Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UDNS2 2

Jangan lupa baca chapter first ye😝

•••

"Kebahagiaan selalu tiba selepas sebuah pengorbanan."

•••

Taehyung membuka matanya yang terasa amat berat itu. Dia mengerang sakit lalu memegang kepalanya dan matanya terbuntang apabila merasa kepalanya berbalut.

"Aduh. Apa pula ni?" Soal Taehyung perlahan kepada dirinya. Dia menolak dirinya untuk membantu tubuhnya bangkit dari perbaringan.

Dia duduk bersandar pada kwpala katilnya sebelum mengeluh perlahan.

Bunyi pintu wad itu dibuka membuatkan matanya beralih ke arah gerangan yang berada di muka pintu.

"Eh? Dah bangun?" Soal wanita itu yang kini datang berjalan ke arah katil Taehyung lalu meletakkan beg tangannya di atas meja bersebelahan dengan katil itu.

"Kau siapa? Kenapa aku ada dekat sini? Apa dah jadi dengan aku?" Soal Taehyung bertubi-tubi.

"Wow, wow. Sabar, Encik Taehyung. Biar aku ceritakan dulu apa yang terjadi." Wanita itu mula membalas.

"Taehyung? Nama aku ke tu?" Soal Taehyung tiba-tiba membuatkan wanita itu tercengang.

"K-kau tak ingat?" Soal wanita itu tersekat-sekat. Taehyung hanya diam tidak memberi apa-apa reaksi.

"Haih. Okaylah, fine. Nama kau Kim Taehyung. Kalau tak percaya, kau boleh tengok dompet kau. Ada kad pengenalan kau dengan barang-barang kau yang lain." Terang wanita itu kepada Taehyung.

Taehyung menggapai dompet yang disebut oleh wanita itu lalu meneliti kandungannya. Ya, terdapat kad pengenalan juga kad-kad yang lain miliknya serta beberapa not wang Korea dan Kanada.

"Jadi, ceritanya sekarang ni, kau berlari tiba-tiba ke tengah jalan raya macam orang tak ada hala tuju. Aku pula bawa kereta laju masa tu, jadi, aku terlanggar kau dan kau akhirnya berada di sini. Tamat." Wanita itu menerangkan kisah-kisah bagaimana Taehyung boleh berakhir di hospital secara ringkas.

"Ouh." Itu sahaja balasan Taehyung ke atas penerangan wanita itu. Wanita itu mengeluh perlahan.

"Dahlah. Aku datang nak tengok keadaan kau je. Lepas ni, akan ada doktor datang nak buat pemeriksaan atas kau. Kau rehat dulu. Aku nak pergi dah ni. Ada hal nak kena urus." Ujar wanita itu sebelum bangkit dari kerusi di sebelah katil Taehyung.

"Hm. Okay."

~

"Alright, Mr Kim. I am done with the check-ups. You may rest and if you want some help, just press the red button on the top of the bed. Excuse me."

Taehyung hanya mampu mengangguk sebelum dia memejamkan matanya rapat.

Dia kemalangan. Dia berada di hospital. Dia hilang ingatan. Dan, kini dia tidak tahu bagaimana dia ingin pulang ke rumahnya memandangkan dia tidak ingat apa-apa pun tentang maklumat dirinya selain daripada namanya.

Dia mula melelapkan matanya kerana terasa penat mindanya memikirkan tentang nasib dirinya.

~

Taehyung mengemas katilnya sebelum mengikut langkah wanita yang dikatakan melanggarnya sehingga terlibat dalam kemalangan.

Mereka berdua memasuki perut kereta lalu wanita itu mula memandu.

"Aku bawa kau duduk rumah aku dulu. Lepas ni, kita fikir macam mana kau nak balik dengan keadaan kau memandangkan kau pun tak tahu kau tinggal di mana."

Taehyung hanya tersenyum nipis lalau mengangguk faham. Dia hanya melemparkan pandangannya ke luar kereta, melihat pemandangan langit yang berwarna oren kekuningan mereka sedang lalui itu.

Tiba sahaja mereka di sebuah rumah agam, wanita itu mengajak Taehyung keluar dari keretanya dan masuk ke dalam rumah milik keluarganya itu.

"Oh my. Kacaknya kamu. Teman lelaki kamu ke, Maria. Tak bagitau mama pun."

Taehyung hanya tersenyum janggal dan wanita bergelar Maria itu menggeleng kepalanya laju.

"Tak, ma! Nilah lelaki yang Maria cerita haritu. Yang Maria langgar tu. Maria bawa dia balik rumah sebab dia hilang ingatan. Jadi, dia akan tinggal kat sini sampai dia pulih. Boleh kan, ma?" Soal Maria kepada mamanya.

"Boleh je, sayang. Buat macam rumah sendiri ye?" Mama Maria berkata pada Taehyung lau Taehyung hanya menundukkan kepalanya sedikit.

Mereka mula membawa Taehyung ke bilik yang telah disediakan buat tetamu. Taehyung memasuki bilik itu sambil matanya memandang ke setiap sudut bilik itu.

"Rehatlah dulu. Nanti kalau makan malam dah siap, aunty panggil kamu ye?" Bagitau wanita berumur itu kepada Taehyung lalu Taehyung hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya faham.

Dia mula meletakkan beg kecil di atas lantai bersebelahan dengan katilnya lalu dia menghempapkan tubuhnya ke atas katil di dalam bilik itu.

"Ah, tidur sekejaplah." Taehyung mula meletakkan lengannya ke atas matanya yang sudah tertutup rapat itu lalu mula tertidur.

~

"Awak ni dah kenapa?"

"Tak, sekarang ni. Aku yang patut tanya kau. Kau ni dah kenapa?"

"Kenapa apa pula? Awak yang cari fasal dengan saya, kan? Lepas tu, buat muka tak bersalah, tuding jari dekat saya pula. Amboi. Banyak cantik nenek moyang awak."

"Kau boleh tak sekali jangan jadi biadap macam ni? Aku ni suami kau tau?! Kau sedar tak?!"

"Awak? Suami saya? Heh. Kelakarlah awak ni."

"Awak sendiri minta dekat saya nak kita buat hal masing-masing. We shouldn't even care about each other! You got no authority to even talk about adab seorang isteri with me!"

Ppang!

Taehyung terjaga daripada tidurnya dalam keadaan mengejut.

"Yah, kau kenapa? Kau okay tak?" Maria mula gelabah apabila melihat Taehyung yang terjaga secara mengejut itu.

Taehyung memandang ke arah Maria dengan nafasnya yang tercungap-cungap itu.

"Okay tak? Kau mimpi apa sampai terkejut sangat ni?" Soal Maria lagi apabila Taehyung masih tidak menjawab persoalannya itu.

Taehyung hanya menggeleng kepalanya sebelum dia menelan liurnya kelat. Dia cuba mengawal nafasnya yang tidak teratur itu.

"A-aku okay." Balad Taehyung tersekat-sekat. Maria hanya memandangnya lama, meminta kepastian sebelum mengeluh.

"Ouh, ha. Ni. Jom makan. Makanan dah siap dah ni." Ujar Maria lalu Taehyung ahnay emngangguk perlahan.

Maria mula bangkit lalu terus beredar meninggalkan Taehyung di dalam bilik itu seorang diri.

"Ark." Taehyung mengurut pelipisnya apabila terasa agak berdenyut kepalanya apabila mengingati mimpinya tadi.

Mimpi yang mempunyai suara tanpa ilustrasi. Dan, dia yakin, itu adalah suaranya.

Tapi, siapakah wanita yang dikatakan isterinya itu?

"Aku...suami orang?"

•••

Done. Double update. Esok pulak ye gais😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro