UDNS2 19
Sorry tak reply comments. Idae tak sempat nak buka pun noti. Haha. Btw, enjoy reading😘💜
•••
"Life is not about happiness alone. It's about how you archieve something that give you happiness."
•••
"Yah!!"
Chorong berlari ke arah sangkar tempat Yeonjun dan Hani berada lalu dia menampar Yeonjun kuat sehingga Yeonjun terjatuh ke tanah.
Yeonjun memegang tempat yang ditampar oleh Chorong itu lalu dia memandang tajam ke arah Chorong.
Taehyung pula sudah tercengang melihat tindakan Chorong. Begitu juga dengan Jimin yang baru sampai ke bahagian bawah tanah setelah penat mengejar Chorong yang tiba-tiba berlari menuruni tangga seusai mendengar perbualan Yeonjun dan Hani.
"Dasar jantan tak guna! Kau tinggalkan dia, dan sekarang kau nakkan dia balik?! In your dreamlah!"
Chorong menendang kaki Yeonjun sehingga Yeonjun menyeringai sakit.
"Hani!" Chorong meraung nama Hani lalu dia mendapatkan Hani yang tetbating di atas katil tersebut. Dia memeluk Hani erat sebelum meleraikan pelukan lalu menilik wajah Hani.
Hani dan Chorong kini sedang menangis mengenangkan nasib masing-masing.
"Hani. Aku minta maaf. Aku..."
"Ma Chorong!" Jimin menjerit dari belakang membuatkan Chorong mula ingin mengalihkan pandangan dari Hani ke arah teman lelakinya itu.
BBAM!
Tubuh Chorong rebah di atas tubuh Hani. Hani terkedu apabila darah mula memercik ke arah tubuhnya serta mukanya. Tangisannya terhenti seketika sebelum disambung semula namun dengan lebih kuat.
"Cho..rong. Yah! Ma Chorong!" Hani tidak boleh buat apa-apa. Tangannya dan kakinya masih terikat dengan rantai.
"Dasar perempuan bodoh." Itu sahaja yang keluar dari mulut Yeonjun sebelum dia menarik tubuh Chorong lalu tubuh tersebut rebah ke lantai.
Pistol di tangan dilempar ke lantai dengan riak wajah tidak bersalah. Dia menendang tubuh Chorong sehingga tubuh itu keluar dari sangkar lalu dia mengunci semula sangkar tersebut.
Jimin memandang tubuh Chorng itu dari jauh dengan air matanya yang mencurah laju keluar dari tubir matanya. Tubuhnya duduk melutut di tanah, tidak terdaya untuk melihat tubuh kekasih hatinya yang tidak bernyawa itu.
"Chorong..."
Taehyung terdiam tidak berkutik melihat tindakan tidakberperikemanusiaan daripada lelaki bernama Choi Yeonjun itu. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali tidak percaya.
"Tak palah, sayang. Aku dah tak ada mood nak berhappy dengan kau. Next time lah ye. Banyak benda nak kena urus ni." Ujar Yeonjun sebelum bangkit lalu meninggalkan bahagian bawah tanah itu.
Jimin terus bangkit lalu dengan langkah yang tidak teratur, dia berjalan ke arah tubuh Chorong. Dia meribakan kepala Chorong di atas ribanya lalu dia mengeluarkan telefonnya dan terus menelefon pihak hospital.
Taehyung pula sudah keluar dari penyembunyiannya lalu dia menggeleng kepala. Kepalanya masih penuh dengan pelbagai persoalan yang membuatkan dia terus berlari untuk ke tingkat atas.
"Taehyung!" Panggilan dari Hani juga Jimin diabaikannya. Satu saja yang dia ingin cari tika ini.
Choi Yeonjun.
~
Yeonjun berjalan naik ke tingkat atas dengan wajah yang ketat. Moodnya sudah tiada juga hatinya bergelora. Mahu sahaja dia bunuh sekali lelaki yang datang bersama Ma Chorong.
Ya, dia kenal dengan kawan baik bekas teman wanitanya itu. Gadis itu juga tahu tentang hubungannya dengan Hani seja di universiti dulu.
Sungguh, dia tiada mood langsung nak mbunuh pada hari ini memandangkan dia mahu bergembira dengan kekasih hatinya. Namun, segalanya musnah dengan kehadiran Chorong yang mengganggu misinya.
"Bodoh." Dia masih tidak habis memaki Chorong sehinggalah tubuhnya ditarik berpaling ke belakang lalu wajahnya berjaya didaratkan dengan satu penumbuk padu sehingga membuatkan dia jatuh tersungkur ke tanah.
"Argh!" Dia mengerang sakit saat rasa pedih mula menular ke seluruh pipi kirinya yang berjaya ditumbuk oleh gerangan itu.
Taehyung memandang ke arah Yenjun yang kini berada di atas tanah dengan nafas yang tidak teratur menahan amarah yang penuh mengisi ruangan jiwanya.
Taehyung terus duduk mengunci tubuh Yoenjun di lantai lalu ditumbuk lagi wajah kacak milik Yeonjun itu. Sehinggalah dia mula berhenti apabila puas.
Yeonjun pula terus tersenyum sinis lalu menolak pipi kirinya dengan lidahnya. Dia kemudiannya tergelak sinis memandang ke arah Taehyung bagaikan tiada apa yang berlaku kepada dirinya.
"Puas?" Soal Yeonjun sepatah bagaikan ingin menaikkan lagi perasaan marah Taehyung kepadanya.
Taehyung sudah mula mengangkat tangannya untuk menyambung tumbukannya ke arah Yeonjun namun tindakannya terhenti saat Yeonjun bersuara kembali.
"Kau memang tak pernah tahu apa-apa kan? Entah-entah, kewujudan aku pun kau tak tahu? Haha. Aku sebagai adik kau agak terasalah sebab kau tak kenal aku."
Ujarnya kepada Taehyung membuatkan Taehyung terkedu. Seribu kerutan mula terhasil di dahinya. Dia menggeleng perlahan sebelum ditumbuk sekali wajah Yeonjun.
"Kau jangan nak cakap yang bukan-bukan. Dasar lelaki psycho."
"Cakaplah apa yang kau nak cakap kat aku, Kim Taehyung. Lagipun, aku pun tak anggap kau sebagai abang aku. Siapa nak ada abang tak guna macam kau, bukan?"
"Diamlah!" Taehyung menumbuk wajah Yeonjun lagi dengan perasaan geram kerana dia tidak faham langsung tentang apa yang diperkatakan oleh Yeonjun itu.
Yang dia tahu, semuanya yang diujarkan adalah bodoh semata-mata. Dia? Ada adik? Macam lelaki psycho ni? Huh, minta simpanglah.
Tiba-tiba, tibuhnya ditarik dari belakang oleh dua orang lelaki sasa. Yeonuun pula kini sudah bangun dari perbaringannya di atas tanah itu.
Yeonjun menepuk sedikit bahagian tubuhnya sebelum dia memandang ke arah Taehyung yang sedang metonta-ronta minta dilepaskan.
Dia kemudiannya berjalan perlahan ke arah Taehyung lalu didekatkan mulutnya dengan telinga Taehyung sebelum berbisik perlahan.
"Kim Taehyung, Kim Taehyung. Kau patutnya buat research dulu pasal aku sebelum kau datang serang aku tanpa sebab. Banyak benda kau tak tahu ni."
Bunyi dari ambulans dan polis membuatkan Yeonjun mula memberi isyarat kepada orang bawahannya untuk melepaskan Taehyung dan meloloskan diri.
Sebelum Yeonjun meloloskan dirinya, sempat dia memberitahu Taehyung sesuatu.
"We will meet again, Kim Taehyung. Tata, titi, tutu."
Taehyung yang jatuh tersungkur ke tanah itu dengan nafas yang tercungap-cungap memandang ke belakang di mana arah Yeonjun dan orang bawahannya berlari.
"Sir! Are you okay?" Soal salah seorang anggota polis yang tiba lalu Taehyung hanya mengangguk perlahan.
"That room to the basement. There's a woman who is tied by shackles in a cage. And, a woman who was in a cricital condition with his boyfriend."
Taehyung berkata lalu polis-polis semuanya mula bergegas ke bilik bawah tanah itu. Taehyung mengurut dadanya yang sakit akibat kemarahan yang menguasai dirinya itu.
"Taehyung!" Tubuhnya dari belakang didakap erat oleh seseorang dan dia cukup kenali siapakah gerangan tersebut.
Dia membetulkan tubuhnya lalu dia meleraikan pelukan Hani terhadapnya dan terus memalingkan tubuhnya menghadap Hani.
Dia mengesat air mata Hani dengan ibu jarinya sambil tersenyum kelat.
"Aku minta maaf, sayang. I miss you so much. Including our child."
Hani tersenyum nipis lalu dia tetus menangis dan memeluk kembali tubuh Taehyung dengan lebih erat. Wajahnya disembamkan di dada Taehyung.
Taehyung mengusap perlahan belakang kepala Hani lalu dia mengucup lama ubun-ubun milik Hani.
"Aku akan cari siapakah kau yang sebenarnya, Choi Yeonjun."
•••
Uwu. Dah lama dah korang tunggu sampai rahsia Taehyung terbongkar kan? Chorong macam mana pula? Hmm.
Btw, Idae ada nak publish ff baru tapi tak tau genre macam mana. Kalau koranglah kan, korang prefer yang mana?
Storyline tak berat and comel (macam cerita budak sekolah menengah tu)
Storyline agak berat and jahat (macam cerita penjenayah tu)
Jasa anda amat dihargai. Saya cuma buntu nak buat ff genre apa pula after ff ni complete, so yeah.
Love ya guys💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro