UDNS2 15
Hai, gais. Rindu Idae tak?😈
•••
"Mereka tahu mereka tidak akan dapatinya namun kerana sifat hasad dengki, mereka tumbang."
•••
Taehyung duduk di birai katilnya, cuba mengimbas kembali apa yang berlaku di gudang usang itu tadi.
Dia hilang kata-kata. Tidak tahu mahu mendesripsikan perasaannya itu.
Tubuhnya tidak lagi berhenti menggeletar sejak dia pulang dari gudang usang tersebut. Dia masih cuba untuk menyusun kepingan-kepingan gambaran yang berlegar di mindanya.
Apa kaitan dirinya dengan Hani? Adakah masa silam menarik mereka bertemu dengan musuh yang sama?
Dan...persoalannya sekarang. Siapakah musuh mereka itu?
~
Hani menguap kecil sebelum matanya dilekapkan pada sesusuk tubuh yang baru sahaja memasuki kedai runcit 24 jam itu.
Bahunya tiba-tiba dilanggar dari belakang lalu membuatkan tubuhnya jatuh menyembah bumi. Dia terus mengangkat wajahnya lalu dia kesan, tiada siapa yang berada di sekelilingnya.
"Shit." Itu sahaja yang keluar dari mulutnya lalu dia mwmbantu diri sendiri untuk bangkit. Rasa sakit di bahagian bawah pusatnya membuatnya tubuhnya sukar untuk berdiri dengan tbetul.
Dia mengurut kecil bahagian yang sakit itu sebelum matanya menangkap sesuatu di atas lantai.
Hani mengerutkan dahinya, pelik lalu dia mengutip kotak di atas lantai itu sebaik sahaja rasa sakitnya berkurang.
To: Dear HaniBee
"Untuk aku?"
~
Taehyung mengambil minuman kegemarannya. Dia memang kimi tidak boleh tinggalkan minuman tersebut memandangkan itu sahaja yang mampu mengubat rindunya terhadap isterinya.
"How much is this?" Soal Taehyung lalu terus membayar minuman tersebut sebaik sahaja dimaklumkan tentang harga miniman tersebut.
Baru sahaja tangan Taehyung ingin menolak pintu kaca kedai tersebut, namanya tiba-tiba dipanggil dari belakang.
"Yah, Kim Taehyung."
Terus Taehyung mengerutkan dahinya lalu berpaling memandang ke arah gerangan yang memanggilnya.
Mahu tercabut jantungnya apabila matanya melihat sepasang kekasih yang amat dia kenali berjalan ke arahnya.
Siap lagi kalau bukan Ma Chorong dan Park Jimin?
"Pull yourself together, Kim Taehyung. Kau berlakon betul-betul kalau kau tak nak mati awal."
"Err. May I know who are you?"
Ppang!
Terus kepala Taehyung terteleng ke kanan apabila pipinya berjaya dilekapkan dengan satu tamparan padu daripada manusia bernama Ma Chorong itu.
"Sayang." Jimin cuba memujuk Chorng dengan memegang tangan Chorong lalu diurut lembut. Chorong terus menarik tangannya keluar dari genggaman Jimin.
"Awak tak payah nak pujuk+pujuk saya. Saya dah lama sabar dengan lelaki tak guna ni. Dasar suami tak bertanggungjawab. Kau ingat baguslah kau buat-buat hilang ingatan? Hani yang merana tau tak? Kau tu entah tahu ke tidak dia tu mengandung. Tch. Dasar bodoh."
Chorong melepaskan segala amarahnya yang telah lama ditahan di lubuk hatinya dengan wajah yang seperti ingin menerkam manusia di hadapannya itu.
Taehyung terdiam.
"Jap. Ada benda aku terlepas. Hani...mengandung?"
Terus Taehyung terbuntang biji mata memandang ke arah Chorong. Dia seperti tidak percaya. Doanya bersama Hani akhirnya termakbul. Mereka akhirnya dikurniakan dengan cahaya mata pertama mereka.
"Apahal kau pandang aku macam tu? Dah ingat semua benda terus? Ke hilang ingatan betul-betul?" Sarkastik Chorong lemparkan kata-katanya membuatkan Taehyung bagaikan ditikam berkali-kali dengan sembilu.
"Erm. Boleh kita cakap dekat tempat lain?"
Chorong mengulingkan biji matanya kemudian merengus kasar. Dia terus menarik tangan Jimin untuk keluar dari kedai itu.
Taehyubg tersenyum nipis lalu terus membontoti mereka duduk di meja berhadapan dengan kedai tersebut yang telah disediakan.
"Ha, ceritalah. Nak teremnung apa lagi?" Soal Chorong geram apabila Taehyung seperti tiada tanda-tana ingin memulakan bicara. Taehyung menelan liurnya sebelum berdehem kecil.
"Aku tak ada niat pun nak tipu korang especially Hani. Kalau boleh aku nak balik terus Korea lepas aku dapat ingatan aku balik."
"Then? Kenapa tak balik kat Hani? Dia tu dah macam orang gila tau tak lepas kejadian kat airport haritu? Kau dah jumpa perempuan lain kat sini, hah?"
"Yah, Ma Chorong. Behave, dear. Kita dengar dulu sampai habis apa yang Taehyung nak cakap." Tegur Jimin perlahan membuatkan Chorong merengus geram.
Dia berpeluk tubuh sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusinya. Dia memandang Taehyung dengan pandangan menyampah.
"Sebelum aku hilang ingatan, aku kena culik."
Dan, Taehyung mula menceritakan dari A hingga Z ceritanya serta sebab kenapa dia masih di bumi Kanada ini.
Tamat sahaja cerita Taehyung, mereka bertiga diam tidak berkutik. Seperti tidak tahu di mana mahu memulakan kata-kata.
"Aku harap korang tak bagitau Hani pasal ni. Tolonglah. Aku tak nak dia terlibat. Kalau boleh, korang bawalah dia balik. Cukuplah kejadian dekat airport haritu. Aku serik."
Ujar Taehyung diselitkan dengan rayuan. Chorong mengeluh perlahan sebelum membetulkan duduknya.
"Aku takkan bagitau Hani sebab aku tahu keadaan dia akan jadi lagi teruk kalau dia tahu. Tapi, pasal bawa dia balik tu, aku tak yakin. Seperti yang kau tahu, dia degil sangat. Jadi, nanti aku cuba dulu."
Balas Chorong, Taehyung pula hanya menunduk sebelum dia angkat pandangannya lalu mengangguk bersama senyuman kelat.
"Aku harap benda ni settle cepat. Hani perlukan kau, Taehyung." Ujar Chorong lagi lalu Taehyung hanya diam kerana dia sudah sedia tahu yang memang Hani betul-betul perlukan dia.
"Aku cuba."
~
Hani membuka kotak tersebut bersama pelbagai persoalan di dalam mindanya.
Sekuntum bunga ros putih dikeluarkan dari kotak itu lalu dia kesan sepucuk surat diikat pada batang bunga ros putih itu.
Dear HaniBee,
Come to me or he die.
"What the... Apa benda ni?"
"Hani!" Panggilan dari Chorong yang baru memasuki bilik hotelnya mmebuatkan dia dengan gelabah terus menyorokkan kotak yang diterimanya itu di bawah bantal tidurnya.
"Ni aku ada belikan makan malam. Jom makan!" Kata Chorong dari kawasan dapur.
Hani terus bangun dari duduknya lalu mula mengikat rambutnya yang panjang kepada sanggul.
Terus Hani melangkah keluar dari bilik tidurnya lalu bergerak ke meja makan di mana Chorong sudah siap menghidangkan segala makanan yang dibelinya.
"Selamat makan!"
Chorong betkata sebaik sahaja semua sudah siap di meja makan lalu mereka pun menjamu selera.
•••
Pendek gila update ni. Dah lah Idae dah lama gila tak uodate. Haha. Sorry gais. Ada hal sikit.
Btw, tunggulah next update. Tak pasti bila sebab sekarang Idae memang ada writer' block sikit. So, memang ada idea tapi tak boleh nak type.
Done bebel. Sayang korang. K bye💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro