Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UDNS2 24

"Forgiving maybe the hardest thing to do in life, but it's actually the most worthy thing to do in life."

•••

Taehyung berbaring di atas katil. Dia memandang siling apartment baru yang dibeli oleh mummynya tempoh hari.

Mereka baru sahaja berpindah masuk ke apartmemt itu. Tak dilupakan juga bersama Jimin memandangkan terdapat bilik kosong.

"Termenung apa tu?" Soal hAni lalu membaringkan tubuhnya di sebelah Taehyung. Taehyung mengeluh tanpa bunyi sebelum tersenyum lalu berbaring secara mengiring menghadap Hani.

Dia menyelitkan rambut Hani yang menutup dahinya ke belakang telinga. Kemudiannya, dia mengusap perlahan pipi Hani, hidung dan akhir sekali ke bibir Hani.

Hani terus menangkap tangan Taehyung yang dari tadi merayap di wajahnya lalu diletakkan di atas katil. Dia masih tidak emlepaskan genggaman terhadap tangan suaminya itu sambil matanya menerkam anak mata Taehyung.

"You got problems, right? Wanna share with me?" Soal Hani kepada Taehyung. Taehyung menelan liurnya kelat lalu teragak-agak menarik tangannya keluar dari genggaman Taehyung.

Dia mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum pandang dialihkan ke tempat lain. Hani dengan pantas menarik semula tangan Taehyung sehingga tubuh Taehyung yang mula ingin berubah kedudukan kembali menghadapnya.

"Yah, Kim Taehyung. Jangan nak berdalih. Ceritakan kepada saya. Segalanya. Saya sudi dengar walaupun saya mungkin tidak dapat menghulurkan sebarang bantuan."

Ujar Hani perlahan, cuba memujuk Taehyung yang dia sedia tahu sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

Satu, telinganya merah bagaikan dia sedang meletakkan fokusnya terhadap sesuatu.

Dua, nafasnya tidak teratur akibat terlalu fokus akan perkara tersebut yang mungkin mendatangkan pelbagai persoalan mahupun menimbulkan sebarang emosi terhadapnya.

Tiga, dia kelihatan gementar bagaikan dunia sudah ingin tiba ke penghujungnya. Tangannya berpeluh malahan dia sering menelan liurnya tanpa sebab berkali-kali.

"I know you very well, Kim Taehyung. Now, tell me. What's bothering you so much these days?" Soal Hani lagi lalu Taehyung memejamkan matanya rapat sebelum dibuka semula dan memandang Hani yang berada betul-betul di hadapannya.

"I just knew something that was really absurb. I... I can't explain it."

"Slowly, Taehyung. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Tell me slowly about it. Suits yourself." Nasihat Hani perlahan. Taehyung hanya akur tanpa banyak bunyi.

"Yeonjun. Dia...adik kandung aku."

~

Tuan Kim sedang berada di pejabatnya, melakukan kerja-kerjanya yang patut disiapkan dalam masa terdekat.

Sedang sibuk dia melakukan kerjanya, telefonnya tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk buat dirinya.

"Hello? Kenapa, Namjoo?" Soal Tuan Kim sebaik sahaja dia tahu itu adalah panggilan dari isterinya. Tetapi, malangnya tiada siapa yang balas tegurannya. Dka mula mengerutkan dahinya.

"Namjoo-"

"Come here or she die."

Tuan Kim terkedu saat mendengar suara seorang lelaki mengetuk gegendang telinganya. Sia menelan liurnya kelat.

"Apa yang kau cakap ni? Mana isteri aku?" Soal Encik Kim, mengawal suaranya daripada bergetar. Dia kemudiannya terdengar suara helakan sinis di hujung talian.

"Aku bagi masa 2 jam untuk datang ke lokasi yang baru aku beri kepada kau melalui Kakaotalk tadi. Kalau tak, isteri kesayangan kau mati di tangan aku."

Tuan Kim terdiam. Biar benar? Siapa pula yang bermusuh dengan mereka ini?

"Ha, lagi satu. Kau datang sendiri. Kau panggil polis, isteri kau mati awallah jawabnya. Faham?"

Terus lelaki di hujung talian itu mematikan panggilan. Tuan Kim yang tadinya sedang menahan nafasnya yang teratur itu terus melepaskan nafasnya yang ditahan.

Dia mengurut dadanya lalu dia sia menyandarkan tubuhnya pada kerusi pejabatnya. Dia memejamkan matana sebelum membuka kembali untuk melihat jam di tangannya.

Dia mula bangkit dari duduknya lalu bergegas keluar dari pejabat untuk pergi ke destinasi yang diberikan oleh lelaki misteri tadi.

~

Tuan Kim menolak sedikit pintu rumah itu yang sudah hampir tercabut. Dia berlari kecil apabila pintu itu hampir terjatuh mengenai tubuhnya.

Dia bernafas agak kuat lalu mengeluh lega sambil mengurut dadanya apabila pintu itu tidak sepenuh terjatuh. Dia cuma takut bunyi pintu itu terjatuh akan menarik perhatian penculik kepada isterinya itu.

Dia mula meneroka kembali ke dalam rumah kosong yang agak usang itu. Seperti yang diarahkan, dia hanya membawa dirinya sahaja.

"Datang pun kau. Ingatkan nak biar je isteri kau mampus."

Tuan Kim mula memalingkan tubuhnya ke setiap sudut rumah tersebut namun tiada satu tanda langsung yang menunjukkan kehadiran lelaki itu malahan isterinya juga tidak kelihatan.

"Siapa kau?! Apa kau nak dari keluarga aku?!" Jeritannya bergema ke seluruh bangunan rumah itu.

Tiba-tiba, suara gelakan mengilai seorang lelaki mula kedengaran di seluruh pelusuk rumah itu membuatkan Tuan Kim mula gerun. Dia sentiasa memalingkan tubuhnya, berwaspada agar tidak diserang dati belakang.

"Aku tak nak banyak pun dari korang. Aku cuma nak korang menderita seperti mana aku menderita."

Kata-kata itu sudah cukup membuatkan tubuh Tuan Kim mula seram sejuk. Bulu romanya mula menegak dengan aura di rumah itu yang memang penuh dengan aura negatif.

"M-mana kau, hah?!" Jerit Tuan Kim sekali lagi, masih berwaspada jika ada yang ingin membuat serangan tanpa dia sedari.

Namun, mungkin dia tida menjangkakan perkara itu, sesuatu yang keras berjaya mendarat, jatuh dari atas kepalanya dan membuatkan dia jatuh tersungkur ke lantai.

"Namjoo..."

Nama isterinya adalah perkara yang terakhir meniti di bibirnya sebelum dia benar-benar tidak menyedarkan diri.

Tak lama kemudian, bunyi derapan tapak kaki mula bergema. Derapan itu berhenti apabila kakinya berjaya mendarat betul-betul di hadapan tubuh Tuan Kim yang kini sudah terkulai di lantai rumah itu tidak bermaya.

"We will do our first family meeting soon. Let's be happy after a long time we live apart."

~

"Taehyung!" Jerit Hani memanggil suaminya yang masih berada di dalam bilik mereka.

Taehyung yang masih memegang yuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya basah itu terus keluar dari biliknya apabila mendengar panggilan dari isterinya itu.

"Kenapa ni, sayang?" Soal Taehyung kepada isterinya yang berada di hadapannya bersama telefon pintar milik Taehyung di tangannya.

"Mummy... Daddy... Hilang..."

Beritahu Hani apabila dia baru sahaja mendapat berita itu daripada setiausaha Taehyung. Taehyung tergamam.

Dia mengepal penumbuknya dengan ketapan gigi, geram. Dia menrik nafasnya sebelum dilepaskan perlahan bagi mengawal kemarahannya yang bagaikan baru menyalakan api di dalam jiwanya.

"That bastard, Choi Yeonjun."

•••

Okay geng. I'm not gonna publish the last chapter yet.

But, dont worry. Idae akan publish preview of the last chapter malam satg. Esok or lusa baru Idae cuba publish last chapter.

Harap korang boleh tunggu n Idae berani confirm that last chapter will be publish before 2020.

Wait for it, gais💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro