UDNS2 18
"Dendam datang dalam pelbagai cara. Kerana itu, mereka kata, jangan sesekali kita melakukan perkara yang menguntungkan kita namun memudaratkan orang lain."
•••
Taehyung memegang pistol di belakang seluar jeansnya sebelum dia memasuki gudang usang tersebut.
Dia sudah menyuruh Chorong dan Jimin untuk masuk dari pintu belakang bagi mengurangkan risiko yang bakal dihadapi oleh Chorong dan Jimin memandangkan mereka tidak mempunyai apa-apa kemahiran mempertahankan diri sepertinya.
Dia melekapkan belakang tubuhnya tepat pada dinding yang berdekatan dengan bilik misteri yang pernah dijejakinya itu dulu.
Pandangan terus dipalingkan ke arah satu bunyi yang sempat ditangkap olehnya. Dia mengerutkan dahinya sebelum dia mula perlahan-lahan berjalan secara senyap ke arah bunyi yang didengarinya itu.
Langkah kini membawa dirinya ke sebuah pintu. Dia membuka pintu tersebut dengan perlahan, takut jika itu akan menghasilkan sebarang bunyi.
"Jalan bawah tanah?"
Taehyung berbisik pada dirinya saat pandangannya disapa oleh tangga untuk ke bahagian bawah tanah. Sebelum ini, dia tidak pula menjumpai pintu ini.
Dia hanya mengangkat bahunya sebelum dia berjalan masuk untuk ke bahagian bawah tanah.
Sebelum dia menutup pintu tersebut, dia terlebih dahulu melihat sekeliling. Chorong dan Jimin masih tidak kelihatan. Dia menelan liurnya apabila dia rasa tidak sedap hati dengan ketiadaan dua orang itu di pandangan matanya.
Dia cuba membuang perasaan tak sedap hati itu sebelum dia mula menutup pintu tersebut lalu berjalan ke bawah mengikuti tangga itu.
Kegelapan yang mengisi ruangan menyukarkan dia untuk melihat sekeliling. Dia menarik keluar telefon pintarnya dari poket seluarnya lalu dia aktifkan lampu suluh dari telefon pintarnya itu.
Langkahnya terhenti saat dia terpijak dengan sesuatu yang seperti bukanlah lantai di bahagian bawah tanah itu. Rasanya seperti...
Lampu suluh dari telefon pintarnya disuluhkan ke arah kakinya membuatkan matanya terbuntang.
Rantai?
~
"Cepatlah, sayang. Buat apa lagi dekat belakang tu?" Chorong memanggil Jimin secara berbisik membuatkan Jimin mula kalut berlari anak ke arah Chorong.
Chorong menunjukkan isyarat untuk senyap kepada Jimin lalu Jimin hanya mengangguk. Chorong mula memulas perlahan tombol pintu bahagian belakang gudang tersebut.
Baru sahaja dia mahu membuka pintu tersebut, dia ternampak satu susuk tubuh berjalan di hadapan pintu tersebut menyebabkan tangannya automatik menarik pintu itu supaya tertutup semula.
Dengan tercungap-cungap, dia menyandarkan badannya pada dinding gudang tersebut. Nyaris-nyaris je.
"Kenapa, sayang?" Soal Jimin dalam keaadan berbisik lalu Chorong meletakkan jari telunjuknya supaya Jimin tidak menghasilkan apa-apa bunyi.
Jimin hanya akur lalu menyandarkan tubuhnya bersebelahan dengan Chorong.
~
Taehyung menundukkan badannya lalu dia memegang rantai bersaiz besar itu bersama kerutan di dahi.
Taehyung terus menyuluhkan lampu telefon pintarnya mengikuti dari mana rantai itu datang.
Tangannya terlepas dari terus memegang rantai tersebut apabila matanya tertacap pada sesusuk tubuh di dalam sebuah sangkar.
Tubuh itu sedang berbaring di atas sebuah katil bersaiz queen dengan tangan dan kakinya diikat dengan rantai. Tangannya diikat ke atas kepalanya bersama dan kakinya diikat di kiri dan kanan katil tersebut.
Mata Taehyung bergetar apabila dia menyuluh wajah tubuh tersebut, rupa-rupanya itu ialah isterinya sendiri.
"Hani..."
Taehyung terus bergegas untuk mencari pintu utama sangkar itu. Air matanya sudah mencurah dari tubir matanya. Tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sedemikian.
Pintu utama sangar tersebut dikunci dengan beberapa kunci mangga. Taehyung mengetuk pintu tersebut berkali-kali.
"Argh! Bukalah!" Taehyung meraung kuat sehingga tubuh Hani mula mengerak dan akhirnya dia menyedarkan diri.
Hani emmandang ke arah Taehyung yang kini sedang meletakkan kepalanya pada pintu utama sangkat itu sambil menangis.
"Aku minta maaf..."
"Tae...hyung..."
Taehyung terus mengangkat wajahnya lalu dia menangis lagi. Sungguh dia tidak mampu melihat isterinya tika ini namun dia gagahkan juga dirinya.
"Ya, sayang. Ni aku. Aku...minta maaf, sayang."
Hani menggeleng perlahan bersama mata yang bergetar. Namun, satu bunyi seperti pintu dibuka menyebabkan Taehyung dan Hani emmandang ke arah tangga yang membawa dari aras atas ke bahagian bawah tanah itu.
Taehyung dengan pantas terus berlari mencari tempat persembunyi dan dia menjumpai timbunan kotak-kotak lalu dia terus menyembunyikan dirinya disebalik kotak-kotak tersebut.
Dia melemparkan pandangannya ke arah sangkar tersebut di mana Hani sedang memandang ke arahnya dengan pandangan sayu.
Taehyung menepis air matanya perlahan dengan tapak tangannya sebelum menyambung kerjanya melihat isterinya.
Seorang lelaki berpakai gelap dengan jeans birunya berjalan menuruni tangga untuk ke bahagian bawah tanah. Dia menekan satu suis yang menyalakan lampu mentol yang malap di tengah-tengah sangkat tersebut.
Lelaki itu berjalan ke arah Hani yang kini sedang meronta-ronta, berharap untuk dilepaskan dari rantaian di tangan dan kakinya yang menyebabkan tubuhnya lenguh.
"Kau mesti tertanya-tanya siapa aku kan, sayang? Now, let me show you who am I, honey."
Hani tercungap-cungap memandang lelaki itu yang mula membuka topeng mukanya bersama topi di kepalanya.
Dan, kini tertayanglah wajah sebenarnya di hadapan Hani. Hani emmbuntangkan matanya terkejut.
"Yeon..jun?"
Panggil Hani tersekat-sekat, tidak percaya dengan apa yang dilihat.
"Ya, honeybee. Ni aku, dear. Your lovely, Choi Yeonjun."
Taehung dibalik kotak-kotak tersebut sudah mula mengepal penumbuk apabila dia kini sudah tahu siapakah dalang di sebalik kes penculikan dirinya juga penculikan isterinya.
"Apa yang awak mahukan, hah?! Cukuplah dulu awak memperbodohkan hati dan perasaan saya yang ikhlas terhadap awak! Sekarang apa?! Awak nak jilat balik ludah awak?!"
Hani menjerit kuat, menjergah Yeonjun dengan sepenuh hatinya.
"Diam!" Jerit Yeonjun membuat Hani memandangnya tajam dengan nafas yang tercungap-cungap akibat menahan amarah yang entah bila mahu meletus.
"Aku ada sebab kenapa aku tinggalkan kau haritu, dear. Sekarang, aku nak tuntut balik hak aku daripada perampas tu." Ujar Yeonjun penuh dendam.
"Taehyung tak ada kena mengena dengan benda ni! Jangan libatkan dia!" Jerit Hani lagi, membela Tarhyung dari dilibatkan dalam masalah antara dia dan Yeonjun.
"Honey. Kau dari dulu bengap tak boleh nak buang kan? Tapi tak apalah. Sebab kebengapan kau jugalah buat aku sayang kau separuh mati macam ni."
Balas Yeonjun sebelum berjalan ke arah sangkar yang emnempatkan Hani di dalamnya.
"Kalau aku bengap sekalipun, kau tak ada hak nak rampas hak Taehyung ke atas aku!" Jerkah Hani lagi membuatkan Yeonjun mengetap giginya, geram.
"Kau tak pernah tahu apa yang suami kesayangan kau pernah buat kat aku. Kau tahu betapa terseksanya untuk aku teruskan hidup selama ni hanya kerana perbuatan keluarga suami kesayangan kau?"
Taehyung terkedu dengan kata-kata lelaki itu. Keluarganya...ada kaitan dengan lelaki psycho ini?
Kenapa dia seperti tidak tahu tentang semua ni?
"Wah. Kenapa kita cerita benda sedih-sedih ni? Kita tak patut bersedih macam ni. Harini kita nak happy-happy je." Ujar Yeonjun bersama senyuman lebar.
"First. We need to destroy something that is not belong to both of us."
Yeonjun membuka kunci mangga yang mengunci pintu utama sangkar tersebut lalu memasuki sangkar tersebut.
Hani meronta lagi apabila Yeonjun mula melabuhkan punggungnya di birai katil yang menempatkan dirinya itu.
"Something that should not be here."
Dia mengusap perut Hani perlahan bersama senyuman sinis sebelum tangan yang lagi satu menarik sesuatu keluar dari bawah katil tersebut.
Taehyung membuntangkan biji matanya apbila dia sudah dapat baca apakah yang ingin dilakukan oleh lelaki psycho bernama Yeonjun itu.
"Yah!!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro