UDNS2 22
Yeay. Double update! Dont forget to read chapter 21. Enjoy reading yhis chapter💜
•••
"Kebenaran wujud untuk dibongkarkan dan bukan untuk disembunyikan."
•••
"Fikirkan apa tu, awak?" Soal Hani lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Taehyung di atas sofa. Taehyung terus menjatuhkan kepalanya atas bahu milik Hani lalu dilingkarkan tangannya ke pinggang ramping milik Hani itu.
"Tak ada apa punlah. Tengah fikir bila anak kita ni nak keluar." Taehyung berkata lalu mengusap perlahan perut Hani. Kandungan yang hampir mencecah empat bulan itu menimbulkan sifat kebapaan dalam diri Taehyung.
Hani tersenyum suka melihat Taehyung yang sedang bermanja dengan dirinya itu. Dia meletakkan tangannya di atas kepala Taehyung lalu diusap perlahan rambut lembut milik Taehyung itu.
"Tunggulah. Beberapa bulan lagi, lemgkaplah keluarga kecil kita." Hani berkata kepada Taehyung lalu Taehyung hanya tergelak kecil dan mengangguk perlahan.
Namun, di sebalik senyuman itu, minda Taehyung masih dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Perbualan antara dirinya dan mummynya tempoh hari mula berlegar semula.
~
"By any chance, do you know someone named Choi...Yeonjun?" Soal Taehyung teragak-agak. Talian mual senyap tidak berbunyi.
"Mummy?"
"Ouh, ya. M-mana ada. Mummy t-tak kenal sesiapa pun yang ada nama tu. Ha." Balas Puan Kim membuatkan Taehyung lebih tertanya-tanya, kenapa mummynya seperti menyembunyikan sesuatu.
"Erm, tak apalah kalau macam tu. Taehyung cuma nak tahu kalau-kalau kita ada kaitan dengan seseorang dengan nama tu ke tidak." Ujar Taehyung, tidak mahu memaksa mummynya menjawab persoalannya.
"Erm, kenapa kamu...tanya?" Soal Puan Kim teragak-agak kepada Taehyung.
"Taehyung tak nak cerita panjang. Cuma, this Yeonjun guy, dialah yang culik Tae sampai tak dapat dijejaki dekat restoran haritu. Dan, nak dijadikan cerita, Yeonjun ni pula bekas teman lelaki Hani. Dia ada cakap something yang katanya diri dia related dengan keluarga kita. Mentioning about Tae and him as abang dan adik. Tae pun tak faham apa yang sebenarnya terjadi. Erm, sebab tu Tae tanya mummy."
Terang Taehyung agak ringkas namun padat dengan segala info yang dia ingin sampaikan tentang kisahnya di Kanada bersama Hani dan lelaki psycho bernama Choi Yeonjun itu.
"A-apa? Abang dan...adik?"
"Haah. Tapi, tak apalah, mummy. Mummy pun kata mummy tak kenal dia. Jadi, Tae akan cuba cari apa yang mampu Tae cari sepanjang Tae berada dekat sini."
Puan Kim di hujung talian hanya diam tidak mengeluarkan sepatah kata. Taehyung mula pelik dengan mummynya. Mummy nampak seperti berminat ingin tahu namun pada masa yang sama, dia mahu menyembunyikan sesuatu.
"Tae, letak dululah, mummy. Ada hal nak kena buat lagi ni." Ujar Taehyung perlahan.
"Ah, yelah. Nanti, ada apa-apa bagitau mummy or daddy. Nanti, mummy masukkan duit dalam akun isteri kamu. Sekali dengan tempat tinggal dan kereta untuk kamu." Balas Puan Kim.
"Eh. Tak payahlah, my. Tae duduk sini sekejap je."
"Aip. Dengar cakap mummy. Bukan selalu kamu nak layan mummy baik macam ni."
Sekali lagi, Taehyung bagaikan tersentap dengan kata-kata mummynya itu. Dia tersenyum kelat.
"Erm. Okaylah, my. Ikutlah mummy nak buat apa. Tae letak dulu." Taehyung berkata lalu terus mematikan panggilan.
Sudahlah mindanya sudah dibanjiri dengan pelabagi teori yang mungkin dapat membantunya mencari kaitan antara Choi Yeonjun dan keluarganya. Sekarang, mummynya pula mengingatkan tentang betapa teruknya layanannya terhadap mereka selama ini.
Taehyung mengeluh perlahan lalu membaringkan tubuhnya di atas katil bilik hotel Hani dan kemudiannya memejamkan matanya sehingga dirinya terlelap.
~
Taehyung memeriksa telefon pintarnya di mana sedang memaparkan mesej daripada mummynya mengatakan yang mummynya sudah membeli sebuah apartment kepadanya berserta senuah kereta. Katanya, nanti, akan ada penghantaran ke hotel yang didudukinya dan Hani itu.
Dia mengeluh perlahan lalu mematikan telefonnya dan dimasukkan telefonnya ke dalam poket seluarnya.
Bunyi loceng bilik hotel tersebut membuatkan Taehyung memandang ke arah pintu bilik di dalam hotel itu. Dia memandang Hani yang masih tidur di atas katil lalu dia terus melangkah keluar dari bilik itu untuk membuka pintu.
Seorang lelaki segak mempergayakan sut berwarna merah gelap di hadapan pintu hotel itu menunduk hormat kepada Taehyung.
"Saya ditugaskan oleh Puan Kim untuk membelikan Tuan Muda Kim kereta dan apartment di sini. Ini kunci kereta dan kunci apartment Tuan Muda berserta alamat. Kereta Tuan Muda dah tersedia di tempat parkir hotel di bahagian VIP."
Taehyung terpempan. Wah, mummynya betul-betul dah membuat persediaan untuknya di Kanada. Segalanya lengkap.
Taehyung menyambut huluran sampul daripada lelaki itu dengan anggukan janggal.
"Erm, thanks." Balas Taehyung perlahan.
"Saya minta diri dulu. Jika memerlukan bantuan, boleh telefon saya. Saya dah kepilkan sekali nombor telefon saya dalam sampul tu." Lelaki berkata lagi dan Taehyung pula hanya mengangguk.
Seusai lelaki itu beredar, terus Taehyung menutup pintu bilik hotel itu lalu mula mengorak langkah ke arah sofa untuk duduk.
"Siapa yang awak bercakap tadi tu?" Soal Hani yang baru keluar dari bilik tidur mereka sambil menggosok matanya perlahan.
"Ouh. Orang kanan mummy. Mummy belikan apartment dengan kereta untuk kita." Ujar Taehyung kepada Hani dan Hani hanya mengangguk lalu dia melabuhkan punggungnya di seblah Taehyung.
"Awak dah cakap dengan mummylah ni?" Soal Hani lalu Taehyung hanya mengangguk sambil tangnnya masih bermain dengan sampul yang baru dia dapat dari lelaki tadi.
"Nak jalan-jalan tak?" Soal Taehyung kepada Hani dan Hani terus segar lalu mengangguk laju. Dia juga nosan asyik berada di dalam bilik hotel itu tanpa keluar mengambil angin.
"Amboi laju. Dah. Pergi mandi dulu. Lepas kau dah mandi apa semua, baru kita keluar. Aku tunggu." Ujar Taehyung lalu meramas rambut Hani kasar membuatkan Hai tergelak lalu mengangguk laju.
Taehyung hanya memandang Hani yang sudah masuk ke dalam bilik tidur mereka bersama senyuman. Senyumannya kemudian pudar lalu dia mula termenung.
"Macam mana aku nak cari rahsia yang ada di sebalik kau dan keluarga aku?" Soal Taehyung pada dirinya, menenggelamkan dirinya di dalam persoalannya itu.
~
Yeonjun kini berada di sebuah rumah terpencil. Rumah ini dia bina tanpa pengetahuan keluarganya termasuk Soobin.
Dia memasuki bilik tidur utama yang merupakan biliknya lalu dia duduk di hadapan meja solek yang telah dipenuhi dengan gambar-gambar yang dilekatkan olehnya.
Dia memandang satu-satu gambar yang dilektakan di cermin meja solek itu. Kemudiannya, dia tersenyum sinis. Dendam yang menguasai dirinya sejak sepuluh tahun yang lalu membara lagi apabila melihat betapa bahagia keluarga Kim.
"Masa untuk tukarkan ke plan B. Segalanya akan tamat tak lama lagi, Kim Taehyung. Dan kebahagiaan kau akan punah seperti mana kau punahkan kebahagiaan yang patut aku dapat dulu. Just wait and see."
•••
Stress juga tulis part Yeonjun ni. Aiyooo. 3 more chapters. Yeayy. Tak sabar nak tunggu ff ni habis. Uwuuu😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro