UDNS2 25 (Ending)
"Mereka mengatakan itu yang memuaskan hati mereka namun itulah perkara yang membuatkan luka di hati mereka lebih mendalam."
•••
"Mummy... Daddy... Hilang."
Taehyung dan Hani yang sudah bersiap untuk bertolak ke Korea itu mula bergegas keluar dari rumah mereka. Mereka meninggalkan Jimin di rumah itu bagi menjaga barang yang mereka tinggalkan di rumah itu.
"Mummy dengan daddy akan okay ke, Taehyung?" Soal Hani yang duduk di sebelah Taehyung di atas kapala terbang kelas pertama itu.
Taehyung menggapai tangan Hani lalu digenggam erat sebelum pandangannya dialihkan ke arah isterinya itu.
"They will be fine. Trust me." Ujar Taehyung yakin. Walaupun hati juga resah seperti isterinya, namun, jika mereka berdua gerun dan bersedih, siapa yang mahu memberi semangat kepada mereka?
Tiba di tanah kelahiran mereka itu, Taehyung dan Hani dijemput oleh pemandu peribadi Taehyung yang telah diuruskan oleh setiausaha Taehyung.
"Saya hantarkan tuan ke rumah dulu ye?" Beritahu pemandu peribadi itu kepada Taehyung sambil memandu keluar dari kawasan lapangan terbang antarabangsa Incheon itu.
Taehyung hanya mengangguk bagi menjawab persoalan dari pemandunya itu. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya ke rumah milik Taehyung dan Hani.
Taehyung mengusap perlahan kepala isterinya yang kini berada di atas bahunya, terlelap. Dia tersenyum lalu kemudiannya, dia melemparkan pandangannya ke luar kereta.
~
Puan Kim terjaga dari pengsannya. Dia mula terkejut apabila dia kini diikat dengan rantai yang dikunci dengan kerusi.
Dia memandang ke dekeliling dan matanya berjaya menangkap susuk tubuh seseorang yang berdiri melekat di dinding bersama tangannya yang dirantai.
"Kim Hyuk? Hyuk! Awak!" Puan Kim menjerit kuat apabila baru dia sedar yang lelaki itu ialah suaminya. Air matanya menitis satu per satu.
Bbam!
Satu hempasan memberhentikan jeritan daripada Puan Kim itu kerana terkejut lalu pandangan wanita itu dialihkan ke arah cahaya terang yang menerobos masuk ke dalam euangan kecil tersebut.
Seorang lelaki datang berjalan bersama sebatang kayu di tangannya. Wajahnya kelihatan seperti tidak puas hati. Puan Kim mula menggeletar ketakutan.
"Bisinglah kau, perempuan. Tak penat ke menjerit macam pontianak?" Soal lelaki itu bersama rengusan kasar.
Puan Kim hanya terdiam sambil memandang ke arah lelaki itu dengan gerun.
"S-siapa kamu ni?" Puan Kim akhirnya memberanikan diri untuk bertanyakan soalannya. Lelaki tergelak kecil sebelum dia berjalan ke arah Puan Kim lalu batang kayu itu diletakkan di bawah dagu Puan Kim dan mengangkat dagu itu sehingga terdongak kepala wanita itu.
"Kau nak tahu aku siapa? Kau tak dapat kenal anak yang kau sendiri lahirkan? Anak yang kau jual?"
Puan Kim terpempan saat dia baru dapat menangkap kata-kata lelaki itu.
"Y-yeonjun..."
"Ha, pandai. Fikir dah tak ingat nama anak sendiri lepas kau dah jual entah dekat keluarga mana. Kenapa? Aku ni pembawa sial ke dalam keluarga kau? Apalah kau tak bunuh je aku?"
Yeonjun tergelak sinis apabila melihat Puan Kim seperti tidak berdaya untuk menjawab segala persoalan yang dia lemparkan itu.
"Kau ingat hidup sebagai anak jual lebih baik daripada mati?"
Ppak!
"Argh!" Puan Kim menjerit kuat apabila pipinya dipukul dengan kuat oleh batang kayu yang dipegang oleh Yeonjun itu.
"Eh, aku lagi sanggup matilah daripada kena jual!" Jerkah Yeonjun ke arah Puan Kim yang sedang menunduk kelapanya sambil mengerang sakit yang menular ke seluruh pipinya.
"Fuhh. Hilang sedikit kemarahan aku pada kau. Dahlah. Aku nak habiskan sisa kemarahan aku dalam familly meeting kita yang pertama."
Yeonjun melemparkan kayu yang dipegangnya itu jauh dari Puan Kim. Dia menolak pipinya menggunakan lidahnya.
"Okaylah. Have a good night, mummy. Jun ada hal lain nak uruskan." Yeonjun berkata dengan sinis sebelum dia berjalan keluar dari bilik kurungan tersebut.
Saat pintu itu ditutup, tangisan Puan Kim mula pecah dengan kuat. Segala jenis penyesalan mula menerjah dirinya. Dia mak yang teruk.
"Mummy minta maaf, sayang..."
~
Taehyung masih lagi mencuba untuk menelefon nombor telefon mummynya ataupun daddynya.
"Maaf. Talian yang anda cuba untuk hubungi tidak dapat disambungkan..."
Taehyung mematikan panggilan daripada kotak suara itu lalu dia menghempaskan tubuhnya pada sofa di ruang tamu rumahnya itu.
Keluhan berat dilepaskan dengan hati yang penuh kegelisahan tentang keadaan mummy dan daddynya.
Tiba-tiba, gapaian di tangannya membuatkan di pandang ke sebelah kirinya di mana Hani sudahpun melabuhkan punggungnya di sebelahnya.
"Janganlah risau. Awak juga kata awak yakin mummy dengan daddy baik-baik saja kan?" Nasihat Hani kepada Taehyung membuatkan Taehyung tersenyum nipis.
Dia menjatuhkan kepalanya ke atas bahu Hani sebelum dibetulkan sedikit kedudukan untuk menyelesakan dirinya juga diri Hani.
Tak lama kemudian, telefonnya berdering sebentar menandakan ada mesej masuk buatnya. Dia masih meletakkan kepalanya di atas bahu Hani dan hanya mengerling ke arah skrin telefonnya.
From: My💜
Come to our first family meeting, Kim Taehyung. I'm looking forward for you to come as our parents are already here waiting for you.
Taehyung terus mengangkat kepalanya dari terus berada di atas bahu Hani lalu membaca mesej daripada nombor telefon mummynya itu berkali-kali.
"Kenapa, Taehyung?" Soal Hani kepada Taehyung. Dia mengerling ke arah skrin telefon pintar Taehyung itu lalu dia memandang Taehyung dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya.
Tiba-tiba, satu lagi mesej masuk buat Taehyung dan Taehyung dengan pantas melihat ke ruangan mesej daripada Yeonjun itu. Dia sudah memberikan destinasi tempat yang dikatakan akan mereka lancarkan perjumpaan keluarga pertama mereka itu.
"J-jom, sayang."
Taehyung bangkit lalu dia menggapai kunci keretanya dan Hani pula hanya mengekori langkah suaminya keluar dari rumah mereka itu.
~
Yeonjun duduk di hadapan Puan Kim dan Tuan Kim di dalam bilik kurungan mereka berdua itu. Dia mengiramakan hentakan kakinya sambil menunggu Taehyung tiba.
Derapan kaki yang bergema berdekatan kawasan tersebut mmebuatkan Yeonjun tersenyum sinis. Dia masih statik menanti kehadiran lelaki yang ditunggu-tunggunya itu.
Skrett.
Bunyi pintu bilik kurungan itu dibuka mbuatkan Yeonjun mengangkat kening kirinya sebelum dialihkan pandangannya memandang ke arah sepasang lelaki dan perempuan yang datang memasuki bilik tersebut.
"Selamat datang ke perjumpaan keluarga Kim yang pertama. Wah. Nampaknya, kehadiran isteri kepada Kim Taehyung lebih melengkapkan lagi perjumpaan pertama kita, bukan?"
Taehyung mengepal penumbuknya apabila matanya hanya tertumpu pada dua tubuh yang kelihatan benar-benar tidak bermaya itu.
"Mummy! Daddy!" Hani tanpa berlengah terus berlari mendapatkan mummy dan daddy itu. Hani cuba berkali-kali untuk mengejutkan mereka namun tidak berhasil.
"Apa yang kau nak dari aku dan keluarga aku?" Soal Taehyung, cuba mengawal amarahnya yang bila-bila saja boleh meletus.
"Hah. Aku tak nak apa-apa. Cuma aku nak puaskan hati aku je. Boleh dikatakan sekadar seronok-seronok?" Balas Yeonjun membuatkan Taehyung terus menarik leher baju Ueonjun seperti gaya ingin memulakan pergaduhan.
"Sebelum aku belasah kau sampai kau lunyai, baik kau lepaskan diorang." Ugut Taehyung namun yang dia terima hanyalah gelakan kuat daripada Yeonjun.
Tiba-tiba, tubuh Taehyung ditolak ketepi membuatkan genggaman pada leher baju Yeonjun terlepas. Hani terus berdiri di hadapan Yeonjun lalu matanya tajam menerkam Yeonjun.
"Yeonjun! Apa awak nak buat dengan mummy dan daddy, hah?!"
"Diam sebelum aku lempang kau."
"Huh? Apa awak ingat semua perkara yang awak buat boleh buatkan masa berputar semula?! Tak, Yeonjun! Tak!"
"Aku kata diam!"
Ppang!
"Hani!"
Sedas tamparan berjaya mendarat di pipi Hani membuatkan kepada Hani terteleng ke kiri. Hani dengan perasaan geram terus menghadap semula wajah Yeonjun sebelum pipi Yeonjun ditamparnya semula.
Yeonjun agak terkedu dengan tindakan drastik dari Hani itu. Dia terus mengeluarkan pistol dari dalam poketnya sebelum dihalakan ke arah daddy.
"Kau ni memang mencabar kesabaran aku kan? Nampaknya, kau memang nak tengok orang tua ni mati kan?" Ujar Yeonjun geram.
"Yeonjun. Kau jangan macam-macam eh? Kau apa-apakan daddy, siap kau." Ugut Taehyung.
"Wah. Takutnya aku. Apa patut aku buat ni? Huh. Kau ingat aku nak jawab benda tu?"
"Yah! Kau ni memang tak berperikemanusiaan! Dasar bintang!" Jerit Taehyung sambil hatinya berdoa agar mummy dan daddynya tidak diapa-apakan.
"Kau tak pernah dan takkan pernah tahu apa perasaan aku bila aku tahu aku ni telah dijual oleh keluarga kandung aku sendiri."
Yeonjun menarik nafas panjang seperti sedang mengumpul kekuatan untuk meluahkan apa yang dia rasa.
"Kau tahu betapa rasa hinanya diri bila tahu kau dijual? Kau tahu ke?!"
Jerkah Yeonjun dengan pandangan penuh dendam dilemparkan ke arah Hani dan Taehyung.
"Satu langkah, bapa kesayangan kau mati!"
Puan Kim mula terjaga dari tidurnya apabila memdengar jerkahan daripada Yeonjun itu. Dia mengangkar wajahnya yang tertunduk lalu matanya terus segar apabila melihat kedudukan Yeonjun yang seperti sudah bersedia ingin menembak suaminya.
Ditambah pula dengan kehadiran Taehyung dan Hani membuatkan hatinya mula ditimpa kegelisahan.
"Yeonjun."
Pandangan ketiga-tiga pasang mata itu mula tertumpu ke arah Puan Kim yang masih duduk di atas kerusi bersama tangan dan kakinya yang dirantai itu.
"Lepaslah mummy dan daddy, nak.ummy tahu mummy salah. Kita mulakan hidup baru sebagai leluarga yang sempurna. Okay?"
"Aku tak perlukan keluarga yang tak pandai jaga anak macam keluarga kau."
Balas Yeonjun tanpa perasaan sebelum picu pistol itu mula ditarik sebelum ditembak tepat pada dada Tuan Kim.
"Yah! Choi Yeonjun!"
"Hyuk!!"
Dush!
Tumbukan padu dilepaskan oleh Taehyung pada wajah Yeonjun membuatkan Yeonjun jatuh tersungkur. Hani jatuh terduduk di lantai sambil menangis.
"Kau memang anak tak guna!"
Taehyung terus menumbuk wajah Yeonjun sehinggalah jejaka itu tidak bermaya. Yeonjun masih memaksa diri untuk gelak sinis.
"Bunuhlah jelah aku yang hina ni. Mang aku layak mati. Aku dah puas lepas aku dah tengok korang terseksa atas kesalahan yang korang buat."
Seusai berkata-kata, Yeonjun tergelak kembali persis orang hilang akal. Taehyung terusenumbuk kembali wajah Yeonjun tanpa henti, sepenuh perasaan.
"Taehyung! Sudahlah!" Hani menarik tubuh Taehyung daripada terus menumbuk Yeonjun yang sudah seperti nyawa di hujung tanduk.
Hani memeluk tubuh Taehyung erat sambil menangis. Taehyung menyembamkan wajahnya pada bahu Hani lalu menangis perlahan.
Puan Kim pula masih terikat sambil menangis ke atas nasib suaminya.
Tak lama kemudian, polis tiba di tempat kejadian dan setelah lama menjadi bhruan polis, Yeonjun berjaya diberkas tanpa dia sedikit pun berusaha untuk berlari. Baginya, dia sudah puas jadi dia tidak kisah apa lagi yang terjadi terhadap hidupnya.
Tuan Kim pula dibawa tanpa berlengah ke hospital berdekatan manakala pihak polis yang lain membantu membebaskan Puan Kim.
~
Tuan Kim kini sudah berjaya diselamatkan namun masih berada dalam keadaan koma. Taehyung dan Hani hanya melihat dari luar bilik yang menempatkan Tuan Kim manakala Puan Kim berada di sebelah suaminya.
Taehyung mula duduk di kerusi berhadapan dengan unit rawatan rapi itu sebelum ditekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan tangannya.
"Semua ni salah aku." Taehyung masih tidak berhenti menyalahkan dirinya atas nasib yang menimpa keluarga. Hatinya sebak mengingatkan dirinya yang dulu melayan mummy dan daddynya seperti hambanya.
"Taehyung. Janganlah macam ni. Semua ni bukan sebab awak. Saya yakin, mummy dengan daddy pun tak salahkan awak untuk semua yang berlaku ni." Pujuk Hani perlahan.
Tak lama kemudian, hospital itu mula riuh apabila siren berbunyi.
"Code blue! Code blue! VIP ICU room 2!"
Taehyung dan Hani terkejut lalu mereka melemparkan pandangan ke arah bilik Tuan Kim ditempatkan.
Saat doktor sudah berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan Tuan Kim, doktor yang bertugas keluar dengan riak kecewa.
"Maaf, kami sudah cuba yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit."
Taehyung tanpa berlengah terus berlari masuk ke dalam unit rawatan rapi itu. Dia menangis kuat sambil menggoncangkan tubuh daddy.
"Bangunlah! Tae tak sempat minta maaf lagi dengan apa yang Tae dah buat selama ni! Tae minta maaf!" Taehyung menangis.
Tiba-tiba, datang beberapa anggota polis ke unit rawatan rapi di mana Tuan Kim ditempatkan.
"Kami di sini nak mengumpul bukti untuk menguatkan lagi alibi pihak tuan untuk me nentukan hukuman yang bakal dijatuhkan kepada defendan Choi Yeonjun." Ujar salah seorang anggota polis yang datang.
"Taehyung. Dahlah tu. Come with me? Kita balik dulu. Bagi polis buat siasatan lebih lanjut. Okay?" Hani mendapatkan Taehyung lalu menarik Taehyung mengikutinya bersama Puan Kim.
"Daddy, sayang. Daddy." Taehyung berkata perlahan lalu Hani hanya diam, tidak mampu lagi memujuk suaminya itu.
~
Beberapa hari berlalu, tibalah masa untuk Taehyung sekeluarga menguruskan abu mayat Tuan Kim dan diletakkan di tempat perletakan abu.
Setelah selesai semua urusan di situ, Taehyung memberitahu Hani yang dia ingin menguruskan sesuatu dan minta isterinya naik kereta mummynya.
"Taehyung." Panggilan dari Hani membuatkan langkah Taehyung berhenti lalu dia memandang isterinya itu.
"Take care." Hani tersenyum lebar lalu Taehyung tersenyum. Dia berjalan ke arah isterinya lau dikucup sekejap perlahan dahi isterinya dan bibir.
"I will, dear. Don't worry." Balas Taehyung meyakinkan isterinya. Dia terus keluar dari bangunan tersebut lalu dia memandu keretanya sendiri untuk ke sesuatu tempat.
~
"Sejak bila kau keluarga aku?" Soal Yeonjun sinis kepada Taehyubg yang berada di hadapannya itu. Di antara mereka hanya terpisah dengan kaca lut sinar.
"Haha. Aku pun jijiklah nak gelar kau sebagai keluarga aku." Balas Taehyung bersama gelakan kecil.
Disebabkan yang boleh melawat hanyalah ahli keluarga sahaja kerana dia masih dalam proses pendakwaan sebelum betul-betul dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, membuatkan dia terpaksa mengaku bahawa dia merupakan ahli keluarga kepada penjenayah itu.
"Kenapa? Puas dahlah kau kan tengok aku duduk dalam ni?" Soal Yeonjun kepada Taehyung. Taehyung berdecit kecil.
"Saja nak tengok macam mana keadaan kau lepas masuk sini. Aku akan pastikan kau terima hukuman setimpal dalam ni." Ujar Taehyung penuh perasaan benci. Yeonjun tergelak kuat.
"Kau nampak macam aku kisah? Aku tak kisah kalau aku kena hukuman gantung sampai mati sekalipun. Sebab apa? Sebab aku dah puas tengok korang terseksa lepas orang tua tu dah mampus!" Jawab Yeonjun lalu Taehyung hanya mengepal penumbuk di bawah.
"Okaylah. Semoga berbahagia di sana. Cari kawan baru tau? Sebab aku kasihan tengok kau. Nampak sangat tak cukup kasih sayang. So, yeah. Bye, bye."
Terus Taehyung bangkit dari duduknya lalu meninggalkan Yeonjun yang sudah mengetap giginya geram. Dia menumbuk meja yang berada di hadapannya geram lalu dia menjerit geram.
Seorang anggota polis menarik tubuhnya mengikuti masuk ke dalam penjara semula. Yeonjun meronta kecil, jijik apabila ada orang memegangnya. Namun, polis itu hanya mengemaskkan genggamannya pada baju dan tangan Yeonjun tanpa riak.
~
Taehyung masuk ke dalam rumahnya bersama keluhan berat. Langkah malas diderapkan di atas lantai menuju ke arah tangga sebelum didaki untuk naik ke biliknya.
"Taehyung?" Panggil Hani yang sedang menyikat rambutnya di hadapan meja solek.
Taehyung tersenyum nipis lalu dia menghempaskan badannya ke atas katil mereka. Dia meletakkan lengan kanannya ke atas dahinya seusai memejamkan matanya rapat.
Hani meletakkan sikat di atas meja solek itu lalu dia bangkit lalu duduk di atas katil di sebelah Taehyung. Dia menggapai tangan kiri milik Taehyung lalau digenggam erat.
Taehyung mengalihkan tangan kanannya dari wajahnya lalu dipandang isterinya, bangkit terus dia dari baringnya menghadap isterinya. Hani terus menarik tubuh Taehyung masuk ke dalam dakapannya lalu diusap perlahan belakang Taehyung.
"Sometimes, letting it go is better than keeping it inside. Don't handle the pain alone. We share everything in our life as a married couple. So, let me handle the pain you endure together."
Ujar Hani perlahan, cuba menenangkan sedikit jiwa Taehyung yang dia yakin sedang kacau tika ini. Walaupun tidak ditunjuk, dia yakin Taehyung menahan rasa sakit itu sendirian.
Taehyung menolak tubuh Hani keluar dari dakapan lalu dia dekatkan wajahnya dengan wajah Hani. Dikucup lama bibir Hani penuh kasih sayang.
"I love you." Taehyung meleraikan ciumannya lau dibisikkan tiga perkataan itu di telinga Hani romantis.
"I love you too."
||TAMAT||
YEAY! Finally dah tamat sudah cerita ni. Tahu chapter ni panajng gila nak matey n hambar gila. Melalut entah ke mana chapter ni.
Sorry kalau korang tak puas hati dengan cerita ni sepanjang cerita ini ditulis oleh Idae. Sorry sesangat. Idae dah cuba yang terbaik untuk puaskan hati para readers kesayangan Idae ni. Hm hm.
Lastly, jangan lupa support ff Taehyung yang baru ja Idae publish beberapa hari lepas tajuk, Mr Angelrina. Baru prologue and maybe chapter 1 akan dipublish asap. Wait for it!!
I love yaaa💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro