Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UDNS2 17

"A little white lie will always lead to thousands heartbreak."

•••

"Siapa tu, Tae?" Maria bertanya kepada Taehyung lalu matanya melekap pada pagar besar di hadapan rumahnya itu.

"Manalah aku tahu. Jomlah tengok." Taehyung mengajak lalu mereka terus membuka pagar kecil di bahagian kiri pagar utama itu.

"Tak ada siapa pun?" Maria berkata perlahan. Taehyung juga pelik kerana dia dengan jelas mendengar jeritan kecil seorang wanita.

"Takpalah. Kita masuk jelah dulu." Ajak Taehyung lalu Maria hanya akur.

Maria menjenguk kembali kepalanya keluar pagar kerana masih tertanya-tanya tentang suara tadi manakala Tarhyung sudah menanggalkan kasutnya dan diletakkan di almari kasut sebelum memasuki rumah tersebut.

Maria mengangkat bahunya lalu dia menutup pagar tersebut dan mengekori Taehyung.

~

Hani jatuh terduduk di atas jalan tar itu sebaik sahaja dia mendengar bunyi pintu utama rumah tersebut ditutup. Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding tembok bahagian kiri rumah agam itu dengan nafas yang tidak teratur.

Nasib sahaja dia sempat bangkit lalu berlari ke kanan rumah tersebut di mana terdapat sebuah lorong kecil untuk ke belakang rumah memandang rumah tersebut berada di hujung taman perumahan elit itu.

Hani memejamkan matanya rapat lalu dia mengeluh berat. Lega rasanya dapat mengelakkan dirinya daripada terkantoi namun badannya terasa sakit akibat sadungan tadi.

Tak lama kemudian, dia mual ingin bangkit dari duduknya lalu ingin berjalan ke jalan besar berdekatan untuk mendapatkan teksi yang akan membawanya pulang ke hotel penginapannya.

Namun, baru sahaja dia bangkit dari duduknya, mulutnya tiba-tiba ditekap dari belakang. Dapat dia rasanya clorofin telah diserap oleh kain yang ditekap di mulutnya membuatkan pandangannya mula berpusing.

Akhirnya, dia tumbang di dalam dakapannya gerangan yang menekap mulutnya itu.

Tubuhnya kini dibawa melalui lorong kecil itu di mana sebuah van hitam diparkir di belakang rumah agam itu. Hani dimasukkan ke dalam van tersebut lalu van tersebut mula dipandu meninggalkan kawasan perumahan elit itu.

~

Taehyung menggapai telefon pintarnya dengan mata yang masih kuyu saat telefonnya itu berdering menandakan ada panggilan masuk buatnya.

"Erm." Itu sahaja yang keluar dari mulutnya kerana dia masih dalam keadaan mamai.

"Hah?! Kau jangan main-main!" Taehyung terkejut lalu terbangkit dari perbaringannya apabila mendengar tentang berita yang baru dia terima itu.

"Bodoh. Ha, kejap. Aku ambil kau." Taehyung terus mematikan panggilan lalu dia bangun dan mula bersiap untuk keluar.

Dalam hatinya hanya mampu memaki dirinya kerana harini, dia tidak melakukan rutinnya kerana terlalu sibuk dan penat.

~

Taehyung memandu laju ke arah destinasi yang ditujunya. Dia memberhentikan keretanya tepat di hadapan dua orang yang dari jauh sudah dapat dikenal pasti siapa.

Terus mereka berdua masuk ke dalam perut kereta Taehyung dan Taehyung mula memandu kembali meninggalkan kawasan tersebut.

"Kau ni kan. Kawan saja. Macam amna sampai boleh hilang?" Soal Taehyung mengawal suara. Takut juga dia terlepas amarahnya.

"Halamak. Aku pula yang disalahkan. Hey. Kau ingat isteri kau tu baik sangat ke? Dia degil tau tak? Manalah aku tahu dia nak keluar entah ke mana tak bagitau aku."

"Sudah-sudahlah tu. Hani hilang, korang yang gelabah. Bukan boleh bawa Hani balik kalau korang gaduh macam ni."

Taehyujg menjeling tajam ke arah kawan baik isterinya itu bersama teman lelakinya yang dah serupa suaminya yang tak lain dan tak bukan, Ma Chorong.

"Ni kau nak bawa kami ke mana ni?" Soal Chorong apabila Taehyung sepertinya ingin membawa mereka pergi agak jauh dari kawasan bandar yang mereka duduki.

"Aku taulah nak bawa dia ke mana. Kau tunggu jelah."

Balas Taehyung selamba membuatkan Chorong mendengus geram lalu berpeluk tubuh sambil melemparkan pandangan ke luar.

~

"Erm." Hani mengerang kecil apabila dia mula menyedarkan dirinya. Dia membuka matanya yang agak berat itu sebelum dipandang sekeliling.

Gelap.

"Aku...kat mana ni?" Soalnya pada dirinya sendiri sebelum satu cahaya menerpa masuk ke dalam kegelapan itu. Dia memejamkan matanya apabila cahaya itu tepat terkena pada tempat dia diikat di atas sebuah kerusi kayu.

Satu bayang mula muncul mbuatkan Hani berusaha untuk melemparkan pandangannya ke arah cahaya yang mentakitkan matanya itu.

Seseorang datang mendekatinya membuatkan dia terdongak memandang gerangan tersebut.

Wajahnya tidak kelihatan kerana cahaya yang memancar dari belakangnya membuatkan wajahnya gelap tidak bercahaya.

"Now, you are my best bait."

Itu sahaja yang diperkatakan oleh gerangan tersebut sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Hani yang meronta-ronta untuk dilepaskan ikatannya.

Badannya mula lenguh dan dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi lalu didongakkan kepalanya ke atas. Keadaan mula gelap semual apabila cahaya tadi tidak lagi memancar ke dalam kegelapan yang mengisi ruangan tersebut.

Tak alma kemudian, Hani mula menangis kerana dia tidak tahu apa yang ingin dilakukannya tika ini. Dia buntu.

"Taehyung..."

~

"Kenapa kau bawa kami ke sini?" Soal Chorong sebaik sahaja tangan Taehyung menarik brek tangan kereta yang dipandunya itu.

Taehyung terus mematikan enjin kereta itu lalu dia keluar dari perut kereta. Jimin dan Chorong hanya mengikuti gerak-geri Taehyung sahaja.

Taehyung berdiri di hadapan keretanya dan Chorong bersama jImin berdiri di sebelahnya memandang ke arah gudang usang di hadapan mereka itu.

"Sini...tempat aku dikurung."

Chorong dan Jimin terkedu sebelum pandangan dilemparkan ke arah Taehyung dengan pandangan terkejut.

"Aku yakin ini angkara dia."

"Kau...masih tak tahu siapa dia?"

Taehyung emandang Chorong yang baru bertanyakan soalan tersebut sebelum tersenyum nipis lalu digelengkan kepalanya bagi menjawab persoalan tersebut.

"Tapi, lelaki ini ada kaitan dengan masa silam Hani. Dan, aku."

~

Seorang lelaki sedang duduk di kerusi bermain dengan sebilah pisau yang tajam. Dia tersenyum sinis sebelum bersiul kecil sambil kakinya diletakkan di atas meja.

Tiba-tiba, dia berhenti bermain dengan pisau tersebut lalu dengan pantas, dia menusukkan pisau tersebut ke atas meja yang terletaknya sekeping gambar.

Ya, gambar Kim Taehyung.

Dia tergelak sinis.

"Kau punca aku merana. Dan, kau rampas segala hak aku. Dari dulu."

Dia berkata sinis dengan matanya yang merah dan bergetar. Pandangan yang penuh dengan perasaan dendam dilemparkan ke arah gambar-gambar keluarga Kim beserta gambar Taehyung.

"Aku berjanji aku buat kau rasa apa yang aku pernah rasa. Sepertimana kau dan keluarga kau lakukan, seperti itu jugalah aku bertindak. Dan, mungkin lebih."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro