannya iaitu daging lembu lada hitam, Taehyung dengan sukarela ingin membeli daging tersebut di pasar raya.

Dia tersenyum puas hati meluhat daging lembu yang diambilnya itu. Dia meletakkan daging itu ke dalam bakul yang diambil olehnya di pintu pasar raya itu tadi.

"Erm, lepas ni apa pula nak beli? Ha, gula." Taehyung terus berjalan, mencari bahagian terletaknya gula.

Tanpa dia sedar, dia terlanggar seseorang. Taehyung memohon maaf lalu dia tolong mengutip barangan orang yang dilnggarnya itu.

"Yah. Jalan pa-" Wanita yang dilanggar oleh Taehyung itu terhenti daripaa meneruskan kata-katanya.

Baru dia ingin memarahi gerangan yang melanggarnya itu tetapi niatnya terbatal saat matanya melekap pada tubuh lelaki di hadapnnya itu.

Matanya mula bergetar lalu dia menahan tangan Taehyung apabila Taehyung sudah ingin beredar.

"Yah, Kim Taehyung." Taehyung bagaikan terkedu apabila namanya dipanggil dengan tepat oleh wanita di hadapannya itu.

Dia memalingkan wajahnya ke arah wanita itu lalu mengerutkan dahinya. Dia memandang ke arah tangannya yang digenggam oleh wanita itu sebelum ditarik tangannya perlahan keluar dari genggaman wanita itu.

Dia menundukkan wajahnya sedikit sebelum meninggalkan wanita itu. Wanita itu yang tak lain tak bukan ialah Hani mengejar Taehyung lalu ditahan sekali lagi Taehyung daripada meninggalkannya.

Matanya sudah menitiskan air mata apabila pelbagai kemungkinan sudah menerpa ke dalam mindanya. Yang pastinya semuanya bersifat negatif.

"Taehyung. Ni saya, Taehyung. A-awak-" Hani baru ingin meneruskan kata-katanya tetapi tangan Taehyung ditarik kembali keluar dari genggamannya.

"M-maaf. Saya tak kenal dengan awak. Awak salah orang ni." Balas Taehyung teragak-agak.

Taehyung terus meninggalkan Hani bersendirian di situ, menangis bagai orang tidak waras. Dia jatuh terduduk sambil menangis, tidak menghiraukan mata-matanya yang memandangnya pelik.

"Kenapa, Taehyung? Saya isteri awak, Taehyung. Kenapa awak tak ingat saya?" Hani terus menangis di situ, tidak boleh menerima kenyataan yang Taehyung tidak mengingati dirinya.

~

Taehyung meletakkan barangan yang dibelinya itu di atas kabinet dapur. Dia mula termenung, mengingatkan tentang wanita tadi yang seperti mengenalinya.

Dia menelengkan kepalanya, cuba mengingati kembali dimanakah dia pernah bertemu dengan wajah persis wanita tadi.

Wajah itu seperti biasa dilihatnya. Tetapi di mana? Sungguh, dia tidak kenal langsung dengan wanita itu.

Adakah wanita itu datang dari ingatannya yang tidak boleh dikembalikan itu?

"Taehyung? Dah beli dah semua yang aunty senaraikan?" Soal Puan Lee sebaik sahaja dia tiba di dapur.

Taehyung yang baru sahaja tersedar itu terus memandang ek arah Puan Lee lalu mengangguk laju bersama senyuman.

"Okaylah. Terima kasih, Taehyung. Kamu bersiaplah untuk ambil Maria lepas ni kat airport."

Taehyung hanya mengangguk faham sebelum berlalu keluar dari kawasan dapur lalu dia memasuki biliknya untuk menyiapkan diri, menjemput Maria di lapangan terbang.

~

Chorong menerjah masuk ke dalam bilik Hani dan dapat dilihat olehnya Hani sedang menangis teresak-esak sambil menyembamkan mukanya pada katil dalam keadaan meniarap.

Chorong terus bergegas ke arah Hani lalu duduk di atas katil Hani. Dia menarik tubuh Hani untuk bangkit, duduk menghadapnya.

Wajah Hani tertunduk dengan bahunya terhinjut-hinjut. Dia datang ke bilik Hani pun semuanya kerana Hani menelefonnya dengan esakan tak berhenti.

Disebabkan risaukan kawannya, dia bergegas datang ke bilik kawannya bersebelahan dengan biliknya dan Jimin.

"Kenapa ni? Hmm?" Soal Chorong dan dengan pantas, Hani menolak tubuhnya masuk ke dalam dakapan Chorong. Chrong mengusap belakang Hani bagi menenangkan kawannya itu.

"T-taehyung... A-aku... T-taehyung..." Ayatnya yang berterabur membuatkan Chorong mengerutkan dahinya. Dia terus menolak tubuh rakannya keluar dari dakapannya.

"Pandang aku. Cakap apa yang jadi sekarang. Kenapa dengan Taehyung? Kau dah jumpa dia ke?" Soal Chorong kepada Hani dan Hani tanpa berlengah mengangguk sambil menahan tangisnya.

"Seriuslah? Dah tu, kenapa kau menangis? Dan, kenapa kau tak bawa dia balik sini?" Soal Chorong pelik.

Bukankah kawannya patut gembira kerana telah bertemu dengan suaminya. Tapi, kenapa Hani kelihatan sedih, seperti ada sesuatu yang dia tak tahu.

"Dia tak ingat...aku. Dia tak kenal aku, Chorong." Hani sambung menangis saat dia sedaya upaya membalas persoalan Chorong.

Chorong mengerdipkan matanya berkali-kali, cuba memahami info yang ingin disampaikan oleh Hani itu.

"Maksudnya, kau nak cakap ada sesuatu berlaku dekat dia sampaikan dia tak ingat kau tu isteri dia?" Tebak Chorong lancar.

Hani mengangguk lagi lalu mengesat air matanya yang masih mengalir.

"Kenapa aku perlu diuji macam ni, Chorong? Aku tak tahan. Hanya kenapa?" Aoal Hani sebak.

Chorong menelan liurnya kelat. Kehilangan kata-kata. Sungguh dia sedih melihat rakannya masih terseksa. Walaupun ini bukanlah salah sesiapa. Bukan salah Taehyung mahupun Hani.

Mereka juga pasti tidak menginginkan ini semua berlaku. Hanya Tuhan itu yang tidak adil kerana menyeksa manusia yang berhati murni seperti Hani sebegini.

"Sabar ye. Nanti kita cari cara macam mana nak tolong kau dan Taehyung. Aku pasti, satu hari nanti, dia akan ingat."

Chorong menasihati Hani namun Hani hanya diam melayani perasaannya yang bercampur-baur itu.

~

Hani pergi ke pasar raya di mana dia berjumpa dengan Taehyung semalam lagi sekali, berharap agar dia akan bertemu kembali dengan Taehyung semula dan membuatkan Taehyung datang kepadanya semula.

Beberapa hari berlalu malah sehingga genap seminggu, Hani tetap pergi ke pasar raya tersebut setiap pagi dan pulang senula ke hotelnya tepat apabila pasar raya itu tutup.

Tetapi, Taehyung masih tidak menimbulkan diri.

Harini, Hani menunggu lagi di dalam pasar raya tersebut. Dia berdiri di hadapan sebuah rak tersusunnya beberapa jenis bijirin sambil melihat sekeliling, dengan harapan dia akan bertemu debgan Taehyung pada hari itu.

"Yah!"

Bunyi jeritan seorang lelaki menarik perhatian Hani lalu Hani keluar dari kawasan bijirin itu untuk melihat apa yang berlaku.

"Can't you see her, huh? How could you hit her and went away without saying sorry?" Marah jejaka itu kepada seorang lelaki di hadapannya.

Kemudian, jejaka itu membantu wanita yang dilanggar itu.

"Kau okay?" Soal jejaka itu kepada wanita itu.

"Taehyung?" Hani menyoal dirinya lalu dia berjalan ke arah tempat kejadian dengan lebih dekat untuk mencari kepastian.

"Aku okay, Tae. Tak payahlah marah teruk-teruk. Dia tak sengaja tu."

"Tapi-"

Taehyung mengeluh perlahan apabila Maria menggenggam tangannya erat, menahan dirinya daripada membalas.

"Fine." Taehyung memandang ek arah lelaki yang melanggar Maria itu yang menayangkan wajah tidak bersalah kepadanya. Mahu saja dia menumbuk wajah itu.

"If I ever meet you again, I'll punch you right on your face." Taehyung berkata lalu dia membantu Maria berjalan pergi dari situ.

Hani menggapai rak yang berdekatan dengannya bagi menampung tubuhnya.  Kakinya terasa lemah apabila dirinya melihat Taehyung bersama perempuan lain. Berpeluk.

Taehyung mengalihkan pandangannya ke arah Hani secara tiba-tiba lalu langkahnya terhenti membuatkan langakh Maria juga terhenti.

"Kejap." Taehyung memandang Maria sambil berkata sebelum memandang Hani semula dan berjalan ke arah Hani.

Tetapi, Hani terus berlari meninggalkan Taehyung yang baru sahaja ingin berjalan ke arahnya.

Taehyung dibiarkan dengan pelbagai tanda tanya manakala Hani sudah berlari keluar dari pasar raya itu dengan hatinya yang hancur.

"Sanggup awak buat saya macam ni, Taehyung?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro