UDNS2 3
"Ada sebab mengapa Tuhan takdirkan kita untuk berada di sini."
•••
Hani keluar dari bilik air lalu dipandang cermin meja soleknya yang memaparkan refleksi dirinya itu.
Dia mengusap perutnya yang masih leper, tidak menunjukkan baby bump miliknya memandangkan kandungannya masih lagi muda.
"Mama janji mama akan cari papa sampai jumpa. Kamu tak layak hidup tanpa seorang papa, sayang. Kamu layak dapat kasih sayang mama dan papa."
~
Hani menyisip sedikit kopi miliknya sebelum matanya membuntang apabila kasutnya dibasahi dengan jus buah yang ditumpahkan oleh seorang gadis berpakaian sekolah menengah.
"What the..."
"Maaf, kak. Saya minta maaf sangat-sangat." Gadis itu menundukkan tubuhnya berkali-kali.
"Eee. Kau tahu tak berapa harga kasut ni?!" Hani menjerkah gadis itu kuat. Dia baru sahaja ingin menampar budak itu tetapi tangannya dihalang oleh seseorang.
Kelihatan Chorong sedang menahan tangan Hani daripada mengenai wajah polos gadis itu. Gadis itu pula sudah menggeletar ketakutan.
"Yah, Hani. Sabar." Ujar Chorong kepada Hani yang kelihatan ingin meletus itu.
"Awak boleh pergi." Kata Chorong pula kepada gadis itu.
"Lain kali, tolong tengok depan pakai mata, jangan pakai lutut." Sinis sahaja Hani melemparkan kata-katanya kepada gadis itu.
Gadis itu mengangguk laju dengan ketakutan sebelum beredar dari situ.
Chorong mengeluh perlahan sambil melepaskan tangan Hani.
Mereka berdua duduk di kerusi lalu Chorong hanya memandang ke arah Hani yang masih merengus geram kerana kasutnya yang kini sudah kotor.
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak naik angin. Tak pernah-pernah aku tengok kau jadi tak sabar macam ni." Ujar Chorong kepada Hani.
"Kau ni. Tahu tak kasut ni Taehyung belikan dekat aku sebelum dia pergi Kanada. Mana aku tak marah?" Balas Hani dan kemudian mukanya mula mengeruh apabila mengingatkan tentang suaminya yang kini tidak tahu jejaknya di mana.
"Alahai. Tapi kau tak patut ada niat lempang budak tu tadi. Kasihan dia. Dia pun bukannya sengaja nak tumpahkan air tu." Ujar Chorong perlahan lalu Hani hanya diam tak membalas.
"Aku nak pergi Kanada."
Chorong yang baru menyisip air kosongnya itu terus tersedak mendengarkan kata-kata Hani itu. Dia memandang Hani tidak percaya.
"K-kau seriuslah?! Kau jangan main-main." Ujar Chorong terkejut.
"Betullah. Buat apa aku nak main-main. Aku tak boleh biarkan anak aku idup tanpa seorang ayah. Aku kena cari Taehyung sampai jumpa. Aku tahu dia masih hidup." Kata Hani, tekad.
Chorong mengeluh perlahan sebelum meneguk air kosongnya. Cuab menerima kata-kata Hani yang dianggap tidak masuk akal itu.
"Aku ikut." Balas Chorong ringkas.
"Tapi-"
"Kau ingat parents kau akan setuju kalau kau pergi seorang? Kau pun tahu apa jawapan diorang kan? So, tak ada tapi-tapi. Aku ikut kau."
Balas Chorong lagi memotong bantahan yang ingin dilempatkan oleh Hani itu.
Hani hanya diam, mengalah apabila dia dapat informasi yang ingin disampaikan oleh Chorong itu.
~
"Perluke kamu pergi sampai Kanada ni? Kamu tu baru je mengandung. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Kata Puan Do, sayu.
"Ma. Percayalah. Hani akan pergi dengan baik dan pulang pun dalam keadaan baik. Mama jangan risau. Okay?" Balas Hani, memujuk mamanya.
Puan Do terus memeluk tubuh kecil Hani itu lalu Hani hanya membalas, mengusap belakang tubuh mamanya.
"Jaga diri ye, sayang." Ujar Puan Do saat dia melepaskan pelukan dari tubuh anak perempuan tunggalnya itu.
"Papa." Hani berlaih ke papanya lau memeluk tubuh papanya erat.
"Kamu jaga diri kat sana. Jangan bahayakan diri kamu dan kandungan kamu tu." Nasihat papa lalu Hani hanya mengangguk sebelum tubuhnya ditarik keluar dari dakapan papanya.
Hani hanya tersenyum kelat sebelum dia memandang ke arah Chorong dan Jimin. Jimin juga mengikuti mereka kerana risaukan keadaan teman wanitanya.
"Jom?" Ajak Chorong lalu Hani hanya menganggukkan kepalanya lalu memandang mama dan papanya senula.
"Hani pergi dulu." Ujar Hani lalu mendapat anggukan daripada kedua mama dan papanya.
~
Hani meneliti setiap gambarnya bersama Taehyung. Tidak terlalu banyak kerana mereka hanya dapat meluangkan masa sekejap sahaja sebaik sahaja hubungan mereka pulih sebelum Taehyung bertolak ke Kanada.
Hani berhenti pada sebuah gambar di mana Taehyung sedang mencium pipi kanan Hani sambil mengambil gambar mereka berswafoto.
"Hani?" Hani dengan lajunya mengesat air matanya yang mula mengalir lalu mengukir senyuman palsu kepada Chorong.
"Kenapa?" Suaranya sedikit serak, mungkin akibat menangis tadi.
"Yah, kau nangis ke?" Soal Chorong yang berada di depan tempat duduknya bersama Jimin.
"Ehem. Tak adalah. Aku okay. Sakit tekak sikit." Balas Hani ringkas sebelum mengurut lehernya.
"Hmm. Okay. Aku nak tidur kejap tau. Jimin pun dah tumbang dah ni. Kau rehatlah juga tau." Kata Chorong lalu Hani hanya mengangguk faham.
Tak lama kemudian, Chorong sudah terlelap bersama Jimin. Hani pula batu mematikan telefon pintarnya lalu dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap kapal terbang itu.
~
"Yah, Kim Taehyung. Jangan lupa, malam ni, hantarkan aku pergi airport."
Muka Taehyung mula berkerut, cuba mengingati tentang apa yang pernah diarahkan oleh Maria kepadanya.
"Jangan kata kau lupa. Aku lempang nanti, sampai alamat rumah kau nanti kau ingat." Ugut Maria, geram apabila Taehyung tidak mengingati kata-katanya yang rasanya tidak sampai sehari dia memberitahu tentang kerjanya di UK.
"Ouhh. Ingat dah. Kalau betullah kalau kau tampar aku sampai aku boleh ingat alamat aku, dah lama aku suruh kau." Balas Taehyung, ringkas.
"Eee, sabar jelah aku dengan kau ni. Dahlah. Get ready. Aku dah nak siap ni." Ujar Maria kepada Taehyung lalu Taehyung hanya berdehem kecil, membalas kata-kata Maria itu.
Tak lama kemudian, Taehyung sudah siap berada di bahagian pemandu. Lalu seusai Maria memasuki perut kereta itu, terus dia mula memandu dengan panduan GPS daripada telefon pintar yang dibeli oleh Maria kepadanya.
Tiba sahaja di lapangan terbang, Taehyung membawa bagasi kecil milik Maria dengan Maria yang berjalan bersebelahannya sambil memakai kaca mata hitam.
"Bagi beg aku tu. Aku dah nak pergi ni. Jaga mama aku elok-elok. Jangan rindu aku sudah." Ujar Maria dengan senyuman sinis.
"Ye, aku jaga mama kau elok-elok nanti. Halamak. Bazir masa aku je rindukan kau. Dahlah, pergilah. Meluat pula aku tengok muka kau." Ujar Taehyung lalu Maria hanya berdecit, memberi reaksi kepada kata-kata Taehyung itu.
"Ish, meluatlah cakap dengan kau ni. Dahlah, aku pergi dulu." Ujar Maria dengan wajah berangnya.
Taehyung tergelak kecil sebelum meramas rambut Maria, bergurau. Maria mencebik sebelum menepis tangan Taehyung.
"Dahlah. Bye. Ingat. Jaga mama tau." Ujar Maria lagi lalu Taehyung hanya mengangguk bersama senyuman.
Sejak tinggal bersama Maria dan mamanya di Kanada, dia sudah makin rapat dan kini, mereka berdua seperti teman rapat.
"Bye." Kata Taehyung kali terakhir lalu Maria tersenyum lalu mengangguk dan mula beredar ke balai pelepasan. Dia melambai perlahan sebelum kelibatnya hilang dari pandangan Taehyung.
Taehyung tersenyum kecil sebelum dia mengalihkan tubuhnya untuk keluar dari lapangan terbang dan pulang ke rumah Maria.
Tetapi, matanya berjaya mendarat pada satu kelibat.
"Yah! Janganlah tinggalkan aku! Yah, Ma Chorong! Park Jimin!"
"Kiyowo."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro