Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UDNS2 21

"Tidak semua kita boleh jangka akan berlaku dan kita juga tiada kawalan langsung terhadapnya."

•••

"Hello." Puan Kim di hujung talian menegur si pemanggil seusai menjawab panggilan tersebut.

"Erm. Hello, mummy." Taehyung teragak-agak menegur kembali mummynya di hujung talian.

Bungkam.

"Mummy?" Panggil Taehyung semula apabila tiada sebarang suara yang dapat dia dengari dari hujung talian.

"Tae-taehyung? Kamu ke tu, sayang?" Tersekat-sekat Puan Kim mengutarkan kata-katanya. Sungguh, rasa tindunya terhadap anak lelakinya itu semakin hari semakin menggunung.

"Ye, mummy. Ni Taehyung." Balas Taehyung cuba meyakinkan Puan Kim. Tiba-tiba, mula kedengaran suara tangisan di hujung talian. Taehyung mula rasa bersalah.

"Taehyung minta maaf sangat sebab ambil masa yang lama nak berhubung dengan mummy dan daddy. Taehyung...ada urusan dekat sini sikit."

Ujar Taehyung cuba memujuk mummynya. Tak lama kemudian, Puan Kim mula bersuara.

"Mummy rindu dengan Tae sangat-sangat."

Kata-kata Puan Kim membuatkan Taehyung mula terasa.

"Sebenarnya, Taehyung ada benda nak tanya mummy. By any chance..."

~

"Kita nak pergi mana ni, Tae?" Soal Hani kepada Taehyung. Taehyung hnaya terus memandu kereta Mercedes hitam milik keluarga Lee itu.

"Adalah. Kau tunggu dan lihat je." Balas Taehyung, ringkas.

Hani hanya mencebik sebelum melemparkan pandangannya ke luar.

Tak lama kemudian, mereka tiba di hadapan sebuah rumah agam. Hani memandang sekeliling. Sepertinya, dia biasa lihat taman perumahan elit itu.

Ini...

"Kenapa...kita ada dekat sini?" Soal Hani sebelum memandang Taehyung di sebelahnya yang baru sahaja mencabut tali pinggang keledarnya.

"To make clear things up." Balasnya ringkas. Taehyung terus keluar dari perut kereta dan Hani pula hanya mengikuti tindak-tanduk Taehyung itu.

Taehyung memasukkan number pin keselamatan pada pagar utama rumah tersebut sebelum pintu pagar itu terbuka.

"Jom, dear?" Ajak Taehyung lalu menghulurkan tangannya ke arah Hani. Hani tersenyum nipis lalu menyambut huluran Taehyung itu dan mengikutinya masuk ke dalam rumah agam tersebut.

"Aunty. Taehyung dah balik." Ujar Taehyung sebaik sahaja melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah itu.

Seorang wanita yang persisi usianya seperti mummy dan mama mereka datang ke arah mereka bersama senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Taehyung. Mana kamu pergi dua hari tak balik rumah?" Soal wanita itu lalu dia memeluk tubuh Taehyung erat.

Hani ingin melepaskan tangan Taehyung namun Taehyung menggenggam tangan Hani dengan lebih erat supaya Hani tidak meleraikan genggaman tangan mereka.

Wanita itu mual meleraikan pelukannya terhadap Taehyung lau mengaluhkan pandangan ke arah Hani. Entah kenapa, Hani dapat rasakan pandangan tersebut berunsurkan sesuatu yang memberikan aura negatif.

Mata wanita itu jatuh ke arah tangan Taehyung dan Hani yang menggenggam erat antara satu sama lain itu. Dia mengetap giginya perlahan namun pantas sahaja dia mengukir senyuman kembali lalu dia memandang Taehyung.

"Siapa perempuan cantik ni, Taehyung?" Soal wanita itu lalu Taehyung hanya tersenyum lalu emnarik tubuh Hani mendekati dirinya. Tanganya terus melingkar ke pinggang Hani.

"Inilah isteri Taehyung, aunty."

Wanita itu ataupun Puan Lee agak teroempan dengan jawapan yang diberikan oleh Taehyung itu.

"Ouh. Haha. Isteri...kamu?"

Taehyung lalu mengangguk bagi menjawab persoalan daripada Puan Lee itu.

Mata Taehyung kini menangkap susuk tubuh Maria di anak tangga yang berada di belakang Puan Lee itu. Tangan Maria mula menggeletar apabila melihat Taehyung bersama wanita yang bergelar isteri kepada Taehyung itu.

"Ha, marilah duduk dulu. Haha." Puan Lee memalingkan wajahnya ke arah ruang tamu dan ternampak anak perempuan yang masih berdiri di tangga itu.

"Ha, Maria. Marilah layan tetamu kita ni dulu." Panggil Puan Lee kepada anaknya itu. Maria tersenyum nipis.

"Nanti... Maria turun. Maria nak naik kejap." Terus Maria mendaki kembali tangga tersebut untuk ke biliknya.

Hani dan Taehyung hanya memandang Maria yang sudah meloloskan diri ke tingkat atas itu.

"Ha, marilah duduk, Taehyung. Ajak isteri kamu tu sekali." Ajak Puan Lee lalu Taehyung dan Hani hanya akur.

Maria menyandarkan tubuhnya pada pintu biliknya seusai menutup dan mengunci pintu biliknya. Dia jatuh terduduk ke lantai bersama mata yang mual berair.

Dia mula menarik lututnya bertemu dengan dadanya lalu menekup wajah dengan kedua belah tapak tangannya yang beralaskan lututnya. Tangisan mula bergema di dalam biliknya.

"Kenapa..."

Maria terus-terusan menangis. Dia kemudiannya mengangkat wajahnya yang sembam itu lalu dia mengesat segala sisa air matanya yang memenuhi pipinya.

"Kenapa kau perlu menangis, Maria Lee? Kau pun dah tahu dia dah berpunya. Kau yang ambil risiko untuk cintakan lelaki itu." Maria berkata pada dirinya sendiri.

Dia melunjurkan kakinya lalu dia menyandarkan kepalanya pada pintu. Dia mula termenung mengenangkan hatinya yang sakit akibat perasaan bodoh yang dia timbulkan dan simpan tanpa memikirkan akibatnya.

~

"Jadi... Kamu dah ingat segalanya tentang siapa diri kamu?" Soal Puan Lee memulakan perbualan dengan Taehyung.

"Ye, aunty. Taehyung dan ingat segalanya. Itupun semua berterima kasih dekat isteri Taehyung sebab dia sanggup datang ke Kanada untuk cari Taehyung."

Ujar Taehyung lalu melemparkam senyuman kepada Hani. Tangan Hani digenggam erat olehnya. Hani hanya tersenyum nipis dan menundukkan pandangannya untuk menyembunyikan senyuman malunya.

Puan Lee di dalam hati hendak sahaja dia memaki perempuan di hadapannya itu. Dia tahu anaknya, Maria menyimpan perasaan terhadap lelaki ini tetapi akhirnya, hasratnya untuk mengahwini anak perempuannya dengan lelaki yang disukainya itu punah dengan kehadiran perempuan ini yang bergelar isteri kepada Kim Taehyung itu.

"Mana pula Maria ni? Tak nak layan tetamu ke?" Soal Puan Lee di hadapan Taehyung serta Hani. Dia mula berura untuk bangkit dari duduknya, ingin mendapatkan anak perempuannya itu.

"Eh, takpalah, aunty. Kami datang sini sekejap je. Tak nak berlama." Taehyung berkata lalu Puan Lee memandang ke arah Taehyung lama.

Taehyung dan Hani mula bangun dari sofa lalu Taehyung menyeluk poketnya dan terus meletakkan kunci kereta Mercedes hitam milik keluarga itu di atas meja kopi di hadapannya itu.

"Taehyung nak pulangkan kereta yang Taehyung pinjam ni je. Nak ambil barang-barang Taehyung sekali. Terima kasih aunty sebab sudi berikan tempat tinggal dekat Taehyung selama Taehyung berada di Kanada." Ujar Taehyung panjang lebar.

"Aunty hanya buat apa yang mampu aunty tolong. Lagi-lagi, masa tu, Maria yang menjadi punca kamu hilang ingatan. Aunty minta maaf bagi pihak anak aunty." Balas Puan Lee membuatkan Hani mengerutkan dahinya.

Maria punca Taehyung hilang ingatan?

"Tak ada apalah. Benda nak jadi, nak buat macam mana. Taehyung dah cukup bersyukur Taehyung ditemukan dengan Maria, dengan aunty. Taehyung minta maaf jika kehadiran Taehyung menyusahkan aunty ke apa ke. Sekarang, Taehyung nak minta diri dari terus menumpang di bawah bumbung keluarga Lee. Teriam kasih atas segalanya, aunty. Cakap dekat Maria, Taehyung minta maaf dan terima kasih."

Maria di sebalik dinding di tingkat atas menekup mulutnya. Dia menitiskan air matanya lagi sekali.

Nampaknya, dia benar-benar perlu melupakan tentang perasaan yang terkandung di jiwanya terhadap lelaki itu.

"Dia dah pergi, Maria. Kau kena terima hakikat yang dia bukanlah untuk kau."

•••

Maybe the last part for Maria dengan Puan Lee. Korang pun bukan suka dengan si Maria tu pun, kan? Haha😝

Btw, nak double update tak? Saja tanya😈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro