Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UDNS2 10

"Dilupakan mungkin menjadi perkara yang paling menyakitkan. Namun, pernahkah kau terfikir, benarkah aku sudah lupakan kau?"

•••

Taehyung mengetuk pintu bilik Maria beberapa kali sehingga pintu bilik wanita itu dibuka luas.

"Erm. Nak apa?" Maria menghosok matanya, masih dalam kantuknya memandangkan Taehyung datang ke biliknya saat dia sudah tertidur.

"Hehe. Nak minta tolong boleh?" Soal Taehyung bersama sengihan kecil.

"Ahh. Esoklah. Kenapa nak malam ni juga. Aku mengantuk ni." Rungut Maria perlahan. Taehyung mencebik lalu menggeleng.

"Tak nak. Urgent ni. Nak malam ni juga. Bolehlah, Maria. Tolong aku?" Taehyung mengerdipkan matanya berkali-kali, berharap Maria akan setuju.

"Ish, rimaslah kau ni. Kerja memaksa. Ha, nak aku tolong apa?"

"Tolong bagi balik hati aku yang kau curi." Taehyung berbisik di telinga Maria, bergurau.

Maria daripada matanya yang hampir tertutup itu sudah terbuka luas mendengarkan kata-kata Taehyung itu. Hampir luruh jantungnya mendengar kata-kata Taehyung itu.

Biar benar ini?

"Haha. Jangan kata kau percaya? Bodohlah kau ni. Kelakar gila muka kau tadi." Taehyung terus-terusan menertawakan Maria yang terkedu itu.

Maria mengetap giginya geram. Rasa nak hemouk pun ada kepala manusia di hadapannya itu.

"Ish. Meluatlah aku dengan kau. Dahlah, aku nak masuk tidur ba- Yah!"

Maria terus menjerit saat tubuhnya yang baru sahaja dipaling untuk masuk ke dalam bilik itu ditarik berpaling semula menghadap wajah manusia yang paling meminta-minta penamparnya naik ke wajah polos itu.

"Okay, okay. Serius." Ujar Taehyung dengan wajah yang baru berubah serius.

"Apa?"

"Masakkan untuk aku? Lapar." Taehyung berkata membuatkan bahunya mendapat satu tamparan padu daripada Maria.

"Ark. Tolonglah. Aku lapar. Sangat-sangat ni. Nak makan tapi tak tahu masak."

Maria memandang Taehyung yang sedang mencebik, sedih itu.

"Eee. Yelah, yelah. Nasib comel-" Maria terus menekup mulutnya saat dia perasan kata-kata yang dilontarkan olehnya itu. Mukanya muka berona merah, malu.

"Apa kau cakap? Aku comel?" Soal Taehyung kembali kepada Maria.

"M-mana ada! Kau comel? Hah, pergi mampus!" Maria dengan pantas menggeleng laju lalu berlari ke arah dapur meninggalkan Taehyung di situ.

Taehyung hanya tersengih melihat gerak-geri Maria yang dirasakan menggelikan hatinya itu.

"Haih. Maria, Maria."

~

Taehyung terus mengambil bungkusan yang baru saja tiba di rumah keluarga Lee itu dengan pantas supaya Maria mahupun Puan Lee tidak perasan akan bungkusan yang dia terima itu.

Terus dia memasuki biliknya lalu mengunci pintu biliknya dan terus duduk di katilnya bersama bungkusan itu.

Dia menaip sesuatu pada telefonnya bersama senyuman.

Taehyung:
Thanks. Barang aku dah sampai.

Taehyung terus mematikan telefonnya lalu dia mula membuka bungkusan yang dia terima itu. Dia tersenyum sinis saat dia mengeluarkan barang yang dia terima itu.

Dia menilik barang tersebut lalu dihalakan ke arah pintu biliknya dengan lagak.

Ya, barang tersebut merupakan senapang yang juga boleh dibentuk menjadi satu pistol bagi memudahkan pergerakkannya nanti.

"Senjata api. Checked."

~

Taehyung sudah menjalankan kelas seni mempertahankan diri nya itu sudah hampir seminggu.

Malam ni, Taehyung menjejakkan kakinya kembali ke gudang usang tempat dia dikurung dulu.

Sengaja mahu meneroka lagi apa yang terdapat di dalam gudang itu lagi dan dia masih tertanya-tanya tentang bilik misteri itu.

Dia menarik topeng mukanya menutupi mulut dan hidungnya sebelum pistol di tangannya diselitkan di belakang poket seluarnya.

Dia mula mengora langkahnya masuk ke dalam gudang tersebut. Dia memerhati segenap ruang disitu yang tidak jelas di matanya yang memang sedia rabun lagi-lagi di waktu malam.

Taehyung berjalan ke arah bilik misteri yang dijumpai sebelum ini. Mangga pintu tersenut semuanya kini berkunci bermakna, tiada sesiapa di dalamnya.

"Who..."

Taehyung terus memalingkan wajahnya terus ke arah suara tersebut. Dia mula menelan liurnya kelat.

Terdapat satu kelibat yang sedang berdiri tak jauh dari tempatnya berdiri. Dia buntu.

Gerangan itu berjalan perlahan ke arah Taehyung yang masih statik tidak bergerak itu.

Tiba-tiba, kepala Taehyung dihalakan dengan sepicu pistol. Taehyung mula gelabah namun dikawal lagaknya.

"Who the fuck are you?" Soal gerangan itu yang tak lain tak bukan adalah seorang lelaki berdasarkan suaranya dan ketinggiannya.

Taehyung masih diam. Sebaik sahaja dia mendengar picu pistol lelaki itu ditarik, terus Taehyung menyiku dada lelaki itu membuatkan lelaki itu terkebelakang.

Taehyung tanpa berlengah menendang tangan jejaka itu yang memegang pistol dan sedas tembakan terlepas ke arah bumbung gudang tersebut dan pistol itu terbang keluar dari genggaman lelaki itu.

"Yahh!"

Taehyung dengan pantas terus berlari keluar tanpa berlengah dari gudang usang itu.

Dia memasuki kereta yang dipinjam daripada Puan Lee itu lalu terus memandu keluar dari kawasan tersebut.

"Ahh. Nyaris-nyaris gila tadi. Mahu mampus aku kalau betul kena tembak dekat situ."

Ujar Taehyung bersama keluhan lega. Dia mula memandu kembali ke rumah keluarga Lee.

~

Hani mengambil bagasi milik Chorong lalu diberikan kepada Jimin yang baru memasukkan bagasi miliknya ke dalam but teksi.

Mereka berdua hari ini sudah membuat keputusan mahu pulang ke Korea. Hani seperti keputusannya, dia tinggal di Kanada. Sekarang pun, dia hanya menghantar kawannya dan teman lelaki kawannya itu ke lapangan terbang.

"Cepat. Nanti kami terlepas flight." Panggil Chorong lalu Hani hanya mengangguk faham sebelum memasuki perut teksi itu.

Teksi itu mula bergerak ke lapangan terbang antarabangsa Kanada.

Tak lama kemudian, mereka tiba di lapangan terbang tersebut lalu Chorong dan Hani mula menunggu di ruangan menunggu manakala Jimin pergi menguruskan urusan berkaitan dengan pasport dan tiket mereka.

"Sorry tau, Hani. Aku tak boleh stay dengan aku."

"Haih, kau ni. Berapa kali aku nak cakap yang aku okay?" Balas Hani dengan senyuman. Chorong hanya terdiam bersama mukanya yang keruh sahaja.

"Takpa. Tak lama lagi aku balik Korealah. Aku yakin aku boleh selesaiakn misi aku tu." Ujar Hani, meyakinkan Chorong.

"Okay, dear. Done with the checking. Jom siap sedia. Lagi berapa minit diorang akan panggil kita masuk." Ujar Jimin yang baru sahaja tiba.

Chorong mengangguk faham lalu dia bangkit dari duduknya. Hani juga melakukan perkara yang sama. Chorong terus memandang Hani lalu emmeluk tubuh rakannya itu.

"Hani. Kau. Jaga diri tau. Jaga pemakanan. Jaga kandungan kau tu. Jangan asyik fikir pasal suami kau. Fikir juga pasal anak kau tu." Ujar Chorong lalu Hani hanay mengangguk.

Tidak berupaya untuk berkata apa-apa. Dia masih bersyukur Chorong mahu menemaninya datang sejauh ini walaupun rakannya itu kini ingin pulang semuka ke bumi Korea.

"Dahlah. Aku pergi dulu."

"O-okay." Jawab Hani tersekat-sekat. Chorong tersenyum nipis sebelum dia berpaling ke arah teman lelakinya semula.

BBAM!

Mereka baru ingin berjalan pergi namun langkah mereka terhenti saat bunyi satu das tembakan berjaya dilepaskan bergema di seluruh lapangan terbang itu.

"Ark."

•••

Siapa pula kena tembak ni? Dan, siapa pula pergi main tembak-tembak dekat airport ni?

Stress aku tulis cerita ni. Stress juga sebab idea tu idea aku. Rasa nak hempuk diri sendiri.

Dahlah. Enjoy. Tunggulah next update kalau nak tahu. Haha😈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro