UDNS2 16
Alahai. Lamanya tak update. Sorry gais. Busy gila. Assignments banyak due sebelum cuti. Cuti start 20/12, so hope korang boleh tunggu.
Sumpah rindu gila kat korang dengan komen-komen korang. Enjoy this long update from me😭💜
•••
"Cuba merungkaikan satu kebenaran bagaikan cuba merungkaikan 1000 penipuan."
•••
"Tak. Sekarang ni. Kau kenapa? Kau tahu kan motif aku datang sini kenapa? Sekarang kau nak ajak aku balik Korea?" Balas Hani geram lalu dia menghempapkan sudunya di atas meja.
"Ye, aku tahu motif kau datang sini. Nak cari Taehyung dan bawa balik dia ke Korea. Tapi, kau kena faham. Kandungan kau tu tak lama lagi membesar. Pergerakan kau pun akan berkurangan dari semasa ke semasa. Aku risaukan kau. Kita balik Korea, tunggu kau lahirkan anak kau. Lepas tu, kita datang balik. Nak?"
"Once I said no. Then, I will always say no. Fullstop." Terus Hani bangkit dari duduknya lalu dia meninggalkan Chorong dan Jimin yang berada di meja makan bilik hotelnya itu.
Dia terus mengunci pintu biliknya lalu dia menghempaskan perlahan tubuhnya ke atas katil.
Dia kemudian mengusap perutnya yang sedikit memboyot itu. Tiaklah terlalu besar namun boleh dirasa kehadiran insan kedua di rahimnya itu. Kandungannya kini sudah hampir mencecah tiga bulan.
Dia tersenyum nipis membayang dirinya dan Taehyung bermain bersama anak mereka seperti keluarga bahagia. Namun, bayangannya pudar apabila dia teringat tentang Taehyung yang kini seperti langsung tidak mengenalinya.
"Kenapa Chorong tiba-tiba paksa aku balik Korea?"
Tiba-tiba, persoalan itu muncul di benak mindanya membuatkan dia semakin curiga dengan tindakan Chorong sebentar tadi memandang sebelum ini, Chorong seperti menyokongnya dalam misinya mencari dan membawa suaminya itu pulang ke tanah air mereka.
"Apa yang aku terlepas?"
~
Taehyung membetulkan rambutnya dengan melihat pantulan di cermin. Dia tersenyum puas sebelum dia mengambil dompetnya lalu diselit ke belakang seluarnya sambil berjalan keluar dari biliknya.
"Eh, eh. Nak pergi mana tu? Breakfast dulu dengan aunty." Ajak aunty Lee kepada Taehyung lalu Taehyung mula berkira ingin menerima ajakan itu ataupun yidak.
Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menerima ajakan itu memandangkan dia lapar dan kelasnya lambat lagi bermula.
"Ha. Sebelum tu, pergi kejutkan Maria kat atas. Dia tak bangun-bangun lagi tu. Entah semalam balik dari pejabat pukul berapa entah." Ujar Puan Lee lagi kepada Taehyung sambil tangannya masih ligat menghidangkan makanan di atas meja makan.
Taehyung hanya akur sebelum didaki tangga untuk ke bilik Maria di tingkat atas. Dia berdiri di hadapan pintu bilik Maria lalu dia mengetuk pintu tersebut beberapa kali.
"Maria. Bangun. Ni, aunty dah siapkan sarapan. Jomlah sarapan sekali." Taehyung berkata di sebalik pintu namun tiada balasan dari dalam bilik tersebut.
"Masuk jelah." Taehyung mengangkat bahunya lalu terus dia memulas tombol pintu tersebut lalu dibuka luas.
Kelihatan Maria masih menyelubngi tubuhnya di dalam selimut. Taehyung tersenyum lalu hanya menggeleng perlahan.
"Yah, Maria. Bangunlah!" Taehyung menggoncangkan tubuh Maria sehingga tubuhnya yang berada dalam keadaan mengiring itu terbaring sepenuhnya di permukaan katil.
Taehyung membuntangkan matanya lalu mengalihkan tubuhnya, menghadapkan belakangnya ke arah katil Maria. Liur ditelan payah.
"Ermm." Bunyi erangan kecil Maria membuatkan Taehyung mengemam bibirnya sebelum dibasahkan bibirnya dengan lidahnya.
Maria membangkitkan tubuhnya lalu menggosok matanya perlahan. Matanya tiba-tiba tertacap pada belakang tubuh Taehyung lalu terus membulat matanya bersama dengan tangannya yang terus menarik selimut supaya menutupi tubuhnya yang hanya memakai seluar short bersama bra sahaja.
"Yah! Kim Taehyung!" Maria menjerit lalu dibaling bantal miliknya ke arah belakang tubuh Taehyung itu membuatkan bahu Taehyung terhinjut kecil.
Dia memejamkan matanya lalu dimaki perlahan dirinya kerana tidur dalam keadaan begini. Juga kerana dia tidak mengunci pintu semalam seusai dia pulang dari pejabat.
"Kau yang tak nak bangun. Aku masuklah. Dapat juga cuci mata." Terus Taehyung berlari keluar seusai mengujarkan kata-katanya yang membuatkan muka Maria mula memerah.
"Yah!!"
~
Puan Lee, Maria dan Taehyung kini berada di meja makan sedang menjamu selera dengan sarapan yang disediakan oleh Puan Lee sendiri.
"Ehem. Mama nak cakap something dekat korang berdua ni." Puan Lee tiba-tiba memulakan perbicaraan mereka di meja makan itu membuatkan kepala Maria dan Taehyung terangkat memandang Puan Lee dengan wajah yang tertanya-tanya.
"Mama sebenarnya dah lama nak tengok satu-satunya anak perempuan mama kahwin sebelum mama tinggalkan dunia ni." Puan Lee berkata lagi membuat Matia membulatkan matanya lalu diletakkan sudu dan garfu ke atas meja lalu dipandang mamanya.
"Ma..." Dia memanggil namun kata-katanya lantas dipotong oleh mamanya sebelum sempat dia menyambung.
"Mama nak Taehyung jadi sebahagian dari keluarga Lee."
Tersedak terus Taehyung seusai mendengar kata-kata Puan Lee membuatkan Maria terus mengusap belakang tubuh Taehyung lalu dihulurkan segelas air kosong kepada Taehyung.
Taehyung terus menyambut gelas tersebut lalu terus meneguk semua air yang mengisi gelas tersebut dengan sekali teguk.
"Ma! Apa ni, ma?!" Marah Maria dengan tindakan dan kata-kata Puan Lee itu. Sungguh dia memang jatuh cinta dengan Taehyung namun dia tidak mahu bergelar perampas dan perosak rumah tangga orang lain.
"Apa salah mama? Mama hanya memberitahu niat mama. Bukannya kamu tu dah ada boyfriend ke apa?" Tegur Puan Lee, berkelakuan seperti orang tidak bersalah.
"Tapi, mama tahu ke Taehyung ni dah ada isteri ke, apa ke? Mama tahu?" Soal Maria kembali membuatkan Puan Lee terdiam.
"Dah tu? Kalau betullah Taehyung ni ada isteri. Ada anak sekalipun. Kenapa dia masih begini? Kenapa dia masih ada di sini? Kenapa tiada siapa yang cari dia?"
Balas Puan Lee yakin membuatkan Maria juga Taehyung terdiam tidak berkutik. Tidak tahu macam mana ingin memulakan cerita.
"Aunty. Erm. Maaf. Tapi Tae rasa Tae tak boleh terima. Tae masih tak ingat siapa diri Tae sendiri. Siapa keluarga Tae. Tae nak rungkai semua pasal diri Tae dulu. Baru Tae buat keputusan. Harap aunty boleh faham."
Ujar Taehyung, berhati-hati. Dia takut dia tersalah cakap sehingga membuatkan rahsia terbesarnya itu terbongkar.
Puan Lee terdiam lalu dia dia meletakkan sudu dan garfunya ke atas meja dan terus bangkit dari duduknya.
"Aunty bagi masa seminggu. Kalau tak ada perkembangan, aunty tetap dengan perdirian aunty. Noktah."
Terus Puan Lee berlalu pergi meninggalkan Taehyung dan Maria yang terkebil-kebil mendengarkan kata-katanya itu.
"Matilah aku."
~
Hani sedang sibuk melihat coklat-coklat cadbury di rak tersebut. Tiba-tiba dia mengidam untuk makan coklat cadbury.
Jadi, dia keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan Jimin dan Choring untuk membeli coklat tersebut.
Tiba-tiba, matanya tertangkap satu gerangan yangamat dia kenali. Tak lain dan tak bukan, Kim Taehyung.
Dia terus mengambil satu coklat cadbury original yang bersaiz besar dari rak itu lalu terus bersembunyi di sebalik rak-rak di pasar raya itu supaya tidak dilihat oleh Taehyung walaupun dia tahu Taehyung tidak akan mengenalinya.
Tak lama kemudian, Taehyung membayar barangan yang dibeli olehnya lalu dia keluar dari pasar raya tersebut.
Hani melakukan perkara yang sama. Seusai dia membayar untuk coklat yang diambilnya itu, dia terus mengekori Taehyung.
Taehyung menaiki sebuah kereta Mercedes hitam membuatkan Hani mula kalut mencari teksi yang berdekatan.
Nasibnya baik kerana terdapat teksi yang baru melalui kawasan pasar raya itu. Dia terus menghentikan teksi tersebut lalu dinaiki teksi tersebut.
"Please follow that black Mercedes. Faster!"
Terus pemandu teksi itu mula memandu, mengekori kereta yang dinaiki oleh Taehyung itu.
Hani keluar dari perut teksi itu sebaik sahaj dia membayar tambangnya saat teksi itu berhenti agak jauh dari sebuah rumah agam yang dimasuki oleh kereta Taehyung di bahagian garajnya.
Hani berjalan mendekati rumah tersebut dengan teragak-agak. Tak sangka selama Taehyung berada di sini, dia yinggaldi rumah yang persis saiznya seperti rumah mereka di Korea.
"Mama nak kita kahwin juga."
Bagai ditusuk sembilu hati Hani mendengarkan kata-kata seorang perempuan dari dalam rumah itu. Lututnya lemah saat itu, tidak mampu ingin menerimanya.
Dia kuatkan diri lalu dia mendekati rumah tersebut dan mendengarkan lagi perbualan antara Taehyung dan seorang wanita itu.
"Ish. Kau cakap jelah apa-apa yang boleh buatkan aunty ubah fikiran. Kau tahu kan aku dah ada isteri? Hani masih menunggu aku, Maria."
Hani terus menekup mulutnya saat kata-kata Taehyung betul-betul mengetarkan gegendang telinganya.
"A-aku tak silap dengar kan? Tapi, kenapa dia menipu?"
Hani mula mengundurkan langkahnya ke belakang sehinggalah tanpa dia jangka, dia tersadung.
"Ark!"
Jeritannya membuatkan Taehyung dan Maria terus memandang ke arah pagar rumah yang besar itu dengan dahi yang berkerut.
Hani menekup mulutnya terkejut apabila dia mengetahui yang dia akan terkantoi dengan kehadirannya itu.
"Siapa tu, Tae?"
"Manalah aku tahu. Jomlah tengok."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro